love

love

Followers

Tuesday, 4 September 2012

Rombongan Cik Melah datang beraya

Salam,

Jumaat baru2 ni, family aku dr Trg datang rumah.
Beraya la konon.
Actually my sister kak Enah nak hantar her only doter ke Nilai.
She got offer kat USIM, Nilai.
Dulu masa matrikulasi kat Melaka pun kitorang yang tolong hantar jugak.
This time kat Nilai, dekat la sangat ngan umah baru kitorang.

Hari Khamis malam tu lagi ayoh dah inform me, maybe Abang Wie dan Abang Kir aku join sekali.
So total 3 buah kereta laaa nak datang, 3 family then mak ayah aku.
Aku ok jer, risau rumah sempit la sket, as long depa tak kisah nak berhimpit himpit waktu tidur malam, aku pun ok jer la.

So Jumaat pepagi tu, cuti kan 31 Ogos 2012, aku dah bangun pagi2, kemas la sket2 apa patut.
Hb g kedai, cari barang2 utk masak sebab dah tau dorang sampai lunch hour.

Hb sediakan indian cuisine..hehehe
Kari kepala ikan, taugeh+kucai goreng,sotong goreng, ikan goreng dan ayam goreng.
Semua tu goreng ngan sket rempah2 campuran ala2 india.


Elok dorang sampai tu waktu makan, tapi sebab Jumaat , dorang nak solat Jumaat dulu.
Nak jadi cerita plak, jemaah solat Jumaat kat depan surau rumah aku punyalah penuh sebab hari cuti merdeka kan, sampai takder tempat depa nak solat.
Terkeluar dr pagar surau, sampai kan separuh saf solat kat luar, n sambung sket lagi saf dalam laman rumah aku.
Laki aku duk la bentang segala carpet, sejadah ...buat 3 saf lagi dalam laman rumah aku.





sejukkk jer nampak pic2 ni, kat laman sendiri heheeh.

OK then pas solat, baru depa makan.


tak muat meja, bersila kat dapur

separuh kat meja makan dapur

Dalam kul 4, sister aku dr Shah Alam plak sampai dengan anak dia.
Aku hidang makan nasi sebab sister aku lum lunch.
Then Kak Nora , bini Abang Kir aku goreng keropok...
Tetamu baru sampai makan nasi atas meja, kitorang minum petang kat lantai...bersesak n sempit, tapi enjoy sambil sembang2 anak beranak.



Terselit kakak n adik kat situ...dapat makan keropok hehehe

sonok makan 

Ayah aku dah terlentang kenyang


Pas minum petang, semua siap2 n gerak ke Ikea.
Mak ayah aku duk umah.
Pergi dua buah kereta.

Punyalah ramai umat kat Ikea.
Nak parking seksa nya..berpusing2
Dah la kitorang dua buah kereta.
Akhirnya dapat jugak masuk, n depa pun shopping laaaa.
Ntah berapa berhabis aku tak tau, seb bek dapat sumbat dalam kereta barang2 tu hahaha.
Sampai rumah dah kul 10 malam,budak2 dah ngalas perut makan hotdog ikea, yang tak berapa nak budak2 ni laaaa balik kebulur.

Hb pun kuar, beli roti canai, makan dengan kuah kari kepala ikan siang tu.

Berhimpit2 lagi semua, having supper.
Ntah pukul berapa tidur malam tu, sambung borak2.

Esok pepagi Sabtu, siap2 nak ke Nilai.
Masa aku siap2 kat atas, dua orang kakak ipar aku kuar jalan kaki, pi kedai beli nasi lemak.
Breakfast dah ready by the time aku turun.
Then semua rush2 siap ke NIlai.
Abang wie satu family tak join.
Dia ke Chow Kit, shopping barang berniaga dia n terus balik Kuantan.
So cuma dua buah kereta ke NIlai.
Tapi sendat laaaa.

Kat Nilai, kami semua tersadai sementara menunggu anak buah mendaftar.
Hb temankan sepanjang proses.
Aku sibuk ngan budak kembar tu.
Tak dapek buat apapun .
Cuma ada kaunter utk check health kat situ, so sementara anak2 abang Kir aku menjaga twin berlarian ke sana sini, aku bawak mak ayah aku n aku sekali saja2 test health.

Alhamdulillah, semua ok, BMI pun cam dah ok kih kih kih..bila masa ntah diet, tetiba berat leh turun, menipu kot mesin timbang situ.

Dah settle dalam kul 11 lebih, kak Yong join sekali sebab aktiviti utk dorang start malam.
Kalau tak ikut buhsan plak kat asrama nanti.
Nextnyer, g NIilai 3.
Lunch pun kat food court situ.
Aku bantai tidur dalam kereta dengan budak kembar berdua.
Yang lain semua turun makan.
Dalam setengah ja pastu, hb kejut, dia duk dalam kereta..aku melilau ngan akak2 aku.
Shopping selipar, tudung, kain.
Then g pulak kedai karpet..kat sini peranan laki aku laaa nak dapatkan harga karpet murah  sebab peniaga semua pakistan kan .
Hb pun speaking Urdu...terus dapat harga kaw2  punya.
Masing2 ngangkut laaa berhelai2 karpet..terbangg berapa ribu tak tau laaaa aku.
Aku tukang tengok jer.

Pastu masing2 takut nak berlama2 lagi sebab nampak ayah aku dah muncung dalam kereta.
Drop kak yong kat asrama dia then terus kami balik rumah.
Dalam kereta semua duk bisik2 tak puas hati shopping sebab banyak lagi benda nak beli hahah.
Sebelum tu ada singgah kat satu kedai second hand feveret hb aku...
Masing2 aim banyak benda nak beli situ, tapi tak sempat.

Dah sampai rumah, muka kelat, hati tak puas lagi hahaha...
Malam tu dinner nasi.
Kak Enah masak kuah uikan singgang..makan ngan sambal belacan n ikan goreng fresh mak aku bawak dr Kuantan.
Sedappp..bertambah2 aku makan.

Malam tu, semua duk citer pasal tak puas hati kat Nilai.
Ahad morning, plan asal nak g rumah kak Ha kat kelang dah ditunda...sebuah kereta pergi ke NIlai balik.
Hb drive.
Sebelum tu breakfast mee goreng jer.


Aku tak join, duk umah ngan mak ayah n budak2.
Tapi aku tak masak.
STandby dorang balik terus nak lunch kat Kelang.
Dalam kul 1lebih baru dorang sampai rumah.
Bawak balik punyalah banyak barang.
Sampai berhimpit2 dalam kereta.
Sebab dorang beli 4 biji cermin besar second hand..dr hotel punya kat kedai second hand semalam tu.
Nampak muka puas hati masing2 dapat shop.

Then takut lambat terus menghala ke Kelang.
Lunch kat rumah Kak Ha.

Kat depan rumah Kak Ha sebelum balik, with anak2 dia n cucu2 dia.

kak Ha citer apa ntah sebelum balik tu, muncung2 mulut huhuhu

Dr rumah Kak Ha straight away ke Alamanda pulak.
Abang Kir pulak nak shop baju2 dia.
Menunggu la aku n mak ayah aku kat food court tu.
Order jer waffle aiskrim n air panas utk semua
While waiting, hb pi surau n aku pi mandikan budak berdua tu.
Kuar dr Alamanda dah malam, kul 8 dah.
Trus jer la pi dinner kat Warung Pak Maidin, Seri Kembangan.
Semua order ala carte jer.
Mok belanja.

Then terus balik ke rumah.
Malm tu baru laa masing2 dapat buka n belek hasil tangkapan dr Nilai pagi tu.
Ntah kul berapa ntah masing2 tidur.

Dorang balik next day nyer , Monday.
Aku kebetulan amik cuti nak settlekan few thing kat JPN.
So dapat laaa tengok dorang balik..melambai2, peluk cium semua.
Pas dorang balik, kitorang pun terus gerak ke JPN.

Punyalah penat melayan guest2 tu, sambil terpkasa mengelek sekali twin ke sana sini...Tuhan jer la tau.
Tapi hati sangat puas dan seronok, especially because my mum n dad ada join sekali.
Pas dorang balik, ketattt jer rasa, rindu plak riuh2 camtu even penat.
Bukan selalu dorang dapat datang rumah aku.
Ntah bila la lagi dapat kumpul2 camtu kat rumah aku.huhuhu...










No comments:

Post a Comment