love

love

Followers

Monday, 18 June 2012

Sabtu16 Jun 2012-piknik di Pangsun

Salam,

As planned with my BFF, pepagi Sabtu baru ni kitorang pi la piknik ke area2 lembah pangsun.
The idea is actually dtg dr Yuza..dia baru balik dr courses seminggu sebelum tu..so dia rasa that place is soo nice utk bawak kids rileks2 main air.

So she asked me to join .
Kebetulan pulak , Sabtu minggu ni, we didnt plan to go anywhere..err plan laaa actually , nak ke piknik ni laaa sebab rancang piknik ni dah dr Selasa lagi.

Jumaat malam lagi, my hb dah prepared pari masak asam pedas as requested by Yuza.
Tak mo pepagi Sabtu kelam kabut nak masak.
So bangun pepagi Sabtu, aku cuma masak nasi. 5 pot. Yuza pun ada masak, tapi aku saja masak jugak kot2 tak cukup.
Aku buat sambal belacan dengan mangga muda.
Aku bawak kuih cream puff, kecik2 comel, dalam 35 biji.
Aku singgah kat kedai otw nak kesana, beli air mineral, beli air kotak lagi.
 Bertolak dr rumah dalam kul 10.45 am

Tiba kat pekan ulu langat tu aku menyinggah kat 99 speedmart sebab nak borong air kotak tu la.




Then teruskan perjalanan n janji ngan Yuza kat tepi jalan.
Dia singgah nak shopping durian n manggis.
So nampak kereta dia tepi jalan, aku berhenti n sesama g shop durian.
Sebakul besar durian kampung, adalah dalam 15 ke 20  biji kot, besar ada ,kecik ada..harga cuma rm50 hengget.Tak gila???Even baru makan few days sebelum tu..makan ngan banyaknyer hokayyy..aku mana reti makan durian sebiji dua..kurang ,5 6 biji, tu kurang2 huhuhu.

So beli durian, manggis..
teruskan perjalanan sampai jumpa satu port menarik.
Hb n Ali , laki si Yuza pi usha dulu, then dia kata , okaylaaa kalau budak2 nak mandi.
Ada bangsal2 separa tertutup yang leh disewa.
harga rm 20 hengget satu port tu..kira orait la kan .

So ngangkut la , seberang jambatan gantung..bawak semua bakul2 makanan , durian, manggis yang beli.

First thing aku ngan Yuza mengisi perut dulu while lain2 tu semua sibuk nak mandi...lantak korang, pi la mandi, janji kami kenyang, lapar kang payah nak handle bebudak ni.
Twin duk kat bangsal tu dengan aku, yang dah besar2 pi mandi, join papa2 ..

 tengah confuse lagi,,,pehal lak dtg sini.

Yuza bawak gulai ayam, ulam2, sandwich.


stop kejap ceduk lauk, nak bergambar punya pasal




papa2 n kids...

mak sambung suap anak plak..sat lagi mak ready nak terjunn

kebulur..naik atas gigil2, mintak nasi..bedal sekali ngan duriannn..

dah bukak baju semua, ready to terjunnnn!!

Then ibu2 masuk air..semua pun terjun...takdak sapa la nak snap photo..

Dekat setengah jam dalam air yang sangat sejuk, aku pun hangkut kembar naik, lap2, pakaikan baju...

duk menung atas bangsal, aku bagi makan biskut tiger..tu yang elok jer diam...

ibu2 baru nak landing..sambil si Yuza tidurkan si Maryam, aku pun nak landing sebelah dia..sekalinya hb dia ajak gmkolam air panas plak...aduhhh potong stim

Ali...the guard hehehe

budak2 second round nak mandi...hb pun terjun sekali


makan biskut, sambil ke sana sini


Maryam dah tidur, Yuza keringkan rambut

main botol

makan  biskut


Dah kemas2, kitorang pun ngangkut balik, ready utk ke kolam air panas plak.

atas jambatan gantung




masuk jer kereta..nak angkat tangan pun dah tak larat



hampir terpejam dah

masa ni dah selamat

since kembar dah tidur, masa sampai ke tempat kolam air panas yang 1st tu aku tak turun, tunggu dalam kereta sambil pegang si Maryam...anak Yuza.
Tak lama dorang rendam kaki, pastu hb ajak g destinasi yang leh rendam n swim sekali badan dalam air panas.

sampai..nampak ada kerusi..utk orang duduk n rendam kaki, sapa nak swim, silakan ..kalau tahan panas

aku snap dr dalam kereta

sambil pegang si bam bam Maryam..kembar terlopong dah kat belakang

Takleh jadi ni..aku turun sekali hehehe

anak2 yang join , aku n Yuza duk jer tepi tebing

Tak lama pas tu, Aleeya bangun...aku bawak turun..Aleesa masih tidur..senyum jer nampak abang dia kat dalam kolam tu

Yuza n hb, ntah citer pasal apa..




mata dah layu...dah penat n ngantuk la tu

mata mu Yuza....

Aleeya kejar ayam

si bambam Maryam Nuha


then , masuk kereta, kasi dorang minum air susu..air kotak jer, malas nak bancuyh2

sekali sedut jer..Aleesa baru bangun

dorang g bilas kaki sebelum balik...ada satu perigi kecik kat sebelah kolam tu...khas tuk ceduk air n mandi atau basuh kaki.


Sebelum balik, hb ajak minum2 dulu..singgah la kat sebuah  warung tepi jalan...


Yuza order, aku tukang tengok jer

Anak2 Yuza...anak sulong dia tak join, ada kelas tambahan..tahun ni nak UPSR dah

me n my BFF..member nakal  dr kecik lagi nih

sekali lagi..

n lagi

Aniq

hanya bertowel..seluar semua basah


Happy...!!!




Itu kisah Sabtu kitorang..balik, sampai umah dalam kul 6 lebih..penat toksah cakap laa...hb plak terus siap2 nak g Dinner malam tu.Aku n anak2 dah kehabisan bateri..pengsan terus..






No comments:

Post a Comment