Selasa dah yer.
Sibuk betul ibu dan papa weekend baru2 ni.
Tapi Alhamdulillah, Sabtu tu, whole day ibu dapat spend masa with family.
Mama sebenarnya ada kat rumah Nana kat Rawang.
Sementara Atuk masih kerja luar/gerakan , mama duduk la temankan Nana kat rawang.
Kat Muor pun takder sapa2, Firdaus dah masuk PLKN , so baik dia stay temankan Nana.
Kita mengajak juga mama datang tidur kat rumah kita, tak lah buhsan mama sebab kat rumah Nana, time office hour, mama masih terkrlip2 sorang2, compare duduk dengan kita, riuh la jugak dengan ragam adik dan kakak, tapi since mama kesiankan Nana yang selalu kena tinggal sorang2 waktu malam,sebab uncle kerja sampai tengah malam, so mama stay jugak with Nana.
Jumaat tu, mama ada datang melepak rumah kita sebab kebetulan Nana ada kerja kat Bangi, so she drop mama kat rumah kita.
Malam tu bila semua dah berkumpul kat rumah kita, mama plan nak ajak celebrate birthday Daniel, mama dan papa yang kebetulan semua on Feb.
So, plannya nak celebrate kat tempat kerja Atuk kat Teluk Gong, Pulau Indah.
Kebetulan Atuk kena bertugas kat Pos PGA sana.
Mama , Nana n Ngah sefamily balik ke Rawang malam tu, n kita dah plan what to prepare for the next daynya
Sabtu bangun tidur, kita semua masih tergolek2 atas katil,
Papa bangun awal menyiapkan sambal tumis utk nasi lemak.
Mama bawak nasi lemak dan bihun dr rumah Nana.
Kita keluar rumah pukul 12
Tiba tempat Atuk, elok sama2 sampai with mama n ngah.
First thing buat, hidang makan la kan sebab semua dah kelaparan.
Semua kelaparan , so serang makan sampai tak sedar apa dah
Sambal tumis papa, bihun dan nasi lemak mama
papa bawak air kotak
This two, berlagak cam orang besar, makan nasi lemak beria ia
"Ibu..nak sambal"....amboiiii
pastu minta ayam hahaha
Adik tengok jer
pastu makannn
nextnya , acara potong kek..
Kek tu ada nama utk 3 orang la.
adik malu2 bila mama suruh tiup lilin
kakak pun sama
tapi bila bab makan, tak der malu2 nyerrr
haaaa...tengok
semua enjoying kek masa ni
kakak tak usah cakap laaa...comot momot
Dah kenyang, semua berlari2 main tengah2 panas.
Dalam pukul 4, kita semua dah gerak balik.
Mama, Nana n hb, Ngah n family , dua buah kereta singgah ke GM Kelang, tapi kita semua anak beranak balik terus.
Malam tu, kita semua keluar ke Summit.
Kita semua ada misi, nak tukar spek baru utk Abang , sebab spek lama dia dah patah.
bawak sekali la budak berdua tu, apa lagi kena pau mainan laaa
Main masak2...ibu yang pilih mainan ni, kalau ikut dorang, mesti nak bola
handsome abang long..
dah balik rumah, baru perasan spek tu quite besar for him....takper la, ibu sure bukan lama pun pakai tu, ada jer la nanti, patah la pecah laaa...
Ahad pagi2, ibu bangun n sediakan breakfast ala 2 Terengganu.
Ada ketupat palas lemak (bukan manis) yang ibu goreng garing2 n makan with serunding daging.
Goreng sekali kuih popia ikan (kuih pa) dr Trg.
Kuih pa che de buat,kita bawak balik n frozen, bila nak makan unfrozen, goreng...sedap!!
Ni fav papa ni.
lepas makan , berkejar plak , join satu meeting kat Seri kembangan.
Mesyuarat koperasi.
Actually, mesyuarat ni idea one of my office mate punya husband.
She asked us to join , n utk meramaikan n support her, ibu mengajak la papa join.
Meeting end at 1 pm ,makanan lunch semua disediakan but ibu n papa rush balik sebab banyak kerja nak kena settle.
Balik rumah, kita kemas baju dua helai each for ibu dan papa n terus rush ke Muor
We reached Melaka at 4 n since malas nak terus ke Muor sebab janji with orang nak jumpa kat rumah mama pukul 9 malam , so papa decide to stay kat Hotel Seri Malaysia Melaka.
Hotel ni antara hotel fav bila kita ke Melaka...sebab hotel ni dekat jalan keluar ke hiway Ayer Keroh n since banyak urusan papa kat Ayer Keroh, kita pun selalu la stay sini.
After melepak , lepaskan penat...kita keluar heading to Muor n cari makan malam kat Muor.
Papa bawak ibu makan murtabak singapore kat kedai murtabak di Tg Agas.
Walaupun kerap balik Muor semenjak dr mula kawin dengan papa, ni first time ibu makan sini.
we ordered super size murtabak daging.
and it really was superrr size.
we didnt manage to habiskan ni even makan berdua
mewah betul dengan daging.
After makan, kita terus ke rumah mama n after solat maghrib, ibu dan papa dah start slow2 unpack barang2 pc papa, keluarkan apa yang patut..
Lori yang janji nak sampai 9.30 pm rupanya tiba at 11 pm.
Kerja2 loading 200 unit of pc ke dalam lori start at 11.30 pm dan semua nya done at 3 am.
Penatnya hanya tuhan yang tahu.
Dua orang pekerja lori tu tak mampu la nak bekerja berdua jer, so ibu n papa terpaksa la tolong jugak .
Pukul 3 pagi dr rumah mama, gerak balik ke Melaka.
Sempat singgah kat mcD, tapau makanan utk makan kat hotel.
Dah lama betul tak makan mcD, tapi dah darurat sebab takder kedai yang bukak at that hour, kita bedal jer la.
Pagi tadi, kita bangun tidur n after breakfast, check out n terus ke Shah Alam, to help with unloading semua barang2 tu n serahkan pada kilang yang beli the pc2 tu.
Settle la urusan jual beli kita yang dah lama papa duk uruskan .
Penat betul kena keluar titik peluh llebih yer utk dapatkan rezeki lebih ni hehehe
Alhamdulillah, kita bersyukur atas nikmat rezeki kurniaanNya ni.
Moga2 hasil rezeki ni dapat dikongsi bersma keluarga , dan memberi sedikit kebahagiaan kepada yang memerlukan .
Walaupun penat tak terkata..tapi kita rasa puasss n sangat2 bersyukur.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment