love

love

Followers

Thursday, 13 June 2013

Bandung/Jakarta 1st day

Salam,

Ok la..meh citer Bandung meh.
Nanti boleh gak refer2,buat kenangan kan .
hari tu g Bangkok, i lumpsum jer semua satu entry..Bandung ni tengok la hahaha.

Pergi ke Bandung berempat.
Me and papa, mok dan ayoh jer.
No kids sebab memang i plan nak focus on them jer.
Mok dan ayoh tak la sihat sangat, so nak berjalan agak susah n renyah ke sana sini..kalau bawak kids lagi, memangg payah nak focus on kembar lagi kan .

Kitorang punya flight Khamis (6 /6/13).
Flight pukul 10.50 malam .
Alhamdulillah, takder delay ker apa..cuma 10 minit lambat jer..tapi considerable la , bukan la sampai sejam.
By 11.00 malam flight dah jalan .
Tiba di Bandung pukul 12.15 pgi time sana, n 1.15 pagi time kita..sana lewat sejam dr our time kan .



Q kat immigration nak masuk Bandung.


Tiba sana, pak supir dah tunggu.
Suppose Pak Ujang, tapi dia maybe tak dapat layan kita, dia hantar anak buah dia, Alfian.
Budak muda lagi..baru 23 tahun.
So selama kat sana dia la layan kita.
Ayoh suka dengan budak tu.
Nasib baik, kalau tak susah perjalanan kita kalau ayoh asyik muncung jer nanti hehee.

Sebelum hantar ke hotel, Alfi singgah ke Restoran Gampoeng Acheh dulu, papa nak tapau makan.
Masa da;lam flight, papa dah beli sate awal2 online, tapi bila hantar makanan, ayoh dan mok takleh makan, terleby masin.
Jadi tiba sana, dah lapar, singgah la beli makan dan makan kat bilik.

Kitorang tidur kat Accordia Dago.
Pak Ujang yang book awal2 utk kita masa kita dealing online dengan dia.

Kelakar jugak, masa sampai kita tengok bilik takder air cond.
Kita semua agak tak puas hati dan suarakan pada orng hotel tu.
Tapi bermalam jugak.
Malam tu semua tak boleh tidur kesejukan ..no wonder la takder air cond.
Cuma the next daynya kita dapat jugak bilik air cond, tapi tak on pun ...dah cukup sejuk pun tanpa air cond hahaa.

Our first journey, Jumaat pagi2.
After breakfast provide by hotel, kita ke Tangkuban Perahu.





Breakfast nasi goreng pagi2.
Sendattt.

Then terus ke Tangkuban.
Kos nak masuk ke Tangkuban tu.
Rp50,000/head (l/k rm15.50)
Rp15,000/car (l/k rm5)


Depan bilik hotel

Perjalanan ke sana, ambik masa lebih kurang 45 minit dr hotel kita



Me and mok, kena pimpin mok, slow2 jer, ikut kaki dia.
Ayoh dah laju ke depan hehehe.


Agak ramai juga orang.
Orang malaysia pun ramai.
Hari Jumaat, then cuti sekolah lagi.
Tapi takder la sesak sangat


Kami bertiga



Ada gerai2 jual macam2 cenderahati.
Tapi awal2 si Alfi dah pesan, jangan beli apa2 kat sini, hargnya cekik darah.
Semua barang2 ni boleh dapat kat Pasar Baru.
So, kita jalan2 jer.








masih aktif kot, berasap2..bau sulfur kuat jugak..kalau i tak pakai sunglass tu, memang pedih betul mata.



Ada orang jual jagung.
I belikan utk mok.
She loves jagung so much n dia cakap sedap.


Another view dr puncak Tangkuban tu

Turun dr Tangkuban tu, elok dah lunch hour.
Alfi bawak kita makan kat nasi padang di Sederhana Nasi Padang











Antara yang dihidang





Licin hehehe.






Bayar time.
Total cost makan  RP 165,000 (l/k rm50)
berbaloi jugak sebab sedap, even papa kata mahal..sebab papa kata dia pernah makan lagi ramai n lagi murah.



lauk2 .

Dari tempat makan, selang dua kedai, terus nampak Rumah Mode.
Rumah Mode ni jual branded item.
Factory outlet punya barang2
So, singgah sana n ayoh shopping sket baju2 utk anak2 dia.

Baru sampai.




Ni jer kami beli hehehe.

Tak puas hati dengan pembelian, singgah pulak ke Toko Tiga.
Toko Tiga ni pusat jualan jeans.
Heaven kat sini.
Tapi i cuma beli baju ayoh selai hehehe.




Ayoh dan mok cuma tunggu jer kat kerusi ni sepanjang me and papa duk round2 dalam ni.

Dari sini, ayoh ajak balik hotel.
Tak larat dah katanya.
Kami akur sebab faham, its too much already for them.
Dari Tangkuban pagi2.
Dorang memang dah tak larat sangat.
Masa tu baru pukul 5 pm. (6pm time kita).
So, agak lapar, n ayoh kata malam kita boleh keluar balik utk makan.

Tapi before balik, Alfi singgah kat tempat jual murtabak.
Ingatkan jual murtabak cam kita tu.
Rupanya apam balik .
Eh ye ker apam balik.
Dia panggil murtabak manis.

Antara pilihan mmurtabak manis yang ada






 
Ni yang papa pilih.
Jagung and cheese.
Nampak tak lambakan cheese tu.
Perghhh.
Then , nanti dia lipat dua..n tebal, tengah2 tu nanti cheese tu meleleh.






Tebal, besarrr..cheese melimpah2...
Ini pulak murtabak daging.
tebal, penuh isinya.
Mok ayoh kata sedap.
I pun rasa sedap, tapi takleh makan banyak.
Mual makan jagung tu banyuak snagat siangnya.
Yang ni makan malam sebab mok dan ayoh tak jadi keluar.

Since masih awal, I ajak papa jalan2 ke sekitar kawasan hotel.
Jalan kaki jer.
Singgah masuk ke restoran depan hotel .
Sja nak lepak minum2.
While mok and ayoh cuma berehat kat bilik.




Surprise bila nampak dr luar, restoran ni biasa jer, masuk ke dalam, cantikkk betul suasana nya

Nama restoran tu LAOS

Pintu masuk


kat lereng bukit, dapat tengok whole bandung from this view


Ada live band kat dalam.




Jus strawberry nya sangat heaven.
Boleh rasa berketul2 buah strawberry kat dalam nya.
But the hot chocolate tu..is too damn sweet.
Tak boleh telan.
Sehari duduk sini, dah dapat tau, that they are soo generous dengan gula.
Semua air minuman dorang sangat2 manis.
Ayoh suka, but me...huishhh payah nak telan.
Nasib baik, bila juice2 buah dorang tak letak gula.
Kalau manis pun originally from the buah.
And the best drink here is Mango Juice.
papa order mango juice sepanjang masa selama 5 hari tu.
Breakfast, lunch , minum petang, dinner n supper.
Mango juice without fail.
Huhhh



Keluar restoran, ajak papa jalan2 ke kedai runcit.
Betul2 sebelah hotel, ada sebuah kedai runcit.
Ala2 7E laa kat tempat kita.
They called it Alfamart.

Dalam kedai tu, siap ada smoking area


Ni dalam smoking area

Viewing Bandung from the hill.
Menarik kan ...

Pastu kita balik ke bilik, tidurrr.

The next daynya, Sabtu, kita semua get ready to go Pasar Baru.
Ini tempat kita aim nak pergi since mok nak membeli telekung sembahyang kat sini.


I sambung later yer...dah jenuh ni panjangnyaaa.















No comments:

Post a Comment