Malam tahun baru..
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk 2015...sedihnya...tahun ni paling sikit entry kot...
Catatan akhir sempena ambang tahun baru.
Dipenghujung tahun ni , kita seluruh Malaysia diuji dengan pelbagai dugaan.
Banjir di pantai timur, Perak dan Johor.
Setakat hari ini, Alhamdulillah, my house area masih dalam keadaan selamat tapi hati sentiasa dirundung bimbang setiap kali melihat hujan.
Dan juga tragedi pesawat Air Asia yang terhempas.
Inilah tahun ujian terbesar rasanya buat kita di Malaysia, dengan tragedi MH 370 dan MH 17 dan sekarang tragedi Air Asia pulak.
Ujian fitnah berleluasa juga jadi penyakit dan wabak merbahaya yang rasanya i tak mampu nak ulas panjang lebar...
Untuk my life pulak,dah berubah 360degree...
Alhamdulillah, perubahan hidup yang sangat2 membahagiakan walaupun banyak dugaan dan cabaranNya.
Terlalu banyak kisah suka duka yang nak di kongsi sepanjang tahun 2014...sebagai ingatan , kenangan dan pengajaran...tapi my life benar2 dah berubah.
Nak kata sibuk sangat tu memang la tak, tapi nak mencari sedikit ruang dan peluang tu macam payah, sebab bila ada masa, i choose to rest and spend my time with my family.
In sha Allah, azam for 2015, nak update lebih kerap.
nak share my new house deco with all.
Nak share lebih banyak resepi2 ringkas .
Nak macam2 laaaa..and In sha Allah akan diusahakan ....
Untuk semua yang sudi membaca coretan yang banyak mengarut ni, thank u soo much.
Hopefully 2015 is gonna be great year utk kita semua.
Till then, jumpa tahun depan yer..
*Ramai ke kuar layan bunga api tonite...?
*Kami sekeluarga duduk rumah jer ...golek2 with kids...
saya sekeluarga pun duduk rumah je mlm td..insyaAllah nak update blog saya lebih kerap juga tahun ini..
ReplyDeletesalam 2015 ida :)
bila nak update lagi.....
ReplyDelete