love

love

Followers

Sunday 31 March 2013

Handy manny day and another makeover

 Salam,

I suppose to study yesterday.
That is what we've plan for this weekend.
But semalam i was down due to fever and flu.
Since bibik is away sebab this week dia cuti n balik Puchong, papa kena la jaga budak2.

Kids behave very well sebab takut dengan papa hehehe.
Dengan ibu, lemak sket, but since yesterday ibu banyak rehat dan tidur, they dont dare to disturb me.
So when only papa yang jaga dorang, mandi, suapkan makan..so terus jadi sangat2 sopan hahaha.

By the time kids tidur, papa kebuhsanan.
Dia pun start keluarkan semua barang2 bertukang dia n buat projek tertangguh.

Meja dah lama siap, tapi takde kerusi..so ada plak lebihan kayu dr palette dan jugak dia beli kayu2 katil yang tak cukup sifat dr ruangan AS-IS kat Ikea.
He combined all the kayu2 utk buat bench to match with the meja dia buat before tu
I ada cerita pasal meja kat sini






Ibu kacau papa, minta dia tunjuk sket utk my blog hahaha















Ini hasilnya.

Bila budak2 dah bangun, mula menyibuk kat tempat papa buat kerja.
Adik with his bicycle

Pastu lapar, minta makan lagi.


Ibu buatkan roti with strawberry jam n Aniq baru nak makan nasi.
Cuma adik dan abang yang bangun tidur time ni.

Kakak bangun setengah jam after that and asking for nasi syup (nasi with sup)

By the time I siap mandikan the kids, papa pun dah siap with his project.
So , apa lagi...I asked papa to buat another makeover, yer laaa nak bubuh meja n bench dia tu, perlu space jugak.

I kena pindahkan ruang rehat asal kat luar tu dengan his new set of meja n bench tu.
From this..


To this.

Bench and kerusi rotan Ikea putih yang before tu duduk situ, need to be move ke another site...,,,dekat main door kecik.

Since this space is smaller than space sebelah sana,. i kena simpan another one kerusi rotan and meja kecik ke space balkoni atas.
Cukup laaa this space like this for papa duduk pakai stokin before g ofis.
This space perlu di cantikkan lagi with wall deco, but belum ada barang n idea lagi at this moment.

Our next project , nak hiaskan balkoni atas, depan my bedroom.
For that, i kena tunggu lepas exam..supaya ringan sket kepala otak ni.
Or else, memang rasa tak aman2...

Rasa tak aman jer la, tapi study nyer tidakk..!!!

















Saturday 30 March 2013

Ibu dah nak exam...cuaknyer!!!

Salam,,,

Requirement kerja kat ofis is getting harder.
Maklumlaaa after pelarasan gaji yang kononnya best sangat...semua staff dah tak boleh rileks.
We had to attend few exam..yang akan tentukan in which level of work knowledge you are.
Starting with the green belt, then blue kot..im not sure but the highest will be black belt.
I dont damn care what colour of the belt would be next , after the green , because the green one pun is soo much unbearable for me.

Our unit are 'system ' environment and we still need to be great in 'network' env...iaitu another unit punya hal.
They give class, study group n such, but im the 'lucky' one yang terpilih to be in the first batch  which they choose mengikut 'seniority' .
The first batch should be 'expert' in the eye of higher management, so short time given , classes , study group n no more extra time, terus exam.

If u fail the first exam, management sangat la baik hati, they give u second attempt and after second one, if u still fail, u need to 'face' the biggest bos in our division.
It call challenge session, he will challenge u why u still need to be keep in the unit or div.

To be honest, i memang sangat2 tak tahu apa2 pasal network...so to grab, understand semua network environment in our company in short time, such a big thing to me.

I attended classes scheduled (tak wajib)..n few study group, but seriusly, i think im soo lembab that i still cannot get it.
Rasanya masa nak dapat degree dulu is much more easier than this la..

Kerja dah la berlambak, meeting here n there, bila la nak focus study, ada la dalam 15 module u kena faham n nanti exam ada 60 question, n u will be given 60 min.
1 Min , i question , haishh laaa apa aku nak jawab eh.

This week, papa freezekan semua plan, he said , ibu kena duk rumah n study.
Ok , agreed..i pun cuak okayy...

Malam semalam pukul 3 pagi, tiba2 tekak rasa perit..takleh telan air liur, bangun berkali2 minum air masak
Papa bangun subuh, sah , ibu demam n selsema.

Makan sebiji ubat selsema, mata tak boleh celik.
Papa hantar bibik ke Puchong, minggu ni dia cuti..so hantar dia balikl rumah sewa dia.
Ibu tak sedar apapun .
Bangun tidur, kepala masih berat.
Papa masak bubur.
Lepas makan, rehat lagi..

Bila nak study ni ???
Esok dah Sunday kan ...pastu Monday kerja, memang tak boleh study, Selasa dah exam.

Matikkk laaaa!!!!



Lampu bawah katil dan rak Ikea baru

Salam ,

Hari tu kan masa hantar bebudak ke Kidzania, mak2 budak melepak kat Ikea.
Haaaa apa lagi kan ...


Ni papa beli lilin dan lampu ala2 minyak tanah tu, letak lilin dalam tu...lilin wangi bau vanilla..


Letak atas new rack tu, beli kat Ikea jugak, cost us RM59 for the small rack tu..papa kata murahhh sangat, as for me, ermmm...mahal!

Rupa lilin tu dr dekat, bekas lilin ala lampu minyak tanah tu RM39.00, papa kata murah , ibu kata mahal!!
Hahaha, kalau dengan i memang cheapskate sket..

Pastu Saturday, g kedai lampu, beli kipas..utk dapur dan ruang lepak2 kat porch tu..before this takder kipas..panasss laaa nak lepak2 minum petang...takdak angin semulajadi masuk, kena pakai angin tiruan jugak.
Gigih jugak papa pasang.
Then lampu asal dekat tempat tu buang, buat new wiring letak depan porch.

Lampu sangkar burung tu laaa papa gantikan dengan kipas.

lampu sarang burung tu dah pindakan ke depan sket


Masa bayar tak perasan rupanya papa beli jugak lampu T5.
Ntah bila masa...murah katanya , cuma RM9.50 sebatang...yer la papa, semua murahhh...



Ini la rupa lampu T5 tu.
Papa beli 4 btang..3 bawah katil ,satu bawah rak tv depan .

Papa pasang bawah katil tu.
Dah lama buat wiring utk lampu bawah tu, tapi asyik takder masa nak cari lampu T5 tu.
So hari tu balik cuma terus install bawah lampu tu n sambungkan wiring


While this two cheeky girl menyibuk atas katil ibu

Testing testing...cam dalam laut pulak rasanya



Ini la rupanya..takleh pasang lama , nanti ibu pening...
Papa kata ibu ni semua tak boleh..semua mahall!!

Hahaha..nasib laaa

Friday 29 March 2013

Black Canyon, Karaoke dan Kidzania..!

Salam,

We have only 1 day utk bawak family Pak Lang jalan2 kat KL.
Agenda utamanya hanyalah nak hiburkan budak2 cuti sek.
No shopping for mommies ker apa ker.
Anak anak!!

So malam sampai ke KL tu, tak balik rumah, terus ke Summit.
Makan semayang semua on the road jer...punyalah nak berhibur kannn.

Makan kat Black Canyon dalam Summit.
Mak Lang belanja kita semua makan .
Thank you banyak2 Mak Lang..sayang Mak Lang ketat2 hehehe.


Muka pun ketat2 jugak, sebab kelaparan hehehe.

Lepas makan , papa ajak semua main bowling, tapi semua la duk mengeleng2 kepala.
Ok then, jom karok!!


Aik anak2 ker bapak yang nyanyi ni



Budak berdua nak kasi diam, upah laaa kopok sket...hehehe



Balik rumah dah lewat malam..semua kepenatan, tapi budak2 tu sihat jer lagi, berjaga pulak melayan games dan movie.
Mak2 budak tak larat nak ambik tahu..lantak la korang.

Bangun pagi2, kejut semua bangun n papa buatkan cucur bilis.
Lepas makan , gerak ke destinasi.

Kidzania!!!
Kata nya nak bawak budak2 berhibur kan .


Lepas drop mereka berempat ke sana, ibu2 , bapak2 pun bawak haluan sendiri ke Ikano, jalan2 pusing2, terjebak jugak laaa bayar utk masuk ke 6D motion show tu..
Pastu rewang2 lagi, n last sekali masuk Ikea...apa lagi kan..confirm habis duit!!!
Ibu confirm2 laaa akan shopping..tak boleh tidak...
Budak2 kuar dr Kidzania at 3pm, kita semua terus gerak balik n singgah makan kat Mak Jah's di Putra Height



Semua sangat kebulur time ni

Malamnya, kita jalan2 ke IOI Mall..pusing2 n dinner kat Puchong Perdana.
Having their time at IOI Mall..seronok laa, sebab siang kena tinggal hahaha..



Esok nya Rabu, im suppose to masuk kerja dah..tapi badan tak larat..so online dan kerja dr rumah.
Pak Lang gerak balik after breakfast.

Kita duk rumah, sambil2 menghias sket taman kat rumah tu sebab ada beli few barang kat Ikea sebelum tu kan .
Petang tu kita keluar kejap beli kipas utk our taman..so petang papa busy with his activity pasang kipas,alihkan lampu kat taman  n pasang rak kat taman.

Nanti ibu share pic rak n makeover  mini porch pulak.





Thursday 28 March 2013

Syioknyer balik kampung

Salam,

We start our holiday on Friday.
Papa kerja cam biasa..tapi ibu ambil half day..sebab ada balance cuti half day before tu..so habiskan laaa halfnyer lagi.
At 12.30pm ibu dah kuar ofis dan terus ke LCCT.
Dah janji nak pick up maid Pak Lang yang kita semua hantar balik Indon last few weeks.
Friday tu dia dah balik sini, n since kita semua dah nak balik kg, Mak Lang minta tolong kita bawak jer si Sumiati tu balik sekali.
Papa boleh keluar dr ofis at 4 pm n kita terus balik ke Kuantan.
Sebab kita keluar after office hour, jalan agak sesak, n we reached Kuantan rumah Pak Lang at 8pm.
Memang agak lambat sebab banyak kali kena berhenti..si Sumiati tu mabuk hehehe.

Cadangnya malam tu nak tidur jer rumah Pak Lang tapi ayoh dah call banyak kali tanya bila nak sampai KT.
So we decided nak balik malam tu jugak n since Pak Lang pun nak balik sekali, so kita konvoi la dua buah kereta.
Memang dah lewat masa bertolak tu sebab dinner dulu kat rumah dorang.
Ibu drive all the way from Kuantan to KL sebab papa dah mengantuk sangat.
Malam tu sampai at 1 am.
Rupanya malam tu Mak Long pun ada balik sekali.
Wah memang meriah laa


Esok pagi2nya Sabtu, kat umah mok tu ada pasar.
Pasar Manir, memang femes laaa on Sabtu ..org KT surely tahu, n memang depan rumah mok jer.
Mak Lang anak beranak ntah berapa kali ulang alik ke sana...papa pun bukan main excited sebab katanya banyak barang rare..kalah pasar karat Shah Alam katanya hahaha.
Ibu tak g pun ..panas betul cuaca masa balik KT baru2 ni...pukul 10 pagi pn dah terasa bahangnya.

Actually sepanjang kat rumah mok, memang ibu tak kelua rumah pun ..cuma turun ke bawah nak tengok rumah baru renovate kat tingkat bawah rumah tu.
Lepas ni mok dan ayoh akan duduk kat rumah bawah tu jer, sebab rumah sekarang terlalu tinggi n tak sesuai dah utk them both .
Kita yang muda ni pun terasa juga penat turun naik nya.

Petang Sabtu tu papa ajak ibu temankan dia beli goreng pisang.
Baru laaa keluar rumah, naik motor with papa n sempat la round sekali kat rumah arwah tok ibu masa kecik2 dulu.
Memang nostalgic tapi since nak cepat ramai tunggu minum petang, so kita tak dapat nak menjelajah lagi.

'
Tapai ubi goreng.
Ibu beli sebab tau ramai yang suka makan..tapi ibu tak pernah makan ni hehehe.

Goreng pisang, keledek goreng, tapai ubi dan keropok lekor

Papa ni kat rumah sibuk dengan pokok2, kat rumah mok pun sibuk nak bertanam.
Dia tolong mok tanam pokok 'mahkota dewa'..dah lama beli tapi takder sapa tolong mok tanamkan, so papa tolong 


Mok rajin bertanam , tapi sejak dia kurang sihat, tak banyak pokok yang ada.

Ni jer la yang mampu...lagipun mok dan ayoh tak stay kat KT sebelum ni..nasib jugak yang ada beberapa kerat ni nak hidup lagi

Bila papa dah duduk kat bawah , budak berdua ni buat muka kesian nak turun jugak..so ibu lepaskan





Papa pulak sekejap tu la dapat ibu tengok muka nya.
Lepas tu malam tu hilang , pergi memancing with Ayah Chik.
Hari Ahad pun sama, petangnya hilang join Ayah Chik memancing.
While ibu , anak2 dan anak2 buah yang ada cuma stay, enjoying tima kat rumah mok.

Ahad pun petang2 seronok dapat turun main dengan sepupu2 kat bawah






Bibik tolong tukar seluar si kembar..pakai short kaki tu asyik luka bila terjatuh







Bila dah penat, kelaparan pulak.

Malamnya, papa balik , kita semua sembang2 anak beranak.
Dah agak lewat malam, semua pun lapar even dah dinner.
So , Mak Lang masak maggi special.
Semua makan maggi malam tu sambil dengar ceramah ayoh.
Alhamdulillah, malam tu ayoh share kisah solat n anak2 dapat laaa berkongsi dan bertanya kalau ada apa2 keraguan dan kemusykilan  pasal solat selama ni


maggi ni laaa mengalas perut


Isnin pagi2, Pak Lang dah siap2 belikan breakfast.
Ada nasi kuning, nasi dagang, nasi lema dan roti canai.


Makan bersila ramai2, memang selera habis laa

Nasi kuning, kuahnya gulai ikan tongkol.
Ibu makan sebungkus tak pandang kiri kanan hahaha

Isnin tu dalam pukul 11 , ibu dah slowly gerak balik ke KL.
Ibu ambik cuti agak panjang sebab nak spend time with mok dan ayoh, tapi Mak Lang and Pak Lang nak bawak anak2 bercuti ke KL..since takder tempat nak bermalam n takder sapa nak bawak dorang jalan2 KL, ibu pun balik laaa awal ke KL .
So Isnin pun konvoi with Pak Lang, gerak balik ke KL pulak.

Nanti ibu sambung kisah kita semua bawak family Pak Lang jalan2 KL.