Hari ni hari kedua aku masuk kerja selepas cuti panjangggggggggggggg sangat last week.
Hari Khamis 31 May hari tu kan aku cuti..dapat MC sebab demam.
Thot that Jumaat tu aku akan pergi kerja ..last day laaa sebab next weeknyer aku amik cuti seminggu...sekalinya Jumaat tu pun aku cuti jugak.
1.Sebab aku kena bertolak ke Desaru Jumaat rupanya.Salah tengok agenda utk KKM gathering.Thot Sabtu pagi baru nak pergi.
2. Sebab kalau tak g Desaru pun , aku memang tak larat ..aku masih demam...rupanya bukan dua hari jer kisah demam aku.....panjangggggggggg huhuhuhuhu..sama panjang cam cuti aku.
Di pendekkan citer ..Khamis malam aku MC tu, aku ajak hb balik Muor..sebab aku tau Jumaat tu aku tak g kerja jugak.Drp aku rush Jumaat nak terus ke Desaru, aku tak larat sangat.
Plus banyak barang2 aku kena drop dulu kat umah mama ka Muor..sebab after balik dr Desaru ...memang terus cuti seminggu n hb wanna stay terus sampai hari kenduri kawin his sister..Nana.
So Khamis balik Muor..dah lewat jugak bertolak..n sampai Muor dalam kul 11 malam camtu.Sampai tu memang utk tidur jer pun ...Aku pun masih demam,,.cuma tak melarat sangat...telan ubat, ok la sket.
Pic kat Muor ...
ready for Desaru Aloha...
cubaan 'Peace'
Esoknya Jumaat , dalam kul 11, baru slow2 bertolak ke Desaru.
Aku bawak sekali Daniel join , saja buat temankan Aniq.
Sampai Desaru kul 12.30 ggitu kot.After dapat bilik semua, aku rest kat bilik.Masa ni demam aku dah takder sangat.So enjoy laaa duk sana...demam pun dah baik.
Masa hari aku g klinik Khamsi tu, aku dapat antibiotik.Tapi aku tak amik pun.Aku makan ubat demam, ubat selsema n utk sore throat jer.Takder batuk pun masa ni.Selsema pun lum menjadi.
Dah nama bercuti kan ..ALOHA lagi konsep gathering KKM this year..so apa lagi..aku join Sukaneka ...tengah panas tuuuu...then berendam plak dalam swimming pool ngan bebudak...sakannnn...!!
2 malam kat sana, n balik ke Muor Ahad pagi...aku rasa badan semacam..tak mo melarat , aku makan ubat.
Suppose aku balik KL, n hb jer stay..tapi menjelang petang badan rasa seram sejuk.So hb tak kasi balik.
Monday tu , hb sibuk tolong mama utk prepare majlis.Aku tak bantu sangat this time, sibuk jaga twin jer pun .Buat rutin dia pun dah cukup tiring...mandikan, siapkan makan, layan main...
Selasa tu pun sama cam Monday..badan rasa dedar2 jer, tak la demam ker apa, cuma hidung aku dah sok sek sok sek.Kepala rasa berat sangat.
Rabu bangun tidur, aku kena selsema...badan rasa sakit2 menyucuk2.Malam tu aku menggigil..sah demam datang balik.Aku takut , mula start amik antibiotik yang doc kasi last Khamis.
Khamis pagi esoknya, badan aku masih panas..masih demam, tapi aku gagahkan diri buat kerja ngan hb kat dapur..sebab takde sapa sangat utk tolong mama .Jumaat malam dah majlis nikah.Hb tukang masak..so tukang nak prepare persiapan masak, aku la kena tolong kan ...Seb bek bebudak tu tak banyak wat hal sepanjang kat kg..syukur laaa.
Khamis malam tu, aku tak tahn sangat sejuk...menggigil2 aku menahan.Last2 hb ajak g klinik.Sampai klinik, tak banyak ubat dia bagi ..cuma tambah ubat demam sebab aku dha tunjuk semua ubat2 aku dapat dr KL.Dia suh sambung je ubat2 tu.Then dia bagi ubat batuk sekali sebab aku batuk teruk since Selasa.Tho hb dah beli dua botol ubat batuk Hurix tu, tak berkesan sangat.Maybe sebab aku pun bedal makan jer semua makanan berminyak kot.
Doc suh aku g Hospital Muor by Sabtu kalau aku masih demam.
Aku teruskan amik antibiotik n segala maknika ubat tu utk bertahan sebab aku tak nak spoilkan majlis kawin.
Aku pun nak bergaya beb pakai baju sedondon.Rugi jer kalau tak hb aku sponsor baju sedonodn utk majlis utk semua org dalam rumah kalau bini dia yang tak leh pakai nanti hehhe.
Alhamdulillah, hari sanding Sabtu tu, aku sihat n mampu laaaa menolong apa patut.Dapat laaa handle 'main table ' utk pengantin sama2 dengan biras aku Lin.
Pagi Ahad after habis majlis semua, aku demam lagi.Aduhhh, gila tak tahan sakit semua badan..kepala berat.
Gagahkan diri, makan ubat n bertahan.Kami bertolak balik Kl dalam kul 8 malam kot.Sampai umah dalam kul 11.30 malam .
Sampai jer kat rumah yang ditinggalkan selama 11 hari tu...terus aku rasa cam dapat balik semua tenaga aku.
rasa nak cium pagar rumah, nak cium sofa semua..excited gila n tak tahu apa menyebabkan aku tetiba rasa sihatt sangat hahaha.Hb kata aku homesick ..'home'sick betul laaa..sebab nampak umah, tetiba sihat. Tho hidung sok sek sok sek lagi n batuk tak mau berhenti ...tapi badan rasa segar jer.Gila pysco laaaa...
Isnin aku kena cuti lagi sebab pengasuh baby call , cakap dia takleh balik dr kg, kereta breakdown..aduhhh..sabor jer la kan ..so Monday tu dapat la ak berehat denan ertikata rehat sebenarnya di rumah sendiri.
Alhamdulillah, tanpa perlu g klinik utk amik darah, aku akhirnya recover dr demam aku....
Selasa aku mula kerja, n toksah citer laaa caner mood aku...kerja bertimbun, nak kumpul balik mood kerja selepas berbelas hari cuti....fuuuh ..Tuhan jer la tahu..
Nak update entry pun ...amik masa berhari beb nak kumpul mood.
Banyak story n pic nak share..sepanajng gathering KKM di Desaru n sepanjang majlis kawin adik ipar aku.
In next entry...skang baru nak kumpul segala pic n nak ingat citer2 tu balik.
Daaaa
No comments:
Post a Comment