Khamis hari tu aku dapat invitation dr vendor utk majlis iftar kat Boulevard Midvalley.
Tapi terpaksa tolak sebab hb ajak join geng office dia berbuka kat luar jugak
Actually minggu sebelumnya ada jugak dua invitation dr vendor2 aku , ngajak iftar kat hotel2..tapi tahun ni aku tolak semua invitation.
tak sanggup plak rasanya nak mengangkut budak twin berdua tu.
Huru hara la nanti.
Dolu2 aku rajin jugak join sebab Aniq sorang jer...senang aku ngangkut.
Kali ni tak la kot jhehehe.
So,kisah Khamis tu...kitorang berbuka di Flaming Steamboat kat Sunway.
Kebetulan Awa datang rumah, sebab nak balik KT esoknya.
Dia nak tumpang parking her kancil kat rumah while dia balik cuti kat KT.
So Awa join sekali.
Senang jugak, ada yang tolong aku jaga bebudak masa nak makan.
Harapkan hb, dah jumpa member2 dia, takder la sempat nak melayan kan..
comot momot..makan aiskrim
Aniq..berselubung bagai..
Ibu..Aniq snap
Tu jer sket pic..sibuk nak makan kan...ni pun aku paksa si Aniq tolong snap...
Semua enjoy the seafood sampai berkali kali makan..for me yang tak makan seafood (except for fish) memang takder laaa syiok mana.
Balik rumah, rasa lapor...rugi jer membayar nyer..huhuhu.
Apapun , hb enjoy dapat berbuka ngan kawan2 dia..n Aniq too, sonok dapat makan his fav food.
As for me, kalau both of them happy...aku pun happy sama.
No comments:
Post a Comment