Jumaat after kerja, balik rumah..lepak2.
Semua dah kenyang sebab ibu bawak balik bihun goreng dr opis Cyber, kebetulan petang tu big big bos panggil , so ada makan2, lebih banyak, kita semua pun tapau.
So malam tu tak masak,heaven sungguh.
Tengah rileks after solat sekali papa cakap, kawan dia nak datang.
Ibu ok jer laaa.
Sekali dia cakap, wifey dan anak2 dia pun ikut
aduih.
Ingat papa jer la layan kawan dia kan, ibu nak rileks2
Rumah cam tongkang pecah.
Kawan dah otw..anytime boleh sampai.
Papa kata rileks2.
Papa turun, ibu still kat atas..tak gerak2 sebab tak larat+malas
Tapi kesian plak kat papa, sapa nak buat air nanti, turun2 nampak berkilat jer rumah, magic betul papa...bila masa dia berlari semua mengemas.
Bela jin apa huhuhuhu.
Ibu terus g dapur, kuarka donat segera dr fridge, samosa segera, semua laaa apa yang segera yang ada .
Buh dulu kat tepi sinki, nanti2 leh goreng bila tetamu sampai.
Bila kawan hb call cakap dia dah dekat dengan rumah, ibu terus goreng segala macam benda segera tu.
Aniq sempat snap ibu .
Teh tarik dan donat.
Dalam kuali ada kuih samosa lagi.
Tetamu bawak pulak kek coklat.
Banyak la juga makanan sampai tak terhabis.
Tengah2 syiok berbual, mama datang dengan nana n hb dia.
Mama n Nana pulak join conversation sebab kebetulan Nana kenal kawan papa tu.
Nana duk citer dia nak pindah rumah...sebab rumah dia berhantu..aduihh, seram pulak mendengarnya.
Dah la baru pindah, kata papa, penat dia tolong pasang tikar getah sorang2 hari tu tak habis lagi hehehe.
Aniq masih snap ibu.
Asik snap ibu jerr...
Ibu suh snap pic adik2 duk main dengan anak2 kawan papa..dia pi snap pic ibu.
Kalau ibu nak sibuk amik gambar time kawan papa tu ada, ajer kena pelangkung ngan papa nanti.
Blogger la snagat kan
Pas guest dah balik, ibu tak leh pikir apa, terus naik tidur.
Mama , Nana n hbd ia tidur kat rumah kita malam tu, takut nak balik rumah dia kot hehehe.
Esoknya Sabtu pepagi..kita breakfast kat mamak.
Ibu makan capati .
Then kita g klinik, ibu nak ambik ubat utk batuk ibu yang dah berminggu tak mau baik2.
Doc check n cakap ibu kena buat neb jugak sebab lung dah kembang , banyak kahak, n takut infection.
Dr bagi sekali antibiotik.
Sebab kali ni g klinik, diorang sihat..bukan main lagi main berkejar2 kat klinik.
Pastu masuk jumpa doc, Aleesa pun cek sekali, dia pun batuk..macam biasa, mesti kena neb budak tu.
Tapi dah happy...pandai dah buat sendiri...hehehe
Ibu pun kena jugak.
Dr klinik terus balik Muor.
Budak kepenatan..tertidur depan tv rumah mama ..sampai sana pun dah petang.
Ahad pagi2, pukul 6.30 pagi papa dah kejutkan semua bangun sebab nak kena gerak awal ke tempat Firdaus.
Dia skang kat PLKN Padang Hijau, Keluang.
So seawal pukul 7 papa dah gerak sebab nak hantar barang2 pada dia.
KIta sampai kat sana dalam pukul 9.00.
Kereta kita jer sebiji yang ada , lain2 semua takder sampai lagi hahaha
Sekali lagi budak2 tu enjoy sakan kat sana.
My Aniq masih dengan baju tidur hahaha...teruk betul
Idola dia la ni...pak busu dia...semua nak cam pak busu..aishh!
Balik semula ke Muor dalam pukul 11 dan sampai Muor dalam pukul 12.30 terus kita lunch kat restoran dekat rumah mama.
Makan Nasi Beriani.
Ibu makan banyakkkk.
Puas hati
Balik rumah papa, tidur sampai petang.
Ajak sekali anak2 jemaah hahaha..
Heaven sungguh.
Tengah2 malam baru bertolak balik KL dan sampai rumah pukul 1 pagi.
Pastu celik mata pagi ni, tak lalu rasa nak g opis..apakn daya kan ...masih makan gaji.
So gigih lagi ke opis n mengadap kerja yang tak habis2..ditambah plak dengan monday bluesnya.
No comments:
Post a Comment