love

love

Followers

Wednesday, 12 March 2014

Umrah Ziarah Istanbul day 3

Rabu 19/2/2014

Salam,

Bangun pagi after subuh kat bilik, terus turun makan .






Buffet breakfast dengan pilihan makanan yang pelbagai.
tapi semua taste sana laaa kan .
I ok jer , ada cheese, ada roti, ada salad , memang on jer.
Papa laaa terkebil2 sket.
Dinner malam sebelum nya pun makan kuis2 sket jer.
Breakfast tu nasib baik ada telur and roti.



Yang ni best...ada pic kering, kurma, kismis and buah tin.



Kat sini takder ramai guest lain sangat.
Kat dewan makan ni riuh dengan team kami jer yang 18 orang ni.
dah la semua kepala ok, memang riuh rendah hahaha.


Kami dah kenyang hehehe..now tunggu orang masukkan beg2 ke dalam bas.
Dah kena bertolak ke Istanbul balik.
Couple ni paling muda dalam team, Baem and Sri..seronok berkawan dengan depa.
Kepala pun sama, memang seronok laaaa.
Team member lain even ramai yang dah berusia and veteran tapi semua ok and sporting, tu sebab seronok jalan sama2 , riuh team kami duk bersembang, kutuk mengutuk hehehe.



Depan hotel.
Sejuk wooo, tapi lepas bergambar, lari masuk ke hotel balik la.
Baju tu dah 3 lapis pakai kat dalam , belum lagi sweater kat luar.
Papa jer rileks pakai kemeja

Dalam bas, Guilis bercerita pasal Turki lagi.

Siap dia share camana rupa IC dorang kat Turki.
Haaa, kagum tak, kalau kita nak duk Turki boleh la wat IC tiru camni, then laminate...huhuhu.
Baru tau kan canggih lagi IC kita kat Malaysia.
Muka pagi kan , fresh la lagi.
Macam mana nak datang ker Bursa jugak, so nak balik kena naik balik feri ke Istanbul pulak



Duduk menunggu papa beli snadwich and tea.
Kenyang lagi tapi sebab sejuk kena jugak minum hot tea.
Sandwich pulak papa la yang nak snagat, sampai masa tak leh makan sebab takder apa2 sos.
Kali ni Guilis tak sediakan minum pagi sebab pakej dah sediakan breakfast kat hotel kan .



Papa beli lagi roti keras ni cicah hot tea.



Ini lah sandwich yang dia beli, tapi tak mo makan .



Lebih roti keras dia baling bagi burung makan .

Perjalanan balik ke Istanbul sama laaa cam semalamnya, will take 4 hour.
Jadi sampai jer ke Istanbul dah waktu lunch.






View dari dalam bas..






Cantik2 building nya








LRT dorang


nak pergi tempat makan, kena lalu ikut tunnel ni



Makan kat bawah jambatan






Ada restoran sepanjang bawah jambatan ni



our mutawaif, Ust Hanef pun nak bergambar jugak hehehe









Satu meja 6 orang, kami 18, ngam2 3 meja

Fish soup as appetizer..sedapppp

salad ni memang awal2 dah ada kat meja


the youngest in our jemaah.
Anak Kak Ayu.
Zahra Sofea namanya..dia dah 6 tahun

Haaa, ni main course dia.
Ikan panggang and nasi dagang hehehe.
Kami mintak soy sauce, nasib baik ada, tapi kalau dapat cili api and bawang lagi layan laaa hahaha



Pandai2 laaa ejak nak jadikan sedap huhuhu



Haaaa...dengan tok wan kami hehehe.


Ni depan restoran.


ladiesss with Guilis
From left, Kak Ayu, Kak Faridah, Kak Sofea (terlindung belakang kak Faridah), me pegang si comel Zahra Sofea , Guilis, aunty Noraini, aunty Fuziah (mak kak Sofea), Sri and aunty Sherry.



Guyzzz pun nak jugak, so dengan Ustaz Hanef..haaa amek.
Dari kiri,Hj.Baem, Hj Hussin, Hj Iskandar (eh tetiba..dah semua kat sana panggil haji),Haji Faizal, Hj Yusof, our mutawif Ustaz Hanef and Hj Hazran and anak nya Hakim..Hj Hakin pun boleh laaa..dah semua panggil Haji, bantai laaa..mana satu betul2 Haji pun dah lupa.







haaa pastu berombongan cik Kiah laa ramai2 masuk balik ke bas.
Nampak Tok wan sebelah tu.
Laju ok dia jalan , tak der nampak sakit lutut ker sakit kaki ker, respect betul.
Sampai ke Mekah, dia maintain woo, i yang muda beli (ahak ahak) ni pun rasa nak terkehel kepala lutut..especially bila dah sampai ke Mekah...



Ni lah tempat makan kitorang tu.
kat selat antara Bosphorus and Golden Horn.






dah rupa pasar payang kat KT pulak i nengok nyaaa , yang selat tu ala2 sungai nak ke Seberang Takir naik bot ahahahaha, nak sama kampung dia jugakkk...


ramai yang memancing sepanjang  jambatan ni.

From here, kita di bawak ke Masjid Ayyob al Ansar (Eyup Sultan Camii)

Bas park kat parking area, then kena jalan kaki masuk ke kawasan masjid.

Kena lalu makam2 diraja ni.

Besar kan batu2 nisan

Then berkumpul dengar arahan dr Guilis, mana toilet, mana tempat wuduk, mana nak jumpa balik semua .


pintu masuk ke masjid



auntie Noraini and Tok wan, beria baca, faham kaaaa?

ramai yang datang sini selalunya bawak hajat.



tempat wuduk kat tengah2 masjid.
Tapi nasib bek kat sini, tempat wuduk pompuan ada tempat khas dan ada air panas..fuuuh lega .




Ni pintu masuk masjid bahagian pompuan ,
kat sini we performed our Zohor and Asar jamak.





tempat wuduk lelaki.
Pompuan pun boleh jer berwuduk sini.
Dorang kat sini memang bercampur jer lelaki pompuan ambik wuduk.
Tapi since ada pulak tempat khas kat masjid ni, memang tak laaa nak ambik kat sini.


Dalam masjid, cantikkan .
Semuanya style lampu gantung camni.




kat kawasan luar, ada tempat orang berniaga.
bahagian belakang sikit kawasan kubur.
kat sini laaa arwah Ammar di semadikan 

ada jugak yang berdoa depan pokok besar ni, ermmm ntah laaa..payah nak komen 


haa yang berpusu2 masuk ke pintu tu tempat nak berdoa khas, mintak hajat.



Ada explaination kat sini...kalau faham laaa...

cantik kan masjidnya.





keluar dr kawasan ni, ada jugak fountain, memang dorang suka sediakan tempat rest depan masjid camni.

my hero...la sangat hehehe.

Kemudian berkumpul balik masuk dalam bas.
next destination ke kedai barangan kulit.






Sebelum tu , kena layan fashion show dulu


dengar dulu welcome speech dia.

Then model2 pun keluar, catwalk siap gayakan jaket2 kulit.





kemudian dia bwk masuk ke kedai nya.
Ada 2 tingkat..macam2 jenis jaket, handbag, purse , kasut  dr kulit.
Cantik2, mahal2 hehehe.

Mamat ni duk ayat papa beli jaket ni hehehe

Nama kedai..premis ni kat kawasan perumahan atas bukit


Kat depan kedai, bahagain atas tu kedai, bahagian bawah tempat fashion show tadi

Dah settle kat sini, masuk bas balik, then di bawak ke next destination.

Next destination ialah Masjid Suleyman (Suleymaniye Camii).\
Tapi bas tak boleh masuk ke kawasan ni, jadi park agak jauh sikit and kena lah jalan kaki.


menyelusuri kedai2 and building2 cantik ni.


Haaa ini lukisan pada kain rentang utk tutup reno works.
Pic ni adalah pic lukisan showing that itll be the result of the reno , menarik kan .


"tok wan powerr..!!"


comei kedai ni.


sat tok wan naaa...kita ambik gambaq sat...



Dah masuk perkarangan masjid

berkabusss

sangat sejuk time ni


sebelah masjid, tomb lagi...dengan nisan2 yang besar..tapi ni makan diraja la lebih kurang...makam sultan, queen and anak2 



Menggigil time ni sebab sejuk snagat



nak jugakkk.

nampak tak 'kesejukan' di belakang tu..


dah , jom masuk masjid..Guilis hulurkan plastik utk isi kasut.
Mana2 masjid di Turki ni memang kena bawak kasut masuk.
Letak dalam rak dalam masjid or letak dalam beg sendiri.



cantik kan kat dalam ni..



dah penat 


Dah kesejukan , dah la jom balik.
Badan pun penat..belum rehat after long journey dr Bursa.

Jalan jem sikit, bersesak dengan orang balik kerja kot.
Masa ni awal lagi tapi sebab malam agak panjang kat sini, dah gelap pun .
Masa ni dalam puku 5.30 pm atau 6.00pm camtu laaa



Bas takleh masuk lorong, kena jalan sket ke hotel

Hotel di Istanbul..akan stay sini utk 3 malam .


Tunggu mutawif susun bilik



Tok wan lekk lu yer

kepenatan dah tok wan and auntie Fuziah

Haji Hussin asking for the WiFi password


Katil dua ni, kami cantum, so ada space utk solat


Bathroom...ok laaa, kecik tapi selesa

Dah masuk bilik, solat maghrib then turun la kami semua having our dinner kat lobby.




mushroom soup , appetizer

salad wajib ni

roti pun wajib hehe
main dish, kacang and beef..beef ada la 3 ketul huhuhuh..syukurrrr

dessert...manis ya rabbi, kami panggil kuih potong kaki...sapa kencing manis, sure terus kena potong pas makan ni huhuhu.
Rasa dia ala2 kuih kelantan,..nekbat..!



Baem and wife, Puan Sri hehehe


Family kak Ayu kat belakang

sweet couple , auntie sherry and pak haji hussin.

Lepas makan, masuk bilik, tidur la kan , penat wooo.
Tapi papa and geng2 lelaki keluar lagi malam tu, nak feel seju.
Pi laaa, tak hingin i, beku kang payah pulak .

Tomorrow nya,jalan2 kat sekitar Istanbul lagi..sambung next episod yer...
Ni pun dah panjang sangt2 ni.









1 comment:

  1. Tgk akak punya trip, teringin plak nk mkn mknn istanbul. dkt UTM ni ade kedai mkn istanbul. Biasa kitorg mkn chicken potato je. best sgt..

    ReplyDelete