love

love

Followers

Tuesday, 24 September 2013

Kesan Ephyra

Salam,

Hari tu i beli Ephyra kan .
Ada i citer kat sini.




So, today after almost 20 hari..lebih dah rasanya, i nak citer la sket apa kesan Ephyra to me.
Actually tho i dah beli more than 20 days, baru 15 sachet yang baru i consume.
Standard la i ni.
Tu pun nasib baik ingat jugak, dapat juga 15 sachet.
Sebab mahal kan ....makan la jugak.

Actually after 2, 3 hari after consume tu, i nampak ada effect pada diri i, tapi i fikir, pyscho jer kot.
I tak laaa ambik port sangat sampai la ic iter kat papa dan dia agree with me.

Ok,i ada masalah tumit pecah yang keterlaluan sampai i rasa tak tau nak buat apa.
I rajin la jugak sapu bio oil atau baby oil, tapi pastu pecah balik.
Dia punya teruk tu, hinggakn kalau i lalukan kain especially jenis fleece pada tumit i, confirm kain tu sangkut sebab tumit i cam berbulu2 dengan kulit pecah.
tension tau..kadang2 bila i gosok kaki kat betis papa, papa pun cakap kasar sangat.
.Yang pelik,after i ambik 3 ke 4 sachet camtu la Ephyra kan...i saja la test lalukan kain selimut fleece i kat kaki.
Gila terkejut bila smooth jer takder sangkut2 cam selalu.
Since i pikir i ni pyscho snagat kot..i abaikan mulanya.
Tapi i tak puas hati, i saja gosok tumit kaki kat kaki papa...then dia pulak notice.
Haaa, maknanya betul la kan .

kesan kat muka pulak i tak nampak.
Muka i sama jer cam dulu, takderla orang tegur makin berseri ker apa.
Mungkin sebab muka i jenis muka tak bermasalah sangat so cam susah nak compare la.
I still nampak cam pori muka i sama jer cam dulu.


Ok, tapi menariknya kan after 15 sachet, papa tegur pasal rambut i.
I memang tak perasan mulanya, tapi papa kata rambut i nampak lebih sihat dan tebal.
Bila i nak ikat rambut, i pun pegang..betul laaa...lebih banyak pulak dalam genggam i.
Wah suka suka.

I ni kan ada masalah rambut gugur
cakapla syampu apa i tak try.
tapi takder effect pun , kalau ada pun , berkurang jer rambut gugur, tapi takder la akan tumbuhkan new hair dan tebalkan balik yang dah gugur tu kan .
Rupanya selama ni, Ephyra bagi kesan jugak tumbuhkan rambut2 i yang dah hilang tu.
Seronok weh...skang asyik duk pegang rambut and puja rambut sendiri..kegilaan apakah  hahahah.

So, itu jer la kesan nya setakat hari ni.






Monday, 23 September 2013

Donut, pisang tanduk and snow cheese cake on weekend

Salam,

Friday malam after works, i join zumba class with my BFF somewhere at Shah Alam.Nanti la i citer pasal zumba tu.
Suppose papa hantar and he willing to wait for me sampai habis kelas, but Yuza kata the class akan normally habis at 10pm and papa pulak malam tu nak balik Muor with mama and atuk.
So, i cakap papa g la dulu umah Ngah, i pergi jer sendiri.
Balik dr kelas rupanya papa kata tak jadi balik Muor malam tu.
Esok pagi2 baru nak bertolak...so, dia ajak i pergi tidur umah ngah malam tu sebab semua adik badik berkumpul.
I pulak dah alnmost kul 11, seram pulak nak g sorang2, budak2 semua dia dah angkut.
Nasib baik at 12.30 pm malam tu, Nana and uncle datang rumah from Rawang and i tumpang jer dorang.


So Sabtu morning, i kat rumah Ngah, duk sembang adik badik, tengahari jugak baru papa bertolak Muor , tapi dia drop kita semua dulu kat rumah.
So, only mama atuk and papa balik Muor.

Utk lunch, i masak lemak pucuk ubi with ikan kembong goreng jer.
Petang budak2 tidur, i bosan tak tau nak buat apa..so terajin laaa membuat donat.

Nasib banyak lagi bahan2 buat kuih , so i extra rajin sket nak deco donut bebudak ni.

Buat maam ni baru menarik sket dorang nak makan .



Cuma celup dalam coklat dan tabur apa jer yang i jumpa in the pantry





Elok dorang tengah lapar bangun tidur...sampai comot momot melayan donut.


Then tengok dalam fridge ada lebihan 2 biji lagi pisang tanduk, beli masa balik rumah dr Teluk Intan last week.
Alamak lupa plak nak citer pasal balik kg ayoh kat Teluk Intan eh..takper2...later.
Donat i tak berapa suka snagat, so i goreng pisang tanduk tu and makan berdua with bibik Ayu.


I makan dengan cili kicap, Johor style..

Sunday, i woke up quite early, buat nasi goreng sebab lebihan ikan goreng banyak.

i normally akan makan dengan cili kicap sebab masi goreng ni tak pedas, senang budak2 makan kan..terpaksa laaa buh cili padi later.

Suppose Yuza nak datang nak finalise product project kitorang before launch tapi anak dia pulak demam and batuk teruk.

Since tak der kerja, i pun bake laaa cake yang dah lama i tengok kat blog2.
Teringin nak rasa.
So, godek la kejap.


 Tapi macam biasa, bila ibu sibuk kat dapur, budak berdua ni akan tunggu lebihan batter kek..
Siap suap pakai senduk tu...


happy sangat bila i bagi satu mangkuk tu kat dorang.



Im so happy dengan hasil sponge kek tu.

Dalam oven, nak keluarkan ...

Terus telangkupkan supaya kek tu tak menurun...



After 5 min lebih kurang , baru keluarkan dr loyang and sejukkan atas redai kek.
Tapi i ni tangan memang tak reti beralus buat kerja.
Sememeh habis kuarkan dr loyang.
Satu lagi sebab kek ni terlalu peroi



Lembut sangat.
Macam tekstur chiffon cake.

Tapi bila i nak potong tengah nak sapukan cream cheese memang masalah sket, sebab peroi sangat.
Last2 hancus kat tengah.
Tapi takper, cepat2 sapu cream cheese nak cover hahahaha.



sekali lagi hasil sememeh tangan i..memang keras.
Then sejukkan dalam fridge dalam 2 jam before potong and enjoy the cake.

Sementara kek sejuk and nak sapu cream cheese..i pasang khemah kat luar , so that budak2 tak kacau i.



After few hours, dorang dah tak sabar asking me to serve the cake.







Our story of  Saturday and Sunday menternak lemak








Friday, 20 September 2013

Divider in the house.

Salam,

Ingat kisah tragedy Aleesa.
On how Aleesa dihempap divider dalam rumah?

I ada cerita the whole story about camana dia boleh kena hempap and camana dia dirawat sampai laaa dia betul2 dah ok sekarang kat sini.

For quite sometime, our rumah takder divider lagi.
I was phobia to the divider and anything that will cause accident to my kids.
There was a time, tengok cara Aniq duduk atas kerusi while he was playing computer game pun scared me enough.
I melarang kids to do macam2, sampai papa kena clearkan kepala otak i that accident happened for a reason .
Kalau benda nak jadi, akan jadi, we can try to prevent but to be so traumatic macam tu, takleh stop things to happen pun .
Day by day, i mula terima and i dah bagi kebebasan sket kat my kids to do their thing..or else semua tak boleh sampai budak2 tu pun naik bosan dengan ibu dia ni.

So, as there's no divider in between my living and ke guest bathroom kat bawah tu, mata kami berdua sangatla sakit.

pic google

I bought tirai kain hitam and minta papa pasnagkan so at leat boleh la tutup sket pandangan direct ke bathroom tu but papa banyak alasan pulak.
So terbiar la tirai tu , tak dipasang2 pun .

Sampai la satu hari, bila dah nak raya, kita mula start to buat few  self makeover and deco kat rumah tu and papa tanya boleh tak dia pasang divider lagi at the same exact place tu sebab itu je rpaling sesuai.
I was refused at the first time.
I memang tak mo.

But papa keep on pujuk and convinced me , he will use lighter kayu dan dia yang akan pasang sendiri..
He will make sure every inch of the kayu will ber drilled ke dinding.
So, he wont compromised on the safety aspect that i should confidence and believe in him.


I cakap, boleh, tapi i will monitor every kerja2 pemasangan dia.
Macamlah i terer.

Our first hunt pergi Ikea, nak cari kayu2 yang lighter and ssesuai.
I tertarik dengan satu divider contoh that Ikea installed at their showroom, but it was not for sale and they dont even have the same design or material for that.

This is the photo that i snapped.

Nice kan ...



But it was quite hard to get that kind of material kat kedai luar with that size.
Papa opted for Ivar Shelves kind of kayu from Ikea.




But instead of beli the whole set, Ikea did sell shelves tu sahaja without set la.
So, papa beli 2 set.
2 set of kayu tu can get 4 keping .
Unfortunately i forgot the price for the set.
Papa cakap dah cukup utk siapkan our divider.


Balik rumah, the next day, tengah2 malam papa bertukang seorang diri.
The next day, i woke up tengok everything done!
I marah juga, tapi dia tunjukkan mana skru2 dia pasang.
Theres 3 screw sebesar alam dia pasang kat bahagian tepi dinding attached with dinding bilik bibik.
And another 3 screw yang sama saiz and cukup panjang as he showed me before at the top , dia drill ke bahagian beam rumah.


The next daynya, papa use syelek, buat one layer .
And before kita balik raya, Aniq helped with another layer.

Actually, kalau tak syelek, kayu yang attached 4 keping tu cantik kalernya...sama cam Ikea punya sample that i showed kat atas tu, but kaler kayu utk  framekan divider  yang i guna tu tak cantik n tak sama ..so we have to use syelek then .




2 set of IVAR shelves from Ikea.
Pakai kayu 2 by 4 3 batang for the frame 
Another 7 batang potong kecik2 buat shelves yang macam tangga tu.
Nasib baik dorang tak panjat hhuhuhu.
Maybe semua in the house pun fobia dengan kayu2 tu.

So finally, we still have divider in the house.

My FIL and ayoh pun datang buat inspection the kayu and how it was installed and semua cakap, tak lojik akan jatuh kecuali atas kehendak Allah...kalau  binaanya, insya Allah kukuh.

Everyday i lalu kat situ, i akan goyangkan the divider.
Everyday without fail to make sure ianya kukuh ...sangat2 kukuh to stand there.









Thursday, 19 September 2013

Kak Lea yang ku kenal ...

Salam,

Actually tak der entry nak up kan today.
Tajuk dalam draft dah dua tiga dah standby, tapi tu laaa...bila takder pic , tak semangat nak bercerita.
Tapi tadi dok blogwalking, terjumpa la pic i kat blog salah sorang kawan yang dah lama i kenal.
I mula start blog pun rasanya sesama time jer dengan dia.

Kita mula kenal sebab sama2 ada anak kembar dan join Kelab Kembar.
Then masing2 ada blog.

Ni entry yang baru dia publish today and letak pic i awal2 lagi.





Aduhhh malu tapi bangga jugak sebab dia tulis i pandai masak walaupun hakikatnya i boleh masak, tapi bukan lah pandai...jauh sekali terer.
Terima kasih banyak2 pada Kak Lea (dia bahasakan diri dia Kak Lea in her blog).

Ni pulak orangnya.
Comel, kecik molek sungguhpun anak2 dia dah besar2.

Compare dengan i, besar gajah huhuhu...

I tak tau nak cakap apa...tapi i sangat2 berterima kasih to her sebab masa mula2 buat blog pun i banyak tanya dia macam2.
Maklumlah, nama jer bidang IT,tapi malas sungguh nak godek macam2.
Semua nak jalan pintas, so i duk la tanya dia.

Cuba lah ke blog dia.
Blog dia comel tau..sesuai sangat dengan orangnya.
tapi Kak Lea ni tak banyak cerita pasal her personal life.
Dia banyak berkongsi ilmu , dari rancangan TV yang dia tonton, sangat gigih menyalin nota2 penting everytime dia menonton ilmu2 berguna, semata2 to share with us.
Ada juga cerita2 lucu , kisah zaman kanak2 dia...
Pandai pulak tu dia sketch kartun comei2.
Tu la Kak Lea yang i kenal.

Blognya yang sama jer lebih kurang dengan i startnya dah ada beribu follower...so dah boleh tau la kan macam mana berguna dan berilmiah her blog compare to mine .


Kalau cerita panjang pun tak guna, meh la sama2 terjah her blog.
Confirm akan selalu nak ke sana.








Wednesday, 18 September 2013

Apam Pelangi

Salam,

Jumaat lepas i cuti.
Anak kembar berdua tak sihat.
Lepas siap suap makan, bagi ubat dan tidurkan dorang, punya la bosan duk rumah.
Akhirnya, terfikir nak buat apam pelangi.
Dulu2, memang i suka buat apam ni.
Hari raya pun i buat apam ni kat rumah mok.
Tapi sejak pindah ke rumah baru ni, ada sekali dua jer kot

Ini pic2 lama 
sebelum kukus


dah kuarkan dr kukus

dah potong siap2 bawak opis




Memang banyak kali i buat apam ni sebab bila makan tak muak macam kek.

So Jumaat hari tu i buat laaa...

Satu loyang besar.
Tapi pic lepas kuar dan potong takder plak.


I memang suka sangat dengan apam ni.
Sapa2 nak try, i share resipi kat sini k.



Bahan:

4 biji telur
2 st ovellet
1 st esen vanilla
300 gm gandum
300 gm gula halus ( i use 180gm only)
250ml santan (use santan kotak)
1st baking powder
pewarna (i use 3 colour)


Method:
Pukul telur +ovellet+ gula sampai gebu
Masuk santan dan esen vanila, pukul lagi sebati
Masukkan tepung gandum yang dah ditapis sekali with baking powder and pukul rata
Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan bubuh pewarna
Tuang sela[is demi selapis dalam loyang , kukus for about 30 min and done!
I use loyang besar segi empat tu or kalau guna loyang 7 inch, boleh buat satu lagi dalam loyang lebih kecik...


Selamat mencuba, dah buat sekali confirm akan buat lagi hehhe.

Tuesday, 17 September 2013

Sorang lagi..

Salam,

Tahniah pada Angah dan family atas kelahiran cahaya mata ketiga .
Dah bertambah sorang ahli keluarga sebelah papa .
Total cucu mama dah jadi 6 orang .
Ini anak ketiga angah.

Comell sangat.
Tapi ibu dan paklong tak berkesempatan lagi nak menjenguk dan mencubit pipi baby ni.
Masa malam mummy kat labour room, ibu dan paklong ada menunggu.
Tapi baby tak keluar2.
Akhirnya kita balik at 10.30 malam sebab twin demam n tak sampai hati nak tinggalkan lama2.
Rupanya elok jer smapai rumah, baby dah keluar.

Pic baby ni pun cilok dr FB biras.




alhamdulillah syukur...my new baby girl lahir pd 13.9.2013 pukul 10.59 minit malam seberat 2.92kg







Friday, 13 September 2013

Terubuk bakar

Salam,

Semalam dah tunjuk makanan kat Kemaman Coffee Shop,
Hari ni nak citer makanan lagi hehehe.

Actually this week, mok dan ayoh ada kat our house.
I balik kg haritu and i pujuk my parents to  stay at my house for few days..i promised to send them back by the end of the week and they finally agreed.
Tapi dua malam jer kat my house and my sister ,Mak Teh datang , mengajak my parents to their house.
Bila my parents datang jer KL, selalu la sangat berebut2 nak ambik parent duk umah masing2 because bukan senang nak memujuk my parents datang sini.
So, ada 3 sibling here, sorang kat Shah Alam and my eldest sister  kat Kelang, berebut2 nak membawak mok ayoh balik rumah masing2 hehehe.

Setakat hari ni, i la selalunya yang berjaya memujuk my parents ikut i balik KL hahaha, sebab i always convince them, duduk tak lama, seminggu jer...but always ending up more than a week laaa sebab nanti nak kena jugak sehari dua kat rumah sister2 i berdua kan ...and kat rumah i mesti kena lebih, i yang bawak dorang kan..haruslaaa hahaha

This time around, i brought them here on Monday.
Monday malam and Tuesday , they both bermalam kat my house, tapi Wednesday pagi2 my sister dah kidnap them both masa i kat opis ..huh!!
And kelebihan pada my sister, dia dah tak kerja, pencen, so duk umah boleh 24 hour melayan my parents, nak makan apa, dia akan buatkan ..so instead of dia janji balik malam semalam, tetiba call i kata nak balik today ...tapi takper, i always happy kat mana pun they choose to stay as long as they happy.

Weekend ni pulak, i nak bawak they both balik ke kg halaman ayoh, Teluk Intan..sebab his niece buat wedding anaknya..cucu sedara my father la kiranya.
Dah lama sangat ayoh tak menjenguk kg halamannya, so this time, dia insist nak sangat balik tengok kg.
Takpe, both me n papa dah kosongkan jadual semua,kita akan ke sana laaa weekend ni...errrr esok la kan hehehe.

Eh melalut nya intro hahaha.
Okay nak cerita, masa ayoh dan mok stay at my house Selasa hari tu, i buat terubuk bakar cicah  cili kicap 

It was one of ayoh punya fav lauk and he  will request for that kalau datang KL, sebab kat KT susah nak dapat kot.
This time , dia lupa nak request, dia pun dah semakin tua dan tak sihat.
Kesian lihat my dad tu, so i suruh papa carik ikan terubuk.
Alhamdulillah, niat i dipermudahkan dan papa dapat 2 ekor ikan .

Ni sekor yang dah bakar

I lawankan dengan lauk labu masak lemak cili api, telur dadar dan ikan kering

Ada 3 ekor ikan kecik2 tu i goreng khas utk papa sebab dia memang tak reti makan ikan terubuk.

I pulak sangat2 laaa suka ikan terubuk ni.
Aniq pun sama .
Tapi bila ayoh takder, we never have this ikan at home.
Tak best takder lawan nak mencicah hehehe


Ni cili kicap makan dengan terubuk bakar.

Instead of making my dad happy , i yang over makan nasi berpinggan2...parah sungguh!!