love

love

Followers

Thursday, 7 August 2014

Raya 2014 part 2

Salam,

While i still in the mood, i nak habiskan kisah raya.

Pagi2 raya kedua, kami bertolak balik KT and mama ngan Ngah sefamily heading to JB.

We reached KT at 2pm and terus ke rumah mok teh (my 2nd sister).
Kebetulan dia buat open house and memang semua berkumpul kat sana.
I didnt snap any pic but it was black and red theme on the day...alah rugi pulak rasanya tak ambik apa2 gambar.

Ini pic ambik from family group FB, on second day at rumah mok teh, but masa ni i kami semua belum sampai.


Petang after makan , baru balik ke rumah mok.
Masa ni semua pun masih ada kat rumah mok.
Masih meriah penuh rumah.
Malam melepak pulak rumah Ayoh cik having fresh durian baru gugur and we were served laksa...sedappp berebut2!!!


The next day pulak, with blue theme , kami melepak one whole day kat rumah Che Ngah and Che De.
Rumah dorang sebelah2 jer.
This year, Che Ngah buat mee kari and nasi lemak while Che De buat nasi putih with gulai ayam kg.
So whole day kat situ jer.
Pagi naik rumah ni, makan nasi lemak, tengahari naik umah sebelah pulak for nasi and petang lagi masuk balik next house for mee kari sampai la ke malam melepak sana.

Rumah Che de.


Rumah Che Ngah

Siap ada kek by my anak buah, Kak Yong yang kebetulan celebrate birthday Che Ngah (her mum) on that day.

my sister potong kek 

Day 4 raya, kita semua semangat pakai baju sedondon lagi, but ending up , stay at home sampai malam .
Tak pergi kemana selain tergolek terlentang dalam umah mok





Dah petang, kita tak kemana2, kids pun dah tukar baju and cuma main ngan cousin kat rumah.







Malamnya, i janji nak ke rumah my bff Yuza tapi tak jadi pun sebab papa keluar tak balik2.
Dia sibuk cari barang nak kemaskan rumah homestay ayoh.

beria budak berdua bersiap


Day 5 raya, kita dah bergerak balik ke Kuantan, my new place after this.
In sha Allah after Aniq settle his UPSR, i akan pindah terus for good.
Buat masa sekarang i ulang alik every week Kuantan -KL.

Kami gerak balik after solat Jumaat and lepas lunch dengan laksa by my mum.
Sedap snagattt2, i siap tapau nak makan kat Kuantan.



Ini breakfast on raya ke 5 before having the laksa for lunch


Lepas makan laksa terus gerak sekali dengan Pak Lang.



Tiba di Kuantan dah malam .

Next morning dah start business.


Monday morning kita semua bergerak balik ke KL.
Tak sanggup nak balik Ahad tu, takut kena redah jem lagi.
Jadi terpaksa Aniq ponteng sehari.

Habis dah kisah raya.
Balik KL ni, kena plan for open house kawan2 pulak macam tahun2 lepas.
Plannya memang tak mampu nak buat, dengan takder masa sebab every weekend memang nak balik Kuantan, tapi since papa kena stay this weekend for Kelab Kembar punya meeting, baik terus i buat open house utk closest friend...tengok la camana, atau mungkin plan tinggal plan jer hehehe.











Wednesday, 6 August 2014

Raya 2014

Salam ,
And Selamat Hari Raya Aidilfitri..Syawal kan sebulan ...
I know know...takderk khabar berita berbulan bulan tetiba kuar2 selamat hari raya jer.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur utk i menulis di blog ni.
Jujurnya dah lama mood menulis hilang, hingga ke hari ni pun , i dukkk paksa diri  to start.

Masa memula bukak blog ni dulu, memang i bercadang nak bercerita about deco.
I love home deco since i remaja lagi.
And bila life i dah berubah...rumah yang ibarat heaven on earth utk kami sefamily nak dijual...saya jadi tak ada mood menulis lagi.

Bukan tu saja, i jugak dah hantar surat perletakan jawatan few month back and will be here sampai 14 ogos ni saja.
Starting on 15 Ogos, i will officially unemployed hehe.
But in sha Allah later i akan kongsi apa yang actually i buat sampai i decide to quit my job here.
Have been with TM for almost 8 years.
Satu pengalaman yang sangat indah tapi Alhamdulillah, dan  in sha Allah , ada peluang lebih baik, so me and papa decide one of us kena focus on our business.

Since i bercita2 dah lama nak jaga sendiri my kids, we both decide, biaralah i berhenti dulu.


Ok panjang lebar sangat tu..actually today i nak kongsi kisah raya.


Tahun ni pun luar biasa sikit, we celebrate raya kat our house di KL since mama pun dah stay sini.
Rumah kat Muor dah disewakan , and kami semua pun sedih gak , on our first raya, takde  kg nak balik hehehe, but kita buat2 happy jer.

Feel raya tahun ni berbeza, takder berebut bilik air pagi2, sibuk kat iron board waiting for turn..semuanya smooth, rileks2 jer pagi raya baru nak bukak almari cari tudung to match the concept semua.
Itu jer laaa yang seronok raya dirumah sendiri pun.

Mama beraya kat rumah kami, and we prepared a lottt of Raya dish together though cuma kami anak beranak nak makan .



Rendang...6 kg fresh daging tauuu...jenuh bawak balik Trg and Johor pun tak abis2 huhuhu.

Pic blur, silap setting flash.
Papa prepare kerutuk ayam style mok , then ada sambal kacang, lodeh and rendang daging.
Ketupat segera jer...



lemang pun ado




Tak cukup dengan tu, papa masak pulak nasi hujan panas, nak makan dengan kerutuk ayam dia , lebih dr nak buat open house kot makanan punya banyak.



Sebelum boleh bersalam and bermaafan, kita makan dulu.
Masa ni dorang baru balik dr masjid.
Jalan kaki, depan rumah 5 langkah jer pun masjidnya

Budak2 pun kita suap kenyang2...
Baju raya dr Madinah.
Tahun ni memang i tak beli baju raya langsung for me and kids sebab dah ada baju dr Mekah tak pakai lagi.
Baju2 jalan pun memang dah beli awal2 dulu, sebelum puasa, konon nak pakai, tapi i beli besar2 semuanya, buat raya jer laaa, senang tak yah membeli lagi.

After dah kenyang, baru bersalam dengan mama and atuk and bergambar

Mama dan atuk..sedondon this year...golddd..!!

Papa and Aniq with bronze colour...last minute dua malam sebelum raya g PKNS cari baju dorang sebab Aniq dah tak muat pakai baju tahun lepas, so papa pun nak baju melayu jugak, nak sedondon dua beranak katanya.
Jenuh after that i menggodek almari cari jubah boleh sedondon and pagi2 raya jumpa pulak tudung bawal berjaman tu..pakai jer laaa, asal nampak ala2 sedondon..




Us...!!



Ibu and kidsss






Later , petang after 2, baru Ngah anak beranak sampai from his in law di Perak.

Tapi petang tu kami dah penat sangat..i masuk ke bilik nak berbaring sikit.
Budak berdua merengek minta tukar baju sebab rimas dengan jubah camtu.

I tukar kan jubah pendek ni and depa pun main2 kat their space , tak macam hari raya pun .


Adik tertidur after that and kakak pulak laternya.

Kami yang tua2 ni nak tidur , tak dapat pulak , terasa bersalah..so cuma melepak di laman , layan kolam papa




Tahun ni Nana punya turn beraya with her in law so she's not in the story...but on our first raya, i share our raya dish kat FB and dia terus whatssap kat family group to come and join .
Tak tahan katanya tengok dishes2 fav dia.

Dah Mahrib diorang laki bini sampai dr kg hb nya di Bagan Lalang, and after makan, solat and family pic baru dia balik semula ke in laws place nya.

We tried to gather everyone malam tu, sebab this year jer semua ada on the first raya.
Kalau tak memang tak jumpa sebab we decided every raya kena take turn to raya with mama and atuk
So next year bila kita raya kat KT, Nana will be with mama, so the chances to meet up semua cukup korum adik beradik papa susah la sket.
Since that nite Nana datang, tu yang semua pakai balik baju raya pagi nya and kita pun bergambar.





Pic ni huru hara nak setkan auto camera, dah la pakai phone jer...hahaha
Sayang that i dont have pic yang senonoh , yang elok jer semua ada, i think pic ada pada papa, tapi malas pulak nak mintak dia wasap , nak upload lagi...so, ini pun jadi laaa hahahah..


The next day nya on 2nd raya, awal2 pagi kita bertolak balik ke K Trg while mama, atuk and Ngah sefamily heading JB beraya ke sana.

Nanti i sambung kisah 2nd raya k.





Thursday, 22 May 2014

MY 2nd photobook by Groupon

Salam,

Ingat hari tu i citer pasal photobook yang i beli thru Groupon voucher..errrr actually bukan beli sebab kena bayar RM0.00 cuma kena bayar delivery charge jer.

Actually i ambik dua voucher.
And my dear friend Alyn sayangt bermurah hati that dia bagi another voucher to me.
Hari tu sempat buat mok punya , yang pic2 Bandung tu...pastu since lambat lagi nak tamat tempoh nya, bertangguh la tak buat2.

Baru2 ni kecoh kat opis kata dah nak expired and bila check email rupanya my vouvher dapat extention time sampai June.
Tapi nanti kalau i tangguh lagi, confirm tak buat kan .
So baru2 ni duk la sibuk mengedit software tu and terus submit on the same day and today...dah dapat..!!
Happy nyer, hantar Monday petang, tak sangka cepat pulak dapat.

Kali ni , i buat khas utk pic anak2 saja

Meh tengok sikit.













Puas hati sangat, dah la free, cantik pulak tu.

For those yang minat, boleh cek kat groupon , sekarang ni dah tak ada dah yang free tu, kena bayar rm10 utk size yanng camni...but for me RM10 is still worth it..!!








Tuesday, 20 May 2014

Twin and school

Salam, 

Bibik balik Medan on 5/5.
Monday.
Selasa i bawak kids ke ofis half day and half day lagi kena la cuti.
The next day, kebetulan i dapat MC sebab sepanjang i buat projek kat Kuantan ni, i suffered dengan gastrik teruk.
Dapat two days mc, i ambik peluang send my kids ke sekolah the next day tu, Rabu..on 7/5.
It was the sama school i send them last 2 years.
Masa tu my bibik kat Puchong lagi.
Kebaanyakan cikgu yang sama lagi kat sekolah tu, tapi sebab dah lama lemak kat rumah , confirm laaa they dont wanna go school kan .

Dorang melalak2 hysterically sampai i phobia huhuh.
Balik rumah tak boleh buat apapun teringat kids kat sekolah.
Tepat pukul 12 tengahari , i picked them from school.

Dalam kereta they we re so happy .
Bercerita about friend and such.





Ini pic happy balik sekolah, tak nak cabut baju and nak kemas beg sekolah for the next day school.
Leganya my hati Tuhan ajer yang tahu.

Tapi malam tu dua2 aja i confront that they both tak nak pergi sekolah.
I pujuk baik2, pun tak jalan .
Ending up diorang melalak cam i hantar kat sekolah...phobia betul i tengok...so terus papa decided to send them ke Rawang to mama.
Mama memang before ni pun dah tanya nak jaga kids while bibik tak ada ni..tapi hati i ni berat sangat..prefer they go to school sebab i still can pick them after works.
Papa kata after  works i tak sama like others, kadang2 pukul 8 baru reached home...so i tak boleh too selfish..pentingkan diri nak rindu kids while they actually happy to be with grandma.
I buntu...kena tolak tepi perasaan rindu, so malam tu jugak we send them both ke Rawang..and sampai lah today, dorang tak mau balik lagi ke rumah.

I made a visit every two days..sebab tak tahan rindu..tu la sebab penat sangat badan rasanya..memang tak berdaya....tapi harus laaaaa bertahan.

Ini pulak pic weekend dorang ke PD while me and papa kat Kuantan.


Takper laaa kids, ur papa is right, ibu tak boleh selfish....!!






Monday, 19 May 2014

Rutin baru yang tunggang langgang

Salam,

Sorry tak dapat sambung last week.
Actually life memang dah banyak berubah, so banyak sangat new thing i nak kena adapt, tunggang langgang dah semua...

First, i submit my resignation letter last two week, and in 3 month time, i dah tak perlu ke ofis.
Am i happy about that?
Later, i buat entry khas...

Second, im handling new business that based in Kuantan , so my routine will be , Jumaat after works (as i still need to be in office, notis 3 bulan )..rush to Kuantan, two days kat Kuantan, handling whatever i need to, rush back to KL on Sunday nite.
Semua berjalan lancar, despite of penat journey until laaa last two week, my maid, bibik Ayu kena balik ke Medan due to her family issue.

Kids dah terbiar, takder sapa nak jaga..they refuse school, menangis gila2.
I still kena masuk ofis and i still need to balik Kuantan every weekend.
I still kena urus rumah sini, Aniq punya baju sekolah, Aniq punya lunch and dinner, school thing and such.

Alhamdulillah, dipermudahkanNya, my mum in law asked me to send twin to her.
Malam2 i menangis rindukan them both...i sedih at the same time balik from office no more kids berlari and hugging me kat pintu, i sedih bila i bukak pintu rumah..Aniq terbaring lemah rindukan adik2..but ini laaaa yang i terpaksa korbankan buat masa terdekat ni.

I balik Jumaat lepas kerja every week.
I balik ke KL balik Sunday malam, normally dalam pukul 12 lebih sampai laaa...penat terhangguk2 laki bini kat atas jalanraya and when we reached home, that was the time i nak angkat baju2 sek Aniq yang i jemur subuh2 Jumaat before g kerja and balik Kuantan.
Masa tu la nak gosok baju utk seminggu dia.
Malam nak kena check lauk utk masak the next day .
Rumah memang tak mampu nak diuruskan dah...dapat basuh and jemur baju tu dah syukur, lipat memang tak buat...sebab malam on weekday pulak, masa tu laaa duk lari ke Rawang la nak jenguk twin..nak uruskan Aniq tuisyen semua.

3 bulan lagi in sha Allah bila i dah tak perlu ke ofis, hopefully life will be well manage...and i tak perlu tunggu weekend utk balik Kuantan handling my business there.
Kids does not have to be apart from me.

But 3 month tu rasanya macam 3 tahun..
Baru masuk 2 bulan lebih i handle this new business, i dah rasa letih nak terjelepuk...
Moga2 dipermudahkan urusan kami ya Allah....

Ok, dah tak tau nak cakap apa..hahaha, memang buat entry ni nak ngadu penat jer semata mata hahaha.
Later kita citer panjang k...




Thursday, 8 May 2014

Break the silence..!

Salam ,


Alhamdulillah, i masih hidup hehehe.
Thank You sebab masih sudi menjenguk blog yang dah hidup segan mati tak mau ni.
And sorrryyyyyy sebab memang gila tak sempat nak update apa2 pun ...life dah 270degree berubah (belum 360 lagi heehhe)

So? what i misss??
Rasanya tak kot, i never failed to blogwalking blog kawan2...3g is everywhere, BW jer kat handphone but when it comes to update my blog, i failed to do so sebab memang tak gigih nak menaip.

What u guysss miss??
A lottt!!!
Like u guys care hahahaha.

In sha Allah will try my best this week to update kisah2 susunatur.
Today mood masih tak ok sebab badan sangat lemah after 3 days mc...but since i missssss my blog so much, so gagahkan diri.

See u guysss lagi..saja jer nak break the silence ni.!!