love

love

Followers

Showing posts with label borak kosong. Show all posts
Showing posts with label borak kosong. Show all posts

Saturday, 23 January 2016

Thank you so much

Salam ,

haiii.

takder niat benornya nak update blog hari ni,.tapi bila nampak notifocation ramai jugak yang menjengah blog ni even dah lama terkambus..tetiba kita surprise sangattt...Allah hai..tak sangka ada yang menanti entry ku ..huhuhu

Seriuslyb selama ni duk ingat i merapu sorang2..so semangat tu memang ikut dan jer la...tapi rupanya bila dah setahun menyepi and muncul balik, and ada pulak yang komen , view and baca pun boleh tahan ...wowwww...i teruja

Thank youu sooo much pada yang masih sudi jengah kita.


Insha Allah..
I buat entry banyak2 macam dulu ok...
Tapi kalau banyak yang merapu tu maafkan lahhhh hamba..


Hari ni kita ilek2 cuti2 dulu..
minggu ni i stay kat umah dengan kids jer.
papa tak balik kuantan dan i pun tak balik puchong this wek...rare sangat..selalu kalau ada cuti lebih sket...panjanggg jer langkah .. tapi kali ni papa sibuk betul sejak buka kilang....haaaa yang ni belu story..nanti yer..
I pulak even tak busy mana kat sini..memang takder mood sangat nak ke sana sebab nanti dia ajak ke Melaka handle urusan kilang ..i pun tak larat..actually dah berbulan i ulang alik Melaka Kuantan nak settlekan urusan sana and i cakap anak2 dah start sek i tak mampu dah nak hadap lagi...so tu la kali ni i rileks2 dulu ...
Lagipun banyakkk nyer benda nak kena kemas...time cuti ni la peluang

Almari baju i sumbat segala baju
Kabinet dapur i sumbat segala tupperware tipuware..
Tu semua nak kena buat spring cleaning betul2.
Fridge pun rasanya dah berbulan tak kemas

Today cita2 nak buat..tapi pagi2 lagi kena kuar g ke tempat supplier handphone nak tukar barang..hangkut la dak kembar berdua tu...tapi nasib baik depa behave sangat today.

Dah balik dr bandar...kejor Zohor terus tunggu Asar sambil layan fb dlm bilik...ni baru kuar rumah nak jenguk kedai...jarang i g kedai tapi hari ni terasa nak jenguk staff...tadi keluar ada belikan buah mangga lemak manis..so bawak kedai makan ramai2 ngan staff baru layann.

Ok laaa,..nanti sambung merapu meraban i ok.


Thursday, 28 May 2015

Back with new project

Salam,


Allah ..lama betul tak masuk umah ni....kunci pun dah hilang.
Dah masuk, bersawangggg!!.

Dah lama sangat dah tinggalkan blog...rindu dan asyik ingat jer, banyak benda nak update , nak story..pasal projek deko rumah laaa especially...tapi tak tau laaa what stop me from being here.
Masa...tak la busy macam masa mula2 pindah sini and trying to adapt the new environment..kids pun dah stable dengan new school and such.
Cuma sebulan lepas, papa set up new kedai and i need to handle jugak buat masa ni.
So ada dua kedai kena look after...terkejar2..tapi Alhamdulillah, kedai runcit dah boleh tinggal...even tak fully but ada la pembantu yang boleh diharap and percaya.

The second shop, sebelah jer dengan kedai runcit..kat situ we have services like bill payment counter, pos laju, city link, myeg , insurance, TM and Celcom registration, kita jugak distri for Maxis.Also kita buat service kiriman wang ke indonesia, pakistan and all laaa.
Ada jugak jual handphone and accessories.
Setakat ni kedai tu beroperasi from 9am to 11 malam.
Compare to kedai runcit from 7am to 12 midnight, tapi kedai baru ni agak "stress" sebab nak ajar staff guna banyak sistem kan .
However, everything dah undercontrol as for now.

So, i guess isu kerja tak der sangat la.
Family pun alhamdulillah, setakat ni semua nya baik2 sajer.
Cuma baru2 ni my dear Aleesa warded for a week kat spital ..later i share k

 This few week , i kerap balik KL ..boleh kata every week pun balik sana.
Rumah lama kesayangan saya dah selamat di handover to new owner.
Hopefully they take a great care of the house..
Then , bila balik sana isu jugak sebab selalu kena stay hotel, sebab malas nak stay ngan mama kat Rawang..jauh rasanya..so ending up, i dengan papa decide nak tamatkan kontrak sewa penyewa kat one of my apartment kat Bdr Puteri Puchong.
Apartment tu we both beli like 10 years dulu kot.
Beli jer dah ada penyewa...KFC Holding, they rent for their staff.
I sendiri tak pernah masuk dalam rumah tu...tapi itau macam mana design rumah tu sebab i ada another unit apartment yang sama kat next blok.
So bila penyewa keluar baru2 ni..i baru tau that the house tak ada tiles.
Dinding semua , tingkap and pintu, Alhamdulillah pihak KFC dah replace baru and cat semua.
isu dengan lantai jer and also takde langsung kipas and wiring kipas pun tak ada.
Kesian staff KFC selama ni tak bgtau apa2pulak.Yer la, they all pun thru HQ jer kan ...dah tak sampai to us...kita tak tau la citer.
Jadi itu la citernyer y i kerap balik sana..nak set upkan balik rumah tu, nak deko cantik2 and buat sikit reno like kitchen cabinet and lantai.
Rumah tu nanti akan jadi tempat kitorang bila balik sana.
Buat masa ni papa jer la stay situ sebab he's still there kan .
Rasanya kalau citer pasal sibuk, tu jer laaa.

Then hati ni melonjak2 nak story pasal deko apartment tu...pic dah ambik few la, tapi projek tu baru laa 50% siap.
Cita2 i ni memang tinggi..nak citer projek apartment tu kan , padahal citer rumah kat sini dah bertahun ditangguh kan ehehe.

In sha Allah , start from today k...
Esok i mula share citer rumah sini dulu yang mana tertangguh.


Till then...

Muaahhhh

Thursday, 15 January 2015

Kisah staff kena belasah, kisah anak masuk sek...macam2 kisah...!

Salam,

Sekolah dah bukak...
So faham2 laaa kan kebusy an i nak handle new thing here.
New area, nak adapt new routine pulak.
Twin  baru masuk sek...anak bujang pun nak adapt new environment ...
Dah laaa dia tu asik mogok nak balik duk KL.
Nak sek dekat sek lama dia dulu.
Aduihhh susah hati makcik ni tauuu

I pulak demam dua hari start Ahad tu.
Tak  boleh bangun menyucuk2 sengal badan, dengan running nose, merah mata, sakit kepala, complete set siap.

Tu satu hal, kat kedai pun macam2 hal.
Staff dua orang yang merupakan kaki kiri dan kanan i kat kedai tu pulak buat hal.
Kisahnya depa ramai2 pi makan after work,ntah camana , mak one of my staff salah faham kata depa pi dating malam2 ngan jantan...dah balik kena pelupuh dengan mak n abang dia...teruk dia kena, mak dia ngamuk2 suh anak dia berenti.

Dah esok nya, dalam demam2, i pi la jumpa clearkan salah faham...tapi panjang la jugak citernyer.
Dengan mak dia datang serang one of my staff lagi, duk kata bohsia segala bagai, dah yang sorang pengsan kena pelupuh kat umah, sorang lagi makan hati tension , nak berenti time2 tu juga.
Allah, Tuhan jer yang tahu macam mana perasaan i.

Buntu, tak tidur i semalaman memikirkan .
nasib baik i berjaya pujuk , convince her to stay and i bagi dia cuti few day balik jumpa her big sister , dia ni anak yatim piatu, and dia kerja and duk ngan i , i dah buat dia cam my own sister pun .
banyak dia tolong i sejak i bukak kedai ni.

So dah lepas dia balik cuti, staff yang kena belasah ni pulak duk menangis kat umah..i pulak bukan kata menangis lagi, penat handle budak nak sek, mok ayah pun tak sihat kat rumah, kedai dah tak ada staff, ada new staff pun baru masuk keje sehari, tak pandai apapun lagi, jadi terpaksa i bergilir jaga kedai dengan papa., papa pulak terpaksa la amik cuti tahunan dia,mana nak jaga bini demam, ulang alik hantar anak2 sek, kerja2 ofis lagi nak pikir...balik umah, masak, rush pulak anak2 sek yang jadual nya pun boleh tahan memenatkan .
Allah Allah Allah, ...ujianNya .
Redha, ikhlaskan hati banyak2.
Alhamdulillah berkat doa ayah mak yang melihat kesusahan kami, mak my staff izinkan anak nya kerja with me and salah faham and all diclearkan .
My other staff, my very strong staff, my kaki kanan pulak bercuti kat Temerloh and minta bagi few day to her and in sha Allah, dia akan stay bekerja dengan kita lagi


Ok la, boleh citer sampai sini jer la nampaknya...niat nak share pic anak2 sek..especially twin kat their new school, but tak sempat la nampaknya...
K later kita citer2 lagi...


Saturday, 10 January 2015

Borak2

Salam,

This few day agak busy.
papa balik dr KL..mok dan ayoh pun ada kat sini.
When parents here, and papa pun ada, focus banyak pada dorang.
Jadi nak jenguk blog memang tak sempat.
Kedai depan pun banyak terabai, nasib jer serah pada staff..

Alhamdulillah, lepas banyak cabaran, banyak  kena marah and nasihat...my two staff performed well.
Sikit2 ragam staff tu i pejam mata and berlapang dada jer la, accepting fact that manusia ada banyak kelemahan and i focus utk melihat setiap kebaikan dorang and bersyukur having them with me.

Today, i ajak papa registered my twin ke sekolah.
After pencarian yang mengelirukan , we decided to send them to Krista in Balok.


Memang i tau akan susah i nanti, sebab jarak rumah dengan sekolah yang jauh.
Plan asal pun banyak berubah bila dapat tahu that my son sekolah Form 1 this year kena masuk session petang.
So, tugas jadi supir anak2 sek nampaknya sampai ke maghrib la.
As early as 7.30 dah kena keluar rumah to send both twin ke sek.
At 12 kids balik sekolah, kena ambik and 1 pm , Aniq nak masuk sek pulak.
Tak nak menyusahkan hidup,jarak rumah memang jauh, so Aniq memang kena ikut i awal.
12 dah kena siap to pick up adik2 and will send him early la nampaknya.

Petang at 6.30pm baru Aniq habis his session.
Then masalah lain , petang2 nampaknya my twin kena la i hangkut g kedai.
Ingatkan abang sek pagi, petang boleh stay at home dengan adik2.
Ni terpaksa laaaa ubah plan.

Apapun , kita merancang jer kan .
hopefully semuanya di permudahkanNya.
harap2 ibu dia ni bersabar laa dengan tugas menajdi mak supir dan menyambung tugasan lama as makcik kantin.

Ok la, tak leh borak panjang.
In sha Allah later nak share citer deko.





Wednesday, 31 December 2014

Berakhirnya 2014

Salam...

Malam tahun baru..
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk 2015...sedihnya...tahun ni paling sikit entry kot...

Catatan akhir sempena ambang tahun baru.

Dipenghujung tahun ni , kita seluruh Malaysia diuji dengan pelbagai dugaan.
Banjir di pantai timur, Perak dan Johor.
Setakat hari ini, Alhamdulillah, my house area masih dalam keadaan selamat tapi hati sentiasa dirundung bimbang setiap kali melihat hujan.
Dan juga tragedi pesawat Air Asia yang terhempas.
Inilah tahun ujian terbesar rasanya buat kita di Malaysia, dengan tragedi MH 370 dan MH 17 dan sekarang tragedi Air Asia pulak.
Ujian fitnah berleluasa juga jadi penyakit dan wabak merbahaya yang rasanya i tak mampu nak ulas panjang lebar...

Untuk my life  pulak,dah berubah 360degree...
Alhamdulillah, perubahan hidup yang sangat2 membahagiakan walaupun banyak dugaan dan cabaranNya.

Terlalu banyak kisah suka duka yang nak di kongsi sepanjang tahun 2014...sebagai ingatan , kenangan dan pengajaran...tapi my life benar2 dah berubah.
Nak kata sibuk sangat tu memang la tak, tapi nak mencari sedikit ruang dan peluang tu macam payah, sebab bila ada masa, i choose to rest and spend my time with my family.

In sha Allah, azam for 2015, nak update lebih kerap.
nak share my new house deco with all.
Nak share lebih banyak resepi2 ringkas .
Nak macam2 laaaa..and In sha Allah akan diusahakan ....


Untuk semua yang sudi membaca coretan yang banyak mengarut ni, thank u soo much.
Hopefully 2015 is gonna be great year utk kita semua.

Till then, jumpa tahun depan yer..

*Ramai ke kuar layan bunga api tonite...?
*Kami sekeluarga duduk rumah jer ...golek2 with kids...