love

love

Followers

Tuesday, 30 July 2013

Iftar buffet @Equatorial Bangi

Salam,

Petang semalam kawan ofis inform pasal majlis berbuka kat Equatorial Bangi.
I mula2 duk terfikir nak pergi ker tak.
Ikut hati memang tak nak g .
Tapi teringat buffet,ada kambing..terus ingat kat Aniq.
Dia memang suka snagat kalau berbuka buffet tu.


Balik rumah i tanya dia nak tak.
Dia kata nak.
I pun confirm nama dengan member.
I bagi nama 3 orang jer, me, papa and Aniq.
Memang tak plan nak bawak budak berdua tu.
Hahahah, kejam laaa snagat ibu dia ni konon2 nak berbuka tak mo gangguan.

Tapi siang tadi sampai rumah terfikir kesian kat dorang and kesian bibik Ayu nak berbuka sorang2 kena kacau dengan budak berdua tu.
Tanya papa, dia suh bawak jer.

I pun suruh dorang siap2.
Jangan cakap laaa betapa happynya dorang, terloncat2.
bestnya siap nak pakai kasut raya yang beli hari tu.
Hantam laaa anak anak oii.
kalau tak pakai , nak simpan raya pun , nanti takkan pakai2 jugak..last2 tak muat.
Selalu gitu la kan .
Tunggu papa, ibu snap dulu pic dorang depan rumah.



 
Sampai EQ hotel pukul 6.30 pm.
Antara yang terawal.
memang sengaja keluar awal, sebab tau nanti parking hazab .
Dah la bawak budak2 ni..jenuh pulak nanti i nak heret dorang .
Ni pun dah agak jauh dapat parking..so kena heret dorang ni haaa.



Nampak swimming pool...sudahhhh....pengsan la i nak mengejar 

Abang yang keletihan.
Alhamdulillah penuh lagi setakat hari ni.
Even jalan jauh2 balik kg, jadi musafir heheh, puasa dia terpelihara lagi.


Orang lain belum sampai, kita dah awal2 ambik tempat hahaha...takper, lebih baik 

Meja betul2 kat salad bar ni

And dekat swimming pool ni..aduhhh..risauuu



Pastu duk laaa berlari , berkrjar2 dua beradik kat situ..aduhai..kecut perut ibu










Tengok laaa..berpeluh2 duk main kejar2.

Dalam pukul 7, meja pun dah penuh.
Semua dah datang n start ambik makanan.



Penuh okay satu meja, i langsung tak gerak dr meja, tak tahu makanan apa yang ada.
Papa , Aniq and kawan2 opismate ambikkan n penuhkan meja tu.
banyak pilihan makanan kat sini.
Tapi bagi tekak i biasa2 jer.
kambing panggang pun tak la berapa sedap snagat.
Satay ok, sedap.
Lain2 ada la yang sedap , tapi kebanyakannya biasa biasa jer la.



This two sangat la happy, makan ,makan n makan ...

I kena layan dorang kasi kenyang dulu









Dah selesai semua n tunggu papa solat..budak berdua ni masih tak berhenti.
Walaupun dah sampai bersandar kenyang, masih nak suap lagi ABC huhuhu...

muka happy abang bila dha kenyang

Settle semua, jom balik!


Nak kelaur, jem teruk...punyalah berderet kereta parking kiri kanan sepanjang jalan.
Kalau lewat gini la nasib nya.
Sampai berapa km kot dorang kena jalan nak ke kereta.
Kalau camni masa awal2 sampai, confirm kita balik rumah heheheh.


Ada buggy yang bawak pejalan2 kaki ke kereta, tapi kena menunggu laaa kan .
Alhamdulillah kita semua sampai awal dan dapat parking n semua smooth sampai balik rumah.




No comments:

Post a Comment