love

love

Followers

Tuesday, 19 February 2013

Kosong

Salam,

Still in the office at this hour.
After Maghrib i think papa will be here.
Pagi tadi papa drop me kat ofis.
Selalu ibu yang drop papa, so bila dah terbalik like this, i had to wait for him ..just now he said he wanna send me home first and after that nak datang semula ke ofis.
Its 1 hour journey to office, u nak patah balik here n there...so i said, finish ur work as i can wait!
But well, knowing his work load, sampai tengah malam karang pun papa still kena berjaga.

Aniq ada tuisyen malam ni.
Im not sure if we could make it..reach home at 8pm and boleh terus send him to tuisyen.
Im pretty sure that papa forgot bujang senang dia tu ada tuisyen n i dont dare to remind him...dia tengah pening dengan kerja2 tak habis, n remind him that was like mendesak dia balik cepat la kan .
So i will just wait here and see..if after Maghrib pun dia belum sampai, ill call Aniq to cancel his class which im so sure , Aniq akan senyum sampai telinga.

I have soo much time to spend on this blog but unfortunately , kepala tengah kosong.
Nothing to ramble today, no pic to share ..just spending my time BW few interesting blog.

Jumpa lagi esok, with new modal to brag.

Bye

Monday, 18 February 2013

My allergy to seafood



Salam ,

Pic tak clear snagat, but in real my hand tu nampak merah betul n gatal2, pedih.

I think its a reaction kepada seafood yang tak fresh.

Im not so sure , but i think so..sebab i always touch seafood bila ke pasar ..sumtime jadi gatal2 n merah2 like this n sumtime tak..so mari lah kita membuat kesimpulan sendiri, yang gatal2 tu maybe because i touch the one yang tak fresh KOT.


Kisah ibu dan seafood start dr kecik, where i dont eat seafood as crab, udang, sotong.
But i love fishhhh so much..mostly semua ikan i makan except ikan sungai la kan .
kalau ikan laut, rasanya semua ibu makan...

Tapi selain dr fish, ibu tak suka dengan udang, kerang, sotong , crab , semua2 tu la.
Dr kecik, pernah cuba makan , tpi mesti muntahkan balik sebab i think it taste sooo bad.
Ada masa2 mok cuba 'menipu' my tekak dengan masukkan udang atau sotong (even dah potong kecik2) tak nampak rupa, but surely laaa my tekak can detect the weird taste tu kan ...mesti la ibu terjerit2 tak puas hati hahaha.
Masa tu kecik laaa...kalau besar2 nak terjerit2 lagi tak puas hati dengan mak, pelangkung jer ..hahaha.

So setiap kali masak sayur, mok cannot laaa put seafood buat rencah sebab nanti i wont eat the sayur.
But kalau termakan jugak..tak der la apa2 jadi pun , no allergic ker gatal2 ker .


Bila besar, ibu try makan few time sebab papa desak to cuba n try betul2 nikmati and hayati the great taste of the seafood, but ..of course laaa after dah puluh tahun kan , my tekak rasa pelik to terima.
Cuma improve sket, i can eat kerang rebus/bakar dengan syarat air asam tu kena banyak gila dicicah sebelum sumbat masuk mulut hahaha.
papa kata tu bukan makan kerang..tu makan air asam hahaha.whatever...at least i can berlagak duk kat seafood restoraunt, menghayati kerang bakar kan .

Since dr kecik my tekak tak boleh makan, when i cuba2, effect dia nanti , kalau kerang tu tak fresh, muka i akan bengkak n merah
So scary kan.

Itu kalau makan, kalau pegangg pulak, nanti jadi lah merah2 n gatal,pedih jer kulit i.
So kalau nak cuci seafood  ni i make sure i sentiasa bukak air paip kat sinki tu n lalukan tangan i bawah air tu
Seksa sket la, but since Aniq n papa penggemar seafood, kena laaa kan .
Ada masa papa yang tolong siangkan sotong udang segala tu siap2 sebab dia tau ibu tak boleh pegang sangat seafood tu semua.
Kena yang tak fresh, tak pasal2 merah , bengkak semua ...!


Sunday, 17 February 2013

LCCT to pasar karat Shah Alam

Salam,

After subuh pepagi tadi, kita semua heading to LCCT, sending Sumiati, pekerja Mak Lang balik Surabaya.
Her flight pukul 9.30, tapi lepas dia check in masuk at 7.30, kita semua terus ke Shah Alam.
Ibu plan dah few day nak ke pasar karat/pasar tani Shah Alam tu..kebetulan pulak, Pak Lang dan Mak Lang ke sini, so kita mengajak semua pergi la.
I left twin with bibik Ayu jer since dia masih tidur awal2 pagi tadi n to bring them to Shah Alam is a big2 no la.
kesian dorang berpanas semua.


First sampai sana, terus makan dulu.
Jumpa nasi lemak ayam berempah, bedal...







Papa beli satar, tapi tak sama laaa rasa nyer dengan satar Trg kan, mana leh 'celen'

Sempat snap this few pic jer, sebab after makan kita semua dah takder nak bergambar2 nyer dah.
Pukul 11 lebih baru kuar dr pasar tu n reach home at 12.
Terus ibu kelam kabut masak.

Lauk asam pedas semalam masih banyak .
So ibu tambah buat terung berlada n buat sotong goreng halia.
Goreng ikan kecik tu garing2...pastu semua tersandar kekenyangan.









After makan, solat Zohor, gerak pulak ke rumah Mak Long kat Kelang.
Kali ni bawak si twin sekali.

Mak Long baru balik umrah, so kita sampai sana,dapat la minum air zam zam dan makan kurma dr tanah sana.

Balik dr Kelang, papa singgah ke 'Cash n Converter' kat Sunway.
Ibu tak keluar pun dr kereta, sebab twin dah pengsan dalam kereta




Berpeluk2 tidur, cam atas katil dalam rumah hehehe.

Malam ni, ibu tak larat dah nak masak apa2.
So papa keluar beli burger, roti john dah nasi goreng jer utk semua.
Now baru lepas makan n sebelum tertidur, kita update dulu.

Since tomorrow dah kena masuk ofis n 3 days cuti pun cam tak cukup kan , ibu kena la tidur awal malam ni.
Esok pagi2 confirm jem teruk ..last week semua masih cuti raya cina kot, jalan ke ofis heaven sungguh.
Esok start la rutin beratur dalam jem huhuhu.

Ayuh get ready for monday blues..hehheehe..








Asam pedas tenggiri dan puding kastard jagung berkuah

Salam,

Today, we spend time kat rumah.
After Subuh, kita semua sambung tidur lagi.
Papa memang sambung takleh bangun sampai pukul 1.
Semalam dia kuar for badminton at 12 n balik rumah dah almost Subuh, lepak with fren lagi kan .
Sah2 hari ni the whole day, takleh celik mata, sakit badan lagi.

But when kejutkan him at 1 n asked him to cook me asam pedas, dia bangun smilingly.
Tak mau senyum lagi memang nak kena la, dah kita kasi kuar lepak2 with fren, dah kita kasi can membuta sampai matahari dah menegak, lagi mau masam2 kaaa.


Today lunch, hb masak semua ni.


Bayam masak belacan, ikan tenggiri goreng

Tenggiri masak asam pedas yang mabelesss .

Lepas makan, terbaring anak beranak kat hall atas, melayan movie, dr satu movie ke satu movie.
Pastu budak2 ni jenis makan tak berenti kan , so ibu  kena la pk buat sumting.
Turun ke dapur godek la puding kastard berkuah yang selalu buat tu.
Tapi tengah2 godek papa turun n tanya kenapa tak buh jagung krim dalam tu.
Dia suka kalau ada jagung kat dalam tu.
Elok cek dalam pantri, ada stok jagung tu, sumbattt






Belum sempat sejuk kot, dah kena bedal.

Malam Pak Lang telefon katanya otw nak ke rumah kita sebab dia ada urusan nak ke LCCT esok..sending her indon worker balik cuti.

Pukul 11 dia reach kat area rumah kita, terus ajak makan kat mamak depan rumah jer


Nadira n her lamb chop


happy Maklang , duk cerita apa ntah,...ehehehe

pastu kita balik rumah, semua pengsan.
Aniq jer still berjaga melayan movie with Nadira n papa.
Ibu masuk bilik, amik nb, layan BW blog kawan2.

Now ibu kena sleep dah sebab early tomorrow morning nak kena teman Pak Lang ke LCCT at 7 am.
Plan jugak esok after that nak ke pasar tani kat Shah Alam.
We'll see laaa how 



Saturday, 16 February 2013

Urusan Jumaat

Salam,

Hari ni ibu cuti.
Settlekan few urusan budak2 kat JPN.
Keluar rumah dah agak lambat..sebab lepas subuh bantai tidur balik sampai kul 9
Pastu budak berdua dah bangun tidur, kena la mengangkut jugak, kalau tak melalak.

Sampai kat sana, bukan nyer nak duk diam, penat ibu mengejar, ingatkan pakai gaun labuh2, limit la dorang nak berlari..harammm!





Sampai rumah dah kul 1, keletang keletung, siap nasi ayam...paling senang punya menu.
Papa n abang g smayang Jumaat depan rumah.



Balik semayang Jumaat, semua makan cepat2.
Lupa nak cerita, mummy tumpangkan Daniel n Tasha kat rumah kita sebab sek diorang cuti, mummy kena kerja, since kita dah ada bibik Ayu, dia tumpangkan for 3 days.
Today last laa...malam ni mummy datang tidur sini n esok bawak anak2 dia balik la.
Aniq kena g sek cam biasa la, budak2 tu tinggal la dengan bibik Ayu dan twin kat rumah.

Budak ni meleleh air mata, ibu marah sebab menyibuk masa ibu nak makan sedangkan dah kenyang sangat makan macam2.,,dengan tak berbaju nyer...aduhai..seb bek sorang..si adik dah selamat terbungkam

Semua tengah kelaparan.

Lepas makan ibu n papa terus keluar, tinggalkan semua kat rumah, kita ke Taipan di USJ sebab papa ada urusan di Bank Rakyat.
Otw balik ibu call bibik Ayu suruh siapkan budak2 n kemaskan baju spare sebab ibu plan nak bawak budak2 ke Splash Park kat the MInes.
Ibu pun actually baru tahu pasal this park from few blog yang ibu terbaca masa bw blog kawan2.
Terus la dapat idea nak bawak dorang ke sini, alang2 tengah ramai ahli dan tengah meriah kat rumah tu, seronok la sket kan .
The best part is entrance nyer free.



Smpat la snap sekeping pic, pastu terus hp kesayangan ibu tu kong...lupa nak charge battery.
Nasib laaa kan.
Airnya cetek jer, so budak berdua ni bebas laaa nak main kat dalam tu.
Budak bertiga tu tak berapa puas sangat, tapi ok laaa dr takder.

Pas mandi2, main2 kat park semua, kita round jalan2 kat dalam Mines tu.
Twin baru first time ke situ.Seronok la dia bila kita tunjuk ikan  yang ada kat dalam tasik dalam mines tu.
Lepas makan kat Popeye, kita semua terus balik.
tak larat dah nak menyinggah mana2.

Sampai rumah , semua dah kenyang kan, kakak pengsan keletihan dr dalam kereta n sampai kita angkut dia ke dalam rumah.
Adik, terus terjaga bila dah angkut dr kereta.
So , dia sambung main2 dengan kakak n abang2.

Lepas solat maghrib, ibu ajak papa layan movie.
Kakak tdur lena.

Dalam pukul 11 lebih tadi, tetiba kaka terjaga  minta susu.
Papa buatkan dia sebotol susu, n keluar for badminton.
Adik dah selamat tidur.



Lepas habis sebotol susu, kakak tak bley tdur dah.


Dia boleh baring , rileksss jer layan movie with abang2 dan kak Tasha.
Ibu pulak baru tamat movie ibu n baru nak tidur.
tak dapek laaa ibu tidur, tu yang terus bukak laptop.

Entah la pukul berapa ibu dapat tidur ni huhuhu.





Thursday, 14 February 2013

Just u and me...

Salam,

Semalam balik rumah lambat.
After work, dapat idea nak mengambil kesempatan menggunakan khidmat helper yang ada kat rumah tu sepenuhnya hahahaa.
So ibu dan papa balik lambat, pergi layan karaoke dulu kat summit.
Melalak sampai pukul 9.30 malam
Sampai rumah, adik baru nak tidur.
Lepas kiss2 dorang berdua, ibu keluar balik temankan papa g hantar barang kat Kinrara.
Sampai rumah dah dekat pukul 12 malam.
Lama dah jugak tak buat kerja camni.
Lepas ada helper kat rumah ni, senang sket la nak date berdua afterwork hehehe, tu pun kalau larat badan ni.
Semalam pun tengah2 karok, rindu kat budak berdua tu.
Papa kata bukan selalu pun , dah berhari2 masa cuti panjang berkepit celah ketiak ibu ni haaa...spend laaa masa utk papa pulak..hehehe...aye aye kapten!!




Esok ibu nak cuti, nak settleka  few urusan budak2 ni kat JPN Putrajaya.
rasa2nya nak bawak diorang berdua...kesian jugak asyik kena tinggal dengan bibik kat rumah.
Mesti buhsan sebab dulu pergi skul ..dapat kawan2.

Maybe petang after Jumaat will bring them ke Mines..nak ajak dorang mandi2 kat sana.
We'll see how.






Wednesday, 13 February 2013

Raya Cina di Rawang..

Salam ,

Waaa...laya cina maaaa...ibu pun sama laaa, sampai tak sempat nak update blog.
Cuti panjang this time , kami tak keluar kemana2 pun , tak plan bercuti ke mana2,sebab baru balik dr KT last week kan ..so dalam kepala memang plan nak duk rumah jer anak beranak.
Tapi akhirnya, tak duduk rumah jugak, 3 malam spend kat Country Homes Rawang, rumah baru Nana..errr rumah sewa baru actually.
Hari tu dia menyewa kat Green Valley , Rawang, tak sampai sebulan, rumah tu haunted..so pindahlah pulak ke rumah lain .
Dia plan nak pindah masa cuti raya cina, nasib laaa kan , semua ada pulak, so semua adik beradik papa berkumpul kat sana.
Mama and ayah tiba KL Jumaat after work tu.
Malam tu mama tidur rumah kita.
Ngah anak beranak pun datang tidur sekali.

Budak berdua yang sibuk atas katil ibu..



After breakfast Sabtu tu, Ngah anak beranak dah gerak nak shopping kat Kenanga, bibik Ayu ikut sekali sebab ibu memang kasi dia cuti sampai Selasa.
Dia nak ke Chow Kit ada urusan, so tumpang la Lin.
Ayah n mama pulak gerak ke rumah Nana.

Masa dorang keluar tu rupanya dah pukul 1 pm, masa lepas breakfast masing2 duk sembang tak sedar waktu.Lepas semua keluar rumah, baru papa perasan dah waktu lunch, kami tak masak apa pun .
Mama n Lin semua g makan kat luar n terus ke destinasi masing2 la.
Kita yang dalam rumah ni blank...nak keluar makan kat kedai memang malas.
So ibu godek apa kat dapur , nampak ada spagheti, ada sos prego n ada burger ayam...ok la, quick lunch.
Tak sampai 15 minit, siap!!



Budak berdua ni laaa paling enjoy spagheti. Comot momot dah muka.
Masa tengah makan, papa dengar berita yang jem teruk otw nak ke Rawang.
Ibu suh papa call mama bitau.
Memula papa refuse sebab katanya mama maybe dah halfway, but ibu kata cuba jer la.
Nasib baik call,mama rupanya tengah makan lagi kat Putra Height with Lin .
So bila papa inform pasal jem tu, mama n ayah decide balik semula ke rumah kita.
Dia ajak kita semua pergi sekali jer malamnya.
Lin n Ngah bawak budak2 semua , gerak  jugak ke KL.

So petang tu, kita semua layan citer hindi, Veer Zara, n dah habis citer, ibu gorengkan cempedak..kebetulan ada dua biji lagi yang bawak balik dr KT hari tu.




Dah lepas minum petang, baru kita gerak.Naik sebuah kereta jer..ayah tinggal kereta dia kat rumah kita.
Start dari Sabtu malam tu sampai la Selasa pagi2, kita semua berkampung kat rumah Nana.
Penat juga laaa menolong orang pindah barang n nak set up rumah baru kan, but budak2 happy laaaa semua  sebab semua berkumpul kat sana.
Lin balik dr KL pun terus ke rumah Nana petang tu and dia balik ke rumah dia Monday.
Kita jer anak beranak stay sampai Selasa.

Ibu lupa nak snap pic sepanjang kat sana.
Besar betul rumah sewa baru Nana, n cantik .
Siap dengan modern kitchen cabinet dah complete.
Senang la mama nak masak kalau duk umah Nana nanti..kita semua nak berkumpul pun dah ada tempat hehehe.