love

love

Followers

Thursday, 13 January 2011

Bento minggu 2

Salam

Dari dulu, ibu biasakan Aniq bawak bekal ke sekolah, bermula dr darjah 1, hingga la sekarang darjah 3...jarang sangat laaa kalau dia tak bawak bento..boleh kira dengan jari dalam setahun..Ibu pastikan Aniq breakfast dulu, sebab Aniq boleh jadi sangat moody kalau dia lapar..kalau terlambat bangun tidur, n tak sempat nak siapkan bento Aniq, papa selalunya singgah ke Petronas untuk belikan dia roti krim Gardenia..itu pun dah cukup..kenapa ibu bekalkan dia bento? Dulu2 masa darjah 1,ibu agak risau kalau Aniq tak boleh dapat makanan semasa beratur (actually berebut), jadi ibu sediakan dia bento.Lama kelamaan dia seronok makan bekalan ibu dr beratur membeli makanan di kantin.

Breakfast utk Aniq tak boleh sama dengan bento..nanti dia tak akan makan bento dia..so setiap pagi ibu kena buat dua jenis makanan berlainan utk Aniq, satu for bf n satu utk bento...

Ini pic bento Aniq for this week:

Isnin..
bento:sosej roll
bf:quaker oat
pic contoh jer..inti utk bento Aniq ialah sosej, dia kurang gemar sardin...tapi ibu tak snap pulak..so ganti pic ni cos rupa dia sama jer..cuma isi nyer jer lain..this one buat utk bento Ibu dia..hehehe sekali jalan dengan bento anak
Selasa..
bento:beef burger
bf: pancake+nutella

 Rabu
bento: egg mayo sandwich
bf:koko crunch
 Khamis
bento:bread and apple puding
bf:telur separuh masak

owh utk esok, Jumaat, mungkin nugget sahaja dengan sos favorite dia ..mayo+cili sos+tomato sos...n mungkin hanya bf dengan french toast  sahaja...

Ini pic vitamin yang Ibu bagi pada Aniq sebab dia selalu ada masalah appetite..susah betul nak kasi dia makan..soo memilih..so ibu bagi dia makan multivitamin ni baru2 ni..sangat recomended utk mereka yang ada anak fussy eater like Aniq...sejak makan ni, sebelum tidur pun request makan..huhuhuhu



Dulu sebelum ada twin,Aniq ibu hantar ke nursery sahaja....sebab maid sebelum ni sudah balik Indon, ibu tak rasa ada keperluan menggunakan khidmat pembantu..masa ni ibu kena sediakan lebih banyak bento utk Aniq..satu utk sek kebangsaan waktu pagi..n satu lagi utk sek agama waktu petang..sebabnya Aniq balik ke nursery n jarang makan di nursery..(dia kan fussy eater)...terpaksa ibu sediakan makanan yang dia suka n bekalkan dlam beg ke nursery dia....sekrang lebih mudah sikit sebab bila dia balik ke rumah selepas sekolah kebangsaan waktu pagi, bibik sediakan makanan yang dia suka dirumah saja...senang sket laaa kije ibu..hehehe...apapun , ibu selalu rasa bangga n seronok setiap kali Aniq bawak balik bekas bento nya yang kosong, dia selalu bercerita how he enjoy his meal n berkongsi dengan kawan2nya...ibu puas!!!

8 comments:

  1. wei..bento ni apa sebonarnya...roti berinti ke apa...apa pun bento isi sardin kat atas tu sedap sgt..lapo pulak rasa

    ReplyDelete
  2. bento ni asalnya jepun kot..means apa2 makanan dalam bekas,cam bekal ke opis ker apa2 laaa...ala cam bento set kat sushi restaurant gitu laaaa kotnyer..dalam ni bento means bekal makanan yang dibawa oleh Aniq ke sekolah

    ReplyDelete
  3. huhu ida..lapo ni...pernah dgr bento coz' my dad dulu chef masakan jepun.tapi tak pnh rasa.wah nk gi tido umah ida lah camni mkn sedap2 he3..wah nice info ttg blackmores tgh tercari2 gak mn yg sesuai tq!!!

    ReplyDelete
  4. wah anak chef mesti terer masak ni...mana ada masak sedap2..ida tak pernah masak utk family pun..jarang sangat..tugas kat dapur hanya sediakan makanan anak2..utk makan hb n ida,hb masak....haaa aleasara..cuba lah blackmores ni, before ni ida ada cuba appeton..but this one lebih elok kot..sebab nampak selera my son dah improve..

    ReplyDelete
  5. bestnyer...
    pasni ley bwak kat opis...
    makan bento ramai...
    :)

    ReplyDelete
  6. egg mayo sandwich tu my feverettt!! klu roti tu mmg akk buang tepi tu or simpan buat breadcrumbs ek? anak2 sy pun kadang tak makan tepi roti tu..

    ReplyDelete
  7. fizah, buang tepi, kadang2 buat puding, kadang2 buang, kalau dah terlupa hahaa, tapi selalunya habis jer, budak2 tu, macam tu ajer pun dorang telan ..huhuhu

    ReplyDelete