love

love

Followers

Tuesday, 11 March 2014

Umrah Ziarah Istanbul day 2

Selasa 18/2 /2014

Salam, 

Tiba jer kat airport, kita semua terus kejar time Subuh.
Alhamdulillah sempat buat kat airport.

Kat sana dah ada pemandu pelancong yang dilantik by Andalusia menuggu kita.
Not so young Turk lady hehehe name Guilis yang menyambut kita.
Sepanjang few day di sana, Guilis laaa yang jadi 'mutawif' .


Inilah mutawif dari Andalusia yang akan lead this team sepanjang our 15 day kat sana..cuma masa kat Istanbul jer Guilis akan lead...
Ustaz Hanif namanya..ok , muda lagi, kepala pun sempoi...senang nak refer, boleh geng..plus group kita ni pun kecik...

After dah solat, semua berkumpul kat dalam airport tu.
While waiting for the bus, papa ambik masa yang ada g beli sim kad Turki..penting ni sebab nak call family senang sket.
Kalau nak roaming tak sanggup wooo.

Cost utk sim card ni ialah 45TL (Turk Lira) and top up pulak another 50 TL.
So total 95 TL = RM140.00


Kemudian, Guilis tu dah start panggil semua masuk ke bas.
Kat sini laaa bermulaaaaa nya episod membeku huhuh.
Keluar jer dr airport tetiba terasa menyucuk2 seluruh tubuh kena tiup dengan angin .
Sejuknya ya Rabbi.
Nampak papa pulak bercakap, kuar berasap2 mulut dia.
Tak boleh lama, berlari2 i masuk dalam bas.


Bas ni boleh muat 40 passenger yet we were only 18 orang..
Memang selesa laa, duduk la celah mana hangpa nak duk...
Kat depan tu lah Guilis, tengah memberi sikit taklimat on where to go.

Dalam bas...

Buah pic kering ni dapat dalam flight, tak lalu eh nak makan tengah2 malam, bawak bekal , makan dalam bas ni haaa.

Journey second day ni, kita dibawa dr Istanbul airport terus ke Bursa.
Nak ke Bursa kena naik feri..and the journey from Istanbul ke Bursa lebih kurang 4 jam perjalanan..ermmmm naik bas after long hourr of journey dalam flight, 4 jam tu terasa la jugak lama, but since kita di beri banyak penerangan and cerita about Istanbul sepanjang journey, so boleh la.


View Istanbul dr dalam bas.

Tambah pulak, bas tu masuk dalam feri, kita boleh keluar and enjoy the scenery from the ferry.
Ok la kan .

haaa ni la bas kita, parking dalam  ferry 


Burung camar yang sambut hehehe

Us


Me and aunty Noraini

Well..another me...tuan tanah kannnn...

Small cafe in the ferry.
Masa ni kitorang tak beli apa2 pun sebab Guilis dah prepare minum pagi kitorang 


Hah ni dia, roti keras
lawan dengan hot tea.
kejap jer hotnya, punyalah sejuk cuaca

Dah sejuk...lapor pulak tu, habis sebiji roti keras besor ni kita semua bedal.
Dalam feri tak lama, rasanya lebih kurang setengah jam, then semua kena kerah masuk bas balik and sambung la balik journey atas jalan raya.
I bantai tidur jer..tengok geng2 lain pun sama jugak.

Dah sampai Bursa baru laaa semua bangun sebab si Guilis duk tunjuk tempat2 menarik dalam Bursa tu.

First place si Guilis tu bawak kita semua ke sebuah kedai yang menjual barang2 turkish especially turkish delight dorang.
I memang dah pernah baca before2 ni, kalau nak beli turkish delight ni, beli kat spice bazaar kat Istanbul jer.
Tapi biasa laaa manusia hehehe..nafsu tak menahan.
Beli jugak laaa sket kat sini.
Hah dah kena ayat camni, mau tak beli ekekek.
dah di bagi minum air free pulak tu.



tengok, kan dah kelek beg barang tu.
terkono jugakkkk.
Total damage kat sini baru 50 TL=RM75 heheheh.


Ini lah rupa kedai Munira tu..selain turkish delight ada jual sabun dr buah2, teh2, rempah ratus, scarf sutera and beg kulit.

From here, kita dibawak lunch kat nearest restaurant.
Belakang jer dengan Munira tu, tapi still naik bas laaa, kena pusing satu round.

Kofteci Yusuf = Restoran Yusuf

Ready menunggu makanan.
Duk sebelah aunti Noraini and Tok Chah.
Jangan main2 Tok Chah ni umur dia dah 86.
Mai dr Perlih.
Auntyu Noraini tu menantu dia and Hj Yusof anak dia, hak duk depan i tu la anak Tok Chah ni.
Member paling veteran la Tok Chah ni.
I panggil dia Tok wan jer...berangan jadi cucu dia sat.





Famous sangat meatball ni.
SEdappp, tapi muak la jugak, sorang dapat 6 ketul, jenuh nak perabih
Kat sini ni lah makanan asasi depa..meatball tu makan dengan roti gabak ni haaaa.

Tapi utk kita serve nasi jugak laaa...nasib baik.


Ni lada jeruk depa, ala2 jalapeno ler ni kot
Salad ni hidangan wajib, sepanjang kat sini 5 hari, naik cemuih tengok salad ni.

Ini pulak minuman dia.
Yogurt kosong.
Tak lalu aih tekak i..kalau buh mangga ka strawberry kaaa bulih la telan .


Last sekali depa serve us hot tea ni.
Tu kiub comei tu gula.

Lepas makan, baru laaa start di bawak melawat.
Memula ke green mosque (yesil camii) and green tomb.



Lepas makan, baru laaa start di bawak melawat.
Memula ke green mosque (yesil camii) and green tomb.

Me and Guilis sementara menunggu ambik wuduk.



Cuaca adalah super sejuk, nampak tak member termuda kita in the team, adik Zahra Sofea tu, dah berbungkus2.
Masa ni dia menangis kesejukan .

I pun rasa nak menangis sebenarnya.
Bayangkn cuaca sejuk ya amat, sekali kena ambik wuduk kat open area..sekali dengan lelaki...seksa bukan main kena pakai tudung berwuduk.
Takper lagi, sekali bukak paip kat tempat wuduk tu, paip nya dah la tembaga, kuar air berasap2 sejuk weh.
Buh sket jari, kebas terus rasa, cam takder darah mengalir, punya lah sejuk.

Dah tu nak ambik wuduk ni, nak kena basah semua tangan muka kaki..perghhh.
Sekali kena air kat tangan kebas seluruh badan hahaha.
Menggelupur la jugak kita semua..tak pernah2 pulak hai kena hadap air batu buat wuduk.
So solat zohor and jamak kat sini jer.

Pastu jalan kaki jer, depan masjid ni jer dapat la masuk ke Green Tomb (yesil turbe)




Me and aunty Sherry yang sangat meriah orangnya, kelakar pulak tu.
Asyik ketawa jer kalau dengan dia ni.
Dah la dia selamba jer panggil si Guilis tu kaknam hahaha.
Sampai lekat nama kaknam tu pada Guilis hahaha.

kat dalam tomb ni.
Sedekahkan fatihah yer.


Kat belakang kawasan tomb ni menarik sangat.
Ada kedai2 kecik yang jual macam2.


ha kat bawah berbukit tu.
Boleh lepak minum teh and shisha.

Nampak kan kedai jual2 kat belakang tu



I snap ni sebab nampak cam citer'Istanbul aku datang'eheeh

Then depan kawasan tomb ni pun ada macam2 kedai.
Ada damage jugak kat sini...beli fridge magnet.
Mahal dalam kedai ni, nasib baik tak beli banyak.
Kalau nak murah kena beli kat Grand Bazar Istanbul.
Bursa ni memang barang mahal sket la.

lebih kurang 1jam lebih jer kat sini, then Guilis suh berkumpul kat bas.
Dari situ kitorang pergi pulak ke Bursa Grand Mosque  (Ulucami)..memang the largest mosque dekat Bursa, bukan di Turki tapi largest dalam daerah Bursa la.


kat open space tu tempat wuduk.
seperti biasa kalau nak ambik wuduk, pompuan pun ambik la kat tengah2 tu or kalau tak nak boleh ambik dalam bayan (ladies toilet)..tapi selalunya takder orang buat la..sebab selalunya toilet tak sesuai sangat /tak proper nak ambik wuduk, dah tu jauh2 pulak tu.

tapi kali ni kami semua tak masuk sembahyang pun .



kat pintu masuk masjid.
Ini pulak kat dalam masjid.
Banyak khat cantik2 dalam ni.
Pic with kak Ayu...one of the team member/jemaah yang datang satu family.
Suami dan dua anak.
Kak Ayu dan suami sama2 businessman/woman.
Husbandnya in telco company and kak Ayu pulak pengusaha taska.



Cantik kan ....i mean dalam masjid tu hehehe.

Keluar dari masjid, jalan kaki jer ke Silk Market (Koza Han).
Memang betul2 sebelah masjid jer.
Besar betul Koza Han ni, puas berjalan.


Pintu masuk.
Actually banyak pintu utk masuk ke sini, tapi pintu yang ni antara pintu famous laaa...masuk thru pintu ni terus ke tingkat 2.
Then boleh turun ke bahagian bawah tempat orang melepak having tea and makan ringan2.

Bahagian bawah tu la tempat melepak minum.

kat bawah dah..tapi kitorang tak duduk melepak pun , sebab nak jalan2 jer..


Besar kan pasar ni.
Ni baru kat satu bahagian.

Gaya jer lebih, tak beli pun..kebanyakannya scarf/shawl sutera la yang banyak dijual.
harga ada macam2.
Murah ada mahal ada, ikut kualiti.



Ini bukan silk, shawl biasa, 3 pcs 10.00 TL=RM15.00


Ini bahagian barangan baby.
Baby cot kat sini sangat2 sangat comel.
Semua buatan tangan rasanya.
Macam2 design and colour.


Ini bahagian barangan kulit, kasut, beg.


Dah puas pusing2, ada orang teringin dengan kebab.
Tapi standard kebab /sandwich kat sini, memang takkan ada apa2 sos dia letak, cili ker mayo ker, so buh daging, buh salad, buah tomato..makan laaa kering2 camtu.


Akhirnya kami kepenatan, jumpa tempat rehat, duduk la kejap.
Mana tak penat,takder rehat langsung sejak dr airport.
Baju pun dari Malaysia tak tukar2.



Keluar dah



Cantik kan pokok besar ..kat bahagian luar market tu.
Ada fountain and tempat melepak.

                      
kat depan fountain.
Kat sini laaa kita semua berkumpul balik ikut masa yang diberi oleh Guilis.

Tapi memandangkan bas lambat lagi, ktorang keluar dr kawasan fountain tu, jalan2 kat luar.


Pandangan ke tempat fountain/melepak dari jalan raya.
Sebelah kanan silk market and ke sebelah kiri pulak ke Grand Mosque










Waiting for the bus
Then sama2 naik bas terus ke hotel.

kat Bursa kami ditempatkan kat Hotel Gold 3.

Ni sementara tunggu bilik.

Bilik utk 3 orang .
Sempit jer, tapi selesa laa.


the bathroom.

lepas dah masuk bilik, siap2 solat maghrib and isyak..terus turun makan .







After dinner, i ajak papa melepak kat bahagian atas koridor hotel, saja2 nak tengok Bursa at night.


Malam tu tidur lena tak ingat apa dah..penat sangat , maklumlah dah 24 jam kot.

Day 3 kita balik Istanbul...continue dalam next episode yer.

Pergh sikit punya panjang, layan citer Jebat Mastura satu episod tak der laaa sebanyak ni...




































No comments:

Post a Comment