love

love

Followers

Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Saturday, 24 September 2016

Alahai...

Salam ,

malam ni nak share entry pasal g Krabi with geng selempang recently ..tapi ni la masalahnya bila buat kerja personal kat opis..heheh ..memang la opis sendiri..tapi share  meja ni dengan big bos.
Dia plak bab godek macam2 kat PC memang hebat.

Kedai kitorang baru upgrade sistem POS utk jualan ..jadi bila upgrade kena ada server sendiri.
last few day papa duk set up the server kat opis ni..so dia inactive kan my old pc kat opis ni that i use to keep all my pic in there.
Tu pun last few days jugak i baru transfer from my handphone.
Ada pic2 from last year lagi..bila baru2 ni Note 5 papa pecah and he cannot retrieve all of his pic ..i start risau and transfer all the photo in there ..so terus semangat update balik my blog.

Dah pastu papa pulak m pindahkan pc tu and guna server (which im using now)..so nak amik balik pic2 dr pc lama nak kena coonnect balik all the cables semua..haish berangin .

Dolu2 ada laptop sedniri..senang hangkut sana sini hapdet blog atas katil pun ok.
la ni laptop pun dah wakf utk anak2..tu pun depa tak pakai gak..tak tau mana letak sebab dalam bilik masing2 ada PC dah.

pergh gila panjang makcik intro pasai apa takleh update citer hahaha.

takper la no.
Sebagai penutup citer makcik ..makcik share pic2 muka makcik jer la yer...gitu gini makcik dah banyak sahre muka selpie makcik kat IG.

ini lah rupa opis makcik dr sudut makcik baring kat lantai.
lastt few day when i was soo damn tired kerja berhari2 handle stok dan staff pulak takder.
so malam nya dah pewai habis..i baring kat opis sambil monitor staff baru dr cctv in the room.

the next day Alhamdulillah..dapat masuk opis dengan ceria 

and again  the next daynya Alhamdulillah masih sihat utk uruskan new stock air baru sampai..

Gini laaa nasib makcik kedai runcit.

panjang citer pasal bisnes ni..but maybe lain entry.
Till then ...

eh..ada rindu makcik ker../

Byeee




Saturday, 10 January 2015

Borak2

Salam,

This few day agak busy.
papa balik dr KL..mok dan ayoh pun ada kat sini.
When parents here, and papa pun ada, focus banyak pada dorang.
Jadi nak jenguk blog memang tak sempat.
Kedai depan pun banyak terabai, nasib jer serah pada staff..

Alhamdulillah, lepas banyak cabaran, banyak  kena marah and nasihat...my two staff performed well.
Sikit2 ragam staff tu i pejam mata and berlapang dada jer la, accepting fact that manusia ada banyak kelemahan and i focus utk melihat setiap kebaikan dorang and bersyukur having them with me.

Today, i ajak papa registered my twin ke sekolah.
After pencarian yang mengelirukan , we decided to send them to Krista in Balok.


Memang i tau akan susah i nanti, sebab jarak rumah dengan sekolah yang jauh.
Plan asal pun banyak berubah bila dapat tahu that my son sekolah Form 1 this year kena masuk session petang.
So, tugas jadi supir anak2 sek nampaknya sampai ke maghrib la.
As early as 7.30 dah kena keluar rumah to send both twin ke sek.
At 12 kids balik sekolah, kena ambik and 1 pm , Aniq nak masuk sek pulak.
Tak nak menyusahkan hidup,jarak rumah memang jauh, so Aniq memang kena ikut i awal.
12 dah kena siap to pick up adik2 and will send him early la nampaknya.

Petang at 6.30pm baru Aniq habis his session.
Then masalah lain , petang2 nampaknya my twin kena la i hangkut g kedai.
Ingatkan abang sek pagi, petang boleh stay at home dengan adik2.
Ni terpaksa laaaa ubah plan.

Apapun , kita merancang jer kan .
hopefully semuanya di permudahkanNya.
harap2 ibu dia ni bersabar laa dengan tugas menajdi mak supir dan menyambung tugasan lama as makcik kantin.

Ok la, tak leh borak panjang.
In sha Allah later nak share citer deko.





Monday, 20 October 2014

Berhenti kerja buat apa..??

Salam, 

Rasanya for those followed my blog dah tahu that i ve moved to Kuantan after my resignation on August this year.
Memang i tak citer in detail, apa yang  i buat kat sini, but i have hint in here that im handling business here or lebih senang i katakan i ada buka kedai and handling it now by myself.
It was good opportunity for me to be close to my kids and free from punch card.
But well, still tak boleh jadi housewife as per my imagination and also not as easy as i thot and imagine.
However, business went well with good income, i dont regret my decision.
Alhamdulillah tak cukup utk menyatakan how happy i am now.

To describe the 'not as easy as i thought'..i would say to be away from my husband adalah big challenge to me...and recently,kedai masih tak ada staff, and Aniq pulak kena stay with papa kat KL, struggling (is he..?) for his UPSR exam and syahdu and sayu hati that i tak mampu temankan dia sepanjang the exam.

During that period i sabar banyak2...ada masa i tewas that i cried malam2 lepas tutup kedai, missing my hubby and Aniq and thinking what kind of life yang i dah pilih ni..?
Time goes by and Alhamdulillah, papa banyak support during the time and now is the time , i dah mampu bernafas lega, dah ada masa to chill with papa and kids, dah ada  masa rileks baring2 tengok tv, no punch card to catch..no heavy traffic to handle..

Ok la, meh citer in detail apa i buat.
Actually i handle bisnes kedai runcit.
Simple...tu jer hahahaa.
Tak la besar mana, menyewa dua unit kedai dengan my sister.
It was actually kedai ayah cik (my big bro).
Dah 3 tahun dia meniaga kat situ and finally he decided to back off even income is good sebab dah penat , maybe sebab dia takder staff kan  and dia nak balik kg berehat.

Family pun sayang nak lepaskan the business to others and since takdak sapa able to ambik alih, so we bought the business from him.
Asalnya papa laaa yang nak snagat2...me?
50-50..hahahaa, tipu 10-90 kot
memang i tak minat..!!

I nak berhenti kije sebab nak stay at home with kids , but papa kata , ruginya all the ilmu and skill , masa yang ada if u choose to spend time with kids jer...errrr janngan salah faham, dia tak kata being huewife merugikan ilmu, in fact he agreed the idea of menjuaga sendiri the kids...but jaga the kids n doing nothing merugikan to him.

I still able to handle kids by myself, depan mata and still boleh manage kedai.
tapi banyak la perubahan kena buat, dari kedai runcit biasa yang ayahcik guna pakai before, kita kena 'majukan ' sket la.
Kena ada POS system...kena ada staff, kena ada CCTV
So pos system boleh jaga stock,boleh tengok shortage staff2 buat, also ada CCTV yang boleh monitor staff dr mana2 pun .

For the first 3 month i kat kedai, memang rasa nak menangis..nak establish the system..and staff pun tak der..ada pun tak lama ...nak handle them pun payah, dealing with cash kan , senang2 cilok duit.
7 am to 12 pm 7 hari seminggu, i was stucked in here...tidur pun dalam kedai, twin pun terkurung dalam small office belakang kedai.
rasa takder life, that was the time i cried almost every night thinking...what the h*ll im doing here.
I have good life, good home kat Kl and i was stuck here.
masa tu income was good...not good...but mewah..!!
Because selain runcit, we also serves customer all kind of services, money changer for indon's worker, bill payment, handphone ,fotostat, binding, laminate and such.
Tapi, dapat duit waktu tu...tak mampu nak senyum.
Penat badan, penat otak.

Alhamdulillah, slowly...berkat sabar..sekarang dah stabil.
POS system working great..and staff pun setakat hari ni kekal.
Ada la kekurangan here n there..but , kat mana2 pun , handling human ni, memang ada cabarannya.

me kat my workspace.
Sebelah dinding tu pulak small office yang sekarang ni dah tak jadi ofis tapi jadi bilik kids tengok tv.
Since bilik tu ada air cond, memang they melepak dalam tu sepanjang masa.

Dari situ boleh nampak staff bekerja kat counter.
staff...
budak2 kg ni jugak.
Setakat ni hire dua staff pompuan, muda lagi..baru umur 18 tahun.
Sorang tu anak yatim piatu.
Alhamdulillah, setakat ni semua nya berjalan as planned.
Bukan jer dah dapat rehat tidur kat bilik, i even have time to travel dah balik ke KL, and tinggal kedai kat staff ni sambil i monitored them dr KL.

Tak susah..teknologi skang semua di tangan jer.
From my handphone, di kedai mamak di KL..i monitored the POS system and tengok hasil jualan ...tengok apa staff tengah jual ..
From the hp jugak, dapat tengok semua sudut CCTV, apa staff tengah buat..and semua activity dalam kedai.
Mudah jer...tapi nak tinggal lama2 tu tak boleh laaa..for few day boleh, kalau sampai seminggu, dorang belum boleh lagi.
In sha Allah, nanti i pun kena hire lagi staff utk supervise, so boleh la i start focus duk umah, tengok kids sekolah ..and jenguk kedai kejap2...takder lah kena duk sepanjang masa kan .
gaji i takder laaa...hehe, dah kena bayar supervisor, kena request special gaji from papa as housemanager jer la kot...

Ok la, later i citer lagi...got to go...










Tuesday, 19 August 2014

New life begin...!

Salam,

Bersiaran dr my new office ...hehehehe ofis la sangat...!

So, im officially unemployed last Friday.
My last day kerja di TM adalah Khamis 14 Aug 2014...
And on Wednesday, my officemate semua celebrated my last day in TM.

They snap some photo and shared with me but i had no chance lagi utk duduk bebetul and hadap blog ni.
Ni pun ambik masa sket while customer tak ramai utk bukak jap this blog
Alhamdulillah, this week, dah ada new staff to help me kat kedai , so ok la, dapat la curi2 masa to blog.

Alhamdulillah juga, penantian utk menjaga sendiri anak2 telah terlaksana walaupun bukan 100%.
Sebab my Aniq masih di KL now with papa while twin kat sini with me.
In sha Allah by September, settle jer his UPSR, he will be with me here like 24/7.
Tapi sedihnya, i will be away from papa...tapi papa janji he only need a year..and by then in sha Allah, dapatlah kitorang duk sesama.

Ok la guyz...later will share new story...

Got to go


Monday, 19 May 2014

Rutin baru yang tunggang langgang

Salam,

Sorry tak dapat sambung last week.
Actually life memang dah banyak berubah, so banyak sangat new thing i nak kena adapt, tunggang langgang dah semua...

First, i submit my resignation letter last two week, and in 3 month time, i dah tak perlu ke ofis.
Am i happy about that?
Later, i buat entry khas...

Second, im handling new business that based in Kuantan , so my routine will be , Jumaat after works (as i still need to be in office, notis 3 bulan )..rush to Kuantan, two days kat Kuantan, handling whatever i need to, rush back to KL on Sunday nite.
Semua berjalan lancar, despite of penat journey until laaa last two week, my maid, bibik Ayu kena balik ke Medan due to her family issue.

Kids dah terbiar, takder sapa nak jaga..they refuse school, menangis gila2.
I still kena masuk ofis and i still need to balik Kuantan every weekend.
I still kena urus rumah sini, Aniq punya baju sekolah, Aniq punya lunch and dinner, school thing and such.

Alhamdulillah, dipermudahkanNya, my mum in law asked me to send twin to her.
Malam2 i menangis rindukan them both...i sedih at the same time balik from office no more kids berlari and hugging me kat pintu, i sedih bila i bukak pintu rumah..Aniq terbaring lemah rindukan adik2..but ini laaaa yang i terpaksa korbankan buat masa terdekat ni.

I balik Jumaat lepas kerja every week.
I balik ke KL balik Sunday malam, normally dalam pukul 12 lebih sampai laaa...penat terhangguk2 laki bini kat atas jalanraya and when we reached home, that was the time i nak angkat baju2 sek Aniq yang i jemur subuh2 Jumaat before g kerja and balik Kuantan.
Masa tu la nak gosok baju utk seminggu dia.
Malam nak kena check lauk utk masak the next day .
Rumah memang tak mampu nak diuruskan dah...dapat basuh and jemur baju tu dah syukur, lipat memang tak buat...sebab malam on weekday pulak, masa tu laaa duk lari ke Rawang la nak jenguk twin..nak uruskan Aniq tuisyen semua.

3 bulan lagi in sha Allah bila i dah tak perlu ke ofis, hopefully life will be well manage...and i tak perlu tunggu weekend utk balik Kuantan handling my business there.
Kids does not have to be apart from me.

But 3 month tu rasanya macam 3 tahun..
Baru masuk 2 bulan lebih i handle this new business, i dah rasa letih nak terjelepuk...
Moga2 dipermudahkan urusan kami ya Allah....

Ok, dah tak tau nak cakap apa..hahaha, memang buat entry ni nak ngadu penat jer semata mata hahaha.
Later kita citer panjang k...




Friday, 14 March 2014

We are getting older

Salam,

Wahh tajuk.
Suspenderrr.

Kenapa eh tajuk tu, tetiba la ko insaf snagat dah tua heheh.
Actually malam ni we suppose to balik Kuantan, balik jenguk rumah sana.
Dulu2 masa muda remaja, right after work, pukul 6 tu dah siap dah bertolak.
Punyalah pantas, then sekelip mata dah sampai Kuantan...kalau kena balik Trg pun sama, sekejapan jer , tetiba dah ada kat rumah mok.
Tu nak bagitau punya hebat masa muda kan ...
Tapi now, i realized that both me and papa memang dah semakin tua...
Balik dr kerja, papa tanya nak balik tonite ker?
I said up to him...then dia kata esok after Subuh la gerak, tak larat.
I pun angguk jer.
kalau dulu2 selalunya i gagah kan juga sebab i akan drive ganti dia if dia tak larat..tapi malam ni, when dia kata tak larat, i pun sama2 angguk.


So sedar sendiri..insaf sendiri..!!

Thursday, 6 March 2014

Alhamdulillah, selamat kembali...!

Salam,

Alhamdulillah, dipanjangkan my usia utk berceloteh kat sini.
Selamat sampai ke Malaysia  on Monday 3 /3, pukul 6 petang kat KLIA and my in law pick up  , reached home betul2 time maghrib.
Bersyukur sangat2 Allah telah permudahkan urusan ibadah umrah kami, dan telah selamat kembali dengan sihat...Alhamdulillah syukur sangat2

Terima kasih atas doa kalian..!

Hari ni dah mula kerja after dua hari rehat on Selasa and Rabu.
In sha Allah sikit masa lagi, i'll share my experience on the journey to Istanbul-Madinah -Makkah.
It was very interesting journey masa kat Istanbul, and masa kat Madinah and Makkah pulak adalah satu experience of life yang tak mampu di gambarkan dengan ayat atau kata2...sangat2 indah.

I have lots of work yang kena settlekan , more than two weeks cuti..banyak la tertunggak..let me finish whatever i need to...kalau ada masa, malam nanti, before sleep , ill start with episode 1..believe me, it will take more than 20 episode of story dengan thousandssss of pic that i will load later..confirm u all muak and jemu , silap2 mintak stop hehehe...

See ya...!

Wednesday, 12 February 2014

Banyak benda...

Salam,

Aduhaiii, dah Rabu pun ...pejam celik pejam celik, kejapnyaaa wehhh.
Petang ni masih di ofis, ni yang sempat nak buat satu entry.
Today dari pagi busy ke sana sini, tak sempat nak hadap sangat laptop, dah la pepagi gigih i balik rumah , sejam u dari ofis, sebab laptop tertinggal.
Masuk ofis baru notice i left my laptop kat rumah, balik laaa jugak...bila sampai ofis, tak guna sangat pun laptopnya, cobaannn...!

Tomorrow dah khamis yer, in sha Allah dah siap2 dah buat entry pasal deko.
Jumaat pun in sha Allah, nak share sumting jugak.
But starting from Sabtu maybe takder bersiaran dah sampai early of March..sebabnya, in sha Allah, Isnin malam , me and papa akan berangkat ke Turki and kemudian ke kota Madinah and Mekkah utk menunaikan umrah..in sha Allah,...semoga dipermudahkanNya.

For that, banyak la perkara i kena siapkan, as always banyak benda kitorang ni last2 minute baru nak prepare.
Last2 minute ni jugak papa plan nak buat sikit kenduri doa selamat Jumaat ni...pastu panggil ramai pulak tu, i was thinking kalau dah panggil ramai..elok terus i korbankan sekor kambing, boleh terus niat aqiqahkan kembar sebab budak budak berdua tu belum sempat buat aqiqah.
Niat nya aqiqah la kakak dulu..in sha Allah later nanti boleh buat adik pulak...nak buat sekaligus dua ekor kambing tak larat nak uruskan ...dah nak bertolak pulak tu Isnin.

Benda last minute ginilah jadinya kan .
Jadi faham2 laaa yer kalau i tak dapat nak menjenguk blog sendiri ni.
Today urusan mencari kambing dan siap2 tempah orang masak dah settle.
lain2 papa masak sendiri.

Oklah, nanti sambung lagi...banyak benda tak settle lagi ni..

Fuuuhhh...!


Friday, 7 February 2014

Anak Kang

Salam,

Pernah dengar?
Tak pernah kan ...?
I google pun takder weh.
Tapi i can still clearly remember thats the name i called for anak patung kertas.
Dont ask me where i got the name.
As far as i can remember, i memang panggil mainan ni "anak kang" and i wonder sampai skang, kenapa i panggil nama tu.
Owh semua kawan2 sebaya i masa tu , teman bermain kat beranda, pun panggil camtu.




Ini memang la permainan FAVOURITE!!!!! sangat2 FAVOURITE masa i kecik2 dulu.
Tak ingat laaa, tapi rasanya sekeping harganya RM0.20 or RM0.50...yeaaa, quite costy masa zaman tu.

dapat sekeping...koyak perlahan2...pastu main sampai lunyai baju2 tu.
Kejap2 tukar baju ni, baju tu.

Kalau dapat beli lagi dua tiga keping, pilih la baju lain2..buat tukar2...pergh syiok.
Main atas beranda rumah kawan , depan umah my tok kat dalam kampung manir.

Kadang2 sampai dah maghrib tak balik2.
Sampai rumah kena cubit peha ngan my mum tahu plak nangis...esok nya g lagi main .
Nostalgic sungguh laaa main benda alah ni.

Malam semalam , balik kerja, i nampak both my twin duk main anak patung kertas ni kat hall.
Pelik jugak, dah lama snagat tak nampak benda alah ni and i pun tak pernah belikan dorang.
To be honest, i pun dah terlupa kewujudan permainan ni.
Bila nampak anak2 i main , memang surprise..tanya bibik Ayu , dia kata mama datang pagi masa i kat ofis and pass mainan ni kat anak2.


Ibu dia pun excited terlebih, terus main tukar2 baju..anak2 pun belum pandai main ahak ahak.

Ni haaa yang mama bawak, yang budak2 ni belum sempat pecah2kan ...banyak jugak mama bagi, ada dalam 10 keping kot.
Mama tak tau menantu dia ni lagi gila main benda ni dr cucu2 dia hahaha.



Siap ada patung kertas 3D lagi mama bagi sekali.
Hebat laaa sampai skang masih ada benda ni yer...

Anak2 tinggalkan ibu main sorang2 , diorang tak minat sangat pun , mungkin sebab tak pandai lagi nak gayakan ...
Ibunya memang kuat berangan dr kecik, sampai besor duk berangan, pakaikan patung tu baju sekolah laa, baju g kerja laa...buat dialog sendiri...
Aduh parah...


Saturday, 14 December 2013

Groupon Photobook Voucher yang sangat2 berbaloi

Salam,

Bulan 11 hari tu Groupon ada hantar email pasal voucher photobook.



Ini voucher tu.


Memula i tak perasan pun , tapi Alin  bising2 suruh beli..katanya free, kalau bayar pun postage..postage rm8..ok la kot.

Alin beli sampai 3, guna 3 gmail account...i dapat beli dua jer, dah pesan papa suruh beli , guna dua lagi email dia, tapi dia tu wat tak endah..silap pulak i tak belikan jer sebab memang dua2 aacount dia i tau.

Alin la beria suruh i buat..then hantar cepat2.
Dia punya dah dapat..cantiikk...i pun tak sabar laa...terus download semua, pilih pic lawa2 masukkan .
Niat memang nak kasi mok dengan ayoh.
Pic2 tu pic2 kenangan masa g Bandung.
I boleh tengok jer pic kat PC, tapi mok dan ayoh takder la buat kenangan, so i niat nak bagi diorang.

Lepas dah siap pilih2 pic...edit sket...i pun hantar.
Bayar la postage RM8.

Dalam seminggu pastu dah dapat.

Pastu excited..lawaaaa sangat sangat.





Design semua ni i reka jer sendiri..sekali bila dah print , sweet la sangat hahaha










Dengan hanya bayaran postage RM8 memang berbaloi2 and sangat puas hati.
Gila free kot..nak print satu2 kat kedai gambar tak dapat kot RM8.

Tunjuk dengan papa, dia pulak menyesal sebab dah tak beli .
Kalau tak dapat laaa 4 biji.

Ada sebiji jer lagi ni, ingat nak buat utk mama pulak, tapi tengah2 kumpul pic menarik.
Alin pun baik hati katanya nak sedekah satu lagi kat i...alaaa....alaaa..sayang kamu laa alin ...!!

Rugi tau sapa tak ambik voucher ni...lepas ni kena selalu2 tengok voucher camni...!!









Thursday, 28 November 2013

Cery Bery

Salam,

I MC today...
Semalam kena cherry berry..tapi gagahkan diri pergi ofis.
Sampai kat ofis masih keluar masuk toilet sampai tak daya dah.
maybe dah takder air dalam badan sebab malam sebelumnya ada lebih 5 kali duk buang kat toilet.

Jadi after work semalam, i terus ke klinik..alang2 bawak MIL ambik her neurobion injection every week, i terus check i sekali.
Doc suruh makan ubat time2 tu jugak depan dia.
And paksa minum air garam.
Huhuhu.
Lepas tu dia bagi MC sehari utk i rest today.


Tapi kejap lagi kena keluar jugak dalam tak sihat pun , kena hantar papa ke Bagan Lalang...dia ada kursus 3 hari kat sana.
Dahla kena courses time i tak sihat..apa nak buat..dah kerja kan .

So as for now, i takder citer to share.
In sha Allah petang ni i cuba bersiaran dengan sedikit cerita2 deko yang boleh i share.

Byee

Friday, 15 November 2013

Cuti di rumah with ubat cacing

Salam ,

Esok plan rasanya nak kena balik Muor.
Nak kemas rumah mama.
Nak jadikan homestay laaa nampaknya since atuk decided tak nak jual dah and no one pun dah ada kat rumah tu.
Nak sewakan sayang, jadi buat homestay laaa pilihan terbaik.
Bila2 kita nak balik Muor ada laaa tempat tinggal kan ...

Ok , takper , tu kisah coming weekend ...ni nak citer kisah lepas.
Hari tu kan papa kena campak.
Banyak hari la jugak cuti before balik kampung and g Wakaf Che Yeh tu.

So, apa kita buat kat rumah.


Ibu bake cake and muffin ...

and kids happy sangat2 sebab ibu dia tak kerja for few days , jadi nurse utk papa.

Celik mata pagi2 jer dah seronok.






Having breakfast outside and ambik peluang masa ada kat rumah beri dorang makan ubaat cacing.
Their first time dr baby.
Dah umur 3 tahun , baru i kasi huhuhu.



Tak susah , since they both love ubat soo much.
Cakap jer nak makan ubat, stop main okayyy.



Easily habis sebotol sorang.



Lepas tu bagi ikan makan ...tak kasi ibu gerak dari porch, temankan dorang jer.


Instead of nak jaga papa sakit, dorang pulak lebey2.



Thursday, 14 November 2013

My routine

Salam,

Ada few kawan2 tanya i, how i manage my time during my weekday sebab i still manage to cook dinner for my family, prepare breakfast and bento and even prepare lunch for my kids while i dekat office.

I would say....i manage it with penuh kegigihan and kesabaran hahahaha because i dont really love cooking but i have to.

Since ada yang bertanya,meh laaa i share sikit routine hidup i setiap hari.

I woke up at 5.30 am everyday..not so early but, itu pun hazab jugak nak celik mata k...
Ambik masa about 10 minute buat simple sit up and workout and at 5.45am i kejutkan my son to get ready for school.
While dia dah bangun baru i turun bawah to prepare his breakfast.
He normally take simple one like cereal, biskut n milo, toast bread with half boiled egg.


While dia tengah breakfast pulak..i sediakan pulak his bento.
His bento pun simple, but must be lain from his breakfast or he wont have it .
Yea..my son is fussy like that.

So normally kalau dah buat breakfast roti, i buat la bento lain like maggi goreng, nasi goreng with nugget. or  macaroni goreng
Kalau breakfast nya cereal atau milo n biskut jer, bento boleh la buat chicken burger, hot dog or roti john

.

Dah siap pack his bento, biasanya dia ada masa like 15 minutes while waiting for his school bus sampai.
Dia akan stay at the kitchen, having  his chit chat and merapu moment with me while i pulak sediakan lauk lunch kanak2.

Lunch kanak2 selalunya satu jenis lauk.
This lauk jugak laaa Aniq akan makan bila balik sekolah, monitored by my maid.
I will normally prepare simple dish like ayam masak kicap, ikan masak sweet sour,sotong masak hitam..anything tak pedas will do for the kids and bibik selalunya tumpang makan , and kalau dia nak masak her own lauk like masak lemak cili api or apa2, dia masak la sket utk tekak dia.


Yer laaa, lauk budak2..standard laaa kalau kita tak lalu nak makan pun kan ...tapi jarang2 laaa dia masak lauk dia sendiri.
Kalau ada pun , dia buat kangkung goreng cili api.

By the time Aniq punya school bus dah sampai, i pun dah siap masak.
Normally at 6.30am cam tu.


So naik atas, mandi solat and get ready pergi kerja.

Papa pulak elok sampai dr surau at 6.45am...siap2 terus g office sesama.
My journey to office will take about 1and half hour.
Thats y i said journey hehehe...memang panjang n lama.



Balik dr office at 5.30pm and sampai rumah at 7 camtu.
Masa ni bersinsing lengan kat dapur nak siapkan dinner and our dinner memang simple.
kalau papa wish nak makan nasi, i buat sejenis lauk n biasanya goreng ayam pun dah cukup utk papa.
But selalunya dia refuse nasi for dinner , so i buat laaa simple jer, either mee or bihun goreng.
Mee or bihun sup,mee bandung,spaghetti, roti arab with kuah kari, roti celup telur , sardin roll..itu pun dah cukup ok utk kitorang dinner anak beranak.




Actually tak la susah kan sebab kena sedia sejenis makanan jer and nak mudahkan my work, memang i minta my maid siap2 blendkan cili, bawang and whatever needed utk i masak awal.
Selalunya every 3 hari bibik akan blend bahan2 utk masak n simpan kat fridge.
Lauk nak masak pulak, malam2 after dinner i dah plan what to cook the next daynya so, malam tu dah thaw/defrost siap2 lauk  kat bahagian bawah fridge .
The next day tinggal masak jer, jadi mudah laaa sikit kerja masak memasak, takder laaaa berpleuh2 baru nak blend segala mak nenek benda pepagi buta.

Baking pulak kalau rajin normally only on weekend.
Hari2 biasa susah jugak nak ambik masa to bake.
But ada la jugak time2 rajin terlebey n tak sampai hati tengok stok makanan kanak2 nak munch tak ada dalam pantry, i buat laaa jugak muffin bodo.
At least kids ada la benda nak bawak makan petang ...bawak bekal g playground n share dengan kawan2

After dinner, while my maid basuh pinggan mangkuk, i pun godek laaaa muffin bodo2 tu.
Tinggal dalam oven sebab kita dha set siap2 kan masa, tinggal jer pada bibik utk simpan , i naik atas spend time with kanak2.

Malam lepas dinner, after maghrib ..itulah masa i berlunjur duduk depan TV dengan kids or i buat apa2 activity with them like melukis ker, main colouring ker...
Kalau dulu2, takder maid , masa berlunjur ni, melayan kids sambil lipat kain baju.
Now, Alhamdulillah, ringan sket dah kerja, sebab hal kain baju bibik dah ambik alih.

Aniq pulak masa ni laaa heret keluar his homework yang tak siap.
Kalau ada papa kat rumah, memang dia prefer refer to papa instead of me but kalau takder, dia kena redha laaa refer to me yang he always refuse to hahaha...sebab dia kata i garang sangat hehehe.



Kids tidur at 10.30pm , masa tu pulak laa i dapat on notebook, cek my blog, buat blogwalking and tidur laaa bila2 masa i mengantuk.


Tapi normally after 12 baru i tidur.
Dalam pukul 1 biasanya time tidur i.

And the next day, bangun la balik at 5.30am.
Camtu laaaa everyday sampai laaa weekend.
Weekend pun after subuh, jarang dapat tidur balik.
kalau time kat rumah, after subuh , duduk laaa depan porch, ngadap pokok bunga papa...


Tapi selalunya weekend memang kat kg kan ...

So, itulah routine hidup i. 
I buat apa termampu, kadang2 i kagum tengok ibu bekerja yang manage to buat macam2 utk family.
Hidang lauk dinner jer berjenis jenis..i ni nak siapkan sejenis je pun makanan payah hahaha
There was time i rasa malasss sangat nak bangun, masak and prepare apa2 ...nak jer bangun lambat, mandi n terus g kerja..but nanti rasa bersalah pulak kat kids.

Most of the time, i tak mengeluh pun , sebab tho i tak la pandai snagt masak, but i always enjoy to prepare dish for my family...especially bila dorang enjoy having it.
Sedap tak sedap tolak tepi laaa kan hehehe. 

I always want my kids ingat masakan i.
I always want my kids membesar with hasil air tangan i.
And wherever they go, dorang will miss my cooking..cam kita rindu masakan mak kita laaa kan .
So, tu yang gigih laaa jugak i celik mata pagi2 buat semua benda hehehe.




.







Sunday, 3 November 2013

Since ages..

Salam,


                     

I was 10 when i first listen to this.
My big brother ada 3 orang atas i.
Masing2 ada minat berbeza, but semua like this one.
So bila dorang bukak muzik ni,  I akan amazed seketika..like tetiba tersenyap hahahah
I really enjoyed this one.
Tapi dah lama lupa .

Masa kat U dulu pun , asik duk layan...
Now teringat balik ..tu pun sebab recently my hb nak test sound system

Dari dulu sampai skarang, i can still feel soo 'something'  (Cant really find the exact word )with the music.




Friday, 1 November 2013

Chocolate chip muffin and measles

Salam,

Free sangat today sampai mampu buat dua entry youuu.

Actually petang tadi at 4, i brought papa to clinic again sebab demam tak kebah2...Though doc suruh trus ke hospital, i saja nak ke klinik dulu to confirm on his condition.
What can i see, the rashes semakin berkurang, but what make me worry is that demam dia tak mau kurang langsung..normally bila kita makan ubat, berpeluh kejap kan , but ni tak ada langsung or i maybe dah lupa on how campak punya effect kot, memang camtu ker apa hehehe.

So, doc kata its confirmed measles...and what to worry about it is it might effect lung.
Measles also boleh merebak to ear an eye..in serius case n the worst bila effect to lung and cause pneumonia.
Okay, now measles sound sooo scary to me.

Doc buat another referral letter to Sunway Hospital if i might need to go there in the middle of the night...but i pray that it will not happen.
Tomorrow also klinik tutup sebab Deepavali kan , so if tomorrow also, his condition getting worse or doc mention is as secondary , surat dah ada utk kita straight away to hospital.
Apapun i need to monitor him for tonight and keep on praying that everything is just fine.

Petang tadi also, since im not working today, kids are sleeping and I got nothing else to do...i kemas my kitchen cabinet sebab mata sakit tengok bibik Ayu campak all my tipuware an tupperware dalam cabinet tu.
Settle tu, i godek simplest muffin thinking that kids bangun tidur mesti nak munch sumting kan .

So i made chocolate chips muffin..simplest and barang2 pun senang...


Got 16 pcs.
Dua dah kena ngap.


And balik dr klinik, this is what i served papa..



Air kelapa for the measles.

Petua orang tua2 rite...no problem for him as air kelapa is his fav.
Kalau i kena minum ni..hazabbb...i never like this air...!!