love

love

Followers

Tuesday, 13 August 2013

Balik kampung dan last minute ke wakaf che yeh

Salam,

Im back !!
Okay dah sakan cuti raya tahun ni.
Sakan cuti jer.
Raya takder la sakan sangat hehehe..biasa2 jer.

Tahun ni turn balik my kampung.
balik Terengganu.
Ahhh heaven..hehehe, takder la kata balik umah mertua tak heaven..actually bila dah sampai this age, raya kat mana2 pun In Sha Allah penuh bermakna if we surrounded dengan orang2 tersayang kan .

So, kami mula balik beraya Saturday 3/8/13.
Plan asal nak balik pagi, tapi sofa baru punya pasal...dah kena tunggu sampai malam .
Tapi ok jugak sebab banyak benda2 dapat disettlekan Saturday tu sehari.
Dapat makeover ruang tangga, bilik air...kemas2 dapur siap2..kira semua beres laaa.


Malahan sempat jugak i buat sikit banana muffin utk kids bawak bekal dalam kereta.
Malam tu i tak masak utk berbuka, semua beli kat pasar Ramadhan.
Elok nak berbuka, orang dr kedai perabot sampai.

Lepas berbuka, terus kita bertolak balik.
Sebelum tu singgah kat Puchong dulu, hantar bibik Ayu sebab dia tak ikut kita semua balik kg.'
Nak beraya dengan adik dan keluarga dia kat KL.



Ruang ni pun dapat dibereskan .
Tangga dan handrail pun dah cat baru.

Dari siang rumah ni kosong jer menunggu sofa ..so budak2 terpaksa guna kerusi rotan Ikea utk tengok kartun.

Malamnya, lepas hantar bibik Ayu, terus perlahan2 teruskan journey.
Alhamdulillah, takder jem.

Kids enjoying moment bergasak bergurau dalam kereta.

Baringkan seat tengah terus jadikan katil..dapat la tidur lena.

Tapi sebab dr siang ibu dan papa tak berenti2 mengerjakan rumah , so nak balik malam tu letih sangat.
banyak kali papa berhenti kat Rn R n lelapkan mata.
I was supposed to drive, macam selalu i will drive utk long journey like that tapi malam tu i pun ke laut jugak.
So tidur la tepi jalan .
dah sampai kemaman terus tidur lena kat tepi highway sampai la pukul 4 pagi.


Elok waktu sahur, kita cari kedai makan yang boleh singgah utk sahur.
Sepanjang jalan banyak pilihan .


Kita ending up kat satu kedai tomyam ni.
Alhamdulillah,lauk2nya sedap. 
Aniq sihat jer bangun sahur.
Budak berdua pun segar bugar



Ini sebelum mula segar hahaha


Lauk sahur 


Budak semangat bersahur, even tak puasa

Lepas ahur sambung journey terus and sampai rumah mok at 6ish camtu.
Lepas solat, sambung tidur lagi.
It was already Sunday kan masa kita sampai tu.

Sunday takder apa2 aktiviti menarik cuma dapat berbuka bersama mok dan ayoh.

Monday, i bawak budak2 ke Giant to shop barang2 kering utk hidangan hari raya.
tau happy jer budak berdua ni diheret sana sini.
Memang refuse ditinggalkan .





Suka ria dalam Giant, tak tahu penat nya ibu dan papa mengeheret depa bulan2 puasa ni.


Balik dr Giant terus drop barang2 beli kat rumah mok dan kita sambung pulak ke Kuala Besut .
Dah plan awal2 nak ke rumah Che Ngah kat sana dan terus nak ke Wakaf Che Yeh.
Saja jalan2 cari pasal jer..nak shopping semua dah ada pun.
Che Ngah baru few month pindah ke Kuala Besut lepas dinaikkan pangkat and dia menetap di Kuarters.
Saja la sekali menjenguk tempat baru dia.

Pergi ke Wakaf Che Yeh dua buah kereta , Che Ngah  with 3 anak nya .
I didnt bring Aniq sekali sebab dia terus dah tak mau mengikut kemana2 bila jumpa sepupu.


CUma budak berdua ni jer selalu nak mengekor.
Berpeluh2 diheret pun dorang tak kisah


tetao happy

Ceria bergurau

Bermain




Tapi bila dah terlalu penat, meragam nak tidur dan terpaksa la i menunggu they both in the car.
Kita semua berbuka di Wakaf Che Yeh.
I sempat shopping baju kurung utk raya budak berdua tu tapi on the day of raya, tak pakai pulak...

Bertolak balik dr Wakaf Che Yeh dah pukul 11 malam n bila reach Kuala Besut, singgah supper maggi ketam .



Mine without ketam.
Malam tu kita semua bermalam rumah Che Ngah

The next day pagi2 balik rumah mok.



It was Selasa and petang tu papa sibuk nak pasang lampu kelam kelip kat rumah mok.
Papa kan kalau raya bersemangat lainmacam hehehe.
Gigih dia bawak lampu tu dr rumah kita .



Ini budak menayangkan selipar baru beli kat Wakaf Che Yeh semalam nya.

The next day, Pak Lang tiba dr Kuantan and gotong royong preparing whatever needed for hari raya pun start.


This kid pun penat bermain dengan sepupu2 n tertidur 

Petang Che Ngah datang membantu Mak Lang 


Dah malam baru la gotong royong sebenar bermula.
I kerah anak2 buah to help hahaha

Kita semua dapat memasak kat kedai kosong sebelah rumah mok, cuma bukak connecting door dr dapur rumah mok ke kedai tu and walla...dapat la satu space yang cukup besar utk buat gotong royong memasak.
kalau takder space ni memang tak tahu camana nak masak sebab rumah baru mok ni hanya selesa utk dorang berdua.


Si manja ni dah tidur dalam bilik berdua dengan adiknya, tapi terjaga tengah malam n merengek nak duduk kat dapur .
So tertidur la kat situ.

Hidangan for our raya adalah nasi tomato with ayam masak merah , dalca and acar.

Pukul 5 papa bangun masak nasi dan dalca and Alhamdulillah balik solat raya, semua dah ready.

Nanti i sambung kisah raya pulak yer.
This one pun dah terlalu panjang.

See Yaa









No comments:

Post a Comment