love

love

Followers

Wednesday 20 November 2013

Kisah Mee bandung Muor

Salam,

Weekend baru2 ni, kitorang kan balik Muor.
Tujuannya nak mengemas rumah mama , nak jadikan homestay.
Owhhh alang2 i promote sini yer, please klik sidebar sebelah kanan kalau ada yang mencari homestay di Muar ok.

Ok sambung hehehe.
Plan nak balik kg dah buat awal lagi , tapi mama tetiba senyap Jumaat tu.
Kita semua confuse, jadi ker idak balik kg ni.
Sabtu pagi baru laaa bertunda2 masuk whassap family bertanya pasal nak balik ni.

Finally semua adik badik balik.
Kita bertolak dulu sebuah kereta.
Mama and atuk naik sekali satu kereta dengan kita.

Ngah and Nana balik lewat sket.
Kami tiba kat Muor dalam pukul 5.
Papa sampai Muor jer mula la teringin mee bandung.

Nasib baik tempat fav kat Tanjung Agas tu bukak.
terus la singgah.

Kata papa, mee bandung kat situ terbaik.
I tak tahu sebab tak pernah makan mee bandung.
dah 14 tahun pun jadi orang Muor, sekali pun tak sentuh mee bandung sebab asasnya udang and whatever makanan yang ada seafood memang i tak sanggup nak telan .
Tak lalu ...dri kecik pun tak suka makanan laut selain ikan .




Selain mee bandung, cuma ada otak2 ni dan juga kupang bakar.
Semua makanan yang i tak suka pulak tu.


Lupa nak ambik pic sebelum dicemar, ni dah usik baru teringat nak ambik pic.
Since i lapar gila kot, i pun order jugak sepinggan utk i.
Nak suap budak2 , then boleh i curi2 makan mee jer.
tapi bila smapai, elok pulak i makan sebab tak rasa sngat udangnya, cuma rasa daging.
tapi manisssnyaaaa, ya ampun ...kata papa memang manis snagat, selalunya tak macam tu.
takper la dah lapar..i maka jugak la sket, habiskan mee, kuahnya tak lalu snagat nak masuk.
tapi tu jer laaa yang berusik....yang dalam pic.
Budak2 pulak papa order milo ais...seorang segelas, terus tak jadi makan 


haaa yang ni dua pinggan papa order...berpeluh semua makan ...i jer la tengok kelip2 tak lalu nak telan hahah.


Esoknya, celik mata pagi2, ntah berapa kali i ke tandas.
Orang Trg cakap, "cike" agaknya...tak pernah makan udang kan .
kalau takat ulang alik tandas boleh tahan lagi, tapi punyalah sakit perut, memulas, sampai ke petang...menggigil macam nak demam i menahan sakit.
Papa kata tu dah keracunan.

malam kalau tak ok, memang hajat nak ke klinik.
Alhamdulillah, after 3 sachet Eno dr pagi membawak ke malam, nasib baik ok dah after that.

Esoknya lori dtang, angkut barang2 separuh ke KL.

Dalam pukul 4 petang gerak balik KL.
Pengalaman betul makan mee bandung...!!



No comments:

Post a Comment