love

love

Followers

Monday, 27 October 2014

Deko:Progress rumah baru pt 1

Salam,

Progress rumah baru

master bedroom..

dah cat...colour safe macam i citer hari tu.
Takder dah main feature wall segala sebab nya i takder dinding yang boleh buat feature wall.
Kiri kanan dinding ada tingkap.
Dinding takder tingkap dah buh wardrobe.
Another dinding dah bilik air...
So, takper laaa , buh jer satu colour..senang...
So, nak kena deko ngan langsir.

Cabaran nak memilih langsir...
Bab pilih langsir, kena g kedai, pilih , tempah jahit adalah part of deko yang i paling tak sukaaaa...seksa woo nak buat pilihan...selalunya ending up, dah siap gantung tak cantik pulak.
Dah pilih beria, tempah mahal2...then tak puas hati
banyak kali dah kena gitu.

Dulu selalunya tempah kat Nilai, sejam jer dah siap.
Ni kat Kuantan, i tak tahu mana nk g.
Papa ajak g nagoya hari tu, dia kata dua minggu baru siap...so pangkah...tak mo la sampai dua minggu.

Sabtu g kamdar, pun dua minggu.
So, duk congak2 dengan papa, nak balik KL ker, g NIlai tunggu sejam then siap, boleh balik gantung.
tapi bilak pulak nak balik KL sebab dua minggu ni memang busy kat sini.
Aish kalau dua minggu lagi baru balik umah KL, baik tempah jer, dua minggu jugak siap.

So, takper tempah sini.
Now, kena pilih kain .
Dua jam youuuu i round dalam Kamdar, papa dah tak mampu ikut,duk atas sofa jer tunggu, dia pesan when you have decide, just call me
Lepas dah bosan dua jam nak pilih, terus main tunjuk jer..lantak ko la cantik ker tak.
Hahaha.
Tingkap 3 jer kot...tu baru harga kain..tapi sekali siap upah, haaa ambik ko..macam nak pengsan dengar.
Napa eh, harga langsir skang ni cam nak buat sebutir kitchen cabinet..orang cheapskate cam i ni memang pening nak digest...


Perabot..memang dah sampai minggu lepas..cuma belum share.
Perabot biasa dengan ready made wardrobe, takder dah tempah2 macam rumah KL.
Beli aci muat jer.
Bilik kat sini pun kecik.
Perabot nanti2 i share yer.

Dapur

Aduh..i sedih ngan dapur i laaa...
Tapi tak baik laaa kan tak bersyukur sangat bunyi nya tuuuu.
 Latest pic...dah beli dapur, dah suh indon tebuk.
Tapi pandai sangat tukang tebuk dengan tukang ajar tebuk aka papa.
ditebuk nya sampai bolos dapur tu...dah kena simen balik.
Tak terkata mak encik..urut dada jer la...
Ko menghazabkan lagi dapur yang dah hazab tu...makcik redha , makcik redha dengan titisan air mata huhuhu.








Itu jer la progress setakat hari ni.

nanti kita update lagi yer





2 comments:

  1. hehe..sabar je kak ek...smg dpt merealisasikan umah n dapur spt yg diidamkan :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya tengok..best kan dapat duduk rumah sendiri ni

    http://amawife.blogspot.com/

    ReplyDelete