love

love

Followers

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Bento twin wk 1

Salam,

Dulu masa bujang senang sek rendah, i memang buat bento dia hari2.
Ada i citer kat sini and sini 
Now that dia dah masuk sek menengah, he refused to bring bento lagi.
I tanya dia segan ker..dia cakap kat sekolah dia banyak monyet liar masuk kelas...sapa2 bawak bento mesti beg kena punggah time takder orang dalam kelas...oh myyyy...!!
In that case, tak yah la kot.

So i thought this year i dapat berehat from makcik kantin to only makcik supir...tapi sejak last week, both my twin duk cerita kawan2 sek dia bawak bekal.
Memula cerita..masuk dua tiga hari start dah tanya..."ibu..ibu, boleh tak adik bawak bekal macam kawan2 adik..?"
Dahhhh...sakit kepala ibu ko dengar...

Tapi takper laaa kita try sekali..
pastu nampak dia excited gila...hari2 bangun tidur duk tanya bekal apa ibu buat...
dah tu sampai hati ko tak buat...

Ini la rupa bekas dorang...

dalamnya...monday...sandwich telur.
Telur rebus hancurkan with mayo , letak gula and siap.
Fav si kakak

Tuesday:Nugget , sos and biskut dalam plastik aiskrim


Wednesday: Popia crab with sauce, sandwich nutella and biskut ikan

Thursday: Spagheti (linguini actually) goreng with meatballs, ayam dan sosej..buah epal and keropok bawang, tapi lupa nak snap

Friday: Roti john sosej, buah epal and snek
Friday petang ada swimming class...so bawak bekal lain ...last week air kotak milo and roti.
Today petang in sha Allah nugget and air kotak milo jer.




Wednesday, 13 August 2014

Makan2 Raya dan meeting Kokembar

Salam,

Semalam i citer pasal sofa.
Sofa tu berseri sket sebab asalnya kita nak panggil orang makan2 cam i citer semalam.

Pendek cerita, we prepared laksa terengganu kuah putih (laksam, but makan dengan mi panjang/mi lidi) for our guest.
Memang theme makanan semalam Terengganu sangat.
Actually buat laksa ni pun our first time.
Masa balik raya Trg baru2 ni laaa, mok kan masak laksa before kita balik Kuantan.
Sempat la belajar and terus confident jer nak jamu orang hahaha.


On Saturday malam, papa dah tempah 4kg ikan sardin and 5 biji kelapa utk kuah laksa.
Pagi2 Ahad, he come back from kedai with 4 kg ikan tu and nahhh, handed it to me to handle.

Cepat2 i bersihkan and rebus ikan with asam keping.
While waiting for that, uruskan pulak, memerah 5 biji kelapa parut.
He didnt bought me santan atas arahan i.
Worried that mamat kat kedai aceh akan prepare santan sehari lebih awal dan simpan dalam fridge, i pun requested for kelapa parut, and here u go..perah la ko  sampai lebam

Im so lucky that on Saturday tu kita g Rawang amik mama to join us.
So she helped with ikan yang dah siap rebus tu.
Asingkan isi and tulang.
Blend apa patut and by 12, baru kuah settle.

At 1 pm, i baru terhegeh2 nak kuarkan ulam utk makan with laksa and potong2.
Nasib baik pepagi buta mama bangun buat agar2 laici...siap laa dessert, kalau tak tertonggeng satu laksa tu jerrr for tetamu.

Pukul 1.30 i naik mandi2 and turun at 2pm , goreng pulak ketupat palas.

By 2 pm, our guest sampai and Alhamdulillah, dah siap hidang everything on the table..
Fuuuh...

Agar2 laici sirap , mama buat.
Serunding and ketupat palas goreng our family style.
ramai gila confuse with this ketupat palas.
They thought i hidang samosa.
Lagi kelakar ada yang kata hash brown..ouuuch omputih sangat tu style Terengganu hahaa.


Kuah laksa putih, sambal cili with belacan.

Ulam2..timun, kacang panjang and fresh bayleaf.
Nampak mee tu.
Tu bukan originally laksa..but we got the idea utk guna mi lidi/mi panjang to replace laksa and it turn out sooo sedap.

Ok, ramai yang tak tau apa itu mi lidi.

Please check it here.

I nak explain pu payah.
Mi lidi ni famous in my family and memang first time for papa even dia dah 15 years jadi my husband.
To be honest , i sendiri forgot how this mi lidi banyak diguna oleh mok dulu2, sampai la recently on raya, mok buat laksa and serve it with mi lidi


Our first guest hehe, merasmikan our new look sofa.

Then dah start meriah.


kaum hawa inside the house, makan2 , chit chating hehe.

Guys outside..sambil2 merokok. 

and kidssss..placed upstairs with toys and upin ipin show.
So that they dont disturb adults and the 'meeting'


Meeting start at 3.30pm.

Ada lebih kurang 12 adult and i tak sempat kira the kids.
I think about 20 kot.
Sooo meriah and bisinggg hahahaha.

I served them teh tarik dalam pukul 4.30 pm with karipap panas.


kat bilik Aniq, kanak2 yang dah 'dewasa' sket laaa.



This two la lead kannn...

Meeting end at 6.00pm and we had gathering photo in front of my house..in my porch.

Ala..pic yang cun sket takder plak


After geng kembar, Ngah anak beranak pulak datang and melepak sampai midnite.
Then after Maghrib, ada pulak kawan papa datang.
memang kebetulan dia beraya kat area situ and call papa, saja cuba tengok kitorang ada kat rumah tak.
Memang rezeki laa
Alhamdulillah, elok cukup jer laksa tu.
Ada la lebih dalam satu periuk kecik.

Overall, kira memang puas hati sangat with the laksa and the meeting.
It went well and cukup semua.
Tho memang penat ya amat sangat sebab tahun ni takder bibik dah tapi seronok that our tamu enjoyed our hidangan.



















Wednesday, 6 August 2014

Raya 2014

Salam ,
And Selamat Hari Raya Aidilfitri..Syawal kan sebulan ...
I know know...takderk khabar berita berbulan bulan tetiba kuar2 selamat hari raya jer.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur utk i menulis di blog ni.
Jujurnya dah lama mood menulis hilang, hingga ke hari ni pun , i dukkk paksa diri  to start.

Masa memula bukak blog ni dulu, memang i bercadang nak bercerita about deco.
I love home deco since i remaja lagi.
And bila life i dah berubah...rumah yang ibarat heaven on earth utk kami sefamily nak dijual...saya jadi tak ada mood menulis lagi.

Bukan tu saja, i jugak dah hantar surat perletakan jawatan few month back and will be here sampai 14 ogos ni saja.
Starting on 15 Ogos, i will officially unemployed hehe.
But in sha Allah later i akan kongsi apa yang actually i buat sampai i decide to quit my job here.
Have been with TM for almost 8 years.
Satu pengalaman yang sangat indah tapi Alhamdulillah, dan  in sha Allah , ada peluang lebih baik, so me and papa decide one of us kena focus on our business.

Since i bercita2 dah lama nak jaga sendiri my kids, we both decide, biaralah i berhenti dulu.


Ok panjang lebar sangat tu..actually today i nak kongsi kisah raya.


Tahun ni pun luar biasa sikit, we celebrate raya kat our house di KL since mama pun dah stay sini.
Rumah kat Muor dah disewakan , and kami semua pun sedih gak , on our first raya, takde  kg nak balik hehehe, but kita buat2 happy jer.

Feel raya tahun ni berbeza, takder berebut bilik air pagi2, sibuk kat iron board waiting for turn..semuanya smooth, rileks2 jer pagi raya baru nak bukak almari cari tudung to match the concept semua.
Itu jer laaa yang seronok raya dirumah sendiri pun.

Mama beraya kat rumah kami, and we prepared a lottt of Raya dish together though cuma kami anak beranak nak makan .



Rendang...6 kg fresh daging tauuu...jenuh bawak balik Trg and Johor pun tak abis2 huhuhu.

Pic blur, silap setting flash.
Papa prepare kerutuk ayam style mok , then ada sambal kacang, lodeh and rendang daging.
Ketupat segera jer...



lemang pun ado




Tak cukup dengan tu, papa masak pulak nasi hujan panas, nak makan dengan kerutuk ayam dia , lebih dr nak buat open house kot makanan punya banyak.



Sebelum boleh bersalam and bermaafan, kita makan dulu.
Masa ni dorang baru balik dr masjid.
Jalan kaki, depan rumah 5 langkah jer pun masjidnya

Budak2 pun kita suap kenyang2...
Baju raya dr Madinah.
Tahun ni memang i tak beli baju raya langsung for me and kids sebab dah ada baju dr Mekah tak pakai lagi.
Baju2 jalan pun memang dah beli awal2 dulu, sebelum puasa, konon nak pakai, tapi i beli besar2 semuanya, buat raya jer laaa, senang tak yah membeli lagi.

After dah kenyang, baru bersalam dengan mama and atuk and bergambar

Mama dan atuk..sedondon this year...golddd..!!

Papa and Aniq with bronze colour...last minute dua malam sebelum raya g PKNS cari baju dorang sebab Aniq dah tak muat pakai baju tahun lepas, so papa pun nak baju melayu jugak, nak sedondon dua beranak katanya.
Jenuh after that i menggodek almari cari jubah boleh sedondon and pagi2 raya jumpa pulak tudung bawal berjaman tu..pakai jer laaa, asal nampak ala2 sedondon..




Us...!!



Ibu and kidsss






Later , petang after 2, baru Ngah anak beranak sampai from his in law di Perak.

Tapi petang tu kami dah penat sangat..i masuk ke bilik nak berbaring sikit.
Budak berdua merengek minta tukar baju sebab rimas dengan jubah camtu.

I tukar kan jubah pendek ni and depa pun main2 kat their space , tak macam hari raya pun .


Adik tertidur after that and kakak pulak laternya.

Kami yang tua2 ni nak tidur , tak dapat pulak , terasa bersalah..so cuma melepak di laman , layan kolam papa




Tahun ni Nana punya turn beraya with her in law so she's not in the story...but on our first raya, i share our raya dish kat FB and dia terus whatssap kat family group to come and join .
Tak tahan katanya tengok dishes2 fav dia.

Dah Mahrib diorang laki bini sampai dr kg hb nya di Bagan Lalang, and after makan, solat and family pic baru dia balik semula ke in laws place nya.

We tried to gather everyone malam tu, sebab this year jer semua ada on the first raya.
Kalau tak memang tak jumpa sebab we decided every raya kena take turn to raya with mama and atuk
So next year bila kita raya kat KT, Nana will be with mama, so the chances to meet up semua cukup korum adik beradik papa susah la sket.
Since that nite Nana datang, tu yang semua pakai balik baju raya pagi nya and kita pun bergambar.





Pic ni huru hara nak setkan auto camera, dah la pakai phone jer...hahaha
Sayang that i dont have pic yang senonoh , yang elok jer semua ada, i think pic ada pada papa, tapi malas pulak nak mintak dia wasap , nak upload lagi...so, ini pun jadi laaa hahahah..


The next day nya on 2nd raya, awal2 pagi kita bertolak balik ke K Trg while mama, atuk and Ngah sefamily heading JB beraya ke sana.

Nanti i sambung kisah 2nd raya k.