love

love

Followers

Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

Kesan Epyhra pt 2

Salam , 
Before this i ada share pasal Ephyra kan ..

Boleh baca sini.

Ok so now after dah few month..tapi to be honest, dah nak masuk berapa bulan dah ..i masih lagi with my second box..ok, i ni memang liat bab2 supplement segala ni..tapi nasib baik i beli dua kotak dulu, so sayang duit, dah beli mahal, i paksa gigihkan diri makan juga and manage to habiskan sekotak, now my second box pun dah habis lebih separuh....seksa pulak laaa nak beli third box lepas ni..dah perangai tau...kalau nak repeat order liat sungguh even i tau it works for me.

Ok meh kita citer apa effect dia to me lepas masuk kotak kedua...


Ni kisah bulan lepas..i went to my family doc...doctor ni dah bertahun2 i kenal, dr Aniq kecik sampai anak 3..sakit demam, cucuk anak2 semua kat klinik ni.
Masa pergi buat routine check up papa, doc tu tetiba tanya i.
"did u take any supplement recently madam..?"

I dah pelik, ntah apa dia nak promote ni eh hahaha.
I pun cam blur...tak ingat supplement tu camana...so instead of answering him, i asked him back..
"Why..?"
"Owh ..nothing, u look different..ur face look fresh and glowing even without make up..."

I was like...biar betul ni...hahaha, sengih2 tanya balik..
"is it..?"

Boleh doc tu jawab balik pulak..
"yer, dulu muka u kering  a bit kan ...now nampak moist.."

wah wah wah...
Im sooo excited okay.

I pun cakap, i ambik supplement Ephyra..dia tak tau kot, but doc tu tanya, apa kat dalam tu..
So i said, ada gluta , acai berry, all berry extract then doc tu cakap..
"owh semua antioxidant source..bagus tu.."

Seee Seeeee...!!

Ok laaa tak mo citer panjang, meh tengok my face , before and after k.

Sorry this is the clearest pic yang i dapat cari....tapi masa ni memang kulit i sangat kusam...



Before

After, no camera trick, no mekap...even tak sepenuhnya nampak ok dr masalah kulit kusam before, but nampak laaa ada perubahan sket..baru habis sekotak setengah kot, ok la kan ...


And antara kesan  lain yang i sendiri notice and dah check with papa and he agreed with me ialah my hair ...
Rambut dulu , standard kot masalah ramai..gugur...
Asal mandi, syampu, penuh laaa kat lantai...dah cam orang lepas kemo kot...naik cuak kadang2.
dah macam2 syampu, takder kesan snagt.

Now dah lepas Ephyra, i tak kata takder rambut gugur, bohong sangat tu, tapi tak la extreme sangat and one thing yang i tak faham, rambut i lebat sangat..bila genggam nak ikat tu, perasan eh tebal lain macam...
papa pun cakap camtu bila nampak i lepas rambut.

Dia kata rambut i nampak tebal sangat...so sapa leh jawab eh..Ephyra tumbuhkan rambut baru??? takkan cepat pulak leh sama panjang ngan rambut asal yang dah panjang tu...confuse tapi mmang i yakin rambut i makin lebat...

Nak tunjuk takleh laaa...tapi confirm..!!
Nak poyo lebih2 pun takder sapa bayar derrr...






Tuesday, 24 September 2013

Kesan Ephyra

Salam,

Hari tu i beli Ephyra kan .
Ada i citer kat sini.




So, today after almost 20 hari..lebih dah rasanya, i nak citer la sket apa kesan Ephyra to me.
Actually tho i dah beli more than 20 days, baru 15 sachet yang baru i consume.
Standard la i ni.
Tu pun nasib baik ingat jugak, dapat juga 15 sachet.
Sebab mahal kan ....makan la jugak.

Actually after 2, 3 hari after consume tu, i nampak ada effect pada diri i, tapi i fikir, pyscho jer kot.
I tak laaa ambik port sangat sampai la ic iter kat papa dan dia agree with me.

Ok,i ada masalah tumit pecah yang keterlaluan sampai i rasa tak tau nak buat apa.
I rajin la jugak sapu bio oil atau baby oil, tapi pastu pecah balik.
Dia punya teruk tu, hinggakn kalau i lalukan kain especially jenis fleece pada tumit i, confirm kain tu sangkut sebab tumit i cam berbulu2 dengan kulit pecah.
tension tau..kadang2 bila i gosok kaki kat betis papa, papa pun cakap kasar sangat.
.Yang pelik,after i ambik 3 ke 4 sachet camtu la Ephyra kan...i saja la test lalukan kain selimut fleece i kat kaki.
Gila terkejut bila smooth jer takder sangkut2 cam selalu.
Since i pikir i ni pyscho snagat kot..i abaikan mulanya.
Tapi i tak puas hati, i saja gosok tumit kaki kat kaki papa...then dia pulak notice.
Haaa, maknanya betul la kan .

kesan kat muka pulak i tak nampak.
Muka i sama jer cam dulu, takderla orang tegur makin berseri ker apa.
Mungkin sebab muka i jenis muka tak bermasalah sangat so cam susah nak compare la.
I still nampak cam pori muka i sama jer cam dulu.


Ok, tapi menariknya kan after 15 sachet, papa tegur pasal rambut i.
I memang tak perasan mulanya, tapi papa kata rambut i nampak lebih sihat dan tebal.
Bila i nak ikat rambut, i pun pegang..betul laaa...lebih banyak pulak dalam genggam i.
Wah suka suka.

I ni kan ada masalah rambut gugur
cakapla syampu apa i tak try.
tapi takder effect pun , kalau ada pun , berkurang jer rambut gugur, tapi takder la akan tumbuhkan new hair dan tebalkan balik yang dah gugur tu kan .
Rupanya selama ni, Ephyra bagi kesan jugak tumbuhkan rambut2 i yang dah hilang tu.
Seronok weh...skang asyik duk pegang rambut and puja rambut sendiri..kegilaan apakah  hahahah.

So, itu jer la kesan nya setakat hari ni.






Tuesday, 3 September 2013

Pengaruh apa???

Salam,

Not sure terpengaruh dengan blog ker apa.
Cuma all this while , i always nak mencari supplement utk diri sndiri.
Reason , usia semakin bertambah..kalau boleh nak la badan ni maintain sihat and cantik kan .
Cantik syiok sendiri pun tak kisah la.


Puas jugak fikir apa nak makan yer.
Before2 ni ada jugak ambik jamu beli dr kawan.
Tapi sebab harga murah hehehe, mula la makan pun culas.
Selama ni nampak effect dia pada badan, cuma bila dha beli kali ke 3 , ke 4 ni, mula culas nak makan .

Recently duk laaa terbaca sana sini pasal Ephyra ni.

Kawan opis pun ada consume tapi dia kata tak nampak effect pun to her after 1 box.
I baca sana sini suruh habiskan at least 2 box before nampak kesan.

Yer la , kesan tak sama kot .
So, ntah apa sebab, i pulak teringin .

Baru2 ni dapat gaji, terus order.
Dua kotak terus okayy.
Hahaha, jangan tak makan dah pas ni.

Atas peha papa, dia bukak dalam kereta masa i drive balik from ofis.
I suruh dia buka sebab tak sabr nak tengok camana rupa dia hahaha.
Sekali papa pusing tengok harga kat belakang.
Huhuhuhu, tapi dia tak cakap apa ...nasib baik.
harap2 istiqomah laaa i ni dalam nak menghabiskan nya.

Masuk hari ni, dah 4 paket i ambik.
Kesan???
Awal sangat kot...

Tapi gila tak caya, sebab memang ada kesan.
Later2 i citer...