love

love

Followers

Sunday, 8 December 2013

Family Day

Salam,

Weeekend sebelum sunat Aniq..after the go kart..malam tu family in law datang berkumpul kat my house.
Mulanya sebab papa ajak main ping pong, terus Ngah and family bermalam .


Baby Damia...ajak ibu main dengan dia...

Aleesa gigih jaga baby, kakak Aleeya tak minat sangat




The next day, Ahad pepagi, papa beli nasi lemak jer...i tak gigih nak sediakan bekpes

Papa and Pak Ngah layan ping pong kali ke dua..malam sebelum tu dah dua tiga round.

Tasha and atuk jadi pemerhati jer

Ni tak abis2 makan lagi



Lepas main ping pong, ada plak jiran sebelah ajak menjala kat kolam bekas lombong depan rumah..

Balik2 bawak balik dua tiga ekor ikan ..lampam and talapia...






Bukan nak buat makan pun ...nak buh dalam kolam dia.

Tengah geng2 lelaki dengan aktiviti dorang, i buat nasi ayam .
Senang, cepat..buat banyak jugak, ingatkan mama and Nana nak datang lunch sekali...rupanya dorang datang dah petang...so kitorang jer la ramai2 yang ada tu layan nasi ayam.



After makan, ada jer lagi aktiviti2 dorang ni..ni ntah apa projek tak tau laaa

Budak2 tidur, mummy Lin pun tidur dengan baby...i duk dapur, godek kejap puding roti.
Senang nak bakar, guna oven kecik ni...kan i cerita, hidup lebih mudah lepas dah replaced this oven..


Tak sampai setengah jam, dah siap my bread puding

I buat sekali puding sos ni

Ini lah dorang jamu bila semua bangun tidur petang tu

Penat la jugak i dr lunch duk dapur sebab kebetulan bibik Ayu cuti 






petang mama datang dengan Nana dr kampung mak mertua Nana, bawak pulasan , durian and rambutan...menjamu buah2 pulak petang tu.



Malam  dorang semua balik and tak lama lepas tu Che Ngah pulak sampai dr Nilai.
Che Ngah hantar kak Yong ke Nilai lepas dorang balik kenduri ke Kedah.
Malam tu Che Ngah bermalam rumah kitorang and the next daynya dorang balik Terengganu.

Memang betul2 family day and menguji daya badan i betul
Dah la a day before penat main go kart , Ahad pulak dengan aktiviti memasak n ;layan guest without helper...Monday pergi ofis lemah longlai badan i dibuatnya...

Apapun , seronok sesekali buat family gathering camni, tak perlu laaa kat tepi pantai atau air terjun , melepak dalam rumah pun seronok kalau ramai2 kan ...













Friday, 6 December 2013

Go Kart at Sepang F1

Salam,

Last Saturday, i kena jemput papa kat Golden Palm Tree ,Sepang.
Papa ada team building kat situ start from Khamis lagi and dia cakap Sabtu at 12 , dah boleh ambik dia.

Jumaat before ambik dia, malam tu kawan2 ofis duk whasap ajak join Go Kart kat Sepang, organized and sponsored by vendor company kitorang.

Since nak ambik papa kat Sepang, i pun agree to join the event as my boss convince me pergi suka2 jer.
Ok takper.
Lagipun Alin ada join sekali...seronok, ada geng selempang lagi...

Pagi2 Sabtu dah kejutkan 3 orang budak and dengan Aniq kena pujuk lebey sket, sebab dia selalu refuse to join me, tapi i cakap , after that nak ambik papa, so, dia pun gigih juga, takut papa marah.

Pendek cerita , i sampai ke litar Go Kart Sepang tu around 9.00 am..elok2 dorang baru berkumpul.


Masa memula sampai ..comei dan hensem lagi anak2 dara and anak teruna i.


Since dr pagi , bangun tidur and rushing sangat, i tak sempat breakfast...nasib baik dorang sediakan kat sana...

So, terus bedal dulu ..seronoknya bila register nama, terus dapat goodie bag with sehelai T shirt dalam tu..menarik

Yang menariknya lagi, from our company, hanya me and Alin jer laaa pompuan ...lain2 semua lelaki.
Dr vendor company tu pun cuma ada dua pompuan...so ok la tu kan 

Masa register, we both dah decide kat counter registration tu, that we both takkan main ...so tak tulis la nama utk join main go kart, cuma register attendance jer





Sementara start, budak2 ni melilau2 laaa kebosanan.

Kat sini, dia bagi 2 group, A dan B and dia lepaskan satu2 group utk cuba dalam 10 minit.
After the second B cuba, my boss asked me to try.
Masa ni dah rasa tertarik hati to try sebab ada girls dr vendor company pun main , so cakap dengan bos , boleh la cuba..but since we didnt register nama utk main, masalah laaa pulak.
My bos tried his best utk me and Alin masuk jugak and jumpa organizer..then they decide we cannot have the trying 10 minute session tu tapi boleh terus masuk ke qualification game.

Hantam jer laaa...memang tau takkan qualify, tapi boleh laaa cuba main kan .



Alin ...


Me..


Muka puas after the game

Nasib baik guys fren sangat2 sporting ...rajin pulak melayan kita bergambar


Ada kembar lagi join ...my ex staff, now dah pergi team lain 


My bos, My big bos and my colleague



Jangan terpedaya, kami tak menang pun ....hehehee


Dah kepanasan...dah mula bukak baju


Adik maintain lagi even dah berpeluh2




Bila they start merengek2, sebab panas and bosan, nasib baik laaa organizer tu sangat memahami and belanja semua2 kat situ makan aiskrim..kebetulan ada motor aiskrim and they called for him...

Budak bertiga ni pun apa lagi...baju putih jadi macam2 warna

Me and my anak bujang, yang dah start bosan, bukak kasut and ganti with my slipper...

Before the event habis, i gerak dulu  sebab nak ambik papa at 12...so tak tahu that organizer siap bagi voucher AEON RM 100 each to participant ...fuuuh, nasib baik Alin tolong ambik dan simpan utk i.
For the winner, dapat RM1k tau...syiok2...
As for me, dapat main tu pun dah enjoy sangat, suka2 jer sementara nak g ambik papa...sapa sangka rezeki boleh pulak dapat t shirt and voucher...rezeki...!







Thursday, 5 December 2013

Kesan Epyhra pt 2

Salam , 
Before this i ada share pasal Ephyra kan ..

Boleh baca sini.

Ok so now after dah few month..tapi to be honest, dah nak masuk berapa bulan dah ..i masih lagi with my second box..ok, i ni memang liat bab2 supplement segala ni..tapi nasib baik i beli dua kotak dulu, so sayang duit, dah beli mahal, i paksa gigihkan diri makan juga and manage to habiskan sekotak, now my second box pun dah habis lebih separuh....seksa pulak laaa nak beli third box lepas ni..dah perangai tau...kalau nak repeat order liat sungguh even i tau it works for me.

Ok meh kita citer apa effect dia to me lepas masuk kotak kedua...


Ni kisah bulan lepas..i went to my family doc...doctor ni dah bertahun2 i kenal, dr Aniq kecik sampai anak 3..sakit demam, cucuk anak2 semua kat klinik ni.
Masa pergi buat routine check up papa, doc tu tetiba tanya i.
"did u take any supplement recently madam..?"

I dah pelik, ntah apa dia nak promote ni eh hahaha.
I pun cam blur...tak ingat supplement tu camana...so instead of answering him, i asked him back..
"Why..?"
"Owh ..nothing, u look different..ur face look fresh and glowing even without make up..."

I was like...biar betul ni...hahaha, sengih2 tanya balik..
"is it..?"

Boleh doc tu jawab balik pulak..
"yer, dulu muka u kering  a bit kan ...now nampak moist.."

wah wah wah...
Im sooo excited okay.

I pun cakap, i ambik supplement Ephyra..dia tak tau kot, but doc tu tanya, apa kat dalam tu..
So i said, ada gluta , acai berry, all berry extract then doc tu cakap..
"owh semua antioxidant source..bagus tu.."

Seee Seeeee...!!

Ok laaa tak mo citer panjang, meh tengok my face , before and after k.

Sorry this is the clearest pic yang i dapat cari....tapi masa ni memang kulit i sangat kusam...



Before

After, no camera trick, no mekap...even tak sepenuhnya nampak ok dr masalah kulit kusam before, but nampak laaa ada perubahan sket..baru habis sekotak setengah kot, ok la kan ...


And antara kesan  lain yang i sendiri notice and dah check with papa and he agreed with me ialah my hair ...
Rambut dulu , standard kot masalah ramai..gugur...
Asal mandi, syampu, penuh laaa kat lantai...dah cam orang lepas kemo kot...naik cuak kadang2.
dah macam2 syampu, takder kesan snagt.

Now dah lepas Ephyra, i tak kata takder rambut gugur, bohong sangat tu, tapi tak la extreme sangat and one thing yang i tak faham, rambut i lebat sangat..bila genggam nak ikat tu, perasan eh tebal lain macam...
papa pun cakap camtu bila nampak i lepas rambut.

Dia kata rambut i nampak tebal sangat...so sapa leh jawab eh..Ephyra tumbuhkan rambut baru??? takkan cepat pulak leh sama panjang ngan rambut asal yang dah panjang tu...confuse tapi mmang i yakin rambut i makin lebat...

Nak tunjuk takleh laaa...tapi confirm..!!
Nak poyo lebih2 pun takder sapa bayar derrr...