Aduh, rinduuu banget sama diary ni.
Baru sekarang ada kelapangan utk menjenguk.
Cerita pun ada banyakkkkk...tapi takper, slow2.
Hari Jumaat lepas kerja hari tu, kita semua balik Trg.
Dari ofis macam biasa.balik rumah dulu, pack kain baju lebih kurang.
Dah siap2, tunggu pulak Awa sampai.
Dia pun sangkut jem.
Last2 pukul 5 lebih gak baru kuar umah.
Kul 5 lebih tu confirm la jem kan .
Tak mau lalu Damansara, jem dari Putra Height lagi.
So lari ikut jalan lain , ambik MEX masuk KL...sangkut pulak Sg Besi..so , ambik SMART tunnel..tapi takleh kuar jalan Tun Razak..jem jugak.
So keluar Jalan Sultan Ismail...pun sangkut.
Masa tu pukul 7.15
Lagi 15 minit nak berbuka dah.
Kita masih berpsuing2 dalam KL.
Kita ok la, minum air masak pun .
Aniq tu...kesian dia...duk mengadu lapar.
So, i cakap ngan papa, carilah temp[at boleh berbuka.
Tu la masalahnya..mana nak berbuka kan .
Dah depan sultan ismail tu langsung tak gerak..papa lalu depan Berjaya Times Square, terus konon2 nak pi Tupai2..sekali ntah tersalah lorong mana keluar balik ke Sg Besi, pusing punya pusing sampai depan Southgate Mall ker apa nama ntah kat Sg Besi.
Ada satu lorong masuk kot Speedmart depan mall tu.
Kat situ ada bazaar Ramadhan.
Dah takder orang membeli.
Dah 7.lebih kan ...
Yang ada pun peniaga2 duk berkemas n duduk2 nak berbuka ramai2.
Selamba kitorang masuk n tengok apa yang masih ada.
Nasib baik, ada dua tiga gerai masih tak kemas barang.
Dapat la beli.
Terus i selamba tanya, ada tempat boleh tumpang berbuka.
Pakcik ni anak beranak..punyalah baik hati..susah payah bukakan kerusi utk kami.
Alhamdulillah.
Makan la kitorang semua dengan peniaga2 kat situ.
banyak pulak tu dapat rezeki, masing2 menghulur makanan yang tak habis jual..sampai tak termakan kami.
betul2 rezeki.
Yang masih berkemas
Gerai pakcik baik hati tu.
Pakcik tu anak beranak makan kat meja sebelah tu.
Alhamdulillah.
Lepas makan terus bertolak ke Trg and kita sampai kat KT pukul 12 malam.
Seriusly i punya la penat, tak sedar apa..semua tertidur, ntah berapa laju la papa bawak tetiba jer sampai ..confirm la laju gila sebab i bajet sampai waktu sahur...
Apapun Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan di bulan mulia ni.
Itu jer la citer dapat share petang2 ni.
I banyak cerita lain, tapi later kita story2 lagi.
Saja i nak share pengalaman ni sebab i rasa tersentuh dengan sikap yang ditunjukkan pada bulan mulia ni.
Semua berebut2 nak dapat pahala kan.
Kepada peniaga2 kat bazar hari tu, terutamanya pakcik dan makcik yang susah payah sediakan tempat berbuka utk kita semua, semoga Allah saja membalas kebaikan kalian .
No comments:
Post a Comment