love

love

Followers

Monday 17 February 2014

Semoga bertemu lagi...

Salam,

Pada waktu entry ini keluar, kami mungkin dalam perjalanan menuju airport.
In sha Allah, dengan keizinanNya, perjalanan kami ke Turki pada pukul 11.30 malam ini.

Pada 22 hb pulak, kita akan berangkat ke Madinah dan seterusnya ke kota Mekkah utk menunaikan ibadah umrah.

Setinggi tinggi rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Nya kerana limpahan rezeki utk kami , memberikan kami peluang utk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Dengan ini, dengan rasa yang amat rendah hati, saya pohon jutaan kemaafan dari semua pembaca blog ini sekiranya selama saya menulis, saya telah dengan tidak sengaja menyinggung hati kalian.

Sesungguhnya, apa saja yang dikongsi di dalam blog ini, tidak sedikit berniat utk menyindir sesiapa selain dari perkongsian kisah2 dalam kehidupan, kisah hiasan rumah yang menjadi minat saya sedari dulu lagi, jauh sekali niat saya utk berlagak atau bermegah diri dengan apa yang saya ada kerana apa saja yang saya miliki, semuanya adalah datang dari Nya.

Tapi saya manusia biasa, yang terkadang mungkin cuai,lalai dalam menyampaikan niat sebenar saya, sehingga akhirnya terpesong hasrat, menampakkan kemegahan dan keangkuhan saya dalam bercerita...jadi saya pohon , maafkan lah saya.

Halalkan setiap perkongsian ilmu yang telah saya cedok dan kongsikan disini.
Sesungguhnya niat nya hanya la utk tujuan perkongsian semata.

Saya juga memohon agar rakan2 di blog ini dapat mendoakan kebaikan utk saya dan suami  dalam mengerjakan ibadah ini, mohon doa supaya saya dapat mengerjakan umrah  dengan penuh ketenangan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang di sana.

Semoga perjalanan kami penuh dengan barakahNya..selamat pergi dan selamat kembali..
Amin...





Friday 14 February 2014

Al Farabi Home Tuition

Salam,

My son ada masalah mengaji iqra'
Dulu masa kat Puchong, i hantar dia ke sekolah agama waktu petang.
Alhamdulillah, kat situ la dia mengaji dengan ustaz.

Kemudian , last two years, masa dia darjah 4, kita pindah ke sini dan i mula face problem nak hantar dia ke sek agama waktu petang sebab dia balik rumah , then duk sorang2 kat rumah sampai i balik kerja.
I tak percaya nak suruh dia balik rumah, bukak kunci, mandi2 siap2, n kunci rumah balik sebelum ker sek agama.
We both kerja kat KL, that took one hour to get home if anything happen, so, for safety reason ,i decided utk stop him from sek agama and that was my mistake yang i agak sesal jugak.

Utk iqra',i hantar dia mengaji kat area my house..selang satu blok jer lebih kurang and dia naik basikal jer.
tapi masalahnya, terlalu laaa ramai budak mengaji and Aniq pergi mengaji tak sampai 5 minit dah balik.
Dan dalam semingu cuma ada 4 hari jer kelas, tu pun ada masa nya Aniq tak boleh join kalau i sampai lambat dr ofis.

I tahu he gained nothing dalam keadaan mengaji macam tu.
But since kita tak tahu mana lagi nak hantar dia, dia terus jugak mengaji.

Tapi this year, bila nampak lambat betul dia dapat...we decided to pay extra for his Iqra' and kita panggil ustaz datang rumah.

We opted for Al Farabi Home Tuition..yang menyediakan khidmat ustaz datang mengajar kat rumah mengikut time yang kita tentukan .
Sangat selesa kan .

Utk Aniq, ustaz datang every rabu and khamis sebab isnin selasa dia ada tuition.
Actually ada banyak pakej disediakan .
Pakej 2 jam, pakej 1jam setengah and bayaran ikut pakej ni la.

I pilih pakej 1jam setengah , ustaz akan datang..ajar mengaji Quran dengan bacaan yang betul, kemudian after setengah jam, ustaz ajar pulak syllabus mengikut kelas KAFA...ajar bacaan betul dalam sembahyang, ajar solat dengan betul.

Actually utk pakej , dia ikut berapa jam ustaz datang..tapi student can be more than 1..maksudnya kalau u pakat dengan kawan , boleh jer suruh anak dia datang join sekali and share bayar ker kan ...tapi syaratnya tak lebih 3 orang sebab ustaz kata nanti susah dia nak focuskan kat each student.

In my case, memang i bayar utk Aniq jer..but i plan later i nak ustaz ajar sekali budak berdua tu Iqra'.
Buat masa ni biar ustaz focus pada dia jer sorang.
Kalau tambah budak berdua tu join sekali mengaji pun , tak ada extra charge, sebab bayaran ikut pakej berapa jam kita pilih..so ok la kan .
Owh mak bapak jugak boleh mintak ustaz ajar tajwid parents yang nak betulkan bacaan mengaji..tapi kena inform dorang la, so that dia akan ready nak ajar parents pulak, kena ada  buku syllabus lain pulak kan .



Ni pic yang sempat i snap, i minta izin dr ustaz ni nak snapkan pic...serba salah jugak menganggu orang mengaji.
Masa ni ustaz tengah mengajar fardhu ain.


Ustaz nya muda lagi, kebanyakan ustaz2 ni lulusan al-Azhar dan buat part time.

Alhamdulillah, nampak mudah Aniq ikut dan dah nampak improvement dah bacaan mengaji dia dari sebelum ni.

sapa2 ada dilema nak hantar anak mengaji macam I, boleh la pilih option macam ni.
Bagi I, even bayaran dia lebih mahal sikit compare to kita hantar anak kita mengaji kat rumah orang, tapi i senang nak urus, ustaz boleh focus more pada anak2 kita, then kalau kita kena hantar anak, tak la terkejar nak uruskan hantar mengaji, hantar kelas tuition, bayar lebih utk keselesaan jugak.


Thursday 13 February 2014

Deko: Frame and pic dari kain.

Salam, 

Ini cerita lama...kisah deko minggu ni memang semua cerita dan pic2 lama.
Minggu ni memang not in a mood to take new pic dalam rumah...rumah snagat la lintang pukang dengan persiapan going somewhere  minggu depan,but im still in a mood mengarang.
Actually i dah tulis siap2 kisah deko ni utk Monday and Thursday, in case i busy this few day..maka siapkan entry awal2 , senang.

Ok, takper, meh sambung..panjang no intro nyer
Satu hari tu papa kuar jalan2 ke PKNS Shah Alam, i lupa kenapa i was not with him, dia ada kerja kot that he didnt bring me along.

Tetiba dia kata dia ternampak kain ni.
And dia teringat i told him that i wanna have one spce with simple english deco in the house, dia pun beli la kain tu.

Balik kerumah, dia gunting kain tu and cari kayu yang sesuai and turn the kain to this.
.
.
.
.






Dapat buat 3 keping jer , guna lebihan kayu..rumah i ni kan banyak kayu perca hasil2 handy manny project dia.
Bila dah siap, i tak berkenan dengan corak nya.
To be honest , i tak berkenan dr mula lagi hahaha, i ni bukan laaa peminat tegar english deco pun ...kalau sikit2 pic bunga ros ker bunga2 simple ker, i boleh terima jugak, tapi kalau english sangat cam ala2 cottage ni, siap teko bunga bagai cam dalam pic ni, though ianya cantik, but i tak teringin to hang it in my house hehehe.
I handed this hasil to mama and she love it soo much.

She hang this frame kat dapur rumah dia before pindah and bila dah pindah, and bagi rumah kat Muor tu sewa, i forgot to ask her mana dia letak this frame.


Bila i belek2 pic lama ni, i nampak cantik jugak frame ni kan ...nanti kena tanya mama mana dia simpan...boleh i fikirkan utk guna balik this frame/pic.








Wednesday 12 February 2014

Banyak benda...

Salam,

Aduhaiii, dah Rabu pun ...pejam celik pejam celik, kejapnyaaa wehhh.
Petang ni masih di ofis, ni yang sempat nak buat satu entry.
Today dari pagi busy ke sana sini, tak sempat nak hadap sangat laptop, dah la pepagi gigih i balik rumah , sejam u dari ofis, sebab laptop tertinggal.
Masuk ofis baru notice i left my laptop kat rumah, balik laaa jugak...bila sampai ofis, tak guna sangat pun laptopnya, cobaannn...!

Tomorrow dah khamis yer, in sha Allah dah siap2 dah buat entry pasal deko.
Jumaat pun in sha Allah, nak share sumting jugak.
But starting from Sabtu maybe takder bersiaran dah sampai early of March..sebabnya, in sha Allah, Isnin malam , me and papa akan berangkat ke Turki and kemudian ke kota Madinah and Mekkah utk menunaikan umrah..in sha Allah,...semoga dipermudahkanNya.

For that, banyak la perkara i kena siapkan, as always banyak benda kitorang ni last2 minute baru nak prepare.
Last2 minute ni jugak papa plan nak buat sikit kenduri doa selamat Jumaat ni...pastu panggil ramai pulak tu, i was thinking kalau dah panggil ramai..elok terus i korbankan sekor kambing, boleh terus niat aqiqahkan kembar sebab budak budak berdua tu belum sempat buat aqiqah.
Niat nya aqiqah la kakak dulu..in sha Allah later nanti boleh buat adik pulak...nak buat sekaligus dua ekor kambing tak larat nak uruskan ...dah nak bertolak pulak tu Isnin.

Benda last minute ginilah jadinya kan .
Jadi faham2 laaa yer kalau i tak dapat nak menjenguk blog sendiri ni.
Today urusan mencari kambing dan siap2 tempah orang masak dah settle.
lain2 papa masak sendiri.

Oklah, nanti sambung lagi...banyak benda tak settle lagi ni..

Fuuuhhh...!


Monday 10 February 2014

Deko : Bilik anak dara..part 2

Salam, 

Actually i dah tak banyak pic deko terbaru nak share in here.
Yang lama2 banyak..tak share lagi pulak semua tu.
So, i was thinking , since i dah jadikan Monday and and Thursday sebagai 'Deko Entry Day" (like u all care hahah) dalam my blog ni, so today nak kena share citer deko jugak laaa nampaknya.


Meh la sambung kisah bilik anak dare.
Sambunagn dari part 1 kat sini.


Kalau sebelum ni, rupa bilik ni macam ni...ceria...

Tapi i pernah cerita, that i wanna have one space with simple english deco in my house and i decide bilik anak dara ni laaa tempatnya i nak englishkan since another space in the house , papa selalu nya guna, and he always object the idea of bunga2 and such in his territory.

So, after the changes ini lah rupanya...
I tukar langsir, and bed sheet only.



Ini pulak i dah cerita banyak dalam part 1 

I guna bed sheet jenis loose , bukan fitted that i bought long long long time ago.
It was english cotton , 100% cotton with high thread count ( i lupa berapa ratus count) , and sangat laaa sejukk tidur atas this bed.


But then , i still installed air cond dalam bilik ni, utk tetamu tidur selesa.
Since kids tak guna lagi this room at this moment, maka jadilah ia guest room sampai la masa nya my twin dah ready to use .
(but tak sempat kot....)



Bahagian wall...i letak hiasan dinding corak moden pilihan papa that we all buat sama2 using water colour jer...ada i ceritakan kat sini.

Actually i ada plan nak bukak wall deco/frame modern pilihan papa tu and letak somewhere else that i already have in my mind...tapi since i need help from my handy man , kena la tunggu masa dia free.

I might replace the wall deco with hiasan english, macam bunga ros or apa2 bunga laaa...but tak sure la, tengok nanti.

So there will be another part 3 la kan ...hehehe, bertabahlahhh yer...









Sunday 9 February 2014

Qaseh Gold Junior utk Aniq

*sticky entry post*


Salam,

I pernah cerita pasal my only son yang sangat laaa cerewet bab makan kan .
He is soo picky and fussy eater, sebab tu i kena gigih everyday siapkan bento for him.
or else, dia tak kisah pun seharian tak makan apa2 kat sekolah , balik rumah baru minum milo.
Tu pun boleh bertahan sampai malam kalau i tk paksa makan apa apa.
Kalau lauk nasi, pilih yang mana dia nak jer, i masak..tapi jangan ada sayur, mesti tak makan...dah tu mana nak datang zat.

 Cekeding jer anak teruna i

As a mother, i sedihla tengok.
I ni rajin jer masak macam2 kalau dia nak makan ..u name it, i mesti buatkan dia.
Dia nak pancake pagi2 buta, gigih i bancuh.
Kalau dulu , masa takder twin, lagi la sedih, apa saja i masak, banyak buang...skang mujur ada twin monster yang boleh habiskan semua .

Bila dia tak makan , badan cekeding tu payah nak naik.
Tenaga pun tak berapa nak ada.
Tau jer la sekolah sekarang, macam2 aktiviti sampai petang.
Tahun ni lagi hectic, dia siap ada kelas tuisyen, kelas mengaji sampai malam .

Actually i selalu jer bagi dia makan2 supplement..appeton, multivitamin, scotts emulsion, tapi tulah, i nak kena selalu ingatkan, panggil dia makan, tolong suapkan ...kalau tak haram laaa dia nak makan sendiri semua2 tu.

Bulan October tahun lepas, kawan i kenalkan Qaseh Gold Junior .
Dia kata elok utk budak2.
Especially budak yang cerewet makan cam anak i tu.

Memula i bagi dua sudu makan, dia kata best, siap mintak tambah.
Now i bubuh dalam peti...hari2 dia makan 
sebelum tidur, dia minum dua sudu
Kadang2 bila dia bukak peti sejuk nampak ada qaseh tu, dia bedal jer togok..tak kira pakai sudu dah..sebab sedap kot.
Senang hidup i, tak yah nak ingatkan dia, panggil dia nak suapkan .

Antara perubahan yang i nampak ketara sangat kat dia...cergas.
Memang beza, dulu balik sekolah,melepek dulu kat katil before mandi and buat kerja petang.
Now balik sekolah, siapkan homework, main kat taman petang2..berpeluh2 balik main bola.
Malam Alhamdulillah, balik dr surau, still manage to stay cergas and focus belajar dengan papa.
papa pun notice takder laaa keje nak menguap, and focus jer apa papa ajar.

Alhamdulillah, hujung tahun exam hari tu pun tetiba balik bagtau dapat no 2..sebelumnya no 1...tak pernah2 kot dapat no kurang dr 5.
Siap naik pentas anugerah cemerlang pulak hari tu.
Eh jangan la kata sebab minum Qaseh Gold Junior ni anak2 terus boleh pandai, boleh dapat no 1 yer...bukannnn ...maksud i cergas tuuu...senang nak focus belajar..kalau minum Qaseh tu, tak belajar pun , jangan lah nak expect lebih lebih nanti huhuhu.

Ni laaa rupa nya.




Aniq kata rasa dia sedappp...tak yah cakap i tau dah, kalau pantang nampak botol,nak makan jer tu.

Qaseh Gold Junior ni sebenarnya campuran minuman formulasi makanan sunnah tau...campuran Kurma, Madu,Kismis, Tiin, Zaitun, Delima,Habbatus Sauda' dan air Zam zam.
Diperkaya pulak dengan bayam, kismis dan badam/almond.



Antara lain jugak, Qaseh Gold Junior ni In Sha Allah boleh membantu;
Membekal Tenaga
Cerdaskan Minda
Kuatkan Sistem Imun 
Menyokong Tumbesaran
Bekalkan Serat 
dan banyak lagi laaa..



kena cuba baru boleh tahu...
kembar pun i kasi makan sesudu sehari.
Selalu mintak lebih, dapppp kata dorang.

Dulu beli dengan kawan, skang ni sebab selalu beli, i terus ambik stok banyak2.
Sapa nak beli dengan i , ada jer stok..

Harga : RM 60 + Free Gift (while stock last)

( tidak termasuk pos yer kalau ada yang nak minta i poskan )

Boleh whatsapp  019-9826100..

kalau google , ramai jer jual, boleh dapatkan kat mana2 pun ...










Friday 7 February 2014

Anak Kang

Salam,

Pernah dengar?
Tak pernah kan ...?
I google pun takder weh.
Tapi i can still clearly remember thats the name i called for anak patung kertas.
Dont ask me where i got the name.
As far as i can remember, i memang panggil mainan ni "anak kang" and i wonder sampai skang, kenapa i panggil nama tu.
Owh semua kawan2 sebaya i masa tu , teman bermain kat beranda, pun panggil camtu.




Ini memang la permainan FAVOURITE!!!!! sangat2 FAVOURITE masa i kecik2 dulu.
Tak ingat laaa, tapi rasanya sekeping harganya RM0.20 or RM0.50...yeaaa, quite costy masa zaman tu.

dapat sekeping...koyak perlahan2...pastu main sampai lunyai baju2 tu.
Kejap2 tukar baju ni, baju tu.

Kalau dapat beli lagi dua tiga keping, pilih la baju lain2..buat tukar2...pergh syiok.
Main atas beranda rumah kawan , depan umah my tok kat dalam kampung manir.

Kadang2 sampai dah maghrib tak balik2.
Sampai rumah kena cubit peha ngan my mum tahu plak nangis...esok nya g lagi main .
Nostalgic sungguh laaa main benda alah ni.

Malam semalam , balik kerja, i nampak both my twin duk main anak patung kertas ni kat hall.
Pelik jugak, dah lama snagat tak nampak benda alah ni and i pun tak pernah belikan dorang.
To be honest, i pun dah terlupa kewujudan permainan ni.
Bila nampak anak2 i main , memang surprise..tanya bibik Ayu , dia kata mama datang pagi masa i kat ofis and pass mainan ni kat anak2.


Ibu dia pun excited terlebih, terus main tukar2 baju..anak2 pun belum pandai main ahak ahak.

Ni haaa yang mama bawak, yang budak2 ni belum sempat pecah2kan ...banyak jugak mama bagi, ada dalam 10 keping kot.
Mama tak tau menantu dia ni lagi gila main benda ni dr cucu2 dia hahaha.



Siap ada patung kertas 3D lagi mama bagi sekali.
Hebat laaa sampai skang masih ada benda ni yer...

Anak2 tinggalkan ibu main sorang2 , diorang tak minat sangat pun , mungkin sebab tak pandai lagi nak gayakan ...
Ibunya memang kuat berangan dr kecik, sampai besor duk berangan, pakaikan patung tu baju sekolah laa, baju g kerja laa...buat dialog sendiri...
Aduh parah...


Thursday 6 February 2014

Deko: Kitchen cabinet rumah mak.

Salam,

Kali ni kisah deko nak share pic rumah my mum kat kg.
Dulu i cerita dah kat sini.
After dah berbulan2..eh ke dah setahun..ni la rupa my mum's kitchen.








Ini sebelah meja makan kat dapur...balik baru2 ni, ayoh minta tolong angkut katil bujang dr rumah atas ke depan TV ni.
Dia tak larat dah nak baring kat lantai, seksa nak bangun katanya.
Terus my mum rasmikan berbaring hehehe.


Dari ruang meja makan .

Walaupun kecik and banyak barang, my mum ni memang agak particular jugak pasal kebersihan.
Even dah berumur almost 80 tahun, dia masih gagahkan diri memasak and selalu bersihkan dapur ni.
Hanya dia berdua in the house, tak der anak2 pun datang bersihkan rumah , dapur , memasak utk dorang.

Sesekali balik , i cuma tolong vacum kawasan depan rumah, ruang tamu and ruang makan sebab memang berdebu macam rumah tinggal.
Mok dan ayoh berdua cuma duduk kat bahagian dapur , bila anak cucu balik, baru laaa bukak pintu depan .

So dengan umur camtu, bila mok masih mampu maintainkan keadaan dapur dia kemas and bersih, i yang anak nya ni malu pulak rasanya heheheh.

Wednesday 5 February 2014

Main salji di kg.

Salam,

Gempak kan tajuk.
Cuti CNY yang panjang.
Kita yang malay ni selalunya memang sakan bercuti kalah chinese kan 
Kali ni cuti, kitorang balik Terengganu.
Saja laaa sambil2 menjengah mok dan ayoh, nak jugak merasa suasana dingin salju yang riuh dikatakan tu.

Perjalanan kitorang selalunya kalau balik KT sekejapan jer dah sampai.
Tapi hari Rabu lepas kerja malam tu kitorang gerak lewat macam biasa, tapi tak sampai2 pulak ke KT hahaha.
Pilot and co pilot dah sesama berusia, tak segagah zaman muda remaja dulu, nak balik KT, dengan kancil jer, berdesup jer dah sampai...duk semalaman, esok balik semula ke Bangi sebab ada kelas, rileksss jer badan.
Kali ni sampai ke Kuantan, dua2 decide rest la dulu kat Kuantan.
Selalunya balik jer Gebeng , rumah sendiri, kali ni papa kata , meh laaa bawak bebudak duk hotel jer kat Kuantan.
So, sekali lagi kitorang stay kat Season View hotel.
Dulu dah pernah sekali stay sini, then rasa selesa and okay, lepak sini lagi kali ni.

Kitorang tiba dalam pukul 11 ke hotel ni.
kejutkan dorang dr tidur lena dalam kereta.

Mamai2 budak berdua, tapi tak banyak ragamnya..

Dapat bilik selesa, dorang tak smbung tidur, main lompat2 atas katil


Alang2 dah cargas semua, jo turun makan..Aniq duk request nak makan...nasib baik betul2 depan hotel jer ada food court.

Esok after breakfast terus gerak ke KT..dalam pukul 11.
Sampai rumah mok dalam pukul 2 petang sebab menyinggah makan  dan isi minyak dulu.
Bila balik rumah mok, tak ada aktiviti pun selain berlingkar dalam rumah..bergolek dengan mok , bersembang.
Petang, melepak rumah both my sister yang duduk kat kg.
Budak2 tak nampak muka , jumpa sepupu sepapat...main pasir.


Malam2 sejuk jer rumah mok , duk main bergurau la 3 beradik ni.


Malam  esoknya anak2 buah buat BBQ.
Malam 1st rumah my sister.



Malam esoknya pulak rumah my brother.
Kebetulan on the date papa punya birthday 2 Feb.

Siang sebelum buat BBQ, ada pulak kenduri kahwin kat rumah my auntie.
Walaupun matahari memancar2, tapi angin sejuk sepoi2 bahasa bertiup.
Duk bawah khemah layan lauk pengantin, sikit pun tak berpeluh.


Petang bawak budak2 ke Pantai Teluk Ketapang.
Ni wajib g sebab asal balik Trg, dorang request nak main horse.
Nak g Pantai Batu Buruk, jem teruk sangat kata anak buah yang kebetulan on the way balik Kuantan , berjam2 tersangkut dalam traffic kat bandar KT.
Nasib baik ada update dr dorang..kalau tak, kita pun sama2 trap dalam tu.




Kali ni si kakak beranikan diri..dulu masa datang sini, adik jer yang berani naik horse.
kakak menangis2 tak mau, kali ni i dah bgtau awal2, kalau nak g pantai, semua kena naik horse.
Naik laaa jugak si kakak dengan muka cuak hahaha.

Jelas nampak cuak dia


Ini adik, selamba jerrr.

Sepupu dorang pun kena paksa, dalam cuak2 naik jugak hehehe.

Kakak kat depan, keras jer camtu...adik nampak cool sket.



Berani sangat si adik ni, kadang2 merisaukan ibu.

The next day Monday, i dengan papa still cuti, hari Wilayah, tapi Aniq dah sekolah, but i pontengkan, dah tau jalan balik ke KL jem teruk.

Pagi2 Monday tu cadang nak gerak, sembang punya sembang pukul 12 jugak baru gerak dr rumah ayoh.
Sampai Bentong pukul 5, tengok dalam waze, jem tak bergerak2.

Terus papa lencong masuk ke Pekan Bentong and kita bermalam kat Tras Mutiara Hotel.
Pernah stay sini jugak dulu due to bad traffic jugak..so this time dah tau mana nak stay.
Selasa ponteng la sehari lagi Aniq sekolah,and ibu papa pun ponteng kerja huhuh.

Kali ni balik cuti kat KT memang best.
Main petang2 kat pantai, even matahari memancar2 terang, memang tak panas macam selalu.
Angin berhembus bawak udara yang sejuk sangat.
Sikit pun tak berpeluh
Malam hari, tak payah pasang kipas pun semua tidur berselimut.
Tapi tak terasa pun nikmat sejuk sepanjang kat sana.

Selasa balik KL, kuar dr kereta nak isi minyak, tetiba terasa bahang kat muka..baru tahu betapa bezanya cuaca yang memang orang heboh2 tu.
Selama ni memang tak pernah experience pun cuaca sejuk ni.

Wah kalau selalu cuaca ni camni kat KT, balik kampung dah macam balik London laaa eh...tak yah susah2 naik flight g oversea hehehe.