love

love

Followers

Wednesday, 5 February 2014

Main salji di kg.

Salam,

Gempak kan tajuk.
Cuti CNY yang panjang.
Kita yang malay ni selalunya memang sakan bercuti kalah chinese kan 
Kali ni cuti, kitorang balik Terengganu.
Saja laaa sambil2 menjengah mok dan ayoh, nak jugak merasa suasana dingin salju yang riuh dikatakan tu.

Perjalanan kitorang selalunya kalau balik KT sekejapan jer dah sampai.
Tapi hari Rabu lepas kerja malam tu kitorang gerak lewat macam biasa, tapi tak sampai2 pulak ke KT hahaha.
Pilot and co pilot dah sesama berusia, tak segagah zaman muda remaja dulu, nak balik KT, dengan kancil jer, berdesup jer dah sampai...duk semalaman, esok balik semula ke Bangi sebab ada kelas, rileksss jer badan.
Kali ni sampai ke Kuantan, dua2 decide rest la dulu kat Kuantan.
Selalunya balik jer Gebeng , rumah sendiri, kali ni papa kata , meh laaa bawak bebudak duk hotel jer kat Kuantan.
So, sekali lagi kitorang stay kat Season View hotel.
Dulu dah pernah sekali stay sini, then rasa selesa and okay, lepak sini lagi kali ni.

Kitorang tiba dalam pukul 11 ke hotel ni.
kejutkan dorang dr tidur lena dalam kereta.

Mamai2 budak berdua, tapi tak banyak ragamnya..

Dapat bilik selesa, dorang tak smbung tidur, main lompat2 atas katil


Alang2 dah cargas semua, jo turun makan..Aniq duk request nak makan...nasib baik betul2 depan hotel jer ada food court.

Esok after breakfast terus gerak ke KT..dalam pukul 11.
Sampai rumah mok dalam pukul 2 petang sebab menyinggah makan  dan isi minyak dulu.
Bila balik rumah mok, tak ada aktiviti pun selain berlingkar dalam rumah..bergolek dengan mok , bersembang.
Petang, melepak rumah both my sister yang duduk kat kg.
Budak2 tak nampak muka , jumpa sepupu sepapat...main pasir.


Malam2 sejuk jer rumah mok , duk main bergurau la 3 beradik ni.


Malam  esoknya anak2 buah buat BBQ.
Malam 1st rumah my sister.



Malam esoknya pulak rumah my brother.
Kebetulan on the date papa punya birthday 2 Feb.

Siang sebelum buat BBQ, ada pulak kenduri kahwin kat rumah my auntie.
Walaupun matahari memancar2, tapi angin sejuk sepoi2 bahasa bertiup.
Duk bawah khemah layan lauk pengantin, sikit pun tak berpeluh.


Petang bawak budak2 ke Pantai Teluk Ketapang.
Ni wajib g sebab asal balik Trg, dorang request nak main horse.
Nak g Pantai Batu Buruk, jem teruk sangat kata anak buah yang kebetulan on the way balik Kuantan , berjam2 tersangkut dalam traffic kat bandar KT.
Nasib baik ada update dr dorang..kalau tak, kita pun sama2 trap dalam tu.




Kali ni si kakak beranikan diri..dulu masa datang sini, adik jer yang berani naik horse.
kakak menangis2 tak mau, kali ni i dah bgtau awal2, kalau nak g pantai, semua kena naik horse.
Naik laaa jugak si kakak dengan muka cuak hahaha.

Jelas nampak cuak dia


Ini adik, selamba jerrr.

Sepupu dorang pun kena paksa, dalam cuak2 naik jugak hehehe.

Kakak kat depan, keras jer camtu...adik nampak cool sket.



Berani sangat si adik ni, kadang2 merisaukan ibu.

The next day Monday, i dengan papa still cuti, hari Wilayah, tapi Aniq dah sekolah, but i pontengkan, dah tau jalan balik ke KL jem teruk.

Pagi2 Monday tu cadang nak gerak, sembang punya sembang pukul 12 jugak baru gerak dr rumah ayoh.
Sampai Bentong pukul 5, tengok dalam waze, jem tak bergerak2.

Terus papa lencong masuk ke Pekan Bentong and kita bermalam kat Tras Mutiara Hotel.
Pernah stay sini jugak dulu due to bad traffic jugak..so this time dah tau mana nak stay.
Selasa ponteng la sehari lagi Aniq sekolah,and ibu papa pun ponteng kerja huhuh.

Kali ni balik cuti kat KT memang best.
Main petang2 kat pantai, even matahari memancar2 terang, memang tak panas macam selalu.
Angin berhembus bawak udara yang sejuk sangat.
Sikit pun tak berpeluh
Malam hari, tak payah pasang kipas pun semua tidur berselimut.
Tapi tak terasa pun nikmat sejuk sepanjang kat sana.

Selasa balik KL, kuar dr kereta nak isi minyak, tetiba terasa bahang kat muka..baru tahu betapa bezanya cuaca yang memang orang heboh2 tu.
Selama ni memang tak pernah experience pun cuaca sejuk ni.

Wah kalau selalu cuaca ni camni kat KT, balik kampung dah macam balik London laaa eh...tak yah susah2 naik flight g oversea hehehe.











No comments:

Post a Comment