Nak sambung kisah raya.
kata sebulan kan raya.
Hujung minggu baru ni actually plan nak balik Kuantan, nak tengok rumah sana...
Tapi last minute papa kata cancel, dah bitau ayoh pun tak jadi balik sebab malam ni papa nak balik Trg dengan kawan so boleh singgah kuantan.
So sebelum hujung minggu baru2 ni jadi sangap jugak mcam last week, i dah tanya papa plan dia siap2.
Tak sanggup rasanya duk dalam rumah tidur baring lagi.
Khamis after work lagi papa dah siap plan nak raya dia.
Dia ajak ke rumah my sister, Kak Ha kat Kelang.
Ok jugak sebab raya tahun ni belum jumpa my sister ni.
Dia tak balik Trg awal2 raya, bila semua adik beradik dah balik rumah masing2, baru dia balik ke rumah mok ayoh.
Jadi memang tak dapat jumpa
So Khamis tu lepas kerja, balik i siapkan budak2, sekali lepas maghrib jugak gerak.
Dah nak balik, baru teringat nak snap pic hehehe.
Sampai tu my sis hidangkan bihun sup, tu yang terlupa nak ambik gambar.
Dah hadap makan, borak2, semua, dalam pukul 10.30 i ajak papa gerak.
Esok nya kan Jumaat, hari kerja dan Aniq pun sekolah.
Cucu my sister.
Aniq yang kepenatan...
Adik2 dia masih cergas
Jumaat lunch, i beraya kat rumah bos sesama kawan ofis.
Friday after kerja plak , kita semua balik Muor pulak.
Mama dan ayah ikut sekali laaa...
Singgah makan kat Hentian Seremban, dan budak2 ni sibuk ke sana sini nak tengok air pancut laaa...
Dah kenyang dengan bihun goreng, sambung tidur dalam kereta.
Sampai Muor, malam tu cuma mengadap TV kat rumah mama.
Papa keluar borak dnegagn kawan2 sekolah dia sampai pukul 3 pagi.
Esoknya pulak pagi2, mesti takleh miss breakfast sate Muor.
Mama dan atuk
Kakak
Adik
Aniq tak ikut..dia nak duk umah pak Ngah dia.
So, tinggal la dia pi beraya dengan sepupu dia.
Then balik umah mama jap, mandi semua , terus kita semua keluar.
Sebelum balik KL, papa nak singgah kenduri kawin kat Melaka.
Tujuan asal kita balik Muor pun sebab senang nak ke Melaka dr rumah mama.
Mama dan kakak.
Ibu dan adik
Majlis kawin adik kawan baik papa.
Bersanding dua pengantin sekali.
Majlis bersanding tu kat sini.
Mini Stadium Bistari, AYer Keroh.
Adik dah ngantuk
Kakak, pun sama, makan pun dah tak larat.
Dua pasang pengantin.
Adik ngadap geng kompang.
Jakun jap anak i hehehe
Sementara tunggu papa ambik kereta.
Balik rumah, perkara pertama mesti la nak hadap kartun dorang.
Siap dha bentangkan toto
Bila tau i nak ambik rumah bersepah, tukang buat sepah sudikan diri di snap sekali.
Elok, ada bukti hehehe.
Kat luar, papa pulak yang tak sabar2 menanam pokok2 hasil cilok dr rumah mama hehehe.
Dan si kakak tukang sibuk
Ahad pulak, kita semua ke Shah Alam ,ada jemputan kahwin sedara mama.
Tapi tak sempat nak snap pic
Budak2 dah siap, menunggu ibu , mama dan papa bersiap.
Dr Shah Alam, kita semua melepak pulak kat rumah Nana..sebab nak penuhkan hajat si Aniq nak main game .
Malam pulak, dr rumah Nana, kita pergi beraya kat rumah mak sedara mama di Damansara.
Sampai kat rumah kita malam nya dalam pukul 11.30.
Punyalah penat...papa awal2 dah cakap, tak leh cakap penat sebab nak sangat beraya kan ...heheheh...takper2...kita redha ..
No comments:
Post a Comment