love

love

Followers

Thursday, 28 March 2013

Syioknyer balik kampung

Salam,

We start our holiday on Friday.
Papa kerja cam biasa..tapi ibu ambil half day..sebab ada balance cuti half day before tu..so habiskan laaa halfnyer lagi.
At 12.30pm ibu dah kuar ofis dan terus ke LCCT.
Dah janji nak pick up maid Pak Lang yang kita semua hantar balik Indon last few weeks.
Friday tu dia dah balik sini, n since kita semua dah nak balik kg, Mak Lang minta tolong kita bawak jer si Sumiati tu balik sekali.
Papa boleh keluar dr ofis at 4 pm n kita terus balik ke Kuantan.
Sebab kita keluar after office hour, jalan agak sesak, n we reached Kuantan rumah Pak Lang at 8pm.
Memang agak lambat sebab banyak kali kena berhenti..si Sumiati tu mabuk hehehe.

Cadangnya malam tu nak tidur jer rumah Pak Lang tapi ayoh dah call banyak kali tanya bila nak sampai KT.
So we decided nak balik malam tu jugak n since Pak Lang pun nak balik sekali, so kita konvoi la dua buah kereta.
Memang dah lewat masa bertolak tu sebab dinner dulu kat rumah dorang.
Ibu drive all the way from Kuantan to KL sebab papa dah mengantuk sangat.
Malam tu sampai at 1 am.
Rupanya malam tu Mak Long pun ada balik sekali.
Wah memang meriah laa


Esok pagi2nya Sabtu, kat umah mok tu ada pasar.
Pasar Manir, memang femes laaa on Sabtu ..org KT surely tahu, n memang depan rumah mok jer.
Mak Lang anak beranak ntah berapa kali ulang alik ke sana...papa pun bukan main excited sebab katanya banyak barang rare..kalah pasar karat Shah Alam katanya hahaha.
Ibu tak g pun ..panas betul cuaca masa balik KT baru2 ni...pukul 10 pagi pn dah terasa bahangnya.

Actually sepanjang kat rumah mok, memang ibu tak kelua rumah pun ..cuma turun ke bawah nak tengok rumah baru renovate kat tingkat bawah rumah tu.
Lepas ni mok dan ayoh akan duduk kat rumah bawah tu jer, sebab rumah sekarang terlalu tinggi n tak sesuai dah utk them both .
Kita yang muda ni pun terasa juga penat turun naik nya.

Petang Sabtu tu papa ajak ibu temankan dia beli goreng pisang.
Baru laaa keluar rumah, naik motor with papa n sempat la round sekali kat rumah arwah tok ibu masa kecik2 dulu.
Memang nostalgic tapi since nak cepat ramai tunggu minum petang, so kita tak dapat nak menjelajah lagi.

'
Tapai ubi goreng.
Ibu beli sebab tau ramai yang suka makan..tapi ibu tak pernah makan ni hehehe.

Goreng pisang, keledek goreng, tapai ubi dan keropok lekor

Papa ni kat rumah sibuk dengan pokok2, kat rumah mok pun sibuk nak bertanam.
Dia tolong mok tanam pokok 'mahkota dewa'..dah lama beli tapi takder sapa tolong mok tanamkan, so papa tolong 


Mok rajin bertanam , tapi sejak dia kurang sihat, tak banyak pokok yang ada.

Ni jer la yang mampu...lagipun mok dan ayoh tak stay kat KT sebelum ni..nasib jugak yang ada beberapa kerat ni nak hidup lagi

Bila papa dah duduk kat bawah , budak berdua ni buat muka kesian nak turun jugak..so ibu lepaskan





Papa pulak sekejap tu la dapat ibu tengok muka nya.
Lepas tu malam tu hilang , pergi memancing with Ayah Chik.
Hari Ahad pun sama, petangnya hilang join Ayah Chik memancing.
While ibu , anak2 dan anak2 buah yang ada cuma stay, enjoying tima kat rumah mok.

Ahad pun petang2 seronok dapat turun main dengan sepupu2 kat bawah






Bibik tolong tukar seluar si kembar..pakai short kaki tu asyik luka bila terjatuh







Bila dah penat, kelaparan pulak.

Malamnya, papa balik , kita semua sembang2 anak beranak.
Dah agak lewat malam, semua pun lapar even dah dinner.
So , Mak Lang masak maggi special.
Semua makan maggi malam tu sambil dengar ceramah ayoh.
Alhamdulillah, malam tu ayoh share kisah solat n anak2 dapat laaa berkongsi dan bertanya kalau ada apa2 keraguan dan kemusykilan  pasal solat selama ni


maggi ni laaa mengalas perut


Isnin pagi2, Pak Lang dah siap2 belikan breakfast.
Ada nasi kuning, nasi dagang, nasi lema dan roti canai.


Makan bersila ramai2, memang selera habis laa

Nasi kuning, kuahnya gulai ikan tongkol.
Ibu makan sebungkus tak pandang kiri kanan hahaha

Isnin tu dalam pukul 11 , ibu dah slowly gerak balik ke KL.
Ibu ambik cuti agak panjang sebab nak spend time with mok dan ayoh, tapi Mak Lang and Pak Lang nak bawak anak2 bercuti ke KL..since takder tempat nak bermalam n takder sapa nak bawak dorang jalan2 KL, ibu pun balik laaa awal ke KL .
So Isnin pun konvoi with Pak Lang, gerak balik ke KL pulak.

Nanti ibu sambung kisah kita semua bawak family Pak Lang jalan2 KL.





No comments:

Post a Comment