love

love

Followers

Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Berhenti kerja buat apa..??

Salam, 

Rasanya for those followed my blog dah tahu that i ve moved to Kuantan after my resignation on August this year.
Memang i tak citer in detail, apa yang  i buat kat sini, but i have hint in here that im handling business here or lebih senang i katakan i ada buka kedai and handling it now by myself.
It was good opportunity for me to be close to my kids and free from punch card.
But well, still tak boleh jadi housewife as per my imagination and also not as easy as i thot and imagine.
However, business went well with good income, i dont regret my decision.
Alhamdulillah tak cukup utk menyatakan how happy i am now.

To describe the 'not as easy as i thought'..i would say to be away from my husband adalah big challenge to me...and recently,kedai masih tak ada staff, and Aniq pulak kena stay with papa kat KL, struggling (is he..?) for his UPSR exam and syahdu and sayu hati that i tak mampu temankan dia sepanjang the exam.

During that period i sabar banyak2...ada masa i tewas that i cried malam2 lepas tutup kedai, missing my hubby and Aniq and thinking what kind of life yang i dah pilih ni..?
Time goes by and Alhamdulillah, papa banyak support during the time and now is the time , i dah mampu bernafas lega, dah ada masa to chill with papa and kids, dah ada  masa rileks baring2 tengok tv, no punch card to catch..no heavy traffic to handle..

Ok la, meh citer in detail apa i buat.
Actually i handle bisnes kedai runcit.
Simple...tu jer hahahaa.
Tak la besar mana, menyewa dua unit kedai dengan my sister.
It was actually kedai ayah cik (my big bro).
Dah 3 tahun dia meniaga kat situ and finally he decided to back off even income is good sebab dah penat , maybe sebab dia takder staff kan  and dia nak balik kg berehat.

Family pun sayang nak lepaskan the business to others and since takdak sapa able to ambik alih, so we bought the business from him.
Asalnya papa laaa yang nak snagat2...me?
50-50..hahahaa, tipu 10-90 kot
memang i tak minat..!!

I nak berhenti kije sebab nak stay at home with kids , but papa kata , ruginya all the ilmu and skill , masa yang ada if u choose to spend time with kids jer...errrr janngan salah faham, dia tak kata being huewife merugikan ilmu, in fact he agreed the idea of menjuaga sendiri the kids...but jaga the kids n doing nothing merugikan to him.

I still able to handle kids by myself, depan mata and still boleh manage kedai.
tapi banyak la perubahan kena buat, dari kedai runcit biasa yang ayahcik guna pakai before, kita kena 'majukan ' sket la.
Kena ada POS system...kena ada staff, kena ada CCTV
So pos system boleh jaga stock,boleh tengok shortage staff2 buat, also ada CCTV yang boleh monitor staff dr mana2 pun .

For the first 3 month i kat kedai, memang rasa nak menangis..nak establish the system..and staff pun tak der..ada pun tak lama ...nak handle them pun payah, dealing with cash kan , senang2 cilok duit.
7 am to 12 pm 7 hari seminggu, i was stucked in here...tidur pun dalam kedai, twin pun terkurung dalam small office belakang kedai.
rasa takder life, that was the time i cried almost every night thinking...what the h*ll im doing here.
I have good life, good home kat Kl and i was stuck here.
masa tu income was good...not good...but mewah..!!
Because selain runcit, we also serves customer all kind of services, money changer for indon's worker, bill payment, handphone ,fotostat, binding, laminate and such.
Tapi, dapat duit waktu tu...tak mampu nak senyum.
Penat badan, penat otak.

Alhamdulillah, slowly...berkat sabar..sekarang dah stabil.
POS system working great..and staff pun setakat hari ni kekal.
Ada la kekurangan here n there..but , kat mana2 pun , handling human ni, memang ada cabarannya.

me kat my workspace.
Sebelah dinding tu pulak small office yang sekarang ni dah tak jadi ofis tapi jadi bilik kids tengok tv.
Since bilik tu ada air cond, memang they melepak dalam tu sepanjang masa.

Dari situ boleh nampak staff bekerja kat counter.
staff...
budak2 kg ni jugak.
Setakat ni hire dua staff pompuan, muda lagi..baru umur 18 tahun.
Sorang tu anak yatim piatu.
Alhamdulillah, setakat ni semua nya berjalan as planned.
Bukan jer dah dapat rehat tidur kat bilik, i even have time to travel dah balik ke KL, and tinggal kedai kat staff ni sambil i monitored them dr KL.

Tak susah..teknologi skang semua di tangan jer.
From my handphone, di kedai mamak di KL..i monitored the POS system and tengok hasil jualan ...tengok apa staff tengah jual ..
From the hp jugak, dapat tengok semua sudut CCTV, apa staff tengah buat..and semua activity dalam kedai.
Mudah jer...tapi nak tinggal lama2 tu tak boleh laaa..for few day boleh, kalau sampai seminggu, dorang belum boleh lagi.
In sha Allah, nanti i pun kena hire lagi staff utk supervise, so boleh la i start focus duk umah, tengok kids sekolah ..and jenguk kedai kejap2...takder lah kena duk sepanjang masa kan .
gaji i takder laaa...hehe, dah kena bayar supervisor, kena request special gaji from papa as housemanager jer la kot...

Ok la, later i citer lagi...got to go...










Thursday, 9 January 2014

Diary 2014

Salam,

Aduh lewat dapat bersiaran semenjak dua menjak ni.
Hujung tahun and awal tahun memang i selalunya busy.
Lunch hour boleh la curi masa buat entry.
Last year, i buat siap2 malam before tidur and scheduled kan ..senang..
Tapi dua tiga minggu ni tak sempat nak hadap la malam2 .

Takper, lupakan.
Nak citer pasal diary.

Banyak dapat diary tahun ni.


Ini cuma sebahagian.
Sebahagian lagi dah bagi kawan2.
I chooese the one yang paling depan for me.
lain2 bagi kat kawan.


Selama2 ni , berlambak dapat diary...tahun2 sebelum ni banyak vendor bagi..takder satu pun i pakai..this year konon2 nak organize sket laaaa..so i mula mark kan date2 penting dalam hidup.
My first step to organized life...laaaa sangat hahaha

Our anni on 7/7 and twin's on 8/7..senang celebrate sekali arung

Aniq punya birthday 8/8

2 Feb besday papa and kawan i and also my abang

Hijau tu utk tandakan cuti by my company...cuti raya cina.

Unik kan date2 kitorang.
Papa 2/2
Aniq 8/8
Ibu 10/10
Anniversary 7/7.

Twin pun suppose keluar 7/7..sekali terlewat plak sehari..jadi 8/7..hehehe.
Confuse , nak citer pasal date ker pasal diary hahahah



Thursday, 28 November 2013

Cery Bery

Salam,

I MC today...
Semalam kena cherry berry..tapi gagahkan diri pergi ofis.
Sampai kat ofis masih keluar masuk toilet sampai tak daya dah.
maybe dah takder air dalam badan sebab malam sebelumnya ada lebih 5 kali duk buang kat toilet.

Jadi after work semalam, i terus ke klinik..alang2 bawak MIL ambik her neurobion injection every week, i terus check i sekali.
Doc suruh makan ubat time2 tu jugak depan dia.
And paksa minum air garam.
Huhuhu.
Lepas tu dia bagi MC sehari utk i rest today.


Tapi kejap lagi kena keluar jugak dalam tak sihat pun , kena hantar papa ke Bagan Lalang...dia ada kursus 3 hari kat sana.
Dahla kena courses time i tak sihat..apa nak buat..dah kerja kan .

So as for now, i takder citer to share.
In sha Allah petang ni i cuba bersiaran dengan sedikit cerita2 deko yang boleh i share.

Byee

Friday, 22 November 2013

Thank You Selempang!!!

Salam,

Today  is last day SIRIM audit.
Yea..i was quite busy running here and there.
Yesterday the whole day i was at Cyberjaya, prepare myself as auditee and today also, no chance to sit on my chair.

But this morning, after having breakfast at cafe as usual..i was surprised by "happy birthday song" from another corner of my office.

I saw Ernie and Alin holding a cake  , heading to me.
"wehhh...birthday sapeerrr???"
Hahaha..
They keep on finishing the song...and stop at me.

"birthday akak lerrr....sorry belated...ingat nak tunggu cukup korum, semalam la tapi akak kena g cyber but today, Fara pulak MC..since dah beli kek...kena celebrate jugak without her.."

Alolololo...sooo sweet laaaa selempang ni.
Kisss banyak2 utk u all semua laaa...

Meh tengok pic.



Ernie, Alin and Mas..my kelik sebelah meja jer.

Me potong kek.



SElamat Hari Tua Sis Ida...#GS means Geng Selempang..!!



Nasib baik pagi2...tak ramai orang sangat, kalau tak, malu makcikkk oiii..dah tua2 kena blowing candle lagi...



To selempang...thank youu soo muchh..!!
Korang memang best ..
Havoc Havoc Havoc!!!





Thursday, 14 November 2013

My routine

Salam,

Ada few kawan2 tanya i, how i manage my time during my weekday sebab i still manage to cook dinner for my family, prepare breakfast and bento and even prepare lunch for my kids while i dekat office.

I would say....i manage it with penuh kegigihan and kesabaran hahahaha because i dont really love cooking but i have to.

Since ada yang bertanya,meh laaa i share sikit routine hidup i setiap hari.

I woke up at 5.30 am everyday..not so early but, itu pun hazab jugak nak celik mata k...
Ambik masa about 10 minute buat simple sit up and workout and at 5.45am i kejutkan my son to get ready for school.
While dia dah bangun baru i turun bawah to prepare his breakfast.
He normally take simple one like cereal, biskut n milo, toast bread with half boiled egg.


While dia tengah breakfast pulak..i sediakan pulak his bento.
His bento pun simple, but must be lain from his breakfast or he wont have it .
Yea..my son is fussy like that.

So normally kalau dah buat breakfast roti, i buat la bento lain like maggi goreng, nasi goreng with nugget. or  macaroni goreng
Kalau breakfast nya cereal atau milo n biskut jer, bento boleh la buat chicken burger, hot dog or roti john

.

Dah siap pack his bento, biasanya dia ada masa like 15 minutes while waiting for his school bus sampai.
Dia akan stay at the kitchen, having  his chit chat and merapu moment with me while i pulak sediakan lauk lunch kanak2.

Lunch kanak2 selalunya satu jenis lauk.
This lauk jugak laaa Aniq akan makan bila balik sekolah, monitored by my maid.
I will normally prepare simple dish like ayam masak kicap, ikan masak sweet sour,sotong masak hitam..anything tak pedas will do for the kids and bibik selalunya tumpang makan , and kalau dia nak masak her own lauk like masak lemak cili api or apa2, dia masak la sket utk tekak dia.


Yer laaa, lauk budak2..standard laaa kalau kita tak lalu nak makan pun kan ...tapi jarang2 laaa dia masak lauk dia sendiri.
Kalau ada pun , dia buat kangkung goreng cili api.

By the time Aniq punya school bus dah sampai, i pun dah siap masak.
Normally at 6.30am cam tu.


So naik atas, mandi solat and get ready pergi kerja.

Papa pulak elok sampai dr surau at 6.45am...siap2 terus g office sesama.
My journey to office will take about 1and half hour.
Thats y i said journey hehehe...memang panjang n lama.



Balik dr office at 5.30pm and sampai rumah at 7 camtu.
Masa ni bersinsing lengan kat dapur nak siapkan dinner and our dinner memang simple.
kalau papa wish nak makan nasi, i buat sejenis lauk n biasanya goreng ayam pun dah cukup utk papa.
But selalunya dia refuse nasi for dinner , so i buat laaa simple jer, either mee or bihun goreng.
Mee or bihun sup,mee bandung,spaghetti, roti arab with kuah kari, roti celup telur , sardin roll..itu pun dah cukup ok utk kitorang dinner anak beranak.




Actually tak la susah kan sebab kena sedia sejenis makanan jer and nak mudahkan my work, memang i minta my maid siap2 blendkan cili, bawang and whatever needed utk i masak awal.
Selalunya every 3 hari bibik akan blend bahan2 utk masak n simpan kat fridge.
Lauk nak masak pulak, malam2 after dinner i dah plan what to cook the next daynya so, malam tu dah thaw/defrost siap2 lauk  kat bahagian bawah fridge .
The next day tinggal masak jer, jadi mudah laaa sikit kerja masak memasak, takder laaaa berpleuh2 baru nak blend segala mak nenek benda pepagi buta.

Baking pulak kalau rajin normally only on weekend.
Hari2 biasa susah jugak nak ambik masa to bake.
But ada la jugak time2 rajin terlebey n tak sampai hati tengok stok makanan kanak2 nak munch tak ada dalam pantry, i buat laaa jugak muffin bodo.
At least kids ada la benda nak bawak makan petang ...bawak bekal g playground n share dengan kawan2

After dinner, while my maid basuh pinggan mangkuk, i pun godek laaaa muffin bodo2 tu.
Tinggal dalam oven sebab kita dha set siap2 kan masa, tinggal jer pada bibik utk simpan , i naik atas spend time with kanak2.

Malam lepas dinner, after maghrib ..itulah masa i berlunjur duduk depan TV dengan kids or i buat apa2 activity with them like melukis ker, main colouring ker...
Kalau dulu2, takder maid , masa berlunjur ni, melayan kids sambil lipat kain baju.
Now, Alhamdulillah, ringan sket dah kerja, sebab hal kain baju bibik dah ambik alih.

Aniq pulak masa ni laaa heret keluar his homework yang tak siap.
Kalau ada papa kat rumah, memang dia prefer refer to papa instead of me but kalau takder, dia kena redha laaa refer to me yang he always refuse to hahaha...sebab dia kata i garang sangat hehehe.



Kids tidur at 10.30pm , masa tu pulak laa i dapat on notebook, cek my blog, buat blogwalking and tidur laaa bila2 masa i mengantuk.


Tapi normally after 12 baru i tidur.
Dalam pukul 1 biasanya time tidur i.

And the next day, bangun la balik at 5.30am.
Camtu laaaa everyday sampai laaa weekend.
Weekend pun after subuh, jarang dapat tidur balik.
kalau time kat rumah, after subuh , duduk laaa depan porch, ngadap pokok bunga papa...


Tapi selalunya weekend memang kat kg kan ...

So, itulah routine hidup i. 
I buat apa termampu, kadang2 i kagum tengok ibu bekerja yang manage to buat macam2 utk family.
Hidang lauk dinner jer berjenis jenis..i ni nak siapkan sejenis je pun makanan payah hahaha
There was time i rasa malasss sangat nak bangun, masak and prepare apa2 ...nak jer bangun lambat, mandi n terus g kerja..but nanti rasa bersalah pulak kat kids.

Most of the time, i tak mengeluh pun , sebab tho i tak la pandai snagt masak, but i always enjoy to prepare dish for my family...especially bila dorang enjoy having it.
Sedap tak sedap tolak tepi laaa kan hehehe. 

I always want my kids ingat masakan i.
I always want my kids membesar with hasil air tangan i.
And wherever they go, dorang will miss my cooking..cam kita rindu masakan mak kita laaa kan .
So, tu yang gigih laaa jugak i celik mata pagi2 buat semua benda hehehe.




.







Monday, 4 November 2013

Masak masak weekend


Salam,

Masih mood cuti.
My ofis bagi cuti  ganti Deepavali Monday, today laaa...n tomorrow awal muharam...so cuti panjang laaa.
As i was somewhere unplanned...today i buat auto-publish sudah..jangan kata senyap terus.
Sempena mood cuti2 kan , kita citer pasal makan la eh...
Asyik2 pasal deko...buhsan jugak .

Citer pasal masak la sesekali.
Actually , even sibuk dengan kerja ...i memang selalunya akan balik masak simplest dish for the family.
On weekend, kalau kita kat rumah, i masak beria.
Beria tu bukan laaa nasi minyak, nasi beriani bagai...but kalau hari2 biasa, weekday masak sejenis lauk, weekend dapat laaa dua tiga jenis.
Ada masa2 i rajin snap pic masak2 ni..tapi most of the time i malas..especially yang masak hari2...duk balik2 lauk ayam masak kicap, ikan goreng berlada...so, rasa nak ambik gambar pun tak semangat...tambah2 sejenis lauk tu jer tertonggeng atas meja kan ..lagilaaaa...



Ini lauk weekend...kalau dah lebih dari sejenis lauk atas meja..confirm weekend.



Ayam masak kicap

Ikan kering goreng with bawang n cili padi..

kangkung goreng

Ini breakfast hari minggu...roti jala n kari daging dr freezer.






Breakfast weekend..aglio olio

lasagna , weekend lunch



Breakfast selalunya mesti teh tarik special..using teh campur special resepi mok.

I normally use 2 small box of BOH Tea yang serbuk + 1 small box Teh Cap Paip @ Teh Cap Masjid atau Teh Cap Bunga Ros.
Try laaa...definitely teh tarik special ala mamak. campur susu pekat manis sket dan susu cair...heavennn!!

Ada masanya weekend terlebey rajin sket..i akan bake samaada muffin sebab muffin paling senang or kadang2 buat kek kukus..or buat kuih bakar.
Tapi yang paling kerap muffin laaa sebab paling simple nak membuatnya

Ini puff sardin ..i use pastry from Kawan.

kalau takder sangat stok pastry ni..guna jer Paratha segera ...pun boleh.

Gigih la sket, tekap guna muncung cawan, letak inti cantumkan n tekan garfu

bake..n ready to eat.

Kuih bakar ni FAVOURITE papa...kalau kuih camni, dia suruh bake selalu...tapi i jarang buat sebab nanti dia makan banyakkk snagat n its not good , kuih2 camni manis...


Ni pulak puding roti apple....



Sesekali kalau ada mood n ada plan to go somewhere like my sister house ker, ill bake this kind of cake...muai 

Buh dalam bekas, buat buah tangan



But i always prefer this kind ..kukus..texture dia more to apam ...tak muak n buttery

This kind of kuih2 i tak la rajin buat..kalau dulu every week buat, now, dalam sebulan ada la sekali dua yang i gigih membuatnya..

kalau ini, rajin ..every week boleh buat..sebab tak leceh bahan2nya...


Ini lauk malam, balik kerja..kalau tak rasa nak makan nasi..buat simple bihun sup camni jer.
tapi kalau rasa nak makan nasi..confirm sejenis lauk jer

sejenis lauk camni...kari ayam

or maybe ketam masak lemak

but normally ayam masak kicapp..dagging masak kicap, telur masak kicap...ikan masak kicap hahahaha.

Hazab anak2 tengok kicap hari2...!!













Saturday, 12 October 2013

Gravity on my Birthday.

Salam,

Balik kerja on my besday hari tu, jem teruk sebab hujan lebat.
Papa kata dri kita duk dalam jem berjam2 , y dont we stop somewhere, and bila jalan dah ok, kita balik.
So we opted for Midvalley...paling dekat dengan ofis papa.


Had our early dinner at Papa Rich n tak tau apa nak buat, we decided to watch movie.

Seriusly tak tau citer apa nak tengok, sampai kat counter ticker, tanya budak jaga tiket, filem apa ok.
Dia recommend Gravity...

Lakonan Sandra Bullock.
Papa pulak memang minat dia ni.
Okay la ..jom la

Rupanya citer ni Sandra Bullock dengan George Clooney ni berdua jer berlakon all the way, tu pun George Clooney half way...
Sepanjang 2 jam citer, Sandra Bullock sorang2 jer ...macam citer Oblivion yang kitorang tengok dulu.
Yang i tak faham sangat and TOm Cruise sorang jer berlakon tu...
Tapi citer Gravity ni i faham...cuma tu laaa, kisah astronaut sangkut kat angkasa tak boleh balik bumi.
Takder warna langsung...buhsan ;la sebab duk kat angkasa tu laaa sampai habis citer.




Camni laaa sampai ke sudah .


Dah habis movie, terus kitorang balik.
Hadiah harijadi la tu...huhuhuhu.




Thursday, 10 October 2013

Its my day.

Salam,

Pejam celik pejam celik, dah bertambah lagi usiaku tahun ni.

Im suppose to be lebih matang, lebih bijak menguruskan kehidupan , memikul tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Nya, menjaga amanah di anugerahkanNya.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, di limpahkan rahmat, diberikan hidayah , ditambahkan rezeki, di anugerahkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat oleh Nya.


Terima kasih kepada kawan2 yang sms, whatsapp dan memberi ucapan di FB.
Im so blessed surrounded by all of u guyz.


To husband, thank you so much for everything..

In sha Allah, kalau ada celebration, will share it here later.




Wednesday, 10 October 2012

Its my day and Thank You sooo much darling galss




Im just speechless..
I love u all selempang gals..
Will update later the whole story..


Girls that really makes my day..!!!