love

love

Followers

Thursday 30 October 2014

Work: Staff buat hal..

Salam,

Dah khamis yer...
Kejap jer masa berlalu..pejam celik pejam celik dah khamis.
Citer pasal deko rumah later la...actually memang dah takder bahan nak story..minggu ni satu minggu papa kat KL , busy dengan his office workload...i pun malas nak ganggu plus, i sendiri pun takder buat apa2 dengan my new house..terbiar macam tu jer, dengan debu2 buat kerja pecahkan cabinet dapur last time.

Minggu ni pun memang dah dua tiga hari sakit kepala...maybe sebab cuaca kat sini panas betul dua hari ni or might be jugak sebab this few day i ada  consume new product utk badan...so, bertahan jer sakit kepala.

So lets get to the topic
Staff ada sorang buat hal..datang kerja dah tak macam dulu..dah sound sekali dua, masi menjadi2..so baru2 ni i serius talk dengan dia..i asked her nak berhenti or apa...and being ego, sebab dah malu i asked her that, she said nak berhenti.

So, i told her, ok, kena notis seminggu at least so that i can find her replacement.
She is ok with the idea.

I love her , she is my staff yang struggle with me during my hard time.
Plus dia anak yatim piatu and when i hired her dulu, memang i offered her quite a good salary, and  makan minum dia boleh kata i tanggung jugak while she stayed with me.
So, bila dia nak berhenti, i rasa quite sebak and memang mental quite disturbed jugak.
Talk to her older sister yang disagree with her decision and asked me to persuade her to stay.
As for me, though i love her, i need staff, not just friend or adik even tho she can be one at the same time
So staff kena lah seorang yang memang nak bekerja.
No point for u to force someone to work for u.
later when she cannot perform and give u good result, she will disappoint u and you will ruin the good relationship before.
Even if she is still not working with me later, i  still accept her in my life..sebab budaknya sangat laaa baik hati despite of perangai malas budak remaja kan .

Papa at the other hand asked me to handle her wisely.
She is just confuse kids/remaja tengah nak naik..banyak jiwa kacau even small issue like bergaduh with her boyfie and such.
So again, i called her and asked for her problem (i did before when she decided to quit, but she is being soo stubborn to listen and share)
This time dia minta maaf for being so rude, buat hal tak datang kerja sesuka hati and said she still love her job and she love to be my staff.
I was like big sister to her.
So okay..she need to promise takde buat hal lagi ..and for the past few day, nampak ada la perubahan, but papa kata , kena sentiasa la ready dengan ragam budak2 remaja like her.

Maybe i pun ego in handling her, but seriusly im the last in my family.
never had adik before and i memang fail nak handle adik2 ni.
Staff is staff, but at the same time nak kena jugak act like big sister to them.
Quite a big thing to me..

So, thats it.
 The story of kisah suka duka dalam my new career.
Small challenge jer, buat still issue..
Ok laa, later will share bout deco yer.

Till then...
adios


Monday 27 October 2014

Deko:Progress rumah baru pt 1

Salam,

Progress rumah baru

master bedroom..

dah cat...colour safe macam i citer hari tu.
Takder dah main feature wall segala sebab nya i takder dinding yang boleh buat feature wall.
Kiri kanan dinding ada tingkap.
Dinding takder tingkap dah buh wardrobe.
Another dinding dah bilik air...
So, takper laaa , buh jer satu colour..senang...
So, nak kena deko ngan langsir.

Cabaran nak memilih langsir...
Bab pilih langsir, kena g kedai, pilih , tempah jahit adalah part of deko yang i paling tak sukaaaa...seksa woo nak buat pilihan...selalunya ending up, dah siap gantung tak cantik pulak.
Dah pilih beria, tempah mahal2...then tak puas hati
banyak kali dah kena gitu.

Dulu selalunya tempah kat Nilai, sejam jer dah siap.
Ni kat Kuantan, i tak tahu mana nk g.
Papa ajak g nagoya hari tu, dia kata dua minggu baru siap...so pangkah...tak mo la sampai dua minggu.

Sabtu g kamdar, pun dua minggu.
So, duk congak2 dengan papa, nak balik KL ker, g NIlai tunggu sejam then siap, boleh balik gantung.
tapi bilak pulak nak balik KL sebab dua minggu ni memang busy kat sini.
Aish kalau dua minggu lagi baru balik umah KL, baik tempah jer, dua minggu jugak siap.

So, takper tempah sini.
Now, kena pilih kain .
Dua jam youuuu i round dalam Kamdar, papa dah tak mampu ikut,duk atas sofa jer tunggu, dia pesan when you have decide, just call me
Lepas dah bosan dua jam nak pilih, terus main tunjuk jer..lantak ko la cantik ker tak.
Hahaha.
Tingkap 3 jer kot...tu baru harga kain..tapi sekali siap upah, haaa ambik ko..macam nak pengsan dengar.
Napa eh, harga langsir skang ni cam nak buat sebutir kitchen cabinet..orang cheapskate cam i ni memang pening nak digest...


Perabot..memang dah sampai minggu lepas..cuma belum share.
Perabot biasa dengan ready made wardrobe, takder dah tempah2 macam rumah KL.
Beli aci muat jer.
Bilik kat sini pun kecik.
Perabot nanti2 i share yer.

Dapur

Aduh..i sedih ngan dapur i laaa...
Tapi tak baik laaa kan tak bersyukur sangat bunyi nya tuuuu.
 Latest pic...dah beli dapur, dah suh indon tebuk.
Tapi pandai sangat tukang tebuk dengan tukang ajar tebuk aka papa.
ditebuk nya sampai bolos dapur tu...dah kena simen balik.
Tak terkata mak encik..urut dada jer la...
Ko menghazabkan lagi dapur yang dah hazab tu...makcik redha , makcik redha dengan titisan air mata huhuhu.








Itu jer la progress setakat hari ni.

nanti kita update lagi yer





Friday 24 October 2014

De Rhu Beach Resort, Balok

Salam,

Papa selalunya balik jenguk kids setiap hujung minggu.
Bila ada cuti panjang, memang selalunya akan ada kat sini.
baru2 ni papa straight cuti from last Friday sampai la today.
And every time papa kat sini, kids surely merengek for swimming session .
Sekali jer hari tu papa bawak g mandi kat dalam DeRhu Beach Resort, then mula la asal papa balik, merengek bawak ke sana .
Aniq yang selalunya memang tak nak join kita, tapi bila dengar je nak g swimming, confirm tak miss

So, our latest activity ..at the same place last Tuesday..

layan pic jer la..

















Tak la lama sangat, dalam dua jam jer.
Bila naik jer dr kolam , bukak baju..dah berbelang badan.
balik ruamh terus nampak muka dah legam buak berdua tu.
Aniq tak berapa nampak snagat...tapi gelap jugak laaa jadinya.

Ibu memang tak join laaa...
Duk atas kusi , sandar, layan Fb dalam phone and tolong snap pic.

Suppose kalau tak mandi tak kena bayar, tapi selalunya kalau masuk papa bayar utk semua ...standby kalau2 ibu terliur katanya hehehe.

Kos masuk utk mandi sahaja, dewasa rm10 and kids rm7.
Tapi parents masuk , tak mandi tak yah bayar, nanti dia kasi gelang macam kat Sunway tu..tak pakai tak leh masuk kolam, duk jer la tepi tu menemankan anak mandi.

Boleh laaa ..ada playground dalam kolam ...ok la utk kids kan .
Kolamnya pun besar , puas hati laaa.

Ni baru jer balik dr mandi, esoknya dah request lagi hahaha.
Semput papa ko nak melayan...
Tunggu laa next week pulak eh.





Tuesday 21 October 2014

Deko:Master bedroom rumah baru pt 1

Salam,

I miss my master bedroom soo much.


Big bedroom with big wardrobe...and when we moved here, i have to accept the fact that the master bedroom in my new house now is only 1/3 from the old one.
That's the challenge for me.

So, let's get start.
First, kena pandai main colour so the small room akan nampak lebih besar...at least..!!
Second..simple and no bulky furniture..so that i can have extra space utk bergerak...(imagine how small..!!)

So, colour...
I decided utk pilih safe colour yang i dah biasa..colour soft green sama macam ruang tamu rumah kat KL.
takper la sama colour even dah pindah 3 biji rumah, still pilih the same colour code, tapi memang tak pernah jemu with this colour sebab tahu this colour will turn my small space nampak lebih besar and lapang.

Furniture pulak..
Memula papa suruh tempah wardrobe ..so boleh la buat habis sampai siling  and akan ada extra space utk kain baju yang menimbun dari wardobe lama kat KL..tapi i ni rasa tak sedap hati pulak...rasa cam we will not ending kat sini...dulu rumah kat KL buat beria, thinking that itu lah rumah sampai last , ending up pindah jugak...sama jugak rumah kat Kinrara, buat macam2, tempah semua wardrobe , kitchen cabinet beria, reno habis bathroom, cukup 3 tahun pindah..now umah kat KL pun 3 tahun pindah and now kat Kuantan, i takut another 3 years pindah lagi...semua 3 rumah yang pindah randah ni memang la rumah sendiri..ending up semua kena sewakan dengan furniture la kan sebab semua built in..so now i cakap tak mo dah..nak yang loose,boleh bawak kalau pindah even i tau kalau pindah pun mesti beli baru hahaha.
Plus , sekarang ni banyak dah wardrobe yang ready kat kedai furniture yang cantik2 and seakan sama built in.
The 8ft by 8ft punya pun dah cukup rasanya.
So mission bermula, hunting for new furniture utk master bedroom.
Actually master bedroom and dapur jer yang need new furniture/cabinet as the previous one kan attached, tak leh bawak...lain2 furniture utk bilik kids , ruang tamu and ruang makan semua bawak jer dr rumah lama.

The hunt for the master bedroom set end kat kedai perabot somewhere in Balok..well, actually tak der la hunting sangat, we just went there , choose and pay...sekarang time bukan macam dulu, limited kalau nak pergi ke satu kedai and satu kedai, cek harga , buat comparison semua...so, mana jumpa, nampak ok, boleh kowtim harga yang affordable, jalannnn.

Set bilik tidur dah selamat sampai last Friday.
But since bilik tu huru hara lagi..later in next entry, i will share the look.
As for now, nak share pic2 inspirasi utk my master bedroom.




cantik kan ...?

layout bilik kat rumah baru ni, ada tingkap kat atas kepala katil...tak leh buat apa, bilik sempit, alih katil kiri kanan pun memang jumpa tingkap....so, memang kena redha and be creative.

later bila dah complete, i promise will share here..!






Monday 20 October 2014

Berhenti kerja buat apa..??

Salam, 

Rasanya for those followed my blog dah tahu that i ve moved to Kuantan after my resignation on August this year.
Memang i tak citer in detail, apa yang  i buat kat sini, but i have hint in here that im handling business here or lebih senang i katakan i ada buka kedai and handling it now by myself.
It was good opportunity for me to be close to my kids and free from punch card.
But well, still tak boleh jadi housewife as per my imagination and also not as easy as i thot and imagine.
However, business went well with good income, i dont regret my decision.
Alhamdulillah tak cukup utk menyatakan how happy i am now.

To describe the 'not as easy as i thought'..i would say to be away from my husband adalah big challenge to me...and recently,kedai masih tak ada staff, and Aniq pulak kena stay with papa kat KL, struggling (is he..?) for his UPSR exam and syahdu and sayu hati that i tak mampu temankan dia sepanjang the exam.

During that period i sabar banyak2...ada masa i tewas that i cried malam2 lepas tutup kedai, missing my hubby and Aniq and thinking what kind of life yang i dah pilih ni..?
Time goes by and Alhamdulillah, papa banyak support during the time and now is the time , i dah mampu bernafas lega, dah ada masa to chill with papa and kids, dah ada  masa rileks baring2 tengok tv, no punch card to catch..no heavy traffic to handle..

Ok la, meh citer in detail apa i buat.
Actually i handle bisnes kedai runcit.
Simple...tu jer hahahaa.
Tak la besar mana, menyewa dua unit kedai dengan my sister.
It was actually kedai ayah cik (my big bro).
Dah 3 tahun dia meniaga kat situ and finally he decided to back off even income is good sebab dah penat , maybe sebab dia takder staff kan  and dia nak balik kg berehat.

Family pun sayang nak lepaskan the business to others and since takdak sapa able to ambik alih, so we bought the business from him.
Asalnya papa laaa yang nak snagat2...me?
50-50..hahahaa, tipu 10-90 kot
memang i tak minat..!!

I nak berhenti kije sebab nak stay at home with kids , but papa kata , ruginya all the ilmu and skill , masa yang ada if u choose to spend time with kids jer...errrr janngan salah faham, dia tak kata being huewife merugikan ilmu, in fact he agreed the idea of menjuaga sendiri the kids...but jaga the kids n doing nothing merugikan to him.

I still able to handle kids by myself, depan mata and still boleh manage kedai.
tapi banyak la perubahan kena buat, dari kedai runcit biasa yang ayahcik guna pakai before, kita kena 'majukan ' sket la.
Kena ada POS system...kena ada staff, kena ada CCTV
So pos system boleh jaga stock,boleh tengok shortage staff2 buat, also ada CCTV yang boleh monitor staff dr mana2 pun .

For the first 3 month i kat kedai, memang rasa nak menangis..nak establish the system..and staff pun tak der..ada pun tak lama ...nak handle them pun payah, dealing with cash kan , senang2 cilok duit.
7 am to 12 pm 7 hari seminggu, i was stucked in here...tidur pun dalam kedai, twin pun terkurung dalam small office belakang kedai.
rasa takder life, that was the time i cried almost every night thinking...what the h*ll im doing here.
I have good life, good home kat Kl and i was stuck here.
masa tu income was good...not good...but mewah..!!
Because selain runcit, we also serves customer all kind of services, money changer for indon's worker, bill payment, handphone ,fotostat, binding, laminate and such.
Tapi, dapat duit waktu tu...tak mampu nak senyum.
Penat badan, penat otak.

Alhamdulillah, slowly...berkat sabar..sekarang dah stabil.
POS system working great..and staff pun setakat hari ni kekal.
Ada la kekurangan here n there..but , kat mana2 pun , handling human ni, memang ada cabarannya.

me kat my workspace.
Sebelah dinding tu pulak small office yang sekarang ni dah tak jadi ofis tapi jadi bilik kids tengok tv.
Since bilik tu ada air cond, memang they melepak dalam tu sepanjang masa.

Dari situ boleh nampak staff bekerja kat counter.
staff...
budak2 kg ni jugak.
Setakat ni hire dua staff pompuan, muda lagi..baru umur 18 tahun.
Sorang tu anak yatim piatu.
Alhamdulillah, setakat ni semua nya berjalan as planned.
Bukan jer dah dapat rehat tidur kat bilik, i even have time to travel dah balik ke KL, and tinggal kedai kat staff ni sambil i monitored them dr KL.

Tak susah..teknologi skang semua di tangan jer.
From my handphone, di kedai mamak di KL..i monitored the POS system and tengok hasil jualan ...tengok apa staff tengah jual ..
From the hp jugak, dapat tengok semua sudut CCTV, apa staff tengah buat..and semua activity dalam kedai.
Mudah jer...tapi nak tinggal lama2 tu tak boleh laaa..for few day boleh, kalau sampai seminggu, dorang belum boleh lagi.
In sha Allah, nanti i pun kena hire lagi staff utk supervise, so boleh la i start focus duk umah, tengok kids sekolah ..and jenguk kedai kejap2...takder lah kena duk sepanjang masa kan .
gaji i takder laaa...hehe, dah kena bayar supervisor, kena request special gaji from papa as housemanager jer la kot...

Ok la, later i citer lagi...got to go...










Wednesday 15 October 2014

Deko: Rumah Baru Sneak Preview

Salam,

Haaa, ko tajuk...tak agak2 hahahaha.
Knowing me, i love home deco..and to be away dr my house, sedih sangat rasanya.
Rumah tu i dan papa sama2 deko and cantikkan .
I tak pernah inginkan another house, because the house dah cukup sempurna that i ever want.
Tapi since we are living new life, we decided that i need to permanently move and create my new sanctuary..my new home sweet home here.

Its not hard to decide where we r living as we already have own house here yang selama ni i sewakan .
But, dah tentu2 laaa takkan sama dengan rumah sekarang.
It was 4 unit  single storey semi D yang kita bina atas tanah sendiri/family and sewakan.
Bunyi macam mewah kan hehee, tapi masa buat dulu memang intention utk disewakan , so takder la buat finishing yang de vas sangat...
Since i kena stay sini,. satu unit dah dikosongkan  and i kerja kuat sikit between masa yang ada, struggling my time to look after kedai and staff and stock and kids and also memerah idea to deco the house.
Sakit la jugak kepala sebab kena perah idea lebih sikit nak cantikkan .
Idea satu hal, duit lagi satu halll...eh duit bukan satu hal..banyak hal hahaha.

Time limited for me jadi it took some time nak siapkan the house.
Buat masa sekarang baru 30% siap and barang2 masih dirumah lama di KL.

Tunjuk progress jer la yer, since i do not have the before pic.
last week punya kerja 





Ini pulak bahagian i paling sedih...especially bila teringat complete KC i yang dah ada kat KL...terus rasa nak nangis.
Ini table top asal buat utk rumah sewa...just pakai 1x1 ft tiles, so kalau now nak guna 2 ft tiles macam rumah Kl, aduhhh, banyak kerja.
Kitchen cabinet pun tak ada and ruang bawah table top tu terlopong macam tu la...
papa kata nak buat KC macam kat rumah KL jugak, tapi kat Kuantan ni cost lagi mahal woo.
So baru2 ni masa g survey kat Ikea , rasa2nya we decide beli from Ikea and pasang sendiri jer kot...kot.... hahaha, baru plan,. nanti kalau ada changes , i cerita, kalau takat tutup dengan kain, memang tak citer laaa hahahaha...sedihhh kottt..!!


Ok, takat tu jer dulu share k.
Dah itu saja yang ada skang ni huhuhu.





Tuesday 14 October 2014

Kisah Raya Haji kat Holiday Villa Beach Resort Cherating

Salam,


Nak update..!!!
Aloooo, rindunya kat blog ni.
Actually i still active dok blogwalking orang lain punya blog...cita cita nak update blog sendiri pun tinggi, tapi bila kenangkan takdak pic, rasa cam payah jer nak melalut.
Nak guna notebook, malas nak bukak, aci..?
Skang memang full time pakai pc kat kedai.
Owh skang kan i dah beralih kerjaya dari seorang engineer katanya...kepada peniaga runcit hehehe.
Takder la busy mana , sebab ada staff..tapi nak tx pic ke pc ni tu laaa..aduh berchentaaaa nak buat.
Malam ni, alhamdulillah ...mai dah rajin tu.

Ok jom citer pasal raya haji.
Hahahah, dan dan tetiba update kisah raya...apa kes ko..

Skang kan i dah jadi permanent resident Kuantan dah.
Papa ulang alik dr KL-Kuantan every weekend, tapi most of the time, bukan weekend jer...memanjang jer ada sini hahaha.

Raya haji baru baru ni, we supposed raya kat KT with my family but hujung2 kita tukar plan, sebab nya...seriusly, penatttt amat rasanya the whole week berkejar sana ini uruskan nak pindah rumah, uruskan new staff, kedai, stok and such.
So papa kata, since tak nak balik, meh la lepak2 kat hotel dekat2 jer, nak travel jauh2 , pun sama jer nanti penatnya.
So takper, ke Holiday Villa Cherating la kita.
Tak jauh pun ...dalam 5km gitu jer dr my place.

On the raya day tu , kitorang kat kedai jer...memang tak meniaga , tapi duk dalam kedai jer...tak g mana2...bangun tidur nak g cari sarapan baru perasan yang hari raya mana der orang meniaga kan,,,tapi dah rezeki tu, elok maklang call ajak makan umah dia hehehe.

Sampai umah maklang pukul 11, ada nasi arab ngan gulai tulang and ayam berempah..perghhhh.
Siap ada kuih raya youuu...


Lepas makan , balik membuta .

Esoknya baru g Holiday Villa.
Check in at 12.



Happy faces after dah berbulan2 kena kurung kat kedai.
While abang pulak dah merdeka dulu before his last day UPSR



masuk jer after lobby, nampak pulak swimming pool ni...terus meroyan nak bukak baju time2 tu jugak...


sabor nak, meh ibu bukak pintu dulu, ibu ko pun sememenh dengan baju duk umah, dah kata sekangkang kera jer hotel ni dari umah kan ...mujur tak pakai kain batik jer tu..




kitorang ambik palace wing-garden villa..boleh view kat sini..




adik dah start buat muka, duk asikk amek gambar jer, bila nak mandi nii..

terus tukar baju


berendam sampai puas..


dah gigil...
masa ni lebih kurang pukul 4pm

dah balik bilik, lepas mandi kepenatan , lapar..suppose papa ajak keluar, tapi lepas tu nampak papa dah tertidur,malas la nak kejut...
Aniq pun dah bising lapar.
So , senang citer, call jer laaaa.
Room service...settled!!

Kuey teow goreng utk Aniq.
Mushroom soup and garlic utk kids makan petang tu.

Then depa duk main playdoh kat luar bilik...

Papa bangun nak maghrib, i bgtau kids dah makan..terus papa kata, tak yah la keluar and nak order jugak utk dinner.
jadi lepak bilik jer

Spaghetti utk kids, Fish and Chips utk ibu dan papa makan nasi with rendang ayam....sedap rendang ayam tu.
lain2 biasa jer...just nice jer laaa

Papa makan separuh jer...tengah malam , Aniq habiskan after kita semua terbaring tergolek layan tv.





Ini kerja budak2 ni...
Duk main lompat2..wrestling atas katil..while papa and ibu  terbaring melayan movie..

Kids dah selamat tidur, only Aniq berjaga layan tv, i keluar dengan papa round2 kat area hotel.


Lepak jap, layan juice seround ngan papa.
balik bilik terus pengsan

Pukul 9 pagi, semua dah bangun.
Terus ajak g bekpes









lepas makan , they requested for pool lagi.
Semalamnya ibu mandi sekali, but pagi ni, tak dah...duk jap ambik pic dorang then balik bilik baring...lagi syiok maaaa...pandai2 la papa handle kids...


kelam kabut haaaa...hahaha

While papa check out..

layan jer la pic2 dorang...



 







Lunch kitorang makan jer kat area Cherating tu.

balik kedai sambung rest lagi layan movie...
Refresh betul2 sebab esoknya dah kena bukak kedai .

Habis laaa kisah raya haji kitorang yang luar biasa tahun ni.
tak pernah kot raya tak balik kg.

tapi few day after that kitaorang balik gak Trg jenguk mok dan ayoh.
selagi tak balik, tak aman hati rasanya hehehe.