love

love

Followers

Showing posts with label livinghall. Show all posts
Showing posts with label livinghall. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

Deko: Sofa new look

Salam,

Yeaaa i know ive told u guyz that i did not do any deco for this Raya.
But well...papa memang la hobi sangat panggil kawan2 makan..especially after the raya ni.
We didnt plan any open house this year, but papa kena buat meeting tahunan utk koperasi kelab kembar..and plan punya plan , they decided buat meeting kat my house..and of course meeting kena la ada makan2 sket kan .
Kan keringgg jer tekak semua yang datang huhuhu.

Kita skip bab makanan, nanti i takder pulak bahan for next post hahaha.
Kat sini nak citer pasal deco.
Everytime panggil orang datang ke rumah, memang kami ni jenis tak reti nak selamba apa adanya, rumah bersepah semua...paling2 nak jugak kemas apa ptut.
From Sabtu lagi, (buat makan2 on Sunday)..papa dah terbongkok2 basuh bilik air...i love this part bila panggil orang makan, baru papa rajin nak menyental and turun padang.
Selama ni bibik buat, since no more bibik, i memang tak mampu nak bongkok2 after my backpain hari tu (later la citer pasal backpain), so papa laaa kena buat.
Wahh seronok, rumah kemas.

Actually Jumaat tu lagi, i dah semangat nak kemas rumah once papa kata kita nak buat makan2.
Me and geng selempang went to Kaison at Paradigm Mall, and i shop few thing utk ubah sket rupa my sofa.
Tahun lepas raya rupa itu laaa..this year, the same people yang akan datang, so rasa cam nak ubah sket laaa deko kan .
Nothing much i plan, cuma tukar cushion kecik2 jer for new look.


Before 
perasan tak bantal merah.
Nampak dull jer kan ...satu warna.

After
I beli bantal corak chevron..and selitkan another black colour pada cushion tu.
Tak la nampak merahhh sangat and satu colour jer.



Nak ubah terus bantal merah tu, cam nanti tak kena pulak dengan dinding warna merah kat tangga tu.
Plus bantal besar kat sofa 3 seater tu memang provide sekali dengan sofa tu, nak tempah jahit sarung cushion saiz camtu payah la dapat kan 

And beli sekali alas stripe utk kerusi rotan ni.
Ok laaa sket kan 

Dapat la new look...


Final pic...

Seri laaa skettt...kan kan ...?





Tuesday, 1 October 2013

before and after- ubah susun atur ruang tamu LAGI

Salam,

Livinghall kat rumah i sempit.
Dengan keluasan my rumah yang terhad and recently before raya, i bought new set of sofa menjadikan ruang sempit tu bertambah sempit.
Idea bawak IPTV box ke ruang family kat atas so that kids wont mess around with my white sofa tu nampaknya tak berapa brilliant so papa kena pindahkan balik set TV ke bawah.
And when kids watching their cartoon like 24-7 kat bawah and di living hall tu, my sofa dah fully utilise.
The problem is that my sofa tu kalernya putih suci.
And kids..they do not bother about colour.
Apa yang dorang tau, they have comfortable place to nap, have their chocloate milk , baling all the cushion on the sofa bila bergurau.

Baru2 ni, bila family both side banyak datang bertandang ke rumah and my BFF kena datang nak settlekan our project, i have to makeover sket kedudukan sofa tu in the house.

Masuk kali ni dah 3 kali i ubah kedudukan sofa since i bought the sofa bulan puasa hari tu.

The first day sofa tu sampai.

This is how i deko my sofa




View dr tangga.

View sampai dining area

Then, i noticed that guest datang, tak cukup tempat duduk, sebab before this takder sofa menghalang ke pintu sliding , so that kita bentang carpet kat porch, rumah lapang and guest duduk luar dan dalam rumah.
Then sofa tu sampai, tutup laluan utama tetamu iaitu the sliding door tu and i kena cari option so guest ada tempat nak duduk.
I pindahkan 3 seater pulak ke laluan sliding door adn dapat tambah extra 2 seat lagi iaitu kerusi rotan dr Ikea that i bought lamaaaaa dulu.
I ada cerita pasal makeover tu kat sini.




Extra space




Nampak lebih luas



Ada extra space sket kat belakang sofa 2 seater tu.
Jadi laluan utama dr pintu kecik.

So ini jadi main door laa...sebab sliding door dah kena tutup dengan 3 seater.
Even i tak rapatkan ke sliding door and stilla ada space utk lalu lalang keluar thru the sliding, but the area tak berapa besar, so tak selesa utk keluar masuk.

Bila sedara mara dah ramai datang, i noticed sempitnyaaaa laaa. Dah tu anak2 nak barin, confirm guna sofa tu ..sebab takder space nak letak alas toto kat lantai.

So, i ubah lagi.


Like this






Rapatkan terus ke dinding tangga.
3 seater rapat ke tangga , 2 seater rapat ke divider.





So, that they have space utk letak alas..baring, main baling bantal, hisap susu kat lantai tu...tanpa involve kan sekali sofa putih i tu....

Lebih lapang kan .
And main door sekarang ialah sliding door tu.

Even i tak berapa suka dengan this deco, but ini paling practical buat masa ni.
Nanti i tengah fikir solution nak letakkan TV kat atas balik, tapi we still manage to control and look after them, tak bahaya utk dorang, maka dapatlah i deko balik my livinghall ni the way i love.
At this moment, kena berkorban sket laaa...





Friday, 20 September 2013

Divider in the house.

Salam,

Ingat kisah tragedy Aleesa.
On how Aleesa dihempap divider dalam rumah?

I ada cerita the whole story about camana dia boleh kena hempap and camana dia dirawat sampai laaa dia betul2 dah ok sekarang kat sini.

For quite sometime, our rumah takder divider lagi.
I was phobia to the divider and anything that will cause accident to my kids.
There was a time, tengok cara Aniq duduk atas kerusi while he was playing computer game pun scared me enough.
I melarang kids to do macam2, sampai papa kena clearkan kepala otak i that accident happened for a reason .
Kalau benda nak jadi, akan jadi, we can try to prevent but to be so traumatic macam tu, takleh stop things to happen pun .
Day by day, i mula terima and i dah bagi kebebasan sket kat my kids to do their thing..or else semua tak boleh sampai budak2 tu pun naik bosan dengan ibu dia ni.

So, as there's no divider in between my living and ke guest bathroom kat bawah tu, mata kami berdua sangatla sakit.

pic google

I bought tirai kain hitam and minta papa pasnagkan so at leat boleh la tutup sket pandangan direct ke bathroom tu but papa banyak alasan pulak.
So terbiar la tirai tu , tak dipasang2 pun .

Sampai la satu hari, bila dah nak raya, kita mula start to buat few  self makeover and deco kat rumah tu and papa tanya boleh tak dia pasang divider lagi at the same exact place tu sebab itu je rpaling sesuai.
I was refused at the first time.
I memang tak mo.

But papa keep on pujuk and convinced me , he will use lighter kayu dan dia yang akan pasang sendiri..
He will make sure every inch of the kayu will ber drilled ke dinding.
So, he wont compromised on the safety aspect that i should confidence and believe in him.


I cakap, boleh, tapi i will monitor every kerja2 pemasangan dia.
Macamlah i terer.

Our first hunt pergi Ikea, nak cari kayu2 yang lighter and ssesuai.
I tertarik dengan satu divider contoh that Ikea installed at their showroom, but it was not for sale and they dont even have the same design or material for that.

This is the photo that i snapped.

Nice kan ...



But it was quite hard to get that kind of material kat kedai luar with that size.
Papa opted for Ivar Shelves kind of kayu from Ikea.




But instead of beli the whole set, Ikea did sell shelves tu sahaja without set la.
So, papa beli 2 set.
2 set of kayu tu can get 4 keping .
Unfortunately i forgot the price for the set.
Papa cakap dah cukup utk siapkan our divider.


Balik rumah, the next day, tengah2 malam papa bertukang seorang diri.
The next day, i woke up tengok everything done!
I marah juga, tapi dia tunjukkan mana skru2 dia pasang.
Theres 3 screw sebesar alam dia pasang kat bahagian tepi dinding attached with dinding bilik bibik.
And another 3 screw yang sama saiz and cukup panjang as he showed me before at the top , dia drill ke bahagian beam rumah.


The next daynya, papa use syelek, buat one layer .
And before kita balik raya, Aniq helped with another layer.

Actually, kalau tak syelek, kayu yang attached 4 keping tu cantik kalernya...sama cam Ikea punya sample that i showed kat atas tu, but kaler kayu utk  framekan divider  yang i guna tu tak cantik n tak sama ..so we have to use syelek then .




2 set of IVAR shelves from Ikea.
Pakai kayu 2 by 4 3 batang for the frame 
Another 7 batang potong kecik2 buat shelves yang macam tangga tu.
Nasib baik dorang tak panjat hhuhuhu.
Maybe semua in the house pun fobia dengan kayu2 tu.

So finally, we still have divider in the house.

My FIL and ayoh pun datang buat inspection the kayu and how it was installed and semua cakap, tak lojik akan jatuh kecuali atas kehendak Allah...kalau  binaanya, insya Allah kukuh.

Everyday i lalu kat situ, i akan goyangkan the divider.
Everyday without fail to make sure ianya kukuh ...sangat2 kukuh to stand there.









Friday, 30 August 2013

Before and after-ubah susun atur ruang tamu

Salam,

Mood update blog tak tau pi mana.
Badan penat, tapi tak tau penat  buat apa, so , mood sekali hilang ke laut.

So, tak mo citer panjang, nak share jer few pic of simple makeover i buat masa tengah bosan2 balik kije malam2.

Before: Ini rupa my ruang tamu sempit.


before: Ini bahagian mengadap sliding door, i letak 2 seater.

\
Before:Ini dari tangga 



Then , thinking that we need extra seat for guest that visiting us for raya, i tukar sket deco rumah.


after

after



after: View dr meja makan 
Instead of 2 seater sofa, i letak the 3 seater one, so that ruang nampak memanjang.
Sebelum ni, ruang belakang sofa , dekat tangga tu diguna hanya utk laluan.
Pic dibawah.


Befre: ada pathway, tapi takder kegunaan selain cantik jer (cantik keww..??)





After:View dr tangga rumah...nampak lebih panjang space ni




View keseleruhan dr pintu masuk..nampak space belakang sofa dekat tangga tu sempit kan...so, itu lebih baik, sebab kalau tak, space tu takkan guna pun , hanya utk laluan...now, dapat ruang tamu yang lebih luas with extra seat.

ok kan ..??



Wednesday, 21 August 2013

Sofa baru.

Salam ,

Ingat tak sebelum raya i tempah new sofa.
And i did mention betapa putih tulus suci murninya warna putih sofa pilihan i tu.

Now i love to share my new sofa look here.
Ini sebelum balik kg.
Malam tu i tunggu sofa ni datang.
Sebaik jer sampai, i terus deko dengan  carpet utk tujuan bergambar n nak tatap mpuas2 kat kg sebab kena trus balik Trg malam tu hahaha.

Budak berdua pun sempat bergolek bawah meja



Aniq pun nak rasa jugak sebelum tinggalkan .

Balik jer ke rumah dari kampung..cabaran pun bermula
Suci benar warna sofa pilihan hati i tu.
walaupun dr mula papa menghalang, tapi i tetap berkeras dan akhirnya..inilah padahnya...hahaha
Silalah awasi anak anda 24-7 cik kak.

Ingat senang.
Tak.
Bila dia nak duduk i remind them, letak kaki kat bawah.
No menyusu sambil baring atas sofa pleaseeee.
and dorang kena perambat tengpok TV kat atas.
papa pun dah pindahkan HyppTV ada kartun kat atas.
Lega skety...tapi tak sepenuhnya sebab most of the time aktiviti harian adalah di bawah.
Especially makan ....huarghhhh..tension okay.



So, solutionnya.














I cover dengan alas..i guna side putih juga supaya tak hilangkan design n kecantikan asal sofa tu muahahaha.
cantik la sangat.


Yang 2 seater ni pun kena bungkus.

Tak nampak sangat kan sebab sama2 putih.


papa tanya apa feel dia pakai sofa baru kalau kena bungkus gitu.
Takper, ada tamu kita bukak la .

Elok i letak alas, si kakak tumpahkan susu coklat atas ni.
Memang menangis mak kau nak.
Seb bek dah alas..tapi kalau tak perasan memang coklat tu tembus ke bawah..



Apapun , hati gembira ...!!