love

love

Followers

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, 7 August 2014

Raya 2014 part 2

Salam,

While i still in the mood, i nak habiskan kisah raya.

Pagi2 raya kedua, kami bertolak balik KT and mama ngan Ngah sefamily heading to JB.

We reached KT at 2pm and terus ke rumah mok teh (my 2nd sister).
Kebetulan dia buat open house and memang semua berkumpul kat sana.
I didnt snap any pic but it was black and red theme on the day...alah rugi pulak rasanya tak ambik apa2 gambar.

Ini pic ambik from family group FB, on second day at rumah mok teh, but masa ni i kami semua belum sampai.


Petang after makan , baru balik ke rumah mok.
Masa ni semua pun masih ada kat rumah mok.
Masih meriah penuh rumah.
Malam melepak pulak rumah Ayoh cik having fresh durian baru gugur and we were served laksa...sedappp berebut2!!!


The next day pulak, with blue theme , kami melepak one whole day kat rumah Che Ngah and Che De.
Rumah dorang sebelah2 jer.
This year, Che Ngah buat mee kari and nasi lemak while Che De buat nasi putih with gulai ayam kg.
So whole day kat situ jer.
Pagi naik rumah ni, makan nasi lemak, tengahari naik umah sebelah pulak for nasi and petang lagi masuk balik next house for mee kari sampai la ke malam melepak sana.

Rumah Che de.


Rumah Che Ngah

Siap ada kek by my anak buah, Kak Yong yang kebetulan celebrate birthday Che Ngah (her mum) on that day.

my sister potong kek 

Day 4 raya, kita semua semangat pakai baju sedondon lagi, but ending up , stay at home sampai malam .
Tak pergi kemana selain tergolek terlentang dalam umah mok





Dah petang, kita tak kemana2, kids pun dah tukar baju and cuma main ngan cousin kat rumah.







Malamnya, i janji nak ke rumah my bff Yuza tapi tak jadi pun sebab papa keluar tak balik2.
Dia sibuk cari barang nak kemaskan rumah homestay ayoh.

beria budak berdua bersiap


Day 5 raya, kita dah bergerak balik ke Kuantan, my new place after this.
In sha Allah after Aniq settle his UPSR, i akan pindah terus for good.
Buat masa sekarang i ulang alik every week Kuantan -KL.

Kami gerak balik after solat Jumaat and lepas lunch dengan laksa by my mum.
Sedap snagattt2, i siap tapau nak makan kat Kuantan.



Ini breakfast on raya ke 5 before having the laksa for lunch


Lepas makan laksa terus gerak sekali dengan Pak Lang.



Tiba di Kuantan dah malam .

Next morning dah start business.


Monday morning kita semua bergerak balik ke KL.
Tak sanggup nak balik Ahad tu, takut kena redah jem lagi.
Jadi terpaksa Aniq ponteng sehari.

Habis dah kisah raya.
Balik KL ni, kena plan for open house kawan2 pulak macam tahun2 lepas.
Plannya memang tak mampu nak buat, dengan takder masa sebab every weekend memang nak balik Kuantan, tapi since papa kena stay this weekend for Kelab Kembar punya meeting, baik terus i buat open house utk closest friend...tengok la camana, atau mungkin plan tinggal plan jer hehehe.











Wednesday, 6 August 2014

Raya 2014

Salam ,
And Selamat Hari Raya Aidilfitri..Syawal kan sebulan ...
I know know...takderk khabar berita berbulan bulan tetiba kuar2 selamat hari raya jer.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur utk i menulis di blog ni.
Jujurnya dah lama mood menulis hilang, hingga ke hari ni pun , i dukkk paksa diri  to start.

Masa memula bukak blog ni dulu, memang i bercadang nak bercerita about deco.
I love home deco since i remaja lagi.
And bila life i dah berubah...rumah yang ibarat heaven on earth utk kami sefamily nak dijual...saya jadi tak ada mood menulis lagi.

Bukan tu saja, i jugak dah hantar surat perletakan jawatan few month back and will be here sampai 14 ogos ni saja.
Starting on 15 Ogos, i will officially unemployed hehe.
But in sha Allah later i akan kongsi apa yang actually i buat sampai i decide to quit my job here.
Have been with TM for almost 8 years.
Satu pengalaman yang sangat indah tapi Alhamdulillah, dan  in sha Allah , ada peluang lebih baik, so me and papa decide one of us kena focus on our business.

Since i bercita2 dah lama nak jaga sendiri my kids, we both decide, biaralah i berhenti dulu.


Ok panjang lebar sangat tu..actually today i nak kongsi kisah raya.


Tahun ni pun luar biasa sikit, we celebrate raya kat our house di KL since mama pun dah stay sini.
Rumah kat Muor dah disewakan , and kami semua pun sedih gak , on our first raya, takde  kg nak balik hehehe, but kita buat2 happy jer.

Feel raya tahun ni berbeza, takder berebut bilik air pagi2, sibuk kat iron board waiting for turn..semuanya smooth, rileks2 jer pagi raya baru nak bukak almari cari tudung to match the concept semua.
Itu jer laaa yang seronok raya dirumah sendiri pun.

Mama beraya kat rumah kami, and we prepared a lottt of Raya dish together though cuma kami anak beranak nak makan .



Rendang...6 kg fresh daging tauuu...jenuh bawak balik Trg and Johor pun tak abis2 huhuhu.

Pic blur, silap setting flash.
Papa prepare kerutuk ayam style mok , then ada sambal kacang, lodeh and rendang daging.
Ketupat segera jer...



lemang pun ado




Tak cukup dengan tu, papa masak pulak nasi hujan panas, nak makan dengan kerutuk ayam dia , lebih dr nak buat open house kot makanan punya banyak.



Sebelum boleh bersalam and bermaafan, kita makan dulu.
Masa ni dorang baru balik dr masjid.
Jalan kaki, depan rumah 5 langkah jer pun masjidnya

Budak2 pun kita suap kenyang2...
Baju raya dr Madinah.
Tahun ni memang i tak beli baju raya langsung for me and kids sebab dah ada baju dr Mekah tak pakai lagi.
Baju2 jalan pun memang dah beli awal2 dulu, sebelum puasa, konon nak pakai, tapi i beli besar2 semuanya, buat raya jer laaa, senang tak yah membeli lagi.

After dah kenyang, baru bersalam dengan mama and atuk and bergambar

Mama dan atuk..sedondon this year...golddd..!!

Papa and Aniq with bronze colour...last minute dua malam sebelum raya g PKNS cari baju dorang sebab Aniq dah tak muat pakai baju tahun lepas, so papa pun nak baju melayu jugak, nak sedondon dua beranak katanya.
Jenuh after that i menggodek almari cari jubah boleh sedondon and pagi2 raya jumpa pulak tudung bawal berjaman tu..pakai jer laaa, asal nampak ala2 sedondon..




Us...!!



Ibu and kidsss






Later , petang after 2, baru Ngah anak beranak sampai from his in law di Perak.

Tapi petang tu kami dah penat sangat..i masuk ke bilik nak berbaring sikit.
Budak berdua merengek minta tukar baju sebab rimas dengan jubah camtu.

I tukar kan jubah pendek ni and depa pun main2 kat their space , tak macam hari raya pun .


Adik tertidur after that and kakak pulak laternya.

Kami yang tua2 ni nak tidur , tak dapat pulak , terasa bersalah..so cuma melepak di laman , layan kolam papa




Tahun ni Nana punya turn beraya with her in law so she's not in the story...but on our first raya, i share our raya dish kat FB and dia terus whatssap kat family group to come and join .
Tak tahan katanya tengok dishes2 fav dia.

Dah Mahrib diorang laki bini sampai dr kg hb nya di Bagan Lalang, and after makan, solat and family pic baru dia balik semula ke in laws place nya.

We tried to gather everyone malam tu, sebab this year jer semua ada on the first raya.
Kalau tak memang tak jumpa sebab we decided every raya kena take turn to raya with mama and atuk
So next year bila kita raya kat KT, Nana will be with mama, so the chances to meet up semua cukup korum adik beradik papa susah la sket.
Since that nite Nana datang, tu yang semua pakai balik baju raya pagi nya and kita pun bergambar.





Pic ni huru hara nak setkan auto camera, dah la pakai phone jer...hahaha
Sayang that i dont have pic yang senonoh , yang elok jer semua ada, i think pic ada pada papa, tapi malas pulak nak mintak dia wasap , nak upload lagi...so, ini pun jadi laaa hahahah..


The next day nya on 2nd raya, awal2 pagi kita bertolak balik ke K Trg while mama, atuk and Ngah sefamily heading JB beraya ke sana.

Nanti i sambung kisah 2nd raya k.





Thursday, 17 October 2013

Hari Raya Aidiladha 2013

Salam,

Orang semua citer raya, buh pic lembu kena sembelih, solat raya,hidangan raya, i jer tak memasal buh pic lunch kat O briens..sungguh laaa out ..

Tapi kalau nak citer kisah raya pun rasanya out jugak sebab we all sangatlah tak beraya this year.
Cuma ada la sket2 pic snap..boley laaa buat bahan.

Tahun ni kita kena beraya kat Muor.
Turn umah mama.
Tapi mama decide nak raya kat KL jer , umah kitorang.
Sebab nya umah kat Muor dah tak rupa rumah, hari tu kemas2 kosong kan rumah sumbat semua dalam bilik sebab ada orang nak sewa, then tak jadi..so umah still available, tapi barang sudah tak banyak..nak masak pun hazab, nak minum air pun kena gilir2 dengan cawan yang tak berapa biji jer ada.

Sebab kedua nak raya kat KL , semua anak2 lain takder, semua kat KL...kitorang jer available nak raya mana pun boley.
Kalau raya kat KT pun lagiii boley hahahaha, okay okay tu mengelat namanya.

Tapi ntah camana, last2 minute mama decide balik Muor sebab nak kemas2 umah sana jugak, mana tahu later2 ada orang nak sewa , dah senang la, umah dah settle berkemas.

Hari Jumaat pagi2 masa i kat opis, mama dah import dulu budak bertiga balik awal2 dengan mama.
Ibu ngan papa balik Muor Ahad pagi2.
Sabtu ada hal lain .

Sampai jer Muor, nampak budak kembar berdua happy gila duk main bola..
Tak heran pun nampak ibu dan papa...enjoy snagat balik kg.

Petang tu i ajak papa jalan2 bawak budak2 tengok monyet kat Tanjung Mas , Muor.
Situ jer la kalau nak jalan2 ambik angin.










Budak berdua ni berani semacam, ibu jer duk tarik2 dorang..takutttt



Monday aktiviti pun bosan..tidur baring jer 




Tapi budak2 ni tak kenal bosan..bola bola bola..main doll tak nak, confuseee


Dah penatm terbaring melayan TV


Awal pagi raya, seronok bila ibu pakaikan dorang baju raya.











Bukan main bergaya2 lagi suh i snap pic dorang.
Pic lain takder, sebab mama n ibu duk pakai baju kelawar dr pagi raya sampai malam raya.
Mama demam, i pulak dah takder mood nak raya , semuanya duk terbaring melayan TV.

Nasib baik la papa ada mood nak masak.
Sup tulang rusuk, gulai daging , n nasi himpit.

Hidang jer dalam pinggan yang korek2 dalam plastik, nasib ada, kalau tak dah kena makan kat pinggan kertas.
Raya paling hazab rasanya ni...hahaha

Malam tu , i bertolak balik ke KL with papa n ANiq.
Budak kembar berdua tak mo balik...boleyyy??

Jumaat ni baru mama bawak balik KL.

Tapi balik jer KL, duk laa menung semua in the house, sebab rumah dah sunyi sepi.
Bibik Ayu lagi drama, siap nangis terbayang2 budak kembar panggil dia..aduh bikkk...Jumaat ni jer pun dorang balik.
Hahaha, padahal ibu dia nangis dalam diam jugak hahahaha....dramaaa!!!