Penat kan jadi ibu....
Tambah penat kalau ibu kepada twin huhuhu
Tambah penat lagi kalau semua kerja rumah kena buat sendiri..
Tambahkan lagi penat pulak kalau kita ibu bekerja...
Rindu nya nak menulis.
Malam ni dalam kesibukan membuat kerja rumah, melayan twin yang makin banyak akalnya tu..menyediakan dinner, membasuh kain baju...aku nak menyempatkan jugak diri menulis.....
Semenjak dr balik cuti2 yang panjang lepas, aku rasa kelam kabut betul hidup ...(macam selama ni hidup kitorang ni terurus la snagat)..
Penat la yang terasa sangat...tapi peliknya, dalam penat tu, aku mampu menyediakan dinner without fail sejak dr balik cuti panjang tu, laki kata kemaruk baik demam..hahahaha indah la hidup kalau semua ibu2 kemaruk baik demam jer jadi rajin len macam
Aku nak mulakan dr Isnin yang aku cuti lepas...cuti sebab pengasuh twin belum balik dr kampung.So amik laaa urgent leave tho tak plan pun nak cuti Monday.Hb pun cuti, dia memang isi cuti dah lama..dia tau balik dr kenduri adik dia, dia akan penat gila, so dia amik cuti awal2.
So what i did on Monday yer....
Bangun pepagi, aku basuh baju, tekan jer washing machine..then ajak hb breakfast roti canai kat mamak..rindu lama tak lepak brekafast pepagi kat mamakl depan rumah ni.
Naik motor berempat..best..cam duk kg jer rasa..tak pakai helmetnya..alaaa depan umah jer pun ...(tak patut contohi yer)
Balik dr breakfast, singgah kedai , beli ayam sekor, beli kobis separuh.
Sampai rumah, jemur kain...basuh lagi sebakul.
Mandikan twin.
Ambik penyapu..sapu sampah.
Hb duk luar rumah, tengok pokok2 bunga dia yang dah seminggu dia tinggalkan .Belai apa patut.
Aku handle semua barang2 dalam rumah yang bersepah..balik dr Muor malam Ahad tu..semua campak depan pintu jer kan..kena la settlekan.
Pas menyapu, mengemop..berhenti rehat sambil main gurau2 ngan twin yang dah start rengek2.Tidurkan dorang.
Dorang dah selamat tidur,masuk dapur,sediakan simple lunch.
Masak lemak kobis, ayam goreng cili padi, fishball+tofu masak halia utk bebudak.
Lunch sekali ngan Aniq.
Basuh pinggan, kemas dapur.
Budak2 bangun tidur, suapkan lunch.
Then rehat jap.
Dalam kul 3.30 aku mula kemas bilik bawah.Bilik tu ada dua tiga kotak barang sejak dr pindah yang belum unpack.
Dalam kul 5, bila dah beres, terus solat Asar.
Pas Asar, while hb sibuk ngan kerja opis, aku masuk dapur, geledah2 dapur n jumpa cendawan.
Datang idea nak wat cendawan goreng.Jadikk.
Pastu siapkan bebudak, mandikan , suapkan dinner.
Pas maghrib, tunggu isyak, dinner, kemas lagi dapur, siapkan barang2 utk masak pepagi esok.
Then naik atas, lipat kain baju depan TV, sambil tidurkan bebudak.
Dalam kul 12 baru dapat rehat.
Selasa,rutin cam biasa.Siapkan breakfast Aniq.Masak lauk tengahari.Load lagi kain baju dalam mesin
Aniq g sek, aku naik atas, bawak naik sekali susu 2 botol, bagi twin susu, aku mandi, solat.Hb baru balik surau.Aku jemur
sebelum g kerja
Pas hantar bebudak, aku g kerja.
Balik kerja, Selasa tu, memandangkan aku sediakan nasi goreng jer utk Aniq punya lunch, so malam tu kena la masak benda lain.
Masuk dapur, goreng kuey teow goreng.
Pas makan kemas dapur bersih, kilat2..baru naik atas, bawak naik segunung lagi kain baju utk lipat.
Rabu, rutin cam biasa.Cuma dinner tak yah masak penat2, sebab lunch aku dah masak pepagi.Sediakan daging masak kicap utk Aniq n malam , hb makan tu jer la.
Rutin biasa, kemas dapur kilat2.
Bawak naik segunung kain baju.Hari Rabu baru2 ni, twin berdua demam panas.
Thank God that aku tak perlu sediakan dinner.So fokus jaga dorang berdua jer.
Lucky esok pepagi Khamis tu, bebudak dah tak panas.Tapi Khamis tu aku g kerja , mata takleh celik sebab malam tu sampai kul 4 aku berjaga, monitor twin yang demam.Panas betul badan dorang so aku tak berani nak tidur.Plak tu ni first time dorang demam serentak berdua.
Merah padam muka dorang berdua.
Ni aku snap pukul 3 pagi.
Khamis pepagi tu aku g kerja, rasanya tenaga aku dah tinggal berapa persen dah.
Penat betul rasa.
Khamis balik kerja, panas lagi badan depa berdua.Hb plak keluar badminton malam tu.Seb bek balik petang Khamis tu, hb masuk dapur.
Dia masak asam pedas ikan tenggiri.
Tapi lepas masak, berspeah2 dapur..kenala jugak mengemas, kasi kilat2 kan.
Then start la monitor budak berdua tu.Alhamdulillah , lepas makan ubat malam tu, berpeluh badan dorang.Dapat aku tidur.Awal gila aku tidur..sampai tak sedar hb balik dalam kul 12 malam.
So hari ni dah jumaat.
Balik kerja tadi, singgah beli ikan pari, hb nak masak asam pedas utk esok.Ada plan nak piknik ngan my BFF Yuza.
So sampai rumah, blank la plak tak tau nak masak apa sebab tak beli apa2 pulak utk dinner.Hb tak plan apa2, aku pun tak der swebut pasal dinner.Dah bila dia g surau, aku blank..apa laaa nak wat utk dinner eh.
G dapur bukak fridge, nampak ada ayam.
Ada plak sayur kobis, lebih aku buat kuey teow goreng hari tu.
Ada bihun.
Nak goreng bihun, cam payah sebab takder cili kering dah blend.Tak gigih mana aku nak blend time2 dah suntuk sangat tu.
Godek2 fridge, jumpa lada hitam aku dah siap tumbuk.
So teringat laaa bihun ala2 sup macam mak aku selalu wat.Hb suka, aniq pun suka.
Simple sangat2.
Tumis bawang putih, masukkan ayam, yang dah potong kecik2.Dah garing ayam , masuk bawang blend.Dah kuning2 sket, masukkan lada hitam yang dah tumbuk.Banykkk..baru sedap. Dah garing, masuk air...pecahkan telur 2 biji, masuk sayur.Perasakan.Dah menggelegak semua masuk je bihun n makan segera.
Nak makan, leh buh cili sos, kicap.
Laki aku suka buh segala sos.
Aniq akan buh segala kicap
Aku makan bodo gitu jer.
Pas makan ni, aku kemas2, basuh pinggan semua..kemas meja makan yang berspeah sebab budak kembar berdua yang sesama dinner ni dah tumpahkan satu meja makan aku ngan bihun sup ni tadi.
pastu aku rendam cili kering n tinggalkan kat dapur.
Turn hb to prepare his asam pedas ikan pari utk pagi esok.Dia nak masak awal2 sebab esok takut tak sempat.
Aku nak goreng nugget esok pepagi
Nak goreng samosa, karipap n segala apa patut for the picnc
Nanti aku update kisah picnicn with my BFF.
Rajin kan aku minggu ni.Tiap2 malam prepare dinner.
Tengok la nasib next week plak caner.
Citer KKM kat Desaru belum sempat citer.Citer majlis kahwin adik ipar aku pun tak sempat citer.
Tunggu la bila aku rajin plak.
No comments:
Post a Comment