Even dah diambang nak let go my house ni, semangat nak menghias memang payah nak padam.
Benda ni dah sebati dalam diri since i kecik.
Ingat lagi masa i umur belasan tahun , dalam form 1 , form 2 camtu laaa....everytime my mum and ayah keluar for their mengaji session every Friday, i bangun awal gila nak ubah susun atur rumah (kat Trg Jumaat tu weekend).
Nanti slow2 i alih sorang2 kedudukan kerusi ruang tamu, ruang menonton and meja makan.
Nanti i tukar set kusyen mok dengan sarung2 koleksi yang dia ada.
Nanti tengok deko dah berubah i senyum sendiri puas hati.
Rumha kg kan besar and luas..memang puas laaa every week nak mengalih2 ikut mood.
Selalu mok balik impressed laaa dengan new susun atur rumah dia.
Dia pun memang admit i ni minat menghias dr kecik but jangan suruh i masuk dapur, boleh menangis hahha.
So now, kat rumah sendiri ni lagi laaa bebas kan nak susun atur ikut taste sendiri.
Dulu terhad sebab kena guna pakai jer yang mok ada, nak beli sendiri memang tak la mampu.
Macam skang, even rumah ni tak tau lah berapa panjang lafgi jodohnya ngan i, i still berkemas jugak, buat sedap mata.
Baru2 ni nak dekat raya, i memang tak buat apa2 pun dengan rumah.
Guna pakai langsir yang ada, cuma bukak and basuh jer.
Kemas rumah kasi bersih, basuh bunga2 sedia ada and just pakai balik.
Nak jadi cerita, Nana beria mengubah konsep rumah dia tahun ni.
So ada lah sekeping pic frame bunga yang dia dah tak nak pakai.
Papa mintak dengan dia, and tukar pulak dengan pokok2 dari my taman.
Memang i sayang pokok2 tu...tapi since i pun dah jarang kat rumah, and bibik pun dah tak ada, kesian jugak kalau pokok2 tu tak terjaga macam dulu lagi,
So redha jer laaa bagi dua pasu pokok kesayangan kat dia.
Maka dengan itu, terus i semangat balik nak deko bilik anak dara i yang tak complete2 lagi dengan konsep englishnya tu.
Bilik ni satu2 nya ruang dalam my house yang konsepnya ialah 'english'
Since papa memang tak suka dengan konsep macam tu..i terpaksa laaa buat kat satu bilik ni jer.
Honestly, i pun bukan la peminat english style.
Orang malas cam i ni, susah nak konsep camtu.
Tapi, being woman kan , ada terselit jugak laaa rasa nak tengok bunga2 and such kind of deco.
Tu yang i tukar bilik anak dara i.
Last pic hari tu...sampai sini, dah stuck.
I notice that the wall deco frame tu yang buatkan konsep english kat this room tak menjadi.
Tapi i tak gigih nak cari frma yang sesuai.
Elok pulak Nana dah tak mau pakai frame tu, i ambik and letak kat this room.
So complete la sudah cerita deko kat bilik anak dara ni.
Frame2 asal kat bilik ni dah masuk master bedroom.
Nanti i share the pic k.
alahai...mmg owesome la
ReplyDelete