love

love

Followers

Wednesday 31 December 2014

Berakhirnya 2014

Salam...

Malam tahun baru..
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk 2015...sedihnya...tahun ni paling sikit entry kot...

Catatan akhir sempena ambang tahun baru.

Dipenghujung tahun ni , kita seluruh Malaysia diuji dengan pelbagai dugaan.
Banjir di pantai timur, Perak dan Johor.
Setakat hari ini, Alhamdulillah, my house area masih dalam keadaan selamat tapi hati sentiasa dirundung bimbang setiap kali melihat hujan.
Dan juga tragedi pesawat Air Asia yang terhempas.
Inilah tahun ujian terbesar rasanya buat kita di Malaysia, dengan tragedi MH 370 dan MH 17 dan sekarang tragedi Air Asia pulak.
Ujian fitnah berleluasa juga jadi penyakit dan wabak merbahaya yang rasanya i tak mampu nak ulas panjang lebar...

Untuk my life  pulak,dah berubah 360degree...
Alhamdulillah, perubahan hidup yang sangat2 membahagiakan walaupun banyak dugaan dan cabaranNya.

Terlalu banyak kisah suka duka yang nak di kongsi sepanjang tahun 2014...sebagai ingatan , kenangan dan pengajaran...tapi my life benar2 dah berubah.
Nak kata sibuk sangat tu memang la tak, tapi nak mencari sedikit ruang dan peluang tu macam payah, sebab bila ada masa, i choose to rest and spend my time with my family.

In sha Allah, azam for 2015, nak update lebih kerap.
nak share my new house deco with all.
Nak share lebih banyak resepi2 ringkas .
Nak macam2 laaaa..and In sha Allah akan diusahakan ....


Untuk semua yang sudi membaca coretan yang banyak mengarut ni, thank u soo much.
Hopefully 2015 is gonna be great year utk kita semua.

Till then, jumpa tahun depan yer..

*Ramai ke kuar layan bunga api tonite...?
*Kami sekeluarga duduk rumah jer ...golek2 with kids...


Thursday 27 November 2014

Finally...!

Salam,

Entry ni dah 2 minggu ditulis tapi tak dapat dipost as im struggling to put some pic within the entry..but sampai today i didnt manage to do so, and decided to just post this entry without pic ...
As for today my house dah 60% siap dideco and In sha Allah,i will share with all later..



Holaaaa...!
Im back with smile and u guys surely dah boleh guess why...
Yeap,finally semua barang2 rumah yang dinantikan telah tiba dengan dua buah lori ...lori 5 dan 3 tan...so u guys dah boleh tau kan , berapa banyak barang that we have...
And kalau nak dikirakan nak angkut licin habis botak...we need another 1 tan punya lori but we decided nak tinggalkan jer barang2 tu.
So the moving process...as usual, memang semua tau la kan , mana2 pun proses pindah memang sangat scary and triring.
But Alhamdulillah, as the 'best auntie' (hahaha, award sendiri)..im so lucky to be assisted by two of my niece, Awa and k Yong.

I balik KL Jumaat pukul 12 tengahari with twins.
 Pukul 4 i reached home and papa dah ada kat rumah.
Thought that dia tengah berkemas rupanya tengah melayan movies.
Petang tu jugak, kak Yong sampai and kita cuma pack sket2 jer.
memang 40% barang2 penting dalam rumah tu dah dipack oleh papa and Awa during weekday after work..so senang skit kerja.
The next day , saturday Awa pulak datang, then kitorang sambung kerja mempacking.

Malam mama and atuk datang and kidnap my twin hehehe.
The next day on Sunday, as early as 7am, dua buah lori tu dah tiba.
Siap semua hangkut masuk lori at 11 and dorang gerak terus ke Kuantan.

Kitorang stay utk clean up apa yang tinggal.
Actually memang masih banyak lagi barang as papa still kena stay there for few month or maybe a year.
Kita gerak at 2pm and lori call pukul 4 bgatu dorang dah sampai.
So nak tunggu kitorang yang baru halfway nanti lambat, so they punggah ke dalam rumah and my staff kat kedai pass them the payment.

Bila kita semua sampai pukul 5, macam nak tercabut jantung tengok they just 'humban' everything in the house.
Pakkal laaa staff yang bayarkan duit , kalau tak memang haru kena haruk dengan i.

Sambung nanti peeps...!







Monday 3 November 2014

Hyatt Regency Kuantan Resort

Salam,

Alahai this week pun tak sempat nampaknya nak gebang pasal rumah baru.
Memang takder progress langsung.
Papa balik this week, we decide nak restttt jer....memang penat otak last two week.
badan ok lagi, penat pun rasa tak seteruk penat otak ni.

So, papa kat lets check in somewhere.
I plan nak bawak bebudak g Genting, tapi last minute sangat kan , so hotel takder.
Papa pun decide lepak kat Hyatt Kuantan jer la.

Masa i duk layan bebudak kat bilik sekali tengok dia dah siap book and bayar online.
Ok laaa jalan.
Dah la book pagi nak masuk petang.
Nasib baik sekangkang kera jer dr umah..so main sumbat jer la apa yang ada.

Takper laaa, kita layan pic jer la...


Bertolak kuar dr kedai pun dah pukul 4.
Pastu papa singgah nak basuh kereta lagi.

Last, pukul 5 jugak check in


Papa handle check in, while ibu sibuk snap pic2 dorang
View ni buat dorang terloncat2.



Adik yang happy nampak bath tub





Tak sempat apa, dah tukar baju

Selagi tak dilayan, selagi tu merengek...aduhhh


me and my bujang..dah sama tinggi dah huhuhu...
dah bujang katanya...muka pun dah penuh naik jerawat ...hurm hurm...
(ibu dah tuaaaa ker..)

This two tak yah citer la, excited nya , awal2 lagi dah siap gogles tu haaa...


Tak sempat bagi salam, dah terjun huhu.
Setiap minggu budak2 ni berendam dalam pool...memang takder harapan dah nak cerah balik kuliot dorang ni....

Tak sure berangan apa..nampak2 ada dalam my camera...


Nice view from the pool.

Malam, kita keluar jalan2 dr pantai terus ke tempat makan di Teuk Chempedak.
Jalan kaki jer ikut pantai..

tak lama makan, papa ajak lepak layan bola kat bilik, while i melayan kids main gunting2 buku, tampal, lipat.
Memang dr awal i bawak activity book...in case papa nak melayan bola and kids surely tak boleh layan their cartoon kan .
Malam tu cadangnya lepas bola, nak round2 jalan2 kat pantai lagi, tapi ending up semua tertidur hehehe.
Esok nya pepagi pi breakfast and kids sambung mandi kolam lagi.









while kids having their time AGAIN kat pool, papa rileks2 melayan berita  bola...btw JDT kalah yer paaa..hehehe bertabah laaaa..!!



dah panas terik, sampai dah makin tak nampak kulit, bersinar2 bawah matahari, i paksa dorang naik .



Balik bilik, dorang sambung pulak berendam dalam bath tub .
I kemas siap2 and check out tepat at 12 pm.



Walaupun dekat jer, tapi percutian kat Hyatt ni betul2 merelease kan .

Balik weekend ni plannya nak start pindah barang...just wait n see..!!







Thursday 30 October 2014

Work: Staff buat hal..

Salam,

Dah khamis yer...
Kejap jer masa berlalu..pejam celik pejam celik dah khamis.
Citer pasal deko rumah later la...actually memang dah takder bahan nak story..minggu ni satu minggu papa kat KL , busy dengan his office workload...i pun malas nak ganggu plus, i sendiri pun takder buat apa2 dengan my new house..terbiar macam tu jer, dengan debu2 buat kerja pecahkan cabinet dapur last time.

Minggu ni pun memang dah dua tiga hari sakit kepala...maybe sebab cuaca kat sini panas betul dua hari ni or might be jugak sebab this few day i ada  consume new product utk badan...so, bertahan jer sakit kepala.

So lets get to the topic
Staff ada sorang buat hal..datang kerja dah tak macam dulu..dah sound sekali dua, masi menjadi2..so baru2 ni i serius talk dengan dia..i asked her nak berhenti or apa...and being ego, sebab dah malu i asked her that, she said nak berhenti.

So, i told her, ok, kena notis seminggu at least so that i can find her replacement.
She is ok with the idea.

I love her , she is my staff yang struggle with me during my hard time.
Plus dia anak yatim piatu and when i hired her dulu, memang i offered her quite a good salary, and  makan minum dia boleh kata i tanggung jugak while she stayed with me.
So, bila dia nak berhenti, i rasa quite sebak and memang mental quite disturbed jugak.
Talk to her older sister yang disagree with her decision and asked me to persuade her to stay.
As for me, though i love her, i need staff, not just friend or adik even tho she can be one at the same time
So staff kena lah seorang yang memang nak bekerja.
No point for u to force someone to work for u.
later when she cannot perform and give u good result, she will disappoint u and you will ruin the good relationship before.
Even if she is still not working with me later, i  still accept her in my life..sebab budaknya sangat laaa baik hati despite of perangai malas budak remaja kan .

Papa at the other hand asked me to handle her wisely.
She is just confuse kids/remaja tengah nak naik..banyak jiwa kacau even small issue like bergaduh with her boyfie and such.
So again, i called her and asked for her problem (i did before when she decided to quit, but she is being soo stubborn to listen and share)
This time dia minta maaf for being so rude, buat hal tak datang kerja sesuka hati and said she still love her job and she love to be my staff.
I was like big sister to her.
So okay..she need to promise takde buat hal lagi ..and for the past few day, nampak ada la perubahan, but papa kata , kena sentiasa la ready dengan ragam budak2 remaja like her.

Maybe i pun ego in handling her, but seriusly im the last in my family.
never had adik before and i memang fail nak handle adik2 ni.
Staff is staff, but at the same time nak kena jugak act like big sister to them.
Quite a big thing to me..

So, thats it.
 The story of kisah suka duka dalam my new career.
Small challenge jer, buat still issue..
Ok laa, later will share bout deco yer.

Till then...
adios


Monday 27 October 2014

Deko:Progress rumah baru pt 1

Salam,

Progress rumah baru

master bedroom..

dah cat...colour safe macam i citer hari tu.
Takder dah main feature wall segala sebab nya i takder dinding yang boleh buat feature wall.
Kiri kanan dinding ada tingkap.
Dinding takder tingkap dah buh wardrobe.
Another dinding dah bilik air...
So, takper laaa , buh jer satu colour..senang...
So, nak kena deko ngan langsir.

Cabaran nak memilih langsir...
Bab pilih langsir, kena g kedai, pilih , tempah jahit adalah part of deko yang i paling tak sukaaaa...seksa woo nak buat pilihan...selalunya ending up, dah siap gantung tak cantik pulak.
Dah pilih beria, tempah mahal2...then tak puas hati
banyak kali dah kena gitu.

Dulu selalunya tempah kat Nilai, sejam jer dah siap.
Ni kat Kuantan, i tak tahu mana nk g.
Papa ajak g nagoya hari tu, dia kata dua minggu baru siap...so pangkah...tak mo la sampai dua minggu.

Sabtu g kamdar, pun dua minggu.
So, duk congak2 dengan papa, nak balik KL ker, g NIlai tunggu sejam then siap, boleh balik gantung.
tapi bilak pulak nak balik KL sebab dua minggu ni memang busy kat sini.
Aish kalau dua minggu lagi baru balik umah KL, baik tempah jer, dua minggu jugak siap.

So, takper tempah sini.
Now, kena pilih kain .
Dua jam youuuu i round dalam Kamdar, papa dah tak mampu ikut,duk atas sofa jer tunggu, dia pesan when you have decide, just call me
Lepas dah bosan dua jam nak pilih, terus main tunjuk jer..lantak ko la cantik ker tak.
Hahaha.
Tingkap 3 jer kot...tu baru harga kain..tapi sekali siap upah, haaa ambik ko..macam nak pengsan dengar.
Napa eh, harga langsir skang ni cam nak buat sebutir kitchen cabinet..orang cheapskate cam i ni memang pening nak digest...


Perabot..memang dah sampai minggu lepas..cuma belum share.
Perabot biasa dengan ready made wardrobe, takder dah tempah2 macam rumah KL.
Beli aci muat jer.
Bilik kat sini pun kecik.
Perabot nanti2 i share yer.

Dapur

Aduh..i sedih ngan dapur i laaa...
Tapi tak baik laaa kan tak bersyukur sangat bunyi nya tuuuu.
 Latest pic...dah beli dapur, dah suh indon tebuk.
Tapi pandai sangat tukang tebuk dengan tukang ajar tebuk aka papa.
ditebuk nya sampai bolos dapur tu...dah kena simen balik.
Tak terkata mak encik..urut dada jer la...
Ko menghazabkan lagi dapur yang dah hazab tu...makcik redha , makcik redha dengan titisan air mata huhuhu.








Itu jer la progress setakat hari ni.

nanti kita update lagi yer





Friday 24 October 2014

De Rhu Beach Resort, Balok

Salam,

Papa selalunya balik jenguk kids setiap hujung minggu.
Bila ada cuti panjang, memang selalunya akan ada kat sini.
baru2 ni papa straight cuti from last Friday sampai la today.
And every time papa kat sini, kids surely merengek for swimming session .
Sekali jer hari tu papa bawak g mandi kat dalam DeRhu Beach Resort, then mula la asal papa balik, merengek bawak ke sana .
Aniq yang selalunya memang tak nak join kita, tapi bila dengar je nak g swimming, confirm tak miss

So, our latest activity ..at the same place last Tuesday..

layan pic jer la..

















Tak la lama sangat, dalam dua jam jer.
Bila naik jer dr kolam , bukak baju..dah berbelang badan.
balik ruamh terus nampak muka dah legam buak berdua tu.
Aniq tak berapa nampak snagat...tapi gelap jugak laaa jadinya.

Ibu memang tak join laaa...
Duk atas kusi , sandar, layan Fb dalam phone and tolong snap pic.

Suppose kalau tak mandi tak kena bayar, tapi selalunya kalau masuk papa bayar utk semua ...standby kalau2 ibu terliur katanya hehehe.

Kos masuk utk mandi sahaja, dewasa rm10 and kids rm7.
Tapi parents masuk , tak mandi tak yah bayar, nanti dia kasi gelang macam kat Sunway tu..tak pakai tak leh masuk kolam, duk jer la tepi tu menemankan anak mandi.

Boleh laaa ..ada playground dalam kolam ...ok la utk kids kan .
Kolamnya pun besar , puas hati laaa.

Ni baru jer balik dr mandi, esoknya dah request lagi hahaha.
Semput papa ko nak melayan...
Tunggu laa next week pulak eh.





Tuesday 21 October 2014

Deko:Master bedroom rumah baru pt 1

Salam,

I miss my master bedroom soo much.


Big bedroom with big wardrobe...and when we moved here, i have to accept the fact that the master bedroom in my new house now is only 1/3 from the old one.
That's the challenge for me.

So, let's get start.
First, kena pandai main colour so the small room akan nampak lebih besar...at least..!!
Second..simple and no bulky furniture..so that i can have extra space utk bergerak...(imagine how small..!!)

So, colour...
I decided utk pilih safe colour yang i dah biasa..colour soft green sama macam ruang tamu rumah kat KL.
takper la sama colour even dah pindah 3 biji rumah, still pilih the same colour code, tapi memang tak pernah jemu with this colour sebab tahu this colour will turn my small space nampak lebih besar and lapang.

Furniture pulak..
Memula papa suruh tempah wardrobe ..so boleh la buat habis sampai siling  and akan ada extra space utk kain baju yang menimbun dari wardobe lama kat KL..tapi i ni rasa tak sedap hati pulak...rasa cam we will not ending kat sini...dulu rumah kat KL buat beria, thinking that itu lah rumah sampai last , ending up pindah jugak...sama jugak rumah kat Kinrara, buat macam2, tempah semua wardrobe , kitchen cabinet beria, reno habis bathroom, cukup 3 tahun pindah..now umah kat KL pun 3 tahun pindah and now kat Kuantan, i takut another 3 years pindah lagi...semua 3 rumah yang pindah randah ni memang la rumah sendiri..ending up semua kena sewakan dengan furniture la kan sebab semua built in..so now i cakap tak mo dah..nak yang loose,boleh bawak kalau pindah even i tau kalau pindah pun mesti beli baru hahaha.
Plus , sekarang ni banyak dah wardrobe yang ready kat kedai furniture yang cantik2 and seakan sama built in.
The 8ft by 8ft punya pun dah cukup rasanya.
So mission bermula, hunting for new furniture utk master bedroom.
Actually master bedroom and dapur jer yang need new furniture/cabinet as the previous one kan attached, tak leh bawak...lain2 furniture utk bilik kids , ruang tamu and ruang makan semua bawak jer dr rumah lama.

The hunt for the master bedroom set end kat kedai perabot somewhere in Balok..well, actually tak der la hunting sangat, we just went there , choose and pay...sekarang time bukan macam dulu, limited kalau nak pergi ke satu kedai and satu kedai, cek harga , buat comparison semua...so, mana jumpa, nampak ok, boleh kowtim harga yang affordable, jalannnn.

Set bilik tidur dah selamat sampai last Friday.
But since bilik tu huru hara lagi..later in next entry, i will share the look.
As for now, nak share pic2 inspirasi utk my master bedroom.




cantik kan ...?

layout bilik kat rumah baru ni, ada tingkap kat atas kepala katil...tak leh buat apa, bilik sempit, alih katil kiri kanan pun memang jumpa tingkap....so, memang kena redha and be creative.

later bila dah complete, i promise will share here..!