love

love

Followers

Wednesday, 26 January 2011

Kisah jiran

Salam

Ini bukan kisah me bergaduh dengan jiran, atau ada sakit hati ker apa ker..tidak sama sekali..cuma nak share kisah jiranku yang satu ini.
Jiran depan rumahku ni Chinese...oh sebelum tu let me tell that kawasan kejirananku memang 1 Malaysia, me ada jiran cina , india n banyak la bangsa lain2 lagi kat area ni.Depan umah me adalah jiran Cina dan sebelah kiri rumah me juga jiran cina.Jiran depan rumah tuh,nama late suaminya Sunny.Late Sunny tinggal bersama isteri dan dua anak perempuanya serta bapa late Sunny yang kami selalu panggil uncle sahaja.Isteri late Sunny ni agak 'bising2' jugak orangya..ada saja benda yang tak kena pasal area umah kami2 semua kat sini yang dia nak komplen..berbeza dengan sikap late Sunny yang tak banyak cerita.
Masa kami mula2 pindah rumah ni, late Sunny yang mula2 tegur kami.Dia kenalkan kami dengan jiran2 lain di situ...kami berjiran seprti biasa, tegur dan berbincang bila ada isu2 dikawasan kejiranan, atau bila bertembung, ada laaa hal2 kecil yang kami bualkan.Late Sunny n isteri tak bekerja di luar, mereka berdua sama2 bekerja dr rumah.Mereka berdua agen insuran..life insuran n general.So, kalau nak hidupkan road tax kereta ker motor..hb minta late Sunny yang settlekan.
Masa hb ditugaskan bekerja di Karachi for few years..dia pesan pada late Sunny supaya tengok2 kan kami anak beranak, sebab late Sunny sajalah jiran yang banyak bercakap dengan kami.Dan memang sepanjang hb disana..late Sunny banyak membantu me..kalau nak tukar filter paip air kat rumah, bgtau saja dia..dia akan tolong...kereta rosak ker apa ker, dia carikan pomen utk me. Late Sunny rajin orangya, ada saja activity dia diluar rumah, menyapu laa..mengecat laaa..especially kalau nak sambut CNY.Rumah late Sunny ceria betul,berlawan2 dia dengan jiran dikiri rumah me ni..Sama2 mereka duk hias nak smbut raya.
After almost 3 years, hb balik bertugas di Malaysia ..kami sudah mula perasan perubahan pada late Sunny..kepalanya mula botak..badannya kurus betul.Hb pernah tanya ada apa yang tak kena..tapi late Sunny senyum saja..dia kata biasalaaa...umur sudah meningkat.Pada masa ini kami tengok banyak tugas late Sunny dah diganti oleh Uncle (his father yang duk sekali)..Uncle yang pagi2 keluar rumah, hantarkan anak2 late Sunny ke sekolah,begitu juga bila balik sek..ke pasaraya beli barang2 umah,...semua uncle yang buat.Kami jarang nampak late Sunny kluar..Bila kami tanya uncle pasal late Sunny, uncle jugak tak banyak cerita.Jadi kami faham yang mereka lebih suka kalau kami tak amik tau pasal apa yang jadi pada late Sunny..so, kami tak bertanya lagi selepas tu.
Rutin hidup seprti biasa...kami balik kg every weekend...kerja pada hari biasa n jarang kat umah kalau ada cuti2 .Suatu hari, hb ketuk pintu rumah late Sunny sebab nak minta dia buat road tax keereta kami seprti selalu.Isteri late Sunny yang keluar.Hb pun bgtau laaa dia nak jumpa late Sunny sebab road tax kereta...isteri late Sunny tengok hb cam hairan...kemudian dia tanya hb "u tak tau ka...?"..hb pulak yang hairan n menggelengkan kepala..."Sunny sudah lama takda...sudah banyak bulan loo".....adusssss..macam satu tamparan kat muka hb katanya...malu, serbasalah, rasa bersalah n semuanya...selepas minta maaf kerana tak tau apa yang jadi...hb terus balik.Hb tak tanya pada isteri late Sunny cerita sebenarnya kerana rasa sangat malu.
Balik kerumah, bila hb cerita dekat me...me rasa cam tak percaya.Malu sungguh rasanya menjadi jiran dia.Pelik juga sebab tak ada langsung apa2 majlis semasa kematian dia seperti selalu2 yang dibuat oleh jiran2 Chinese kami. Kalau tidak , pasti kami tau...kami pun tak bertanya lebih detail, bila dia meninggal..kenapa tak ada majlis semua.
Beberapa hari ini, me terkenang2 kan late Sunny kerana seperti tahun2 sebelum ini, pada masa ini late Sunny adalah orang yang sangat busy, menghias rumahnya utk sambutan CNY.Rumah late Sunny sunyi, dan kelam sahaja.Jiran cina disebelah kiri me pun macam sunyi juga kerana tak ada lagi kawan sejirannya yang dulu sama2 'berlawan' menghias rumah...sayu hati bila sesekali bertembung dengan isteri dan anak2nya...kalau kami yang cuma jiran (jiran yang sangat la tak prihatin huhuhu)ni terasa kehilangan late Sunny, pasti keluarganya lebih2 lagi..apatah lagi bila semakin hampir dengan CNY ni....
Bila me n hb ungkit kisah late Sunny ni,kami berdua pasti akan rasa serba salah n malu sendiri...betapa teruknya kami sebagai jiran....

No comments:

Post a Comment