Lama tak dapat menjenguk blog kesayangan ni.
Banyak kisah nak disimpan di sini...tapi masa selalunya penuh..sendat.
Malam ni, baru dapat peluang..mood pun agak tinggi utk mengarang.
Sambil berbaring di katil..dan didepan mata, Shah Rukh Khan menari2 di TV hehehe..pasang youtube lagu pilihan hati, sambil menulis ni best betul rasanya.
Owh ...ibu memang peminat tegar filem2 hindustan...tak ada filem yang ibu miss..setakat lagu2 ..lagilah, dah hafal semua hahaha...tapi satu filem yang selalu terkesan di hati, penuh nostalgia dan terkadang menyentuh hati ibu.."kabhi alvida na kehna"...ermmm mungkin kerana cerita tu ada kisahnya didalam hidup ibu...kisah lalu..okayyy, lupakan ..lets start with kisah raya aidiladha baru2 ini.
Ibu ambik cuti awal...sebab memang dah lama sangat tak dapat balik ke kampung halaman, tanah tumpah darah, tempat bermain dan membesar..so bila peluang dapat balik berhari raya kat my hometown, apa lagi..amik peluang laaa...ajak papa amik cuti awal.
Tapi kita kan merancang...when we suppose bertolak balik kampung on Selasa after work, papa cannot make it due to his work.
Tapi lucky that esoknya , Rabu at 12 pm, dia dah boleh keluar ofis.
Suppose after 12 tu terus laaa boleh balik..but my sister kat Kelang, Kak Ha nak tumpang balik so ke Kelang dulu n bila dah sampai, my sis ajak lunch dulu.
Dah duduk lunch, minum segala, almost 3.30pm baru laaa bertolak keluar dr Kelang.
Reached Kuantan dah agak petang.
Bila tiba Kuantan, rupanya my mother tersayang demam.
Rupanya sengaja dia tak mau cerita pada ibu, takut ibu ni tinggalkan sgala kerja nak kejar balik awal.
Masa sampai, keadaam mok teruk juga.
Terbaring , panas badan dia..make it worse, she refuse to take her meal n medication.
Bila ibu dan Kak Ha balik..paksa2 dia makan, malam tu nampak dia better.
Mok decide tak dapat balik ke KT utk beraya.
But ibu kan balik juga ke KT sebab Khamis , the next day tu, papa need to settle his work kat Riyaz Heritage di Pulau Duyung.
I wanna stay with mok jer, n papa ok with it..he promised akan terus balik ke Kuantan balik after kerja settle but mok asked me to follow papa balik n balik beraya with my two sister kat KT sebab mok cakap she feel guilty enough that she cannot help my sis masa dia buat korban this year.
Itulah ibu kan...macam mana sakit pun dia..tetap di hati tu nak menyempurnakan hasrat semua anak2.
Bila mok insist , suruh jugak ibu balik n beraya di KT, siap pesan pulak daging korban my sis, Kak Yah tu, minta buatkan my mum n dad sup tulang air tangan Kak Yah, then ibu kena la jugak balik.
Malam tu jugak, ibu bertolak balik dan reach my sister house kat KT pukul 1.50 am.
She didnt sleep yet masa kita semua sampai..
After sembang2 terus tertidur n sedar2 jer dah subuh.
Pukul 9.30am, Khamis tu, papa asked me to join him ke Pulau Duyung...he said, while dia buat kerja sekejap, boleh laaa ibu bawak kembar jalan2 dalam area hotel tu.
Anak buah ibu, Kak Yong yang study kat USIM, kebetulan cuti raya, nak join...bagus laa, boleh jadi bibik ibu hehehe,
Aniq as usual, bila balik kampung, jumpa cousin2 di sana, tak nampak bayang dah.
Papa settle kerja pukul 2 pm, dan kita pergi Pantai Batu Buruk, papa lunch kat situ while me, anak buah dan twin tunggu dalam kereta jer sebab twin dah tidur n we already lunch kat Riyaz Heritage while papa buat kerja before tu.
From Batu Buruk straight away balik rumah
Petang, bila cuaca tak panas sangat, ibu lepaskan twin, to enjoy suasana kampung ibu.
They are sooo excited dapat tengok lembu depan mata...menjakun anak2 ibu...
Aleesa berpeluh , so tak nak pakai baju, while Aleeya agak malu ..so just buang shirt kat dalam
peace buuu..
While ibu n sister2 berborak kat beranda dapur, sambil makan buah duku dari kebun belakang rumah, ibu lepaskan budak berdua tu main la apa patut..
The next day, raya...n petang tu jugak, after my sis siap masak sup tulang as my dad request, kita terus balik ke Kuantan balik to raya with mok dan ayoh
The next day, on second raya, ibu bawak pulak anak2 buah kat Kuantan melepak di Benteng, Kuantan
Mengadap Big Apple Donut that ibu bought at East Coast Mall before ke situ.
hasrat hati papa nak bawak semua kanak2 riang tu naik bot, tapi tak kena masa pulak, sebab next bot akan gerak dalam pukul 6.30pm dan waktu tu baru pukul 5 pm
So, bawak la kanak2 tu main kat park , kat situ jugak
The next day , Ahad, kanak2 seronok dapat berendam dalam pool kecik depan rumah.
Kembar pun bukan main enjoy sesama cousin2 lain
Kami bertolak balik semula ke KL on Monday.
Early Monday morning sebab anak buah yang study kat UKM, Awa tumpang balik n dia ada class on Monday tu..
After send her to Bangi, kita semua balik ke rumah kepenatan, n ibu ada bertimbun kain baju utk disettlekan .
Walaupun tak banyak masa di KT, tapi hati rasa puas cos finally after almost a year, dapat jugak jejak kaki di KT.
Papa promised nak ajak ibu spend some time kat KT , maybe cuti sek Dec ni.
Banyak tempat ibu nak ajak papa round2..nak mengigat n mengenang kisah2 lama heheheh.
No comments:
Post a Comment