love

love

Followers

Friday 14 February 2014

Al Farabi Home Tuition

Salam,

My son ada masalah mengaji iqra'
Dulu masa kat Puchong, i hantar dia ke sekolah agama waktu petang.
Alhamdulillah, kat situ la dia mengaji dengan ustaz.

Kemudian , last two years, masa dia darjah 4, kita pindah ke sini dan i mula face problem nak hantar dia ke sek agama waktu petang sebab dia balik rumah , then duk sorang2 kat rumah sampai i balik kerja.
I tak percaya nak suruh dia balik rumah, bukak kunci, mandi2 siap2, n kunci rumah balik sebelum ker sek agama.
We both kerja kat KL, that took one hour to get home if anything happen, so, for safety reason ,i decided utk stop him from sek agama and that was my mistake yang i agak sesal jugak.

Utk iqra',i hantar dia mengaji kat area my house..selang satu blok jer lebih kurang and dia naik basikal jer.
tapi masalahnya, terlalu laaa ramai budak mengaji and Aniq pergi mengaji tak sampai 5 minit dah balik.
Dan dalam semingu cuma ada 4 hari jer kelas, tu pun ada masa nya Aniq tak boleh join kalau i sampai lambat dr ofis.

I tahu he gained nothing dalam keadaan mengaji macam tu.
But since kita tak tahu mana lagi nak hantar dia, dia terus jugak mengaji.

Tapi this year, bila nampak lambat betul dia dapat...we decided to pay extra for his Iqra' and kita panggil ustaz datang rumah.

We opted for Al Farabi Home Tuition..yang menyediakan khidmat ustaz datang mengajar kat rumah mengikut time yang kita tentukan .
Sangat selesa kan .

Utk Aniq, ustaz datang every rabu and khamis sebab isnin selasa dia ada tuition.
Actually ada banyak pakej disediakan .
Pakej 2 jam, pakej 1jam setengah and bayaran ikut pakej ni la.

I pilih pakej 1jam setengah , ustaz akan datang..ajar mengaji Quran dengan bacaan yang betul, kemudian after setengah jam, ustaz ajar pulak syllabus mengikut kelas KAFA...ajar bacaan betul dalam sembahyang, ajar solat dengan betul.

Actually utk pakej , dia ikut berapa jam ustaz datang..tapi student can be more than 1..maksudnya kalau u pakat dengan kawan , boleh jer suruh anak dia datang join sekali and share bayar ker kan ...tapi syaratnya tak lebih 3 orang sebab ustaz kata nanti susah dia nak focuskan kat each student.

In my case, memang i bayar utk Aniq jer..but i plan later i nak ustaz ajar sekali budak berdua tu Iqra'.
Buat masa ni biar ustaz focus pada dia jer sorang.
Kalau tambah budak berdua tu join sekali mengaji pun , tak ada extra charge, sebab bayaran ikut pakej berapa jam kita pilih..so ok la kan .
Owh mak bapak jugak boleh mintak ustaz ajar tajwid parents yang nak betulkan bacaan mengaji..tapi kena inform dorang la, so that dia akan ready nak ajar parents pulak, kena ada  buku syllabus lain pulak kan .



Ni pic yang sempat i snap, i minta izin dr ustaz ni nak snapkan pic...serba salah jugak menganggu orang mengaji.
Masa ni ustaz tengah mengajar fardhu ain.


Ustaz nya muda lagi, kebanyakan ustaz2 ni lulusan al-Azhar dan buat part time.

Alhamdulillah, nampak mudah Aniq ikut dan dah nampak improvement dah bacaan mengaji dia dari sebelum ni.

sapa2 ada dilema nak hantar anak mengaji macam I, boleh la pilih option macam ni.
Bagi I, even bayaran dia lebih mahal sikit compare to kita hantar anak kita mengaji kat rumah orang, tapi i senang nak urus, ustaz boleh focus more pada anak2 kita, then kalau kita kena hantar anak, tak la terkejar nak uruskan hantar mengaji, hantar kelas tuition, bayar lebih utk keselesaan jugak.


2 comments: