love

love

Followers

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, 31 January 2014

Lake Garden and Taman Layang layang Kepong

Salam,


Ini kisah weekend lepas.
Ini auto publish jer...masa ni tengah seronok main salji kat KT rasanya hehehe.

Weekend lepas, papa was not around.
Balik Muor dengan atuk and mama.
So tinggal laaa kami anak beranak.
Saturday, i baring layan kids tengok Upin Ipin ..malam they give me chance to choose my movie, so i took a chance to watch cerita Ular...instead of watching english movie since kids are watching together, english movie selalunya banyak scene yang tak patut kids tengok kan .

Sunday morning, bangun tidur, and after Subuh prayer, i mula rasa bosan to stay at home layan movie lagi.
So i whatsapp Alin and Fara since Ernie balik kg.
Plan2 , jadi laaa jumpa and lepak dengan dorang.

Memula ambik Alin and bawak kids ke Lake Garden dulu.




Kids enjoy their time kat playground ni.

Bibik Alin yang monitored them while i lari ke kereta to get their drinks.
It was 12.30pm ,walaupun banyak pokok and suppose to be rimbun and redup, but at that time, memang tak boleh tahan dr berpeluh2.



I tak terfikir to buy them drinks tapi teringat ada dua botol air ni dalam my car...so bagi la minum air ni dulu

Nampak pula this buggy train lalu, sorang kena bayar rm2...boleh laaa while minum air hehehe.

Bawak round dalam lake garden tu, tak sampai 5 minit pun hehehe..

Then tak tahan dah panas, terus ajak kids masuk kereta and teus kita ke rumah Fara.

sampai sana, lepak2 sekejap and Fara ordered Dominos jer.
Plan nak masak, i boleh jer tolong masak, tapi Fara kata tak keluarkan apa2 pun dr freezer.
So order jer la.


Budak2 masa ni belum panas lagi..belum biasa

pastu mummy Fara lambakkan toys...selamat la...



Makan berkawan..seronok masing2..dengan toys bersepah2

Adik a.k.a Aleesa

After kenyang, i tarik kakak tidur, dalam2 melawan, pengsan jugak


Tak lama after that, adik pulak mengikut.
dah takder kawan, dia pun pengsan sekali

petang gerak pulak ke Taman Layang Layang Kepong, sebab dekat dengan rumah Fara.
drive satu kereta jer.


Kena pow layang2 sorang satu


Fareesya kejar bubble instead of main layang2

Farish adik fareesya dalam ni jer..




I dengan Alin yang berpeluh2 nak naikkan layang2 ni hahaha.



Tak lama pun kat sana, sebab hujan .
dapat la dalam 10 minit.
Fareesya menangis melalak dalam kereta tak puas main and tak dapat susu sebab mummy nya tertinggal susu kat rumah...aduhaii mummy.

Sampai jer rumah Fara, masuk kereta kitorang, terus balik.

sampai rumah pukul 8 malam..haaa puas hati keluar jalan2.
Aniq bising tunggu ibu balik, dia ingat i kuar kejap jer dengan adik2.


Malam ingat terus pengsan...boleh pulak depa sambung Upin Ipin, aduh laaa




Thursday, 2 January 2014

Selempang @Red Box

Salam,

Dah lama dah kitorang plan nak karok kat Red Box ni.
Yer laaa, rasanya lebih setahun dah ke dah dua tahun eh selempang dapat spend time sama2 melalak camni.

So baru2 ni, kita semua dapat laaaa jugak melepaskan hajat.
Kali ni kitorang pilih Red Box kat The Garden.

Pergi pukul 11.30am.
Pukul 3 dah habis session.
Enjoy !!!




Mula2 sampai....mintak waiter snapkan ...
Then , busy order air...

Sebelum start nyanyi, ambik makanan dulu banyak2...wajib ni...tengah lapar kot,makanan pilih jer kat buffet table kat luar.


Dah licin dalam pinggan, baru boleh fokusss

Haaa, kan dah semangat tu...



Tak banyak pun snap pic..masing2 seronok sangat menjerit dalam tu...

Pukul 3 kita semua pun blah.
Baru puas hati masing2 yer..
Entah tahun bila pulak laaaa dapat melalak2 camni lagi kan ...






Tuesday, 17 December 2013

BBW jugak..

Salam,

Dah banyak tahun duk baca pasal wolf jahat ni.
Selalu jugak berhasrat nak pergi tapi ending up tak pergi2 pun.

This year, i plan dengan Alin ajak pergi...kalau ajak papa, memang berkubur la hasrat hati.
Tapi bila i dan Alin nak pergi, dia pun susah hati nak lepaskan kitorang berdua...nak pergi tengah2 malam pulak tu..so dia join jugak.

I malas nak share pic2 suasana kat sana..i think banyak blog dah share pun ...lagipun i memang tak sempat snap pic, phone dah almost kong..so i save the battery utk call in case semua orang tersesat dalam BBW tu..and yes, memang banyak kena guna phone, sebab masing2 tak sedar dah kawan hilang kemana..asyik masyuk melayan lambakan buku2 kat sana.

Since i tak pernah pergi tempat ni before , payah i nak compare la kan dengan tahun2 sebelum ni, tapi nak tanya pendapat i , tahun ni..masa i pergi i found out, that memang besar sangat BBW ni, tapi bila pusing2 dr depan ke belakang, banyak buku yang samaaaaaa jer kat longgok2 tu.

Pergi longgok ni, kata lah jumpa buku A..kat longgok2 belakang pun , buku A tu jugak laaa yang berlambak2...kalau pergi kejap2 jer, memang payah nak jumpa buku, kena ambik masa, belek satu2...baru leh jumpa buku2 menarik...and to do that is soooooo not me....

Ini jer la buku yang i beli.

Ada sebuah lagi utk Aniq, tak sempat snap, dia dah ambik dulu.
Memang masa nak g sana, i focus nak beli buku utk budak berdua tu.

Tahun ni tak beli komik2 utk Aniq since dia exam UPSR tahun ni...after exam baru ajak dia g kedai buku , cari komik2 fav dia.

So, semua ni cost me RM60.
Berbaloi..i dapat sebijik buku resepi utk i and english novel

Papa pun beli dua biji buku utk dia, sebiji utk Aniq and the rest utk budak kembar berdua.

Ok la kot, dengan harga camtu boleh dapat banyakkk buku especially hard cover utk budak2 tu.

Tahun depan ntah i pergi lagi ker tak sebab even i minat buku, i dengan papa memang tak boleh join crowd activity ni, mudah stress dan sakit kepala...nasib baik BBW ni buat tengah malam jugak, so ada chance nak elakkan crowd..tapi tu pun papa bising nak hadap jem masa nak masuk mines...

So, kita tunggu la next year...tengok laaa camana ...





Friday, 6 December 2013

Go Kart at Sepang F1

Salam,

Last Saturday, i kena jemput papa kat Golden Palm Tree ,Sepang.
Papa ada team building kat situ start from Khamis lagi and dia cakap Sabtu at 12 , dah boleh ambik dia.

Jumaat before ambik dia, malam tu kawan2 ofis duk whasap ajak join Go Kart kat Sepang, organized and sponsored by vendor company kitorang.

Since nak ambik papa kat Sepang, i pun agree to join the event as my boss convince me pergi suka2 jer.
Ok takper.
Lagipun Alin ada join sekali...seronok, ada geng selempang lagi...

Pagi2 Sabtu dah kejutkan 3 orang budak and dengan Aniq kena pujuk lebey sket, sebab dia selalu refuse to join me, tapi i cakap , after that nak ambik papa, so, dia pun gigih juga, takut papa marah.

Pendek cerita , i sampai ke litar Go Kart Sepang tu around 9.00 am..elok2 dorang baru berkumpul.


Masa memula sampai ..comei dan hensem lagi anak2 dara and anak teruna i.


Since dr pagi , bangun tidur and rushing sangat, i tak sempat breakfast...nasib baik dorang sediakan kat sana...

So, terus bedal dulu ..seronoknya bila register nama, terus dapat goodie bag with sehelai T shirt dalam tu..menarik

Yang menariknya lagi, from our company, hanya me and Alin jer laaa pompuan ...lain2 semua lelaki.
Dr vendor company tu pun cuma ada dua pompuan...so ok la tu kan 

Masa register, we both dah decide kat counter registration tu, that we both takkan main ...so tak tulis la nama utk join main go kart, cuma register attendance jer





Sementara start, budak2 ni melilau2 laaa kebosanan.

Kat sini, dia bagi 2 group, A dan B and dia lepaskan satu2 group utk cuba dalam 10 minit.
After the second B cuba, my boss asked me to try.
Masa ni dah rasa tertarik hati to try sebab ada girls dr vendor company pun main , so cakap dengan bos , boleh la cuba..but since we didnt register nama utk main, masalah laaa pulak.
My bos tried his best utk me and Alin masuk jugak and jumpa organizer..then they decide we cannot have the trying 10 minute session tu tapi boleh terus masuk ke qualification game.

Hantam jer laaa...memang tau takkan qualify, tapi boleh laaa cuba main kan .



Alin ...


Me..


Muka puas after the game

Nasib baik guys fren sangat2 sporting ...rajin pulak melayan kita bergambar


Ada kembar lagi join ...my ex staff, now dah pergi team lain 


My bos, My big bos and my colleague



Jangan terpedaya, kami tak menang pun ....hehehee


Dah kepanasan...dah mula bukak baju


Adik maintain lagi even dah berpeluh2




Bila they start merengek2, sebab panas and bosan, nasib baik laaa organizer tu sangat memahami and belanja semua2 kat situ makan aiskrim..kebetulan ada motor aiskrim and they called for him...

Budak bertiga ni pun apa lagi...baju putih jadi macam2 warna

Me and my anak bujang, yang dah start bosan, bukak kasut and ganti with my slipper...

Before the event habis, i gerak dulu  sebab nak ambik papa at 12...so tak tahu that organizer siap bagi voucher AEON RM 100 each to participant ...fuuuh, nasib baik Alin tolong ambik dan simpan utk i.
For the winner, dapat RM1k tau...syiok2...
As for me, dapat main tu pun dah enjoy sangat, suka2 jer sementara nak g ambik papa...sapa sangka rezeki boleh pulak dapat t shirt and voucher...rezeki...!