Ahad dah hari ni.
Dah dua hari tak sempat update.
Nak kata busy, takder la melampau nyer busy hehehe.
Jumaat hari tu,ibu g ofis.
Jem teruk jugak jalan yer...ingatkan ramai yang cuti, sebab cuti panjang sekali dengan Thaipusam.
Maybe sebab hujan la...
Jumaat pergi ofis, kena hangkut budak kembar berdua ke ofis.
Skul dorang dah cuti.
Alhamdulillah, budak berdua tu ok jer..tak banyak la masalahnya.
Cuma ibu kena melayan, time tidur, bawak le ke surau, tidurkan dorang.
Nasib jugak surau dalam ofis tu jugak, sekankang kera jer pun,kalau nangis dapat dengar.
Masa memula sampai jer, masalah la sket, depa nak sesuaikan diri dulu.
Pastu haaa amek, ke sana sini berlari dalam ofis.
Nasib takder bos2 kat ofis Jumaat tu.
Pengsan kat surau
Dorang bangun tidur, selempang pun ajak kuar ke Mid.
Bawak la dorang berdua naik teksi.
Suka hati budak berdua ni sebab tak pernah naik teksi hahah.
Kat dalam Mid pulak, macam jakun , terlepas..berlari2 ke sana sini, penat ibu nak mengejar
After makan kat Kenny Rogers, balik opis semula n ibu dapat la sambung kerja sket.
Petang papa ambik, dorang terus tidur dalam kereta all the way sampai rumah .
Kesian, penat betul la tu.
Sabtu pulak, ibu ajak papa g Tesco kat Ikano tu.
Sebelum tu singgah makan at mamak biasa depan rumah.
Sekali dengan Nana n hb dia sebab diaorang tidur rumah kita malam sebelum tu.
After brekfast , terus ke sana.
Lama jugak laaa ibu shopping kat dalam tu.
Shopping barang2 rumah sebab dah almost 2 bulan tak shopping..dah banyak benda takder kat dapur.
So alang2 , terus ibu belanja sakan utk dua bulan terus.
Senang tak yah pikir lagi nanti.
Dua troli tolak barang, penat cam nak pengsan.
Haaa bukti kepenatan...semua dah tak larat nak jalan..so balik rumah, rehat kat rumah
Malamnya, kita semua dinner dengan roti jer.
Pagi tadi pulak, awal2 pagi budak berdua tu dah kejutkan ibu nak breakfast.
So, ibu turun bawah, siapkan makan.
This is my portion.
Mushroom soup n garlic bread
Dah happy, kenyang.
Masa utk susukan panda dorang pulak.
Busy okay, membancuh susu
After mandi, ibu ajak dorang tolong ibu buat banana muffin.
Happy la dorang..sampai nak pecah dapur tu, bising mulut dorang lagi, sepahkan dapur lagi..aduhh penat melayan dorang jer
Resepi muffin pisang..dah jarang2 baking, dah lupa pulak resepi, kena refer.
Dah siap, apa lagi kan ...
tak menyempat nyempat.
Now, dua2 dah selamat, pengsan.
Ibu dapat laaa masuk dapur, n masak lunch.
Late lunch...utk budak berdua tu bila bangun tidur.
Ibu cuma goreng ikan dan masak lemak putih kacang panjang.
Papa dan Aniq dah keluar rumah pukul 12 tadi, nak ke gathering Kelab Kembar kat Putrajaya.
This time around, ibu tak join, sebab banyak kerja ofis kena siapkan.
Esok pun , ibu tak dapat join Aniq dan papa ke Kidzania..nasib la badan hehehe.
Hopefully settle jer audit kat ofis, dapat la enjoy sebab nak balik kampung terus after last day audit tu.
Tak sabar..!!
Nak share alas meja yang ibu beli di Tesco semalam.
Utk meja makan kecik di dapur.
Dah lama ibu berkenan, tapi asik lupa nak beli n jarang2 ke Tesco.
So semalam beli letak kat meja dapur.
Masa ajak Aniq brekfast pagi tadi, dia order hot cappucino..sebab dia kata murah kat cafe ibu ni haaa.
Hahaha, Aniq Aniq, macam2 laaa awak.
Terkejut ibu memulanya, apa kes pulak budak ni order cappucino pagi2 ..
Itu jer laa update di petang Ahad ni.
Now nak sambung kerja ofis.
Daaa
dah besar si twin tu ... rambut siap boleh tocang2 dua lagi ... comey dah ...
ReplyDelete