love

love

Followers

Showing posts with label rumah baru. Show all posts
Showing posts with label rumah baru. Show all posts

Tuesday, 26 January 2016

Deko:Kitchen update selepas setahun

Salam



Hari ni kita cerita pasal deko k
Actually i banyak pic2 deko yang nak share..tapi tak tau la kenapa i takleh nak transfer semua pic2 tu..so bila nak buat entry memang hazab betul rasanya

nasib la i ada jugak post2 pic dalam few group deko kat Fb..so leh i ambik thru FB jer and share kat sini.

Today.., after setahun ..kita sambung cerita deko dapur kat rumah baru yer...
Baru2 pun dah lebih setahun rasanya duk sini..tapi la anggap baru laaa k..sebab banyak deko dalam ni citer pasal rumah lama so senang nak bezakan in label nanti i tulis rumah baru.

last update pasal dapur kat entry ni kan ..
tu pun bulan oct 2014...2014 tauuu bukan 2015..lebih setahun dah huhuhuh.

Ini pic last dapur i oct 2014

Lepas tu i duk berkira2 dengan hb..nak beli sikit2 rak kat Ikea utk storage barang2 dapur i yang menimbun.
Tapi hb suh gak survey2 dulu harga kitchen cabinet kat Kuantan ni.
I memang malas mulanya..tau dah harga KC mesti hebat punya..tambahan dekat Kuantan.
Tapi sebab dia suh survey dulu so i try mintak phone no dr anak2 buah i yang duk sini.
Dia bagi few contact no but ada sorang yang dia rekemen ,.buat kc rumah dia

I panggil this guy..melayu ..suh kira and bagi quot.
Sekali dia cakap siap semua atas bawah rm2800...i dengan hb duk la pandang sesama sendiri...macam caya tak caya..pastu dia tengok muka i and hb pelik dia tanya mahal sangat ker...
Hahahaha..seriusly tak tau nak jawab apa.

Pendek citer ..after discuss semua2..i mintak tambah kabinet utk my built in oven semua and siap discount semua dia cakap rm2500.

Nak nangis dengar...hahahah
Murah gila..kalau i tak survey dulu..opt for Ikea punya rak and slowly beli kc dr Ikea..mesti lagi mahal.

So after year and a half..this is how the kitchen look like

sebelah fridge tu actually ada satu tall cabinet..pantry utk simpan stok tapi since i tak dapat cari pic2 nyer..insha Allah i share kemudian nanti k

Okay ..compare to the old house..kitchen kat rumah ni memang slightly bigger laaa

kat rumah lama tak boleh buh meja makan tu dengan 4 kerusi..siap ada stool lagi.
Just ngam2 for the 5 of us.
Memang sini laaa tempat kami having our dinner .


Meja makan tu dr rumah lama..kalau sesapa follow blog ni mesti ingat meja ni kat rumah lama 

okeh i jumpa pic

ini la meja nyer.
The sama table ..

memang rumah baru ni i tak beli barang baru.
semua barang2 dr rumah lama ..sebab masa duk rumah lama pun barang2 tu i baru beli.
Tak yah membazir sangat..kita angkut dan deco la balik kan ..

Memang utk rumah baru ni i sebolehnya tak mo membazir dengan built in furniture sebab insha Allah kitorang dalam proses nak buat rumah atas tanah sendiri..yang ni pun atas tanah sendiri gak..tapi ni kawasan rumah sewa..so memang pas ni akan sewakan balik...
Bila tu tak tau laaa...tapi perancangan nya gitu la...thats y dulu masa hb  nak suh i buat built in wardrobe i refuse...
Kitchen pun i buat simple.
Rumah lama dulu i beli hood besar..rumah baru ni simple jer...tapi lebih dr cukup sebab skang tak macam dulu..jarang sangat i masuk dapur...kalau ada pun pepagi time nak sediakan bento kids.
Lunch hour kalau masak nasi pun , buat lauk kanak2 sejenis dah settle.
Takder la masak hardcore sangat macam dulu2..rajin jer panggil family gathering makan2..dessert bagai...tapi kat sini banyak masa spend kat kedai...atau pun ulang alik Melaka-KL -Kuantan..memang tak dan tengok dapur.


Ok laaa itu jer sket citer deko today.
Insha Allah will try my best nak collect balik semua pic deko rumah ni yang tak tau kat mana semua.

Kalau takder kena snap balik  la ..tapi tak sama laaa dengan tengok pci2 progress kan .

Ok next time Insha Allah.

Till then....happy viewing...!





Thursday, 8 January 2015

New:Ruang menonton

Salam,

My new house designnya memanjang..
So ruang tamu, ruang menonton and ruang makan memanjang memang boleh terus nampak once u masuk ke rumah.

Masa memula tengok layout ni, memang agak buntu how to design, i nak separatekan ruang tamu and family hall.
Macam rumah lama dulu, dua tingkat , so family hall kat tingkat atas.
Bebudak tu tergolek layan upin ipin , bersepah2 dengan toys dorang, bantal busuk,botol susu sekalipun memang tak kisah sebab tetamu tak kan nampak.
Tapi kali ni, i terpaksa open kan family hall sekali dengan ruang tamu which i really hate the idea.

Awal2 plan i nak letak kat bahagian dapur.
I rasa dapur i agak luas and ada space utk family but once dah masuk, memang tak sesuai and sempit


Makanya dengan berat hati, i redha that i kena jugak open kan family hall.

However i dah plan, whatever happen, i takkan letak tv depan sofa putih kesayangan i , sekali dnegan ruang tamu.
Even terpaksa open kan sekali tv kat depan, i nak jugak separate kan those two area and i come out with this idea 


Tak der sofa, tapi nak jugak kerusi sebab i tak tahan duduk kat lantai nak hadap tv..anak2 takper la boleh baring.

kerusi rotan dua biji tu dr taman rumah lama and taman mini master bedroom i.
Since pindah sini tak der space taman...letak jer dalam rumah...memang tak berkenan sangat dengan design ni.sakit biji mata.
bench tu pulak bench yang i guna letak di katil bahagian kaki di master bedroom rumah lama.
master bedroom rumah lama i kan sama besor cam sebuah rumah ni haaa...masuk sini, boleh muat katil jer huhu...so bench ni i pakai jer kat sini.
Nak duduk memang tak selesa...
nak sandar tak boleh...even letak bantal sementara tu pun masih tak selesa.



I terfikir jugak nak beli new sofa.
Tapi bila fikir2 membazir jer rasa.
Tak mo dah spend banyak2 duit lagi buat masa ni utk rumah.

Seperti biasa, nak cantikkan space...i cuba limitkan bajet belanja.
masa balik KL hari tu, i beli few pic frame dr kaison.
yang murah2 jer.
Lepas dua minggu pindah barang2..anak2 buah datang rumah.
Apa lagi, memang fully utilise laaa tenaga dorang.
Tu tengah gantung pic, anak Mak Teh, Kimi namanya

Yang baju purple pun anak buah.
Anak Che Ngah, Faiz...
Dua2 ni boleh diharap utk angkut barang2 .
I arah kan jer nak pindahkan barang2 ke mana..depa buat.


papa ajar how to use drill dengan betul..ukur dulu semua.

Service siap dengan cuci tau...mana nak dapat anak2 buah camni hehehe


Next papa tolong deko bahagian TV.
Papa plan nak psang wall cabinet/panel tv.
Ada yang dah siap jual kat kedai perabot.
tapi i told him, i tak mo sangat membazir beli macam2 , atau install macam2 kat rumah ni.
nak gunapakai perabot yang ada.

Being creative, papa beli dua keping papan from Ikea...itu pun kat bahagian AS-IS.
Kebetulana da dua keping papan yang rosak sket.



balik rumah, papa pasang dua keping papan kat dinding and hang tv in between those two papan.
Buat ala2 panet TV.
Rak letak tv tu pun dr rumah lama , kat ruang menonton.
Asalnya cuma nak hangkan papan ikea cam rumah lama dulu jer..tapi sayang pulak kabinet tv tu tak tau mana nak letak.
last2 guna jer la apa ada.
Plus umah ni tak der bilik stor...jadi laci2 yang ada boleh la guna utk storage .


Few week after that...i rasa tak selesa and sakit mata betul dengan bench and kerusi rotan tu.


Using old sofa yang i ambik dr rumah penyewa.
I beli sofa ni bertahu dulu , letak kat rumah sewa kat sini.
Bila penyewa keluar, sofa ni dah teruk sangat.
Kepam , hitam dan cushion sandar pun dah tak ada.
I letak kat ofis dalam kedai sementara nak dibuang.

masa buat makeover ofis kat kedai recently, papa keluarkan this sofa dr ofis and i tetiba dapat idea to makeover this old sofa.
Asked my anak buah yang duk nearby angkut this sofa ke rumah.
Sampai kat rumah..i memunggah plastik2 kain baju yang tak kemas pun lagi masa  pindah masuk sini, searching for anything yang boleh diguna for the sofa.
I jumpa kain langsir lama beli di Jusco longgg time ago .
kain cotton , quite tebal and masih cantik despite the colour yang i tak berkenan..other than that, langsir tu sangat perfect tuk i guna.

Just letak atas sofa tu and i selit jer the langsir bawah cushion duduk.
Then cushion merah tu pulak from sofa putih tu.
Since sofa putih dah tak pakai bantal besar merah ni, i ambik the bantal jadikan cushion sandar.
Bench yang i guna before nak letak dalam ofis...sementara diangkut i letak jer kat sebelah tu , and tetiba nampak ok and sangat berguna utk kids duduk and berbaring..jadi maybe ia akan kekal kat situ for a long time kot..

tengok anak dara ni, siap silang kaki baca buku .



And this is how it looks like today.
Be creativee sebab nak jimat bajet kan ...!!!









Tuesday, 6 January 2015

New: Ruang tamu

Salam,

I'm back..!
I mean im really back with few story to share.

Jom citer deco nak...?
Lantak laaa kalau u all tak nak pun , nak citer gakkk...!!!

Today i nak share my new ruang tamu in my new house.
But before that meh kita refresh how it looks like masa i mula2 pindah.

Ini je pic yang ada...
Bahagian yang ada beam tu i baru tambah, tiles pun tak sama sebab rumah ni dah agak lama i buat and sewakan.
Nak cari the same exact tiles memang dah tak ada...so dapat yang iras2 pun jadi aaa.
Bila tengok dekat2 jauh betul nak irasnya, but seem memang tak ada dah, redha jer la.

Kitorang mula angkut barang2 dr KL bulan 11 hari tu and start dr tu , i pelan2 mula deko sikit2 bahagian rumah.
Memang ambik masa lama and sampai hari ni pun tak fully siap...but kena slow2 sebab i kena focus on my business juga.
Anak2 lagi kat umah ...dah takder bibik, fully i jaga.
Penat handle kedai, staff  and kids.
Nasib jugak anak bujang kesayangan dah boleh diharap to look after his twin sister.
So bila g kedai, dia lah jaga, n curi2 masa ada i balik n start kemas sikit2 barang.

Bermula dengan ruang tamu...then pelan2 ke bahagian2 lain rumah.
Tapi ruang tamu pun dah berevolusi dua kali sepanjang masa yang ada.

I use my sofa from my old house.

Masa ni memang baru sangat masuk barang...dalam kepala dah banyak plan nak ubah balik this sofa look...

sangat kosong

My langsir yang i cerita kat sini.

pemasangan ...by papa

the sheer that i use



Tengok atas langsir..dah santak snagat dengan beam , kalau tak memang plan nak buat sampai syiling

Bila cakap ngan mok habis 1k buat langsir ni n sekali langsir bilik, mok tak caya.
bodo sangat rupanya dengan harga camtu katanya hahaha.
Kain ni from Kamdar, namanya "blackout"
Tell u, memang kalau tutup habis ,angsir ni, siang hari...rumah kita memang totally black out ...tak ada sikit cahaya pun boleh tembus hehehe.

Few week later...




I mula ubah the look of my sofa.
Bosan dengan bantal merah yang come together with the sofa...i beli cushion banyak2.
Separuhnya dr rumah lama...i pernah cerita kat sini.

Then before pindah sini, i ada beli sikit lagi kat Ikea nak tambah2 cushion sedia ada.

Kemudian bentang balik carpet dr rumah lama  jugak.
Nothing new in my new house ni.
Semuanya gunapakai apa yang ada except i tambah sikit2 jer...cam langsir, cushion.
Even bunga pun dr rumah lama.


And today..this is how it looks like.
Buat masa terdekat ni, tak terfikir nak ubah apa2 lagi.

In sha Allah later i share another deco dr sudut lain .







Thursday, 27 November 2014

Finally...!

Salam,

Entry ni dah 2 minggu ditulis tapi tak dapat dipost as im struggling to put some pic within the entry..but sampai today i didnt manage to do so, and decided to just post this entry without pic ...
As for today my house dah 60% siap dideco and In sha Allah,i will share with all later..



Holaaaa...!
Im back with smile and u guys surely dah boleh guess why...
Yeap,finally semua barang2 rumah yang dinantikan telah tiba dengan dua buah lori ...lori 5 dan 3 tan...so u guys dah boleh tau kan , berapa banyak barang that we have...
And kalau nak dikirakan nak angkut licin habis botak...we need another 1 tan punya lori but we decided nak tinggalkan jer barang2 tu.
So the moving process...as usual, memang semua tau la kan , mana2 pun proses pindah memang sangat scary and triring.
But Alhamdulillah, as the 'best auntie' (hahaha, award sendiri)..im so lucky to be assisted by two of my niece, Awa and k Yong.

I balik KL Jumaat pukul 12 tengahari with twins.
 Pukul 4 i reached home and papa dah ada kat rumah.
Thought that dia tengah berkemas rupanya tengah melayan movies.
Petang tu jugak, kak Yong sampai and kita cuma pack sket2 jer.
memang 40% barang2 penting dalam rumah tu dah dipack oleh papa and Awa during weekday after work..so senang skit kerja.
The next day , saturday Awa pulak datang, then kitorang sambung kerja mempacking.

Malam mama and atuk datang and kidnap my twin hehehe.
The next day on Sunday, as early as 7am, dua buah lori tu dah tiba.
Siap semua hangkut masuk lori at 11 and dorang gerak terus ke Kuantan.

Kitorang stay utk clean up apa yang tinggal.
Actually memang masih banyak lagi barang as papa still kena stay there for few month or maybe a year.
Kita gerak at 2pm and lori call pukul 4 bgatu dorang dah sampai.
So nak tunggu kitorang yang baru halfway nanti lambat, so they punggah ke dalam rumah and my staff kat kedai pass them the payment.

Bila kita semua sampai pukul 5, macam nak tercabut jantung tengok they just 'humban' everything in the house.
Pakkal laaa staff yang bayarkan duit , kalau tak memang haru kena haruk dengan i.

Sambung nanti peeps...!







Monday, 27 October 2014

Deko:Progress rumah baru pt 1

Salam,

Progress rumah baru

master bedroom..

dah cat...colour safe macam i citer hari tu.
Takder dah main feature wall segala sebab nya i takder dinding yang boleh buat feature wall.
Kiri kanan dinding ada tingkap.
Dinding takder tingkap dah buh wardrobe.
Another dinding dah bilik air...
So, takper laaa , buh jer satu colour..senang...
So, nak kena deko ngan langsir.

Cabaran nak memilih langsir...
Bab pilih langsir, kena g kedai, pilih , tempah jahit adalah part of deko yang i paling tak sukaaaa...seksa woo nak buat pilihan...selalunya ending up, dah siap gantung tak cantik pulak.
Dah pilih beria, tempah mahal2...then tak puas hati
banyak kali dah kena gitu.

Dulu selalunya tempah kat Nilai, sejam jer dah siap.
Ni kat Kuantan, i tak tahu mana nk g.
Papa ajak g nagoya hari tu, dia kata dua minggu baru siap...so pangkah...tak mo la sampai dua minggu.

Sabtu g kamdar, pun dua minggu.
So, duk congak2 dengan papa, nak balik KL ker, g NIlai tunggu sejam then siap, boleh balik gantung.
tapi bilak pulak nak balik KL sebab dua minggu ni memang busy kat sini.
Aish kalau dua minggu lagi baru balik umah KL, baik tempah jer, dua minggu jugak siap.

So, takper tempah sini.
Now, kena pilih kain .
Dua jam youuuu i round dalam Kamdar, papa dah tak mampu ikut,duk atas sofa jer tunggu, dia pesan when you have decide, just call me
Lepas dah bosan dua jam nak pilih, terus main tunjuk jer..lantak ko la cantik ker tak.
Hahaha.
Tingkap 3 jer kot...tu baru harga kain..tapi sekali siap upah, haaa ambik ko..macam nak pengsan dengar.
Napa eh, harga langsir skang ni cam nak buat sebutir kitchen cabinet..orang cheapskate cam i ni memang pening nak digest...


Perabot..memang dah sampai minggu lepas..cuma belum share.
Perabot biasa dengan ready made wardrobe, takder dah tempah2 macam rumah KL.
Beli aci muat jer.
Bilik kat sini pun kecik.
Perabot nanti2 i share yer.

Dapur

Aduh..i sedih ngan dapur i laaa...
Tapi tak baik laaa kan tak bersyukur sangat bunyi nya tuuuu.
 Latest pic...dah beli dapur, dah suh indon tebuk.
Tapi pandai sangat tukang tebuk dengan tukang ajar tebuk aka papa.
ditebuk nya sampai bolos dapur tu...dah kena simen balik.
Tak terkata mak encik..urut dada jer la...
Ko menghazabkan lagi dapur yang dah hazab tu...makcik redha , makcik redha dengan titisan air mata huhuhu.








Itu jer la progress setakat hari ni.

nanti kita update lagi yer