love

love

Followers

Thursday, 10 January 2013

Masak

Salam,
Ibu cuti today.
Budak berdua tak sihat.
Kesian pulak kalau nak kena hantar skul...kalau sorang jer, ok la jugak, ni both tak sihat...so better ibu monitor laaa kat rumah.

Pagi tadi, dorang makan apam coklat for breakfast.
Nak buat apam ni senang, cuma nak kena gigih keluarkan kukusan ibu yang sebesar alam tu .

Pastu ibu ajak both naik, bukak kartun n harapkan dorang tidur after bagi makan ubat.
Harammm.
Pastu kena laaa ajak turun pulak sebab ibu kena prepare lunch for Aniq balik sek nanti.

Ibu cuma masak kari ayam.
Goreng kacang buncis n singgang sotong sket utk budak berdua..kari ayam tu pedas utk dorang.
Selalunya kalau masak kari, ibu mesti masak lebih.
Sebelum bubuh santan, ibu akan amik satu portion, n simpan utk dibekukan dalam fridge.
Anytime papa nak makan roti canai, atau roti jala, kari dah ready.
Kalau buh santan pun , takder masalah utk freezer kan , but ibu prefer tak buh santan kalau nak simpan.



The portion without santan

Yang left dalam periuk, baru ibu letak santan


Bila dah sejuk, baru letak dalam container ni n ready nak masuk freezer.
Anytime nak makan, just buh balik dalam periuk n buh santan if nak la, or else just masuk microwave n ready to ngap...with nasi ker , roti ker...senang kerja kan 

camni haaaa...siappp!!


Talking about senang kerja,ibu ni selalu kena masak lauk lunch utk Aniq.
So sesubuh hari tu,  memang duk ketung ketang kat dapur.
3 jenis benda nak kena prepare, breakfast utk Aniq, before 630am sebab van pick him at 6.30...then masa dia duk makan tu, prepare laaa pulak bento dia...
Then baru laaa leh masak lauk utk lunch.
So to make things senang for me, normally weekend, ibu dah siap asingkan ayam, udang ,sotong n daging utk seminggu.
Blend siap2 bawang n cili kering.
Lauk pulak kena gilir2, kalau today u cook ayam , esok dia nak sotong, esok plak nak udang...my only son ni memang cerewet bab makan, so nak fulfill selera dia ,memang kena gigih sket la.
Utk bento, ibu ada share antara menu2 pilihan bento dia kat sini.
For breakfast pun sama.

Lauk lunch pulak, Aniq suka kari ayam, udang masak berempah, sotong goreng halia, n daging masak kicap.
Lauk ni laaa selalunya ibu masak, gilir2, kekadang tukar la sket menu, buat ayam sweet sour ker, singgang sotong ker...dia ok, tapi kalau pelik2 lagi dr tu, dia tak makan...so tak yah la complicated snagat...fussy sket taste bujang senang sorang ni..


Ini rupa ayam , sotong n daging  yang ready di pack weekend baru2 ni.
masuk freezer n malam before tidur, kuarkan laaa lauk mana nak pakai ke bahagian bawah fridge, by the time nak masak esoknya, lauk tu dah lembut

Ok laa, alang2 cuti, nak amik kesempatan tuk vacuum rumah, since budak demam berdua dah selamat.

Daa







2 comments:

  1. hye sis ida!warghh rajinnya,anak sy yg kembar ppuan tu tiap2 hari beli apam coklat tu kat kantin x jemu2,rasany sy kena berguru dgn sis ida hehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe, takder la rajin pun , kadang2 tu kesian dengan budak2 ni, asik2 makan roti hahahaa...
    Apam coklat tu paling senang nak buat, semua bahan2 masuk blender, kukus..siap!!

    ReplyDelete