love

love

Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, 17 January 2014

Arrow head / nga ku

Salam,

Semalam pergi Giant dengan papa nampak laaa ubi ngaku ni.
papa tak pernah tau benda alah ni camana nak makan nya.
Tapi i pernah makan, one of my chinese boss dulu2 pernah bagi ktorang kat ofis rasa and dia ajar how to eat this ngaku .
So i cakap dengan papa, jom beli, nanti i buat kerepek.
papa kalau dengar kerepek dia ok, jangan cakap nak buat kek ker, puding ker, confirm dia tak beli hehehe.

Dua kilo lebih ..kat Giant dapat 3.80/kg..agak mahal, rasanya dulu i nampak kat tesco only 2.90/kg gitu laaa, tapi tahun dulu2 laaa...so takper, dah nak snagat, beli laaa.



Buang sket/kupas kulit sebelum parut
yang kat luar plastik tu dah buang kulit nipis tu...buang sket jer pun ..

sagat nipis2



.i tak buang tangkai tu, senang jadikan pemegang masa kita sagat nanti.





then apa lagi..goreng jer...kalau nak rasa masin sket, letak sket garam dalam minyak..kalau tak letak pun tak per, rasanya dah sedap..lemak2

dagh kekuningan boleh angkat..

Beli 2 kilo lebih, dapat 2 setengah tabung besar...berbaloi jugak,tapi kalau beli lebih dr 2 kg tu, confirm i kena goreng sambil duduk, lenguh wehhhh nak menunggu habis proses...

tengah goreng rasanya papa dah manage habiskan setabung...memang puas hati katanya, sedap sngt.
Dia tak pernah tau benda alah yang selama ni dia tengok chinese duk berebut2 beli tu rupanya boleh jadi kerepek sesedap tu.
Lepas ni setiap tahun kita sesama la berebut dengan chinese nak raya yer paaa...!





Sunday, 10 November 2013

Recipe: Chocolate Walnut Brownies

Salam, 

I tak suka makan chocolate cake..especially the moist one.
Kalau i makan, selalunya tak boleh makan banyak..cepat muak.

But kalau chocolate tu dibuat brownies...i suka and boleh makan more than sepotong...apa lagi if dipadankan dengan vanilla ice cream and chocolate sauce...memang terbaikkk!

Im sharing one of my fav recipe . chocolate walnut brownies.
And setiap kali buat ni, never fail using this recipe.


Bahan2 ;
3/4 cup butter
3/4 cup chocolate chip
1/2 cup cocoa powder
1 cup brown sugar
1 cup flour
1 +1  tablespoon cappucino/nescafe powder
1/2 teaspoon baking powder
4 eggs
1 cup chopped walnut
(use 3/4 dalam adunan and another 1/4 utk tabur )





Sediakan loyang 9 x 9.
Griskan with butter.
I dont do that sebab dah lapik with baking sheet.
Panaskan oven pada suhu 180C


Cairkan butter and chocolate chip, guna kaedah double boiler.
Dah cair, sejukkan sekejap.



While waiting butter and chocolate chip cair, boleh chopped  kan walnut.


And in different bowl, campurkan semua bahan kering including only one tablespoon of nescafe/cappucino.

Once butter dah sejuk sket, masukkan eggs dan kacau.

Campurkan both campuran butter and egg tadi ke bahan kering.
Then baru masukkan walnut yang dah cincang.




Tuang adunan dalam baking tin yang dah sedia




Taburkan lebihan 1 tablespoon serbuk nescafe/capuccino dan juga  lebihan walnut chopped



Bake pada  for 40- 45 min...bergantung pada oven.
Or boleh check , bila cucuk lidi pada tengah2 kek, nothing melekat pada lidi, means dah masak.




Potong kecik..ikut suka besar mana kita prefer.


Serve with vanilla ice cream and chocolate sauce.



Confirm Heaven!!!




Monday, 4 November 2013

Masak masak weekend


Salam,

Masih mood cuti.
My ofis bagi cuti  ganti Deepavali Monday, today laaa...n tomorrow awal muharam...so cuti panjang laaa.
As i was somewhere unplanned...today i buat auto-publish sudah..jangan kata senyap terus.
Sempena mood cuti2 kan , kita citer pasal makan la eh...
Asyik2 pasal deko...buhsan jugak .

Citer pasal masak la sesekali.
Actually , even sibuk dengan kerja ...i memang selalunya akan balik masak simplest dish for the family.
On weekend, kalau kita kat rumah, i masak beria.
Beria tu bukan laaa nasi minyak, nasi beriani bagai...but kalau hari2 biasa, weekday masak sejenis lauk, weekend dapat laaa dua tiga jenis.
Ada masa2 i rajin snap pic masak2 ni..tapi most of the time i malas..especially yang masak hari2...duk balik2 lauk ayam masak kicap, ikan goreng berlada...so, rasa nak ambik gambar pun tak semangat...tambah2 sejenis lauk tu jer tertonggeng atas meja kan ..lagilaaaa...



Ini lauk weekend...kalau dah lebih dari sejenis lauk atas meja..confirm weekend.



Ayam masak kicap

Ikan kering goreng with bawang n cili padi..

kangkung goreng

Ini breakfast hari minggu...roti jala n kari daging dr freezer.






Breakfast weekend..aglio olio

lasagna , weekend lunch



Breakfast selalunya mesti teh tarik special..using teh campur special resepi mok.

I normally use 2 small box of BOH Tea yang serbuk + 1 small box Teh Cap Paip @ Teh Cap Masjid atau Teh Cap Bunga Ros.
Try laaa...definitely teh tarik special ala mamak. campur susu pekat manis sket dan susu cair...heavennn!!

Ada masanya weekend terlebey rajin sket..i akan bake samaada muffin sebab muffin paling senang or kadang2 buat kek kukus..or buat kuih bakar.
Tapi yang paling kerap muffin laaa sebab paling simple nak membuatnya

Ini puff sardin ..i use pastry from Kawan.

kalau takder sangat stok pastry ni..guna jer Paratha segera ...pun boleh.

Gigih la sket, tekap guna muncung cawan, letak inti cantumkan n tekan garfu

bake..n ready to eat.

Kuih bakar ni FAVOURITE papa...kalau kuih camni, dia suruh bake selalu...tapi i jarang buat sebab nanti dia makan banyakkk snagat n its not good , kuih2 camni manis...


Ni pulak puding roti apple....



Sesekali kalau ada mood n ada plan to go somewhere like my sister house ker, ill bake this kind of cake...muai 

Buh dalam bekas, buat buah tangan



But i always prefer this kind ..kukus..texture dia more to apam ...tak muak n buttery

This kind of kuih2 i tak la rajin buat..kalau dulu every week buat, now, dalam sebulan ada la sekali dua yang i gigih membuatnya..

kalau ini, rajin ..every week boleh buat..sebab tak leceh bahan2nya...


Ini lauk malam, balik kerja..kalau tak rasa nak makan nasi..buat simple bihun sup camni jer.
tapi kalau rasa nak makan nasi..confirm sejenis lauk jer

sejenis lauk camni...kari ayam

or maybe ketam masak lemak

but normally ayam masak kicapp..dagging masak kicap, telur masak kicap...ikan masak kicap hahahaha.

Hazab anak2 tengok kicap hari2...!!













Wednesday, 18 September 2013

Apam Pelangi

Salam,

Jumaat lepas i cuti.
Anak kembar berdua tak sihat.
Lepas siap suap makan, bagi ubat dan tidurkan dorang, punya la bosan duk rumah.
Akhirnya, terfikir nak buat apam pelangi.
Dulu2, memang i suka buat apam ni.
Hari raya pun i buat apam ni kat rumah mok.
Tapi sejak pindah ke rumah baru ni, ada sekali dua jer kot

Ini pic2 lama 
sebelum kukus


dah kuarkan dr kukus

dah potong siap2 bawak opis




Memang banyak kali i buat apam ni sebab bila makan tak muak macam kek.

So Jumaat hari tu i buat laaa...

Satu loyang besar.
Tapi pic lepas kuar dan potong takder plak.


I memang suka sangat dengan apam ni.
Sapa2 nak try, i share resipi kat sini k.



Bahan:

4 biji telur
2 st ovellet
1 st esen vanilla
300 gm gandum
300 gm gula halus ( i use 180gm only)
250ml santan (use santan kotak)
1st baking powder
pewarna (i use 3 colour)


Method:
Pukul telur +ovellet+ gula sampai gebu
Masuk santan dan esen vanila, pukul lagi sebati
Masukkan tepung gandum yang dah ditapis sekali with baking powder and pukul rata
Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan bubuh pewarna
Tuang sela[is demi selapis dalam loyang , kukus for about 30 min and done!
I use loyang besar segi empat tu or kalau guna loyang 7 inch, boleh buat satu lagi dalam loyang lebih kecik...


Selamat mencuba, dah buat sekali confirm akan buat lagi hehhe.