love

love

Followers

Wednesday, 7 January 2015

Anak2 kat new place...

Salam,


lama tak citer pasal my kids here kan...
Nanti depa dah besar , dah pandai baca blog mesti sedih, asik2 citer hal umah heheeh.

Sejak ada umah baru ni, twin jarang nak ikut i ke kedai.
They prefer duk umah accompanied by abang.
Maybe sebab sebelum umah baru ni siap, kami semua berumah tangga dalam bilik kecik dalam kedai tu.
Celik mata jer dalam kedai, kena kurung dalam bilik kecik tu siang malam sampai la kedai tutp at 12pm.
Sebab tu awal2 dulu banyak kisah kami jalan2 tidur hotel bila papa balik sebab memang tak snaggup dah nak tengok kedai.
Jadi once umah dah boleh duduk, memang twin tu cam lepas kandang...even duk umah kena kurung jugak, but at least luas laaa.
Ada their own space nak run here n there.
nak menyepahkan their toys semua.

Ini laaa paling hebat permainan dorang masa duduk dalam kedai...

Dah letih masuk bilik tidur, atau layan tv.

penat layan tv, tidur lagi hahaha...memang kesian snagat.


Now that we move to our new sanctuary, baru laaa terasa hidup balik.


Kids have their space for activity

Ini masa their cousin was here for a week...
cuti sek kan , i ajak anak che de Faresya duk umah i main2 dengan kembar.



And lepas beractivity, seperti biasa request makan.
Twin masih sama jer perangai macam duk KL dulu..their fav things ever still makanan.
They will get very excited bila nampak makanan but Alhamdulillah, sejak dah aktif sangat ni tak la tembun sangat...klau tak ibu dia risau anak obes...cukuplah ibu ko sorang jer menembun yer hehehe.


another makan2.

then sambung beractivity...
i buat their own space dekat dapur so senang bila i masak atau buat apa2 kat dapur, i boleh monitored them.
But to be honest, jarang sangat i masak sejak duk Kuantan ni.
Adalah few time buat kuih tapi tak laaa kerap.
memang rindu nak masak , nak buat kuih like i used to, tapi bila fikir yang i ni dah takd er bibik lagi nak tolong kemas,jadi malas.
kang tengah2 buat kuih, dah staff call nak itu ini.
Dah buat dah hari tu, kelam kabut, dengan staff kat kedai kebetulan ada isu, terpaksa laaa tinggal jer kuih.



Okeh, ini pulak dua minngu lepas.
Masa ni kelantan bajir teruk and kita kat Kuantan pun tak nampak matahari langsung.
Nampak air bertakung banyak kat depan rumah tu kan .
But Alhamdulillah, setakat tu jer laaa air naik pun .
Masalah menjemur kain laaa...terpaksa laaa i jemur dalam kawasan porch.
Tu pun berhari2 nak kering.

tapi hazab2 kita, nak tunggu kain kering jer, bayangkan yang merasa banjir tu...Allah...macam2 cerita i dengar...ujian Allah kan ...



meja ni bnawak dr KL...meja yang selalu kita orang breakfast sambil hadap kolam kecik papa dulu.
Bawak ke sini, tak sempat duduk pun , berkulat gitu jadinya...



Walaupun rumah baru ni kecik jer, and space pun limit, tapi kids having soo much fun kat sini.
Boleh bebas main depan rumah..tak lah terkurung dengan maid macam dulu.

so itu jer la citer pasal twin...

Pasal Aniq...

In sha Allah dia akan sambung tingkatan 1 kat sek dekat2 jer ni.
Result UPSR dia pun tak berapa baik..and even ada peluang for sek asrama , i dan papa dah bincang and we decided he stay kat rumah jer with me.
I still need to monitor him, i pun belum ready to let him stay jauh2...nak jugak dia jadi peneman bila papa kat KL...


Alhamdulillah, dia banyak tolong i sepanjang ketiadaan papa.
Dah boleh harap utk basuh pinggan, angkat kain jemuran and boleh dah lepas kan adik2 kat dia utk dijaga.
Bersyukur snagat dia mampu handle and tolong i.
Memanmg i know its quite hard for him, sebab he was sooo pampered sejak kecik.
Dijaga bibik dr umur dia kecik sampai laaa dah darjah 6.
Tak de la nak basuh kasut sek sendiri ker apa, semua bibik buat.
But bila takder semua tu, he surprised me that he survived , bukan jer mampu handle himself, tapi able to take care of adik2.
Bila dia mintak duk asrama , i cakap, i belum mampu nak let him go..and Alhamdulillah dia faham and terima my decision.
I percaya, dia tak dapat good result in his UPSR baru2 ni for a good reason.
Bukankah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
This year dia dah janji nak focus in his study..and in sha Allah, i promise nak focus more on him after this.

so itulah jer la kisah anak2 sepanjang disini.

Ibu diaaa...??



Alhamdulillah, makin sihat and sihat seperti selalu...
Esok dah jadi tong dram baru nak sedar hehehe.

Till then...
Byee...!!






Tuesday, 6 January 2015

New: Ruang tamu

Salam,

I'm back..!
I mean im really back with few story to share.

Jom citer deco nak...?
Lantak laaa kalau u all tak nak pun , nak citer gakkk...!!!

Today i nak share my new ruang tamu in my new house.
But before that meh kita refresh how it looks like masa i mula2 pindah.

Ini je pic yang ada...
Bahagian yang ada beam tu i baru tambah, tiles pun tak sama sebab rumah ni dah agak lama i buat and sewakan.
Nak cari the same exact tiles memang dah tak ada...so dapat yang iras2 pun jadi aaa.
Bila tengok dekat2 jauh betul nak irasnya, but seem memang tak ada dah, redha jer la.

Kitorang mula angkut barang2 dr KL bulan 11 hari tu and start dr tu , i pelan2 mula deko sikit2 bahagian rumah.
Memang ambik masa lama and sampai hari ni pun tak fully siap...but kena slow2 sebab i kena focus on my business juga.
Anak2 lagi kat umah ...dah takder bibik, fully i jaga.
Penat handle kedai, staff  and kids.
Nasib jugak anak bujang kesayangan dah boleh diharap to look after his twin sister.
So bila g kedai, dia lah jaga, n curi2 masa ada i balik n start kemas sikit2 barang.

Bermula dengan ruang tamu...then pelan2 ke bahagian2 lain rumah.
Tapi ruang tamu pun dah berevolusi dua kali sepanjang masa yang ada.

I use my sofa from my old house.

Masa ni memang baru sangat masuk barang...dalam kepala dah banyak plan nak ubah balik this sofa look...

sangat kosong

My langsir yang i cerita kat sini.

pemasangan ...by papa

the sheer that i use



Tengok atas langsir..dah santak snagat dengan beam , kalau tak memang plan nak buat sampai syiling

Bila cakap ngan mok habis 1k buat langsir ni n sekali langsir bilik, mok tak caya.
bodo sangat rupanya dengan harga camtu katanya hahaha.
Kain ni from Kamdar, namanya "blackout"
Tell u, memang kalau tutup habis ,angsir ni, siang hari...rumah kita memang totally black out ...tak ada sikit cahaya pun boleh tembus hehehe.

Few week later...




I mula ubah the look of my sofa.
Bosan dengan bantal merah yang come together with the sofa...i beli cushion banyak2.
Separuhnya dr rumah lama...i pernah cerita kat sini.

Then before pindah sini, i ada beli sikit lagi kat Ikea nak tambah2 cushion sedia ada.

Kemudian bentang balik carpet dr rumah lama  jugak.
Nothing new in my new house ni.
Semuanya gunapakai apa yang ada except i tambah sikit2 jer...cam langsir, cushion.
Even bunga pun dr rumah lama.


And today..this is how it looks like.
Buat masa terdekat ni, tak terfikir nak ubah apa2 lagi.

In sha Allah later i share another deco dr sudut lain .







Wednesday, 31 December 2014

Berakhirnya 2014

Salam...

Malam tahun baru..
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk 2015...sedihnya...tahun ni paling sikit entry kot...

Catatan akhir sempena ambang tahun baru.

Dipenghujung tahun ni , kita seluruh Malaysia diuji dengan pelbagai dugaan.
Banjir di pantai timur, Perak dan Johor.
Setakat hari ini, Alhamdulillah, my house area masih dalam keadaan selamat tapi hati sentiasa dirundung bimbang setiap kali melihat hujan.
Dan juga tragedi pesawat Air Asia yang terhempas.
Inilah tahun ujian terbesar rasanya buat kita di Malaysia, dengan tragedi MH 370 dan MH 17 dan sekarang tragedi Air Asia pulak.
Ujian fitnah berleluasa juga jadi penyakit dan wabak merbahaya yang rasanya i tak mampu nak ulas panjang lebar...

Untuk my life  pulak,dah berubah 360degree...
Alhamdulillah, perubahan hidup yang sangat2 membahagiakan walaupun banyak dugaan dan cabaranNya.

Terlalu banyak kisah suka duka yang nak di kongsi sepanjang tahun 2014...sebagai ingatan , kenangan dan pengajaran...tapi my life benar2 dah berubah.
Nak kata sibuk sangat tu memang la tak, tapi nak mencari sedikit ruang dan peluang tu macam payah, sebab bila ada masa, i choose to rest and spend my time with my family.

In sha Allah, azam for 2015, nak update lebih kerap.
nak share my new house deco with all.
Nak share lebih banyak resepi2 ringkas .
Nak macam2 laaaa..and In sha Allah akan diusahakan ....


Untuk semua yang sudi membaca coretan yang banyak mengarut ni, thank u soo much.
Hopefully 2015 is gonna be great year utk kita semua.

Till then, jumpa tahun depan yer..

*Ramai ke kuar layan bunga api tonite...?
*Kami sekeluarga duduk rumah jer ...golek2 with kids...


Thursday, 27 November 2014

Finally...!

Salam,

Entry ni dah 2 minggu ditulis tapi tak dapat dipost as im struggling to put some pic within the entry..but sampai today i didnt manage to do so, and decided to just post this entry without pic ...
As for today my house dah 60% siap dideco and In sha Allah,i will share with all later..



Holaaaa...!
Im back with smile and u guys surely dah boleh guess why...
Yeap,finally semua barang2 rumah yang dinantikan telah tiba dengan dua buah lori ...lori 5 dan 3 tan...so u guys dah boleh tau kan , berapa banyak barang that we have...
And kalau nak dikirakan nak angkut licin habis botak...we need another 1 tan punya lori but we decided nak tinggalkan jer barang2 tu.
So the moving process...as usual, memang semua tau la kan , mana2 pun proses pindah memang sangat scary and triring.
But Alhamdulillah, as the 'best auntie' (hahaha, award sendiri)..im so lucky to be assisted by two of my niece, Awa and k Yong.

I balik KL Jumaat pukul 12 tengahari with twins.
 Pukul 4 i reached home and papa dah ada kat rumah.
Thought that dia tengah berkemas rupanya tengah melayan movies.
Petang tu jugak, kak Yong sampai and kita cuma pack sket2 jer.
memang 40% barang2 penting dalam rumah tu dah dipack oleh papa and Awa during weekday after work..so senang skit kerja.
The next day , saturday Awa pulak datang, then kitorang sambung kerja mempacking.

Malam mama and atuk datang and kidnap my twin hehehe.
The next day on Sunday, as early as 7am, dua buah lori tu dah tiba.
Siap semua hangkut masuk lori at 11 and dorang gerak terus ke Kuantan.

Kitorang stay utk clean up apa yang tinggal.
Actually memang masih banyak lagi barang as papa still kena stay there for few month or maybe a year.
Kita gerak at 2pm and lori call pukul 4 bgatu dorang dah sampai.
So nak tunggu kitorang yang baru halfway nanti lambat, so they punggah ke dalam rumah and my staff kat kedai pass them the payment.

Bila kita semua sampai pukul 5, macam nak tercabut jantung tengok they just 'humban' everything in the house.
Pakkal laaa staff yang bayarkan duit , kalau tak memang haru kena haruk dengan i.

Sambung nanti peeps...!







Monday, 3 November 2014

Hyatt Regency Kuantan Resort

Salam,

Alahai this week pun tak sempat nampaknya nak gebang pasal rumah baru.
Memang takder progress langsung.
Papa balik this week, we decide nak restttt jer....memang penat otak last two week.
badan ok lagi, penat pun rasa tak seteruk penat otak ni.

So, papa kat lets check in somewhere.
I plan nak bawak bebudak g Genting, tapi last minute sangat kan , so hotel takder.
Papa pun decide lepak kat Hyatt Kuantan jer la.

Masa i duk layan bebudak kat bilik sekali tengok dia dah siap book and bayar online.
Ok laaa jalan.
Dah la book pagi nak masuk petang.
Nasib baik sekangkang kera jer dr umah..so main sumbat jer la apa yang ada.

Takper laaa, kita layan pic jer la...


Bertolak kuar dr kedai pun dah pukul 4.
Pastu papa singgah nak basuh kereta lagi.

Last, pukul 5 jugak check in


Papa handle check in, while ibu sibuk snap pic2 dorang
View ni buat dorang terloncat2.



Adik yang happy nampak bath tub





Tak sempat apa, dah tukar baju

Selagi tak dilayan, selagi tu merengek...aduhhh


me and my bujang..dah sama tinggi dah huhuhu...
dah bujang katanya...muka pun dah penuh naik jerawat ...hurm hurm...
(ibu dah tuaaaa ker..)

This two tak yah citer la, excited nya , awal2 lagi dah siap gogles tu haaa...


Tak sempat bagi salam, dah terjun huhu.
Setiap minggu budak2 ni berendam dalam pool...memang takder harapan dah nak cerah balik kuliot dorang ni....

Tak sure berangan apa..nampak2 ada dalam my camera...


Nice view from the pool.

Malam, kita keluar jalan2 dr pantai terus ke tempat makan di Teuk Chempedak.
Jalan kaki jer ikut pantai..

tak lama makan, papa ajak lepak layan bola kat bilik, while i melayan kids main gunting2 buku, tampal, lipat.
Memang dr awal i bawak activity book...in case papa nak melayan bola and kids surely tak boleh layan their cartoon kan .
Malam tu cadangnya lepas bola, nak round2 jalan2 kat pantai lagi, tapi ending up semua tertidur hehehe.
Esok nya pepagi pi breakfast and kids sambung mandi kolam lagi.









while kids having their time AGAIN kat pool, papa rileks2 melayan berita  bola...btw JDT kalah yer paaa..hehehe bertabah laaaa..!!



dah panas terik, sampai dah makin tak nampak kulit, bersinar2 bawah matahari, i paksa dorang naik .



Balik bilik, dorang sambung pulak berendam dalam bath tub .
I kemas siap2 and check out tepat at 12 pm.



Walaupun dekat jer, tapi percutian kat Hyatt ni betul2 merelease kan .

Balik weekend ni plannya nak start pindah barang...just wait n see..!!