love

love

Followers

Showing posts with label organizing. Show all posts
Showing posts with label organizing. Show all posts

Thursday, 20 March 2014

Organizing: Rak dan susunatur buku di bilik anak bujang

Salam,

Sorry lama tak dapat menjenguk.
Tapi rajin BW blog orang lain .

Citer Istanbul later laaa sambung...buhsan kot, dah la banyak gila pic kena pilih.
Jom citer hal deko today yer.
Ramai dah bosan bukak my blog duk tengok citer Istanbul...elehhhh tauuuu...!!

I ada plan nak susun buku2 kat bilik Aniq ni dah lama.
Tau la bilik anak bujang senang sorang ni.
Nampak atas lantai tu, bersusun2 kat tepi , sebab kurang rak

Bila susun buku, mesti bercampur2 jugak ...elok i asingkan mana buku sekolah, buku tuisyen, buku latihan kat rumah, tak sampai seminggu dah bercampur aduk

Time nak kemas buku sekolah ikut jadual, terjerit2 tanya buku teks dia
Sekali dua i tolong la, tapi setiap malam i kena cari, hangin jugak la.

So satu malam tu, i tak tahan ...pikir2 kena buat sumting ni.


I pun gigih laaa hangkut drawer ikea ni yang i beli and letak kat my wardrobe.

Asalnya dalam wardrobe , i simpan sarung bantal, blanket and such...ada i cerita dalam entry ni.


Now angkut dalam bilik dia and letak semua barang2 dia yang bersepah kat lantai.
Buat label temporary dulu..nanti bila i ada mood , baru buat label elok2 k.


drawer ni ada barang2 utk PSV

Stok crayon dalam kotak kat belakang

Ini dalam drawer buku panduan agama

Ini dalam drawer homework..semua homework yang i kena check


Ini paling bawah , tak ada label apa2, tapi i letak buku conteng dia and stationery
Pic terbalik la plak.

Then i labelkan rack buku Billy asal kat bilik dia.


ini utk space buku latihan kat rumah and buku tuisyen

Ini pulak utk buku sekolah.
Buku tulis and latihan

Paling bawah adalah buku latihan tahun 5, since he still use it , i simpan dalam satu bahagian.
Tapi tak banyak , so i sumbat sekali file comics and exam paper dalam tu.

Ini lah space baru mamat bujang ni.
Atas drawer rack tu i susun komik2 yang dia suka baca sampai skang.

Hopefully kemas laaa utk sebulan .







Saturday, 25 January 2014

Handbag Organizer

Salam,
Hari tu i ada share how i organize my handbag kan .



Boleh baca link ni.
I use handbag organizer yang i dapat hadiah masa i beli Ephyra product.
Since ada yang bertanya mana i dapat the organizer, i googled and found that those who interested can easily order from here.

Banyak warna menarik to choose .
I tengok yang dalam Lazada ni sebijik cam i punya.
kalau betul, i think the price sangat worth it sebab quality material nya baik and banyak compartment.
Trust me, you wont regret to have it.

Thank you.






Thursday, 23 January 2014

Organizing: Susun atur dalam wardrobe pt 3

Salam,

Okay last episode of "The Wardrobe" sebelum this series drama mula kena banned hahaha.

Bahagian ni cuma ada dua pintu.
Pintu besar.
Slide satu pintu, semua benda nampak.

Pintu paling tepi ni..as per showed by arrow tu.





I hang semua baju kerja papa...kemeja2 and seluar kerja.



Hang seluar bahagian bawah.
So senang, papa slide one big door ni, nampak la semua barang2 dia.
kalau banyak2 pintu, nanti dia slide sana slide sini, confirm tercabut.
That's why bahagian banyak pintu , kat bahagian i shared before in part 2, i letak barang2 i jer...tu pun i rasa nak tercabut dah jugak pintu nya, jap i slide kiri jap kanan, tak tau nak cari baju apa..hahaha, pompuan dengan dilema memilih pakaian hatta utk tidur.

Eh sorry ...papa worse than me..pagi2 i dah siap, dia masih berdiri depan this part laaa...menung nak fikir baju apa nak pakai...
dilema dia lagi parah compare to me.
tengok kasut2 dia pun dah tau betapa dilema nya dia when it comes to pakaian.
Tapi tak pelik...orang tak hensem , gitu laaa...i takper, naturally dah cantik, tak yah dilema sangat nak pilih baju , pakai apapun , kena jerrr..muahahahaha....

Ok dah..
sambung



Another pintu, bila slide akan nampak this view.


Atas para, i letak semua brang make up and skincare yang i guna


Close up.

Dulu i ada dresser khas siap bercermin utk i bersiap.

 tapi i buat sikit makeover dalam master bedroom , so console table ni dah tak pakai lagi.

Jadi i kena pindahkan semua barang2 diri i ni ke dalam wardrobe.
Asalnya bahagian wardrobe tu memang utk letak brang2 ni.
Cina yang i buat wardrobe ni siap buat compartment bercermin, but i decided to take out the compartment bercermin tu and letak kat out bathroom..in sha Allah later i share the pic bila kita citer pasal bathroom nanti yer. 
Jadi barang2 i pun masuk laaa balik ke tempat asal...memang tak ada cermin  dalam ni tapi ada satu cermin besarrrr dalam bilik ni utk i bersiap and ada jugak cermin dalam bathroom.

Kat bahagian bawah barang2 mekap tu, ada satu bekas i isi tudung2 i.
I ada share detail pasal bekas isi tudung tu kat sini.

Then bahagian bawha nya lagi ada 3 drawer.
dalam tu biasa laaa, ada pakaian dalam i dan papa.
Tak yah la share isi dalam nyaaa yerrr...

Next kat sebelah tu..

I susun semua toto kat sini.
And ada tilam jugak i lipat and stack in here.
Sapa yang baca my blog tau laaa, rumah i ni selalu ada guest yang datang bermalam.
Especially family.
Bila datang ramai2.
Guest room tak cukup.
Toto ni laaa guna.

Bentang kat depan TV bawah, depan TV atas...ikut la mana ada space kosong hehehe.
Rumah kecik kekdahnya, camni laaa...tapi alhamdulillah, ada tetamu sudi datang...rezeki rezeki.

Even tak pakai utk guest, toto ni selalu bentang utk budak berdua tidur dalam my room.
Pagi lipat simpan, malam bentang laaa utk depa.



So selesai la sudah perkongsian segala isi dalam wardrobe kat dalam my master bedroom ni.

In sha Allah dala episod yang lain , i share bahagian2 lain pulak yer...hehehe.




Monday, 20 January 2014

Organizing: Susun atur dalam wardrobe pt 2

Salam,

Suppose minggu lepas i sambung kisah susun atur dalam my wardrobe but pleaseeeee forgive me, tetiba banyak pulak aktiviti dan urusan , tambah lagi, nenek hb meninggal on maulud day tu.

OK lets continue kisah wardrobe kat my master .

Hari tu i sempat cerita how i organized (laaa sangat) bahagian atas je kan .
Now sambung bahagian bawah.
Tapi satu side jer dulu k.

Ok mula2 kita tengok kat dalam bahagian arrow ni eh.
Eh when i mean to share kisah wardrobe ni, please bear in mind that it doesn't mean i have nice, errrr organized (kena tukar tajuk la ehhh...unorganized) isi kat dlmnya...tapi takper laaa...sharing is caring katanya hehehehe.

Bahagian ni i susun /hang baju kurung and jubah sahaja.
Baju kurung i sebenarnya sangat banyakkkk..tapi after purging and sedekah kat orang ini lah yang tinggal...

Bawahnya ada dua part i boleh susun baju yang berlipat
This is how it look.
Para atas letak t shirt.
Bawah baju tidur and seluar tidur.
Dah tak yah tengok lama2...nanti sakit mata hahaha.
Okay actually i ada hasrat nak ubah cara susunan baju berlipat kat bawah ni macam bilik Aniq.
tapi sampai sekarang cuma jadi hasrat.
in sha Allah this year akan dilaksanakan .


Okay, next kita tengok bahagian dalam yang arrow ni plak k.
Kat sini i hang semua baju kemeja/blouse i.
Baju kerja, baju jalan , sama jer....semua kat sini.
Bawahnya i hang seluar slack kerja and seluar jalan .
yang berlipat atas kotak ialah jeans yang masih boleh pakai atau dalam ertikata lain masih muat.
Dua kotak kat bawah tu adalah timbunan jeans2 yang dah tak boleh pakai...tak muatttt!!!
Tak sure kenapa jeans2 tu boleh mengecik huhuhu.
So simpan dalam kotak2 tu dengan harapan esok atau lusa kain nya akan membesar balik...
Kotak tu pun , i ada hasrat nak balut cantik2...namun masih jua, tinggal hasrat jugak...

Owh ada lagi timbunan kain hahaha, kat bahagian lantai tu pulak , semua seluar jenis cotton and linen fav yang i bawak bila bermalam kat rumah orang and pakai bila jalan2.
Selesa and cantik.
It supposed to be hang, tapi i belum pass pada bibik Ayu utk iron, bila iron akan hang.

Ok now, bahagian ni pulak yer.




Ini adalah bahagian baju berlipat and khas utk baju berlipat papa jer.
Kat sini ada baju t shirt papa.
Seluar tidur, short.
Ada kain pelikat .
Bahagian paling atas, i letak towel.

Bahagian paling bawah dalam plastik sampah tu ialah kain cotton yang belum berjahhit that i suppose to pass to my BFF tapi asyik  bertangguh, so bibik Ayu sumbat kat situ.
Timbunan kain2 kat atas tu pun semua kain2 belum berjahit yang i kena pass to her.


Ok last utk part ni...kita tengok apa ada dalam bahagian i tunjuk dengan arrow yer .

Bahagian ni tersorok ke dalam .


So utk senang nak manage this part..i bought rack from Ikea.


dalam rack ni, i letak telekung and sejadah kat rak paling atas.

second rack ada blanket.

third one ada sarung bantal

and the last rack ada bedsheet cover and quilt cover.



kat bahagian atas , i masih boleh hang baju2 yang jarang pakai.
dalam ni ada kot2 papa yang pakai pada event2 tertentu jer..ada baju melayu raya, ada jaket.

Okay settle dah part 2 ni.
Esok lusa nanti i sambung part 3 yer..last part.
Promiseee..!!

























Thursday, 9 January 2014

Diary 2014

Salam,

Aduh lewat dapat bersiaran semenjak dua menjak ni.
Hujung tahun and awal tahun memang i selalunya busy.
Lunch hour boleh la curi masa buat entry.
Last year, i buat siap2 malam before tidur and scheduled kan ..senang..
Tapi dua tiga minggu ni tak sempat nak hadap la malam2 .

Takper, lupakan.
Nak citer pasal diary.

Banyak dapat diary tahun ni.


Ini cuma sebahagian.
Sebahagian lagi dah bagi kawan2.
I chooese the one yang paling depan for me.
lain2 bagi kat kawan.


Selama2 ni , berlambak dapat diary...tahun2 sebelum ni banyak vendor bagi..takder satu pun i pakai..this year konon2 nak organize sket laaaa..so i mula mark kan date2 penting dalam hidup.
My first step to organized life...laaaa sangat hahaha

Our anni on 7/7 and twin's on 8/7..senang celebrate sekali arung

Aniq punya birthday 8/8

2 Feb besday papa and kawan i and also my abang

Hijau tu utk tandakan cuti by my company...cuti raya cina.

Unik kan date2 kitorang.
Papa 2/2
Aniq 8/8
Ibu 10/10
Anniversary 7/7.

Twin pun suppose keluar 7/7..sekali terlewat plak sehari..jadi 8/7..hehehe.
Confuse , nak citer pasal date ker pasal diary hahahah