love

love

Followers

Wednesday 30 January 2013

Quilt cover set and bedsheet story

Salam

Hari Isnin ibu dan twin pergi Ikea.
Papa dan Aniq pergi Kidzania.
Nanti2 ibu cerita pasal Kidzania.
Nih nak citer pasal cadar, sebab g Ikea beli quilt cover  baru...syiok.!

Selalu kalau beli set cadar utk katil..ibu akan beli set quilt cover.
Ibu ada dua plain quilt kat rumah.
Dua2 queen size.
Ni sample quilt yang ibu beli kat Ikea berzaman2 dulu...

So kalau pergi Ikea, memang selalu juga usha set quilt cover kat situ.
Ada offer harga best, n design cantik, terus grab.
Nanti balik rumah terus jer ganti n sarungkan quilt tu dengan set baru.
Senang pakai set camni, sebab nak basuh , bukak jer sarung , basuh dalam washing machine.
Done.
kalau beli comforter set tu, hazab sket nak masuk teabl2 dalam washing machine kan .


Cam cadar ni haaa, hazab weh nak basuh


Ini antara set quilt yang ibu beli kat Ikea.

Rasanya masa ibu beli few years ago harganya dalam rm59 kot.
Dah lupa
Design ni pun dah takder lagi kat Ikea.

Kat Ikea, selalunya quilt cover set dijual dengan 4 biji sarung bantal+quilt cover la kan .
kat mana2 pun Quilt cover set memang tak akan bagi bedsheet sekali so kena beli pulak bedsheet laa.Tak kisah la fitted ker loose but normally kalau kita pakai comforter or quilt , kita akan beli fitted one.
Kalau dah ada quilt cover set, nanti pandai2 laaa cari bedsheet yang boleh matchkan dengan quilt cover set tu.
Contohnya quilt cover set yang kat atas ni, ibu beli kat Ikea, dan bedsheetnyer ibu beli kat Giant jer.
Bedsheet kat Giant/Parkson/Aeon normally datang set with dua biji sarung bantal dan bolster cover.
Tu , dua biji bantal plain shock pink tu, datang with set dengan bedsheet shocking pink tu la.
Bolster tak pakai.
Another dua biji lagi sarung bantal yang come with set dengan quilt cover tu ntah kemana dah, sebab set ni dah bertahun2 beli.
Memandangkan set quilt cover tu ada bunga kecik2 warna  pin/merah dan daun hijau, kita boleh matchkan this set  dengan bedsheet hijau jugak.
I think, apa2 warna bedsheet pun boleh match with this quilt cover set sebab bunga dia kecik, n base dia putih kan , except for kita matchkan with plain white colour jugak, memang tak nampak cun la.

BIla kita dah dapat bedsheet yang match dengan set, nanti nampak cun jer, padankan laa dengan sarung bantal yang datang with set bedsheet n quilt cover tu sekali.
Nak buh sampai 6 biji bantal pun boleh  sebab dah dapat 6 biji sarung kan, 4 dr set quilt, another2 dr bedsheet set.

Kalau kita beli quilt cover set dr tempat lain  such as Aussino, Baguss ker, i think quilt cover set dia datang with only dua biji sarung bantal but ibu tak sure on this.
Ibu ingat ibu beli set kat bawah ni dr Aussino masa offer few years back, n it come with only dua sarung bantal.

So bila ibu dapat matchkan with bedsheet tu, dapat la 4 biji jer bantal..ngam2 laa..kalau Ikea, dia kasi quilt cover tu 4 biji sarung  bantal kan .
But still ok laaa.

Hari Isnin hari tu, masa g Ikea, jumpa pulak set quilt cover yang cantik n paling penting murah!!
Harga satu set RM69..murah la sebab quality kain cotton di Ikea with thread count yang tinggi memang puas hati laaa bila pakai n selimut malam2.
Sejuk je kainnya.

Ada model plak atas katil hahaha

Memandangkan nak balik terus test, so terus cari jer bedsheet kat Ikea jugak
Rupanya fitted bedsheet kat situ tak ada set with sarung bantal, tapi still ok sebab quilt cover set kan datang with 4 helai sarung bantal.
Cuma kalau kita beli bedsheet kat luar, bukan kat Ikea, best dapat sekali with sarung bantal , nanti cantik jer nak matchkan set bantal tu.
Ibu beli bedsheet colour hitam.
Papa kata pandai ibu beli cadar, boleh ajar budak berdua tu ABC hahaha
Close up bedsheet hitam tu.
Harga bedsheet fitted ni RM29.
Even kat luar u can get the same price sekali with 2 biji sarung bantal, still u spend wise on this bedsheet sebab kainnya sangat sejuk n selesa..kalau tidur siang hari without air cond pun terasa sejuknya..
Sangat puas hati..!!







Sunday 27 January 2013

Jumaat, Sabtu dan Ahad

Salam,

Ahad dah hari ni.
Dah dua hari tak sempat update.
Nak kata busy, takder la melampau nyer busy hehehe.

Jumaat hari tu,ibu g ofis.
Jem teruk jugak jalan yer...ingatkan ramai yang cuti, sebab cuti panjang sekali dengan Thaipusam.
Maybe sebab hujan la...
Jumaat pergi ofis, kena hangkut budak kembar berdua ke ofis.
Skul dorang dah cuti.
Alhamdulillah, budak berdua tu ok jer..tak banyak la masalahnya.
Cuma ibu kena melayan, time tidur, bawak le ke surau, tidurkan dorang.
Nasib jugak surau dalam ofis tu jugak, sekankang kera jer pun,kalau nangis dapat dengar.
Masa memula sampai jer, masalah la sket, depa nak sesuaikan diri dulu.
Pastu haaa amek, ke sana sini berlari dalam ofis.
Nasib takder bos2 kat ofis Jumaat tu.

Pengsan kat surau
Dorang bangun tidur, selempang pun ajak kuar ke Mid.
Bawak la dorang berdua naik teksi.
Suka hati budak berdua ni sebab tak pernah naik teksi hahah.
Kat dalam Mid pulak, macam jakun , terlepas..berlari2 ke sana sini, penat ibu nak mengejar 

After makan kat Kenny Rogers, balik opis semula n ibu dapat la sambung kerja sket.
Petang papa ambik, dorang terus tidur dalam kereta all the way sampai rumah .
Kesian, penat betul la tu.

Sabtu pulak, ibu ajak papa g Tesco kat Ikano tu.
Sebelum tu singgah makan at mamak biasa depan rumah.
Sekali dengan Nana n hb dia sebab diaorang tidur rumah kita malam sebelum tu.
After brekfast , terus ke sana.

Lama jugak laaa ibu shopping kat dalam tu.
Shopping barang2 rumah sebab dah almost 2 bulan tak shopping..dah banyak benda takder kat dapur.
So alang2 , terus ibu belanja sakan utk dua bulan terus.
Senang tak yah pikir lagi nanti.
Dua troli tolak barang, penat cam nak pengsan.






Haaa bukti kepenatan...semua dah tak larat nak jalan..so balik rumah, rehat kat rumah
Malamnya, kita semua dinner dengan roti jer.

Pagi tadi pulak, awal2 pagi budak berdua tu dah kejutkan ibu nak breakfast.
So, ibu turun bawah, siapkan makan.


This is my portion.
Mushroom soup n garlic bread

Dah happy, kenyang.

Masa utk susukan panda dorang pulak.


Busy okay, membancuh susu 

After mandi, ibu ajak dorang tolong ibu buat banana muffin.
Happy la dorang..sampai nak pecah dapur tu, bising mulut dorang lagi, sepahkan dapur lagi..aduhh penat melayan dorang jer




Resepi muffin pisang..dah jarang2 baking, dah lupa pulak resepi, kena refer.






Dah siap, apa lagi kan ...





tak menyempat nyempat.

Now, dua2 dah selamat, pengsan.
Ibu dapat laaa masuk dapur, n masak lunch.
Late lunch...utk budak berdua tu bila bangun tidur.
Ibu cuma goreng ikan dan masak lemak putih kacang panjang.

Papa dan Aniq dah keluar rumah pukul 12 tadi, nak ke gathering Kelab Kembar kat Putrajaya.
This time around, ibu tak join, sebab banyak kerja ofis kena siapkan.
Esok pun , ibu tak dapat join Aniq dan papa ke Kidzania..nasib la badan hehehe. 
Hopefully settle jer audit kat ofis, dapat la enjoy sebab nak balik kampung terus after last day audit tu.
Tak sabar..!!


Nak share alas meja yang ibu beli di Tesco semalam.
Utk meja makan kecik di dapur.
Dah lama ibu berkenan, tapi asik lupa nak beli n jarang2 ke Tesco.
So semalam beli letak kat meja dapur.
Masa ajak Aniq brekfast pagi tadi, dia order hot cappucino..sebab dia kata murah kat cafe ibu ni haaa.
Hahaha, Aniq Aniq, macam2 laaa awak.
Terkejut ibu memulanya, apa kes pulak budak ni order cappucino pagi2 ..


Itu jer laa update di petang Ahad ni.
Now nak sambung kerja ofis.

Daaa


Thursday 24 January 2013

Berkemas sempena maulud

Salam Maulidur Rasul, 

Cuti umum today.
Isnin nanti sambung plak cuti Thaipusam.
Kalau ambik cuti sehari esok, Jumaat ..dapat la 5 days straight cuti kan .
Selalunya kalau cuti panjang camni, malam semalam lagi kitorang dah kuar umah..ada jer tempat nyer...selalu nya balik kampung la, dr kampung, baru la start ke mana2 laaa berjalan nanti.

Tapi cuti kali ni we decide to stay at home...heheheh, nak layan homelicious moment laaa sangat kan.
And magicnya lagi, esok ibu kerja, papa kerja..hehehe...aneh memang aneh, nak cuti boleh jer, tapi ibu decide nak pergi kerja, nak settlekan few things before SIRIM audit on 29 nanti.
Selasa kita semua start kerja jer kan , terus kena audit dengan SIRIM.Kalau tak settle kerja by esok, matiii..!
Tapi esok seem like kena bawak kids berdua tu pergi ofis la, sebab taska dah mula cuti.

So, apa kita buat sepanjang hari today.
Semalam kita hantar mama ke rumah ngah, dan terus tidur sana, dah penat sangat nak balik semula ke rumah.
So pagi tadi after having breakfast kat mamak dengan mama, terus balik rumah.
Nak kena balik awal sebab nak kena kemas rumah kasi cun2 sket...ada orang nak datang tengok rumah.
Hari tu papa iklankan rumah utk dijual, so ada dah dua tiga yang berminat n call nak datang tengok rumah.
Seramm betul sebab rumah kita macam kapal titanic pecah, tenggelam hahaha.
Barang2 komputer papa, pc yang 100 biji tu yang ambil dr Melaka , sebab tender habis hari tu, duk laaa menyemak dalam rumah.
Kotak2 printer ada dalam 20 biji.
Another 180 biji kotak printer and 100 biji pc ada kat rumah mama.
kalau semua 200 pcs pc and printer letak rumah ni, kita takkan ada space utk jalan pun.
Hazab sangat.
So cabaran utk menjadikan rumah tu, seperti mula2 kita pindah, without all the kotak2 tu sangat la besar.

Tapi Alhamdulillah, we manage to sorok all those thing hahahah




Budak berdua tu cam rindu snagat nak tergolek atas carpet tu, after dah berapa bulan rumah kita jadi stor.

Tergolek bawah meja yang memang selama ni jadi port derang






Lepas tu,dah lapar, ibu cuma prepare kari kepala ikan tenggiri dan terung, makan dengan telur dadar jer.
Tak kuasa nak macam2, goreng ikan ker ayam ker, dapat makan dah cukup baik, sebab penat cam nak pengsan.




Malam dah tak larat nak pikir nak makan apa, nak buat apa...so makan jer roti cicah dengan kuah kari tu.
Dah cukup heaven sangat dah rasanya!!






Wednesday 23 January 2013

Touch n GO

Salam,

Kos tol setiap hari ibu dan papa pergi dan balik kerja ialah RM12.60.
Eeveryday.
Tak kira pulak, bila dha balik kuar balik pi cari makan, pi isi minyak..semua kena bayar tol..sebab kita stay kawasan pulau, dalam pulau tu, nak kuar masuk kena masuk tol.
Hazab kan .
Nasib baik, ibu dan papa share kereta sama2..kalau tak double cost, so sumtime kena bear jugak time menunggu papa balik...dia dah la selalu kuar lambat..tapi demi nak jimatkan toll cost kan , tunggu la jugak.

Kalau tak pakai Touch n Go/Smart Tag kan ..pepagi ada satu tol tu , kena Q dalam 2km kot...
Tapi sebelum pindah pun , kita dah lama pakai Tn G ni, sebab memang selalu hazab nak cari duit kecik kalau takder TnG.

Lagi satu, rugi laaa kita tak dapat rebet dr TnG ni sedangkan kita guna beratus2 RM , spend bayar tol.
Kalau pakai duit, dah la kena Q, tak dapat apa2 rebet..rugi sngt2.
So for those yang tegar di jalan bertol like us, sila laaa guna TnG..banyak faedahnya.

Ni resit rebet yang kami claim.
We always claim our rebate without fail every month...





rugi kan kalau tak guna TnG ni.

So, sesapa takder TnG ni, cepat2 beli, n register your card  ok.






Tuesday 22 January 2013

My anak manja

Salam,

Mama ada kat rumah, so hari ni pepagi lagi dah dapat keluar rumah.
tak payah nak pikir masak lauk untk tengahari pagi2 buta tadi, tak yah nak siapkan budak kembar berdua tu.
Masih lena tidur masa ibu dan papa keluar rumah.
Ibu dan papa pun kuar rumah , gelap lagi jalanraya...boleh rileks2 atas highway.
Everything so smooth laaa sebab ada mama kat rumah.
Tu belum cerita balik petang nanti , dah siap ada makanan atas meja, tinggal nak basuh tangan n ngap suap masuk mulut hahaha.
Heaven kan..!


Tapi seheaven2 kita, tak boleh lawan la heaven anak bujang senang sorang tu..
Tu la cucu pertama mama, lama dia duduk membesar dengan mama.
Dia punya manja dengan mama, tahap melampau2.
Depan mama, dia boleh buat hal, tak mo g ngaji, tak mo g mana2...sebab nanti mama backing dia.
Spoil habis.

Dari kecik, mama suapkan dia makan.
Pastu bila dia duduk dengan ibu , umur dah 2 tahun, maid pulak manjakan dia, masih suapkan makan sampai laaa sekolah tadika.

Dah masuk darjah 1, takder maid dah , so takder sapa nak suap2kan dia.
Ibu memang tak ajar dia camtu.
Ibu kasi nasi sepinggan, temankan dia makan.
Makan la sendiri.

So bila dia balik kampung, still mama suapkan dia.
Now dia standard 5, pun masih mama suapkan kalau ada mama.
Alasan mama, dia makan banyakkk kalau disuap.
Memang betul, kalau makan sendiri, dia makan tak berapa suap, dah sudah.
Tak selera ke apa , tak tau laaa.
tapi still, ibu tak ajar juga suapkan dia makan.
After dah ada adik2 ni, lagi laaa takder nyer ibu nak suap2 ni.
tambah pulak, adik2 pun nak makan sendiri, berlagak tak mau disuap, habis tu takkan abang yang darjah 5 pulak ibu kena suapkan .


Semalam balik tusiyen, mama suapkan abang nasi.
Amboii, sepinggan penuh nasi semala dia makan.
Pastu tidur terkenyang...tak sempat nak susun buku sekolah.
Melampau2 betul manja dia.
Ibu geram jer tengok pangai ngada2 dia tu.hehehe











Monday 21 January 2013

Tetamu mengejut,Weekend di kem PLKN

Salam,

Jumaat after kerja, balik rumah..lepak2.
Semua dah kenyang sebab ibu bawak balik bihun goreng dr opis Cyber, kebetulan petang tu big big bos panggil , so ada makan2, lebih banyak, kita  semua pun tapau.
So malam tu tak masak,heaven sungguh.

Tengah rileks after solat sekali papa cakap, kawan dia nak datang.
Ibu ok jer laaa.
Sekali dia cakap, wifey dan anak2 dia pun ikut
aduih.
Ingat papa jer la layan kawan dia kan, ibu nak rileks2
Rumah cam tongkang pecah.
Kawan dah otw..anytime boleh sampai.
Papa kata rileks2.
Papa turun, ibu still kat atas..tak gerak2 sebab tak larat+malas
Tapi kesian plak kat papa, sapa nak buat air nanti, turun2 nampak berkilat jer rumah, magic betul papa...bila masa dia berlari semua mengemas.
Bela jin apa huhuhuhu.

Ibu terus g dapur, kuarka donat segera dr fridge, samosa segera, semua laaa apa yang segera yang ada .
Buh dulu kat tepi sinki, nanti2 leh goreng bila tetamu sampai.

Bila kawan hb call cakap dia dah dekat dengan rumah, ibu terus goreng segala macam benda segera tu.


Aniq sempat snap ibu .



Teh tarik dan donat.
Dalam kuali ada kuih samosa lagi.
Tetamu bawak pulak kek coklat.
Banyak la juga makanan sampai tak terhabis.

Tengah2 syiok berbual, mama datang dengan nana n hb dia.
Mama n Nana pulak join conversation sebab kebetulan Nana kenal kawan papa tu.

Nana duk citer dia nak pindah rumah...sebab rumah dia berhantu..aduihh, seram pulak mendengarnya.
Dah la baru pindah, kata papa, penat dia tolong pasang tikar getah sorang2 hari tu tak habis lagi hehehe.




Aniq masih snap ibu.
Asik snap ibu jerr...
Ibu suh snap pic adik2 duk main dengan anak2 kawan papa..dia pi snap pic ibu.
Kalau ibu nak sibuk amik gambar time kawan papa tu ada, ajer kena pelangkung ngan papa nanti.
Blogger la snagat kan 

Pas guest dah balik, ibu tak leh pikir apa, terus naik tidur.
Mama , Nana n hbd ia tidur kat rumah kita malam tu, takut nak balik rumah dia kot hehehe.


Esoknya Sabtu pepagi..kita breakfast kat mamak.
Ibu makan capati .

Then kita g klinik, ibu nak ambik ubat utk batuk ibu yang dah berminggu tak mau baik2.
Doc check n cakap ibu kena buat neb jugak sebab lung dah kembang , banyak kahak, n takut infection.
Dr bagi sekali antibiotik.

Sebab kali ni g klinik, diorang sihat..bukan main lagi main berkejar2 kat klinik.







Pastu masuk jumpa doc, Aleesa pun cek sekali, dia pun batuk..macam biasa, mesti kena neb budak tu.



Tapi dah happy...pandai dah buat sendiri...hehehe
Ibu pun kena jugak.


Dr klinik terus balik Muor.


Budak kepenatan..tertidur depan tv rumah mama ..sampai sana pun dah petang.


Ahad pagi2, pukul 6.30 pagi papa dah kejutkan semua bangun sebab nak kena gerak awal ke tempat Firdaus.
Dia skang kat PLKN Padang Hijau, Keluang.
So seawal pukul 7 papa dah gerak sebab nak hantar barang2 pada dia.

KIta sampai kat sana dalam pukul 9.00.
Kereta kita jer sebiji yang ada , lain2 semua takder sampai lagi hahaha

Sekali lagi budak2 tu enjoy sakan kat sana.













My Aniq masih dengan baju tidur hahaha...teruk betul 


Idola dia la ni...pak busu dia...semua nak cam pak busu..aishh!

Balik semula ke Muor dalam pukul 11 dan sampai Muor dalam pukul 12.30 terus kita lunch kat restoran dekat rumah mama.
Makan Nasi Beriani.
Ibu makan banyakkkk.
Puas hati
Balik rumah papa, tidur sampai petang.
Ajak sekali anak2 jemaah hahaha..
Heaven sungguh.

Tengah2 malam baru bertolak balik KL dan sampai rumah pukul 1 pagi.
Pastu celik mata pagi ni, tak lalu rasa nak g opis..apakn daya kan ...masih makan gaji.
So gigih lagi ke opis n mengadap kerja yang tak habis2..ditambah plak dengan monday bluesnya.