love

love

Followers

Sunday, 7 July 2013

14 tahun bersama...

Salam,

Alhamdulillah, setiap hari Aleesa bertambah ceria dan sihat.
Walaupun ada sedikit lagi luka kecil di kepala dia,dia masih lagi seperti Aleesa yang sama..ceria dan sedikit notty.

Hari ni juga i bersyukur kerana masih bersama, dipanjangkan umur untuk menyambut ulang tahun perkahwinan dengan mr papa tersayang.
Its been 14 years together..melalui saat suka dan duka bersama..jatuh dan bangun.
Perkenalan i dengan mr papa sebenarnya more than 14 years..tapi offcially bersama, melalui kehidupan berumahtangga baru 14 tahun.
Mengharapkan lebih lagi dri 14 tahun utk terus bersama...semoga biar la sampai ke jannah.

Celebration tidak sehebat mana, cukup sama2 sujud syukur atas anugerah di berikan peluang berkongsi hati.
Semalam i sedikit merajuk dengan papa sebab papa balik malam lepas keluar pagi2 dr rumah.
Dia menghantar adiknya Firdaus masuk ke kolej, bukan la kemana2 pun ..tapi mungkin 'angin' romantik yang datang awal buatkan i merajuk bila dia sampai ke rumah dah malam hari.
Ending up, we didnt talk much and i slept early.

I woke up this morning and after my Subuh prayer, i check my FB and nampak very sweet status at my wall.

Sayang....
Bukan sengaja mahu bermadah, bukan sengaja mahu bernota..
Bukan senang ucapan suami bermulut berat untuk berkata..
bukan lelaki ego jika mulut asyik memuji dan memuja...

Kerna sayang lelaki dihati
Kerna rindu lelaki tersembunyi
Berat mulut berkata "cantik awak hari ini'
Berat lidah mengukir kata " Abang sayang awak"

Namun abg tahu....
Sayang sentiasa faham dan mengerti isi hati abang
Namun abang tahu....
Sayang sentiasa mengerti gerak hati abang

Dalam mensyukuri nikmat 14 tahun bergelar suami isteri...
banyak perkara suka duka..susah senang..bersama..

'Bak lagu Malique & Black ..
Ketawa bersama ..menangis bersama...
ku bersumpah harap mati pun bersama'

telah mengakrabkab hubungan kita ...
merapatkan jurang sehidup semati...
menjauhkan hasutan syaitan pendengki..
pelajari ilmu nikmat mensyukuri...
mengetahui hanya dengan gerak geri..

kadang2 ngeri jugak...
tanpa bicara .. sudah kau duga
belum berkata.. kau pembuka cerita
belum bertanya.. dah ada jawapannya
belum kemana.. kau tunjuk arah jalannya...
hebat sungguh kau bergelar

isteri.... teman hidup..... sahabat sejati.... pembantu peribadi
Macam ahli nujum pun ada..

Tapi percayalah itu pembuka jalan bahagia
percayalah dah terbukti dari banyak ceritera
Sudah turun temurun pendeta buktikannya...

Insyallah jalan yang telah kita lalui berliku..
beronak dan berombak
kadang2 tak tentu haluannya
ingatlah kita insan biasa yang menjaga amanah dari tuhan sebagai hamba..
suami dan isteri..sebagai ibu dan bapa...
sebagai anak yang setia..

Terima kasih isteriku yang setia
menemani saat perit
saat derita
sehingga muncul cahaya ...
kau tetap bersama...

Benarlah kata ramai pujangga...

Isteri yang tahu tugas nya hamba tuhan
Akan sentiasa disisi suami
walaupun nyawa sebagai taruhan
Isteri yang tahu tugasya
pembuka jalan rezeki
Penyejuk hati yang sepi
Pembawa rahmat dimuka bumi....

Maafkan abang
Andai tersentuh tatkala berbicara..
Andai tercalar hati tatkala berjenaka..

Maafkan abang belum bernobat suami mithali..
belum menepati ciri rasul dan nabi
Hanya mampu berusaha..
menjalankan tanggung jawab
dan menjaga dirimu selagi terdaya...

Syukuri nikmat tuhan
Insyallah berkat hidup kita selamanya...

07 07 2013 00:00 (awal sikit takut luper)


Waaahh i tersenyum di pagi hari, patut laaa malam semalam masa terjaga sebab Aleeya batuk, i saw papa masih leka dengan notebooknya.
But i tak terfikir apapun , itu memang kerja dia setiap malam.


Dengan senyum simpul, i ucap terima kasih pada papa.
tak terfikir and tak tahu how to reply.
Masa duk dalam bilik air, tersneyum simpul lagi..baru dapat idea nak reply ,..tu pun sebab tersalah berus gigi  dengan pencuci muka hahaha


Saya berus gigi dgn pencuci muka pg ni,nasib baik tak cuci muka plak ngan ubat gigi,lagi haru..gara gara hati berbunga.,btw tq sayangku,i thot after 14 years,u ve lost all the 'mengayat skill'..rupanya masih ada..hehe,and me,as u knw i tak pandai la nak kasi ayat power,so just nak bgtau..,i love u more than u knw..

Tak lah hebat sangat madah hahaha.
banyak yang nak diucapkan, tapi after 14 years..senyum, gerak badan, jelingan mata cukup buat dia mengerti...
cuma kalau sebelum ini dia tahu i sayang dan cintakan dia..i nak dia tahu lagi..yang i love him lebih dari yang dia tahu.

Mungkin di lain entry, i nak coretkan saat manis perkenalan dengan papa...errr tak manis snagat laaa,,,tapi bila berakhir dengan satu ikatan indah , ianya jadi manis.

Nanti juga, i nak coretkan setiap kenangan suka duka bersama, menyusuri kehidupan semasa mula2 di alam rumahtangga , bersama2 dengan tanggungjawab menjadi pelajar dalam masa yang sama.
mana tahu nanti sempat anak2 bertiga (buat masa ni) tu baca coretan ibu dia ni.
Cuma mungkin bukan hari ni...in sha Allah, nanti ...

Buat masa ni, i selalu berdoa,memohon dari Dia agar dipanjangkan umur kami, dipelihara jodoh kami, diberi kesempatan utk bersama2 sehingga ke jannahNya.
Semoga Dia juga mencurahkan rahmat dan nikmat utk kami sekeluarga ..memberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Amin...






No comments:

Post a Comment