Jumaat lepas i cuti.
Anak kembar berdua tak sihat.
Lepas siap suap makan, bagi ubat dan tidurkan dorang, punya la bosan duk rumah.
Akhirnya, terfikir nak buat apam pelangi.
Dulu2, memang i suka buat apam ni.
Hari raya pun i buat apam ni kat rumah mok.
Tapi sejak pindah ke rumah baru ni, ada sekali dua jer kot
Ini pic2 lama
sebelum kukus
dah kuarkan dr kukus
dah potong siap2 bawak opis
Memang banyak kali i buat apam ni sebab bila makan tak muak macam kek.
So Jumaat hari tu i buat laaa...
Satu loyang besar.
Tapi pic lepas kuar dan potong takder plak.
I memang suka sangat dengan apam ni.
Sapa2 nak try, i share resipi kat sini k.
Bahan:
4 biji telur
2 st ovellet
1 st esen vanilla
300 gm gandum
300 gm gula halus ( i use 180gm only)
250ml santan (use santan kotak)
1st baking powder
pewarna (i use 3 colour)
Method:
Pukul telur +ovellet+ gula sampai gebu
Masuk santan dan esen vanila, pukul lagi sebati
Masukkan tepung gandum yang dah ditapis sekali with baking powder and pukul rata
Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan bubuh pewarna
Tuang sela[is demi selapis dalam loyang , kukus for about 30 min and done!
I use loyang besar segi empat tu or kalau guna loyang 7 inch, boleh buat satu lagi dalam loyang lebih kecik...
Selamat mencuba, dah buat sekali confirm akan buat lagi hehhe.
No comments:
Post a Comment