And Selamat Hari Raya Aidilfitri..Syawal kan sebulan ...
I know know...takderk khabar berita berbulan bulan tetiba kuar2 selamat hari raya jer.
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur utk i menulis di blog ni.
Jujurnya dah lama mood menulis hilang, hingga ke hari ni pun , i dukkk paksa diri to start.
Masa memula bukak blog ni dulu, memang i bercadang nak bercerita about deco.
I love home deco since i remaja lagi.
And bila life i dah berubah...rumah yang ibarat heaven on earth utk kami sefamily nak dijual...saya jadi tak ada mood menulis lagi.
Bukan tu saja, i jugak dah hantar surat perletakan jawatan few month back and will be here sampai 14 ogos ni saja.
Starting on 15 Ogos, i will officially unemployed hehe.
But in sha Allah later i akan kongsi apa yang actually i buat sampai i decide to quit my job here.
Have been with TM for almost 8 years.
Satu pengalaman yang sangat indah tapi Alhamdulillah, dan in sha Allah , ada peluang lebih baik, so me and papa decide one of us kena focus on our business.
Since i bercita2 dah lama nak jaga sendiri my kids, we both decide, biaralah i berhenti dulu.
Ok panjang lebar sangat tu..actually today i nak kongsi kisah raya.
Tahun ni pun luar biasa sikit, we celebrate raya kat our house di KL since mama pun dah stay sini.
Rumah kat Muor dah disewakan , and kami semua pun sedih gak , on our first raya, takde kg nak balik hehehe, but kita buat2 happy jer.
Feel raya tahun ni berbeza, takder berebut bilik air pagi2, sibuk kat iron board waiting for turn..semuanya smooth, rileks2 jer pagi raya baru nak bukak almari cari tudung to match the concept semua.
Itu jer laaa yang seronok raya dirumah sendiri pun.
Mama beraya kat rumah kami, and we prepared a lottt of Raya dish together though cuma kami anak beranak nak makan .
Rendang...6 kg fresh daging tauuu...jenuh bawak balik Trg and Johor pun tak abis2 huhuhu.
Pic blur, silap setting flash.
Papa prepare kerutuk ayam style mok , then ada sambal kacang, lodeh and rendang daging.
Ketupat segera jer...
lemang pun ado
Tak cukup dengan tu, papa masak pulak nasi hujan panas, nak makan dengan kerutuk ayam dia , lebih dr nak buat open house kot makanan punya banyak.
Sebelum boleh bersalam and bermaafan, kita makan dulu.
Masa ni dorang baru balik dr masjid.
Jalan kaki, depan rumah 5 langkah jer pun masjidnya
Budak2 pun kita suap kenyang2...
Baju raya dr Madinah.
Tahun ni memang i tak beli baju raya langsung for me and kids sebab dah ada baju dr Mekah tak pakai lagi.
Baju2 jalan pun memang dah beli awal2 dulu, sebelum puasa, konon nak pakai, tapi i beli besar2 semuanya, buat raya jer laaa, senang tak yah membeli lagi.
After dah kenyang, baru bersalam dengan mama and atuk and bergambar
Mama dan atuk..sedondon this year...golddd..!!
Papa and Aniq with bronze colour...last minute dua malam sebelum raya g PKNS cari baju dorang sebab Aniq dah tak muat pakai baju tahun lepas, so papa pun nak baju melayu jugak, nak sedondon dua beranak katanya.
Jenuh after that i menggodek almari cari jubah boleh sedondon and pagi2 raya jumpa pulak tudung bawal berjaman tu..pakai jer laaa, asal nampak ala2 sedondon..
Us...!!
Ibu and kidsss
Later , petang after 2, baru Ngah anak beranak sampai from his in law di Perak.
Tapi petang tu kami dah penat sangat..i masuk ke bilik nak berbaring sikit.
Budak berdua merengek minta tukar baju sebab rimas dengan jubah camtu.
I tukar kan jubah pendek ni and depa pun main2 kat their space , tak macam hari raya pun .
Adik tertidur after that and kakak pulak laternya.
Kami yang tua2 ni nak tidur , tak dapat pulak , terasa bersalah..so cuma melepak di laman , layan kolam papa
Tahun ni Nana punya turn beraya with her in law so she's not in the story...but on our first raya, i share our raya dish kat FB and dia terus whatssap kat family group to come and join .
Tak tahan katanya tengok dishes2 fav dia.
Dah Mahrib diorang laki bini sampai dr kg hb nya di Bagan Lalang, and after makan, solat and family pic baru dia balik semula ke in laws place nya.
We tried to gather everyone malam tu, sebab this year jer semua ada on the first raya.
Kalau tak memang tak jumpa sebab we decided every raya kena take turn to raya with mama and atuk
So next year bila kita raya kat KT, Nana will be with mama, so the chances to meet up semua cukup korum adik beradik papa susah la sket.
Since that nite Nana datang, tu yang semua pakai balik baju raya pagi nya and kita pun bergambar.
Pic ni huru hara nak setkan auto camera, dah la pakai phone jer...hahaha
Sayang that i dont have pic yang senonoh , yang elok jer semua ada, i think pic ada pada papa, tapi malas pulak nak mintak dia wasap , nak upload lagi...so, ini pun jadi laaa hahahah..
The next day nya on 2nd raya, awal2 pagi kita bertolak balik ke K Trg while mama, atuk and Ngah sefamily heading JB beraya ke sana.
Nanti i sambung kisah 2nd raya k.
No comments:
Post a Comment